Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MASAKAN TANPA API


UNIT BERUNIFORM
SMK BUKIT BATU 2021

1.0 PENGENALAN

Pertandingan memasak dianjurkan bagi memahirkan murid dalam praktikal kehidupan


kendiri. Pertandingan ini dianjurkan bagi melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di luar kelas. Sehubungan dengan itu, Persatuan Pandu Puteri berhasrat
mengadakan Pertandingan Masakan Tanpa Api kepada semua ahli unit beruniform bagi
menyerlahkan kreativiti murid dalam hasil kerja mereka.

2.0 MATLAMAT

i. Menguji kecekapan dan kemahiran serta kreativiti peserta menyediakan


makanan / masakan tanpa menggunakan api.

ii. Meningkatkan potensi diri serta tahap keyakinan diri secara tidak langsung
melalui pertandingan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua bidang khasnya dalam
aspek pengurusan diri.
3.2 Meningkatkan daya saing
3.3 Membimbing sikap berdikari dalam diri murid
3.4 Meningkatkan kesungguhan murid dalam menghasilkan kerja yang berkualiti

4.0 TEMA
“Masakan Tanpa Api”

5.0 ANJURAN
Persatuan Pandu Puteri

6.0 Tempoh
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 11 Ogos 2021 (Rabu)
7.0 TEMPAT PROGRAM
Kediaman murid masing-masing

8.0 SENARAI JAWATANKUASA


Pengerusi : Encik Mohd Nor Azam bin Shuib (Tuan Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Tuan Hj Mohd Dom bin Dui (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Puan Hjh Aminah binti Hasran (GPK HEM)
Naib Pengerusi II : Encik Mohmad Fazil bin Abas (GPK Kokurikulum)

Penyelaras : Puan Ainidalela binti Daud

Setiausaha : Puan Latifah binti Rahmat


Bendahari : Puan Ainidalela binti Daud

Ahli JawatanKuasa : Puan Nurul Adriana binti Ahmad Blya

Guru Penyedia Sijil dan Hadiah


Bil Nama Tugas
1 Puan Ainidalela binti Daud Penyedia sijil
2 Puan Nurul Adriana binti Ahmad Blya Penyedia hadiah

9.0 JADUAL PELAKSANAAN PERTANDINGAN


Pertandingan Kolaj
Bil Nama Pertandingan Tarikh/Hari Tempat
1 Masakan Tanpa Api 11 Ogos 2021 (Rabu) Kediaman masing-masing

10.0 STRATEGI PELAKSANAAN


10.1 Mengemukakan proposal program
10.2 Melantik Ahli Jawatankuasa
10.3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
10.4 Taklimat pelaksanaan aktiviti
10.5 Melaksanakan program
10.6 Pemantauan
10.7 Penilaian
11.0 KAWALAN DAN PENYELIAAN

Pengetua, GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK KOKO

12.0 SUMBER DAN ANGGARAN PERBELANJAAN:

Bil Jenis Bilangan Kos per unit (RM) Jumlah


Pertandingan/item
1 Hadiah 15 15.00 RM225
Jumlah RM
225

13.0 SUMBER KEWANGAN

Bidang Kokurikulum SMK Bukit Batu

14.0 PENUTUP

Diharapkan semoga Program Pertandingan Masakan Tanpa Api Unit Beruniform SMK
Bukit Batu akan menjadi satu kaedah untuk merangsang murid agar lebih kreatif dan
berdaya saing. Kerjasama daripada semua pihak sangat diperlukan untuk memastikan program
ini berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh, Disemak oleh , Disahkan oleh,

……………………….. …………………………… ……………………………


(Ainidalela binti Daud) (Mohmad Fazil bin Abas) (Mohd Nor Azam bin Shuib)
Ketua Guru Penasihat, GPK Kokurikulum,, Pengetua,
Persatuan Pandu Puteri SMK Bukit Batu. SMK Bukit Batu.
SMK Bukit Batu.

Anda mungkin juga menyukai