Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PROGRAM SENTUHAN KASIH GURU (PENDIDIKAN SENI VISUAL)

SMK SRI TEBRAU


TAHUN 2022

Tajuk : PROGRAM SENTUHAN KASIH GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL


Tempat : Bilik Darjah, SMK Sri Tebrau
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon kelulusan daripada pihak pentadbiran
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau untuk membeli hadiah sebagai penghargaan di
atas peningkatan prestasi pelajar tingkatan 5 bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2.0 PENGENALAN
Program ini adalah berdasarkan keprihatinan guru-guru Pendidikan Seni Visual terhadap
perkara-perkara yang berikut:
i. Penghargaan khusus yang diberikan kepada pelajar atas peningkatan prestasi
mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
ii. Meningkatkan motivasi murid untuk memberikan yang terbaik semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdPc).

3.0 RASIONAL
Program ini dapat memberi galakan kepada murid untuk sentiasa memberikan yang terbaik
dan mewujudkan persaingan sihat. Program ini dirancang sebagai satu kesinambungan
daripada PdPc yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

4.0 OBJEKTIF
Objektif bagi kertas cadangan ini adalah seperti berikut:
a) Memberikan penghargaan dan motivasi kepada murid atas peningkatan pencapaian
mereka.
b) Meningkat prestasi penguasaan murid pada murid masa akan datang.
5.0 ANGGARAN KOS
Anggaran Harga
Bil Perihal barang Kuantiti Harga/ Unit (RM)
(RM)

1 Kuiz Mingguan 60 set RM 4.00 RM 240.00

2 Hadiah Peningkatan Prestasi 50 set RM 3.00 RM 150.00

3 Hadiah Suntikan Motivasi 55 set RM 2.00 RM 110.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 500.00

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. ………………………………...……..
(NURULHUDA KADIR) (RUZANA BINTI SA’AT)
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual Pengetua
SMK Sri Tebrau SMK Sri Tebrau
Johor Bahru. Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai