Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMASAK

PENDAHULUAN
Pertandingan memasak dianjurkan bagi mengisi program selepas UPSR yang dianjurkan bagi
melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar kelas. Pertandingan ini
merupakan pertandingan ke dua selepas pertandingan Jahitan anjuran Panitia Kemahiran
Hidup.

MATLAMAT
Memberi pendedahan kepada murid-murid serta diharap dapat membantu murid-murid ini
menguasai kemahiran diri disamping meningkatkan potensi diri serta tahap keyakinan diri
secara tidak langsung melalui pertandingan.

OBJEKTIF
Pertandingan ini dianjurkan bertujuan ;
1. Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua bidang kurikulum dan ko-
kurikulum khasnya dalam aspek pengurusan diri
2. Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar melalui aktiviti bersuasana pertandingan.
3. Mempertingkatkan kemahiran bersosial untuk hidup berdikari dikalangan pelajar
berkeperluan khas.
4. Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja berpasukan.
5. Membimbing sikap berdikari dalam diri murid
6. Mengaplikasikan pembelajaran di dalam kelas ke situasi sebenar

SASARAN
Pelajar-pelajar Tahun 6 sesi 2011

1. PERATURAN PERTANDINGAN

1.1 Ahli Kumpulan


1.1.1 Terdiri daripada 4 orang murid dalam satu kumpulan
1.1.2 Boleh terdiri dari murid dari kelas berbeza

1.2 Yuran
1.2.1 Setiap kumpulan dikenakan yuran sebanyak RM4.00

1.3 Bahan / Alatan


1.3.1 Semua bahan dan alatan untuk tujuan pertandingan perlu disediakan sendiri oleh ahli
kumpulan.

1.4 Menu
1.4.1 Menu adalah berdasarkan keputusan jawatankuasa pertandingan

1.5 Pengadilan
1.5.1 Setiap kumpulan diminta menyediakan satu hidangan santapan untuk tujuan pengadilan.
1.5.2 Hidangan akan diadili oleh beberapa individu yang dilantik oleh jawatankuasa pertandingan
memasak.
1.5.3 Keputusan pengadil adalah muktamad.

2. BUTIRAN PERTANDINGAN

2.1 Butiran ;
2.1.1 Tarikh : 2 Nov 2011
2.1.2 Hari : Rabu
2.1.3 Jam : 7.45 pagi 11.00 pagi

2.2 Agihan Masa ;


2.2.1 Murid akan dipecahkan kepada 3 kumpulan besar yang mana setiap kumpulan akan
melakukan akiviti berbeza
2.2.2 Akitiviti tersebut adalah ;
2.2.2.1 Penyediaan Hidangan Pertama
2.2.2.2 Penyediaan Hidangan Kedua
2.2.2.3 Penyediaan Hidangan Ketiga
2.2.3 Masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti adalah sama iaitu 30 minit

Anda mungkin juga menyukai