Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN MENCIPTA TAMAN MINI EDIBEL

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 5


SEKOLAH KEBANGSAAN NANAMUN

1.0 Pendahuluan

Pusat Sumber dengan Kerjasama Panitia Reka Bentuk dan Teknologi akan mengadakan
Pertandingan Mencipta Taman Mini Edibel bagi murid Tahun 5. Aktivit ini merupakan salah
satu unit pembelajaran dalam DSKP RBT Tahun 5 iaitu Unit 4 Teknologi Pertanian. Taman
Mini Edibel ini bermaksud pelbagai jenis tumbuhan yang menghasilkan makanan seperti
pokok buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di Kawasan yang terhad. Oleh itu,
pertandingan ini adalah sesuai untuk dijalankan bagi membantu murid untuk memahami
pembelajaran di dalam unit Teknologi Pertanian dengan lebih mendalam dalam musim
Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR). Aktiviti yang dijalankan diharapkan
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang
dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai
pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan warga SK
Nanamun.

2.0 Matlamat

Matlamat utama penganjuran Pertandingan Mencipta Taman Mini Edibel ini ialah untuk
mendedahkan murid dengan lebih dalam tentang unit 4 Teknologi Pertanian dalam mata
pelajaran RBT Tahun 5. Melalui pertandingan ini juga, murid dapat belajar nilai Kerjasama
dengan ibu bapa/penjaga mereka bagi menjayakan pertandingan ini.

3.0 Objektif:

1. Murid-murid dapat mempelajari Unit 4 Teknologi Pertanian dengan lebih mendalam.


2. Murid dapat belajar tentang beberapa jenis takungan yang digunakan untuk pertanian
bandar.
3. Murid dapat belajar cara untuk menfaatkan persekitaran untuk bercucuk tanam.

4.0 Rasional

Penganjuran pertandingan ini akan banyak membantu murid untuk memahami Unit 4
Teknologi Pertanian dengan lebih mendalam selain dapat memupuk semangat mencintai
aktiviti pertanaian dalam kalangan murid.

5.0 Cadangan Tarikh


1 September 2021 hingga 4 Oktober 2021

6.0 Tempat

Kediaman masing-masing.

7.0 Kumpulan Sasaran

Semua murid Tahun 5 SK Nanamun, Kota Belud

8.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : Encik Hamdan B in Hajat ( Guru Besar)

Naib Pengerusi : Encik Zainuddin Bin Marjani (PK Pentadbiran)

: Encik Mulunjang Tuaran @ Rayner (PK HEM)

Penyelaras Program : Puan Intan Tersilah (Panitia RBT)

Pen. Penyelaras : Puan Genieve Anak Bennet (GPM)

Setiausaha : Ustazah Nurkhairiah Senan

Pen. Setiausaha Puan Haslinda binti Muan

9.0 Pelaksanaan dan cadangan Aktiviti

Minggu Tarikh Pelaksanaan Langkah Pelaksanaan


1 1-3 September 2021 Menjanakan Idea dan Melakarkan reka Bentuk Sistem Penanaman
Takungan
2 6-10 September 2021 Menilai Lakaran dan membuat Penambahbaikan
3 13-17 September 2021 Memilih Alatan, Bahan dan Medium Penanaman
Menghasilkan Reka Bentuk Sistem Penamana Secara Takungan
4 20-24 September 2021 Menghasilkan Taman Mini Edibel menggunakan takungan yang
dipilih
5 27-4 September 2021 Menjaga Tanaman
6 5 Septermber 2021 Penghantaran Video dan Gambar Pertandingan
10.0 Perbelanjaan

Bil Perbelanjaan Harga seunit Kuantit Jumlah


i

1. Pertandingan Sistem Takungan Terbaik

 SIJIL RM 0.50 1 RM 0.50


 HADIAH IRINGAN RM 20.00 1 RM 20.00
RM 20.50
2. Pertandingan Tanaman Subur

 SIJIL RM 0.50 3 RM 1.50


 HADIAH IRINGAN (Hamper) RM 20.00 3 RM 60..00

RM 61.50

2: Hadiah Penyertaan

 SIJIL RM0.50 49 RM 24.50


 HADIAH IRINGAN RM10.00 490 RM 490

RM514.5

Jumlah besar RM596.5

11.0 Sumber kewangan

Panitia RBT

12.0 Penutup

Program ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang
disasarkan. Semoga semu aperancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

(PUAN INTAN TERSILAH) (HAMDAN BIN HAJAT)


GURU PANITIA RBT, GURU BESAR,
SK NANAMUN, SK NANAMUN,

Anda mungkin juga menyukai