Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMASAK

ANJURAN PENDIDIKAN KHAS SMK LANCHANG

PENDAHULUAN

Pertandingan memasak dianjurkan bagi memahirkan murid dalam praktikal kehidupan kendiri.
Pertandingan ini dianjurkan bagi melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar
kelas. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pendidikan Khas SMK Lanchang.

MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid-murid serta diharap dapat membantu murid-murid ini
menguasai kemahiran diri disamping meningkatkan potensi diri serta tahap keyakinan diri secara tidak
langsung melalui pertandingan.

OBJEKTIF

Pertandingan ini dianjurkan bertujuan ;

1.      Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua bidang kurikulum dan ko-kurikulum
khasnya dalam aspek pengurusan diri

2.      Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar melalui aktiviti bersuasana pertandingan.

3.      Mempertingkatkan kemahiran bersosial untuk hidup berdikari dikalangan pelajar berkeperluan
khas.

4.      Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja berpasukan.

5.      Membimbing sikap berdikari dalam diri murid

6.      Mengaplikasikan pembelajaran di dalam kelas ke situasi sebenar

SASARAN

Semua murid PPKI SMK Lanchang (21 orang)


1.      PERATURAN PERTANDINGAN

1.1     Ahli Kumpulan

1.1.1        Terdiri daripada 2 orang murid dalam satu kumpulan

1.1.2        Boleh terdiri dari ahli dari pelbagai tahun.

1.2     Bahan / Alatan

1.2.1        Semua bahan dan alatan untuk tujuan pertandingan perlu disediakan sendiri oleh ahli
kumpulan.

1.3     Menu

1.3.1        Menu adalah berdasarkan keputusan jawatankuasa pertandingan iaitu sarapan pagi.

1.4     Pengadilan

1.4.1        Setiap kumpulan diminta menyediakan satu hidangan santapan untuk tujuan pengadilan.

1.4.2        Hidangan akan diadili oleh beberapa individu yang dilantik oleh jawatankuasa pertandingan
memasak.

1.4.3        Keputusan pengadil adalah muktamad.

2.      BUTIRAN PERTANDINGAN

2.1     Butiran ;

2.1.1        Tarikh : 7 Disember 2021

2.1.2        Hari : Selasa

2.1.3        Jam : 8.00 pagi – 12.00 tengahari


2.2     Agihan Masa ;

2.2.1        Murid akan dipecahkan kepada 10 kumpulan besar yang mana setiap kumpulan akan
melakukan akiviti berbeza

2.2.2        Akitiviti tersebut adalah ;

2.2.2.1           Penyediaan Hidangan Pertama

2.2.2.2           Penyediaan Hidangan Kedua

2.2.3        Masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti adalah sama iaitu 60 minit.

3. Bahan masakan yang disediakan

3.1 Beras, ikan bilis, telur, sayur-sayuran, Minyak Masak, garam, gula, ajinomoto, perasa minuman,
buah-buahan, ais, roti, sardine,

4. Anggaran perbelanjaan: RM300.00

Bil. Perkara Jumlah


1. Bahan mentah RM 300
2. Hadiah RM 65
JUMLAH RM 365

5. Hadiah

Tempat pertama: Hamper bernilai RM 20.00

Tempat kedua: Hamper bernilai RM 15.00

Tempat Ketiga: Hamper bernilai RM10.00

Saguhati : RM5 x 5
6. Pengesahan

Disediakan oleh,

…………………………………..
(AIDA BINTI ABD RAHMAN)
PENYELARAS
PPKI SMK LANCHANG.

Disakong/disahkan oleh,

…………………………………….
(ZALILAH BINTI ZAINUDIN)
PENGETUA
SMK LANCHANG.

Anda mungkin juga menyukai