Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PROGRAM KEMERIAHAN HARI RAYA 2022

KERTAS KERJA
PROGRAM KEMERIAHAN
HARI RAYA
ANJURAN

KPKP PPKI SKPR


KERTAS KERJA PROGRAM KEMERIAHAN HARI RAYA 2022

KERTAS KERJA PROGRAM “KEMERIAHAN HARI RAYA“ 2022

1. TAJUK
Kertas Kerja Program Kemeriahan Hari Raya

2. KELOLAAN
KPKP PPKI SK Paya Redan.

3. RASIONAL
Sambutan Aidil Fitri di bulan Syawal merupakan hari bagi kita umat Islam meraikan
kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan Al Mubarak. Kita
digalakkan meraikan kehadiran Syawal ini dengan bersederhana dan penuh
kemeriahan. Melalui kehadiran sambutan Aidilfitri juga, kita dapat bermaaf-
maafan dan berkongsi juadah hari raya sesama warga pendidik dan murid-murid.

4. OBJEKTIF
4.1 Mengeratkan silaturrahim di kalangan guru-guru dan murid
4.2 Menanamkan rasa kecintaan terhadap kebesaran Allah tentang
keistimewaan bulan Syawal
4.3 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di kalangan murid
4.4 Melatih kemahiran motor kasar dan motor halus murid dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti persiapan program
4.5 Mencungkil dan memupuk bakat murid dalam melaksanakan aktiviti-
aktiviti persembahan bertemakan Hari Raya Aidilfitri.

5. MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan warga
sekolah dalam meraikan kehadiran Syawal. Selain itu, program ini juga
diharapkan dapat mencungkil bakat murid apabila mereka melakukan
persembahan sewaktu program ini berlangsung bagi merayakan Aidil Fitri.

6. TEMPAT, MASA DAN TEMPOH PROJEK


6.1 Tempat : Bilik PPKI
6.2 Tempoh : 18 April 2021

7. SASARAN
7.1 Semua murid PPKI.

7.2 Program ini dijalankan berdasarkan mata pelajaran:


Mata pelajaran Aktiviti
Kemahiran manipulatif Lakonan/ kraf/ biskut
Muzik Persembahan nyanyian
seni Kad hari raya
Urus diri Masakan biskut
Bahasa melayu Kraf/lakonan
Bahasa inggeris Kraf / lakonan
Matematik Biskut, kad hari raya
KERTAS KERJA PROGRAM KEMERIAHAN HARI RAYA 2022

7.3 Jadual persiapan:


Pagi Lepas rehat
Isnin Seni dan kemahiran Latihan nyanyian
manipulatif
Selasa Biskut raya Latihan nyanyian
Rabu Biskut raya Seni dan kemahiran
manipulatif
Khamis Biskut raya Seni dan kemahiran
manipulatif
Jumaat Seni dan kemahiran Latihan nyanyian.
manipulatif

* dilaksanakan bersesuaian dengan jadual waktu PPKI.

8. AKTIVITI
8.1 Persembahan Murid
• Nyanyian lagu hari raya
• Azan

8.2 hiasan
• persiapan foto booth
• kraftangan

8.3 Jualan Hari Raya


• membuat biskut raya
• tempahan jamuan

8.4 tayangan video pendek

9. TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran A
KERTAS KERJA PROGRAM KEMERIAHAN HARI RAYA 2022

10. SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Raha Rahayu Binti Mohd Nor


(Guru Besar SK Paya Redan)
Timbalan pengerusi : Pn. Azlina Binti Sarpan
(GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Khatijah binti Rahman
(GPK Hem)
Naib Pengerusi 2 : En. Samsul Faizi Bin Abdullah
(GPK Koku)

Penyelaras : En Zulqarnain bin Muftah


(Penyelaras Pendidikan Khas)
Nur Syazwa Amirah Binti Mohd Noor
(Guru Pelatih Internship)

Setiausaha : En. Shahrin Azeem bin Zubir

Bendahari : Pn. Hayati Binti Mahat

Ahli Jawatankuasa : Balqis Raihana Binti Abdullah


Pn. Siti Azura Binti Hamzah
KERTAS KERJA PROGRAM KEMERIAHAN HARI RAYA 2022

11.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL ITEM UNIT HARGA UNIT JUMLAH

1 Jamuan murid dan 5 RM 25.00 RM 125.00


hadiah

2 Jamuan guru 30 RM 5.00 RM 150.00


3 Bahan-bahan biskut 1 RM 300.00 RM 300.00
4. Bahan kraftangan 1 RM 150.00 RM 150.00
5 SOP 1 RM 50.00 RM 50.00
6 Banner 1 RM 70.00 RM 70.00
JUMLAH RM 895.00

Sumber kewangan

PCG KPKP PPKI SK PAYA REDAN: RM745.00

Sumbangan Guru : RM 150.00

12.0 Penutup

Setinggi impian sekalung harapan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan lagi keakraban ukhuwwah di
kalangan guru dan murid SK Paya Redan. Selain itu, program ini juga bertujua untuk
meningkatkan rasa kemenangan umat Islam dan meningkatkan lagi kesedaran
terhadap peranan dan tanggungjawab guru-guru serta murid-murid. Semoga
dengan usaha ini murid dapat menambah pengalaman dan mendidik jiwa mereka
menjadi insan kamil yang cemerlang dan berperibadi mulia.
KERTAS KERJA PROGRAM KEMERIAHAN HARI RAYA 2022

Harapan kami agar projek ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dan
dapat membantu membentuk keyakinan diri murid.

Disediakan Oleh Disemak Oleh : Disahkan Oleh :

………………………………… ……………………………. ……………………………


KERTAS KERJA PROGRAM KEMERIAHAN HARI RAYA 2022

Lampiran A

Tentatif program kemeriahan hari raya

9.00 Pagi Perasmian


Slot 1
9.30 Pagi Persembahan 1
9.45 Pagi Tayangan video
10.00 Pagi Persembahan 2
10.15 Pagi Persembahan live
Slot 2
10.30 Pagi Persembahan 1
10.45 Pagi Tayangan video
11.00 Pagi Persembahan 2
11.15 Pagi Persembahan live
Slot 3
11.30 Pagi Persembahan 1
11.45 Pagi Tayangan video
12.00 Tengahari Persembahan 2
12. 15 Tengahari Persembahan live
12. 30 Tengahari Penutup
PELAN SOP PROGAM KEMERIAHAN HARI RAYA

MASUK KELUAR
PERSEMBAHAN

RUANG JAMUAN
DAPUR
PENTAS

RUANG PERSIAPAN TANDAS


BILIK FOTO BOOTH
PERSEMBAHAN

Anda mungkin juga menyukai