Anda di halaman 1dari 10

Desediakan Oleh

Pn Azeem Daud

Guru Bahasa Melayu

1
KRITERIA PENSKORAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAHASA MELAYU
KRITERIA PENSKORAN
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
BAHASA MELAYU

Markah penuh : 100 markah


Bahagian A (Sistem Bahasa) : 25 markah
Bahagian B (Pemahaman ) : 30 markah
Bahagian C (Ulasan) : 15 markah
Bahagian D (Karangan : 30 markah

Bahagian A
(Sistem Bahasa) : 25 markah

Soalan 1
Soalan 2
Soalan 3
Soalan 4

Peribahasa
2 markah - Peribahasa yang tepat mengikut gambar
1 markah - Peribahasa yang hampir tepat dengan
maksud
- Penggunaan istilah / kata yang kurang
tepat tetapi tidak menjejaskan maksud
0 markah - Peribahasa yang tidak tepat
berdasarkan gambar.
- Penggunaan perkataan yang
menjejaskan maksud peribahasa.
- Peribahasa yang tidak lengkap.

2
Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir
sama.

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua


air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua)

belut pulang ke lumpur


haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)

api dalam sekam


gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)

membuka pekung di dada


menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit


kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)

sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi


habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)

lain padang lain belalang


banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
lain dulang lain kakinya
rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)

bagai isi dengan kuku


bagai aur dengan tebing
bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)

hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah


berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi


bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)

masuk telinga kiri keluar telinga kanan


mencurah air ke daun keladi

3
mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)

genggam bara api biar sampai jadi arang


alang-alang mandi biar basah
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya


pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan


burung terbang dipipiskan lada
belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)

telur dihujung tanduk


retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)

embun dihujung rumput


abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)

menangguk di air keruh


menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)

bagai pinang di belah dua


bagai cincin dengan permata
seperti cincin terlekat dijari
tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)

sarang tebuan jangan dijolok


lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)

Bahagian B

4
Soalan 5 dan 6 Bahagian B : Cerpen dan Puisi (Pemahaman)

3 markah - Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap


dan ayat gramatis
2markah - Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis
- Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis
1 markah - Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis
0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.
- Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.

Kriteria bagi soalan 4 markah (KBAT)

4 markah - Isi cukup dan relevan mengikut tugasan


serta ayat gramatis.
3 markah - Isi cukup dan relevan mengikut tugasan
tetapi ayat kurang gramatis
2 markah - Isi tidak cukup tetapi relevan
mengikut tugasan dan ayat gramatis.
1 markah - Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut
tugasan dan ayat kurang gramatis.
0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
- Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.

Soalan yang berkaitan dengan bentuk puisi (Sajak, pantun, Syair, Seloka, Gurindam

5
Nyatakan bentuk puisi yang yang anda kaji dan berikan contoh yang sesuai.

GUNA FORMULA - RABA PASURI

RA = Rangkap
BA = Baris
PA = Patah Kata
SU = Suku Kata
RI = Rima Akhir

Kriteria bagi soalan 7 : Novel

1. Jumlah isi - 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah.

2. Perenggan - 3 perenggan.

3. Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh.

PENTING ! ! ! ! ! Tanpa contoh tiada markah.

4. Pemarkahan - Isi ( 6 markah )


- Bahasa ( 4 markah ).

5. Topik penting dalam Komsas

bil Huraian Markah


1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji 10
2. Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalarn novel 10
yang anda kaji
3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda 10
kaji.
4. Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak 10
sampingan dengan memberikan contoh yang sesuai.

6
5. Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh 10
dalarn novel yang anda kaji
6. Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan 10
huraikan dengan memberi contoh yang sesuai
7. Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel 10
yang anda kaji
8. Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang 10
anda kaji
9. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang 10
anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai
10. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan 10
huraikan jenis latar yang anda ketahui
11. Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang 10
anda kaji

7
Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji (10 markah)

KALI MOLOG
KA = IMBAS MUKA
LI = IMBAS KEMBALI
MO = MONOLOG
LOG = DIALOG

ASOLI ANAPI

Nyatakan gaya bahasa / unsur keindahan yang terdapat dalamn novel yang anda kaji dan
nyatakan contoh yang sesuai.

GUNA FORMULA - ASOLI ANAPI

ASO = ASONANSI (pengulangan huruf vokal )


LI = ALITERASI (pengulangan huruf konsonan )
ANA = ANAFORA ( Pengulangan di awal ayat / baris )
PI = EPIFORA ( Pengulangan di akhir ayat / baris )
SI = DIKSI (Pemilihan kata yang sesuai )
LE = SIMILE ( Gaya bahasa yang menggunakan kata perbandingan seperti, umpama, bagai, bak,
laksana, ibarat )
LA = HIPERBOLA ( Gaya bahasa kiasan secara berlebih-lebihan )
RA = METAFORA ( Gaya bahasa perbandingan secara terns sama ada secara konkrit atau abstrak)

Rangka jawapan
1. Asonansi. Pengulangan huruf vokal "a". Contohnya, Dengan tembakan yang dilakukan
secara serentak itu banyak yang mengenai sasarannya. ( Teks Limpahan Darah di
Sungai Semur, m/s 114 ).

8
2. Diksi. Pemilihan kata -kata yang sesuai. Contolulya platun, koperal, Askar Melayu. ( Teks
Limpahan Darah di Sungai Semur ).
3. Simile. Contohnya ialah Gema tembakan yang bagaikan bertih digoreng itu ternyata daripada
senjata-senjata jenis automatik ( Teks Limpahan Darah di Sungai Semur, m/s 93 ).
4. Hiperbola. Contohnya, Darahnya mendidih.

5. Metafora. Contohnya, hujan peluru.

Sumber: BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU-GURU BAHASA MELAYU


PMR 2010 Oleh EN. SABRI BIN CHE SEMAN

Bahagian C

Soalan 8 : ULASAN

Cemerlang 13-15 markah Idea


 Isi tersurat dan tersirat
yang relevan dengan
bahan
 Ulasan yang jelas dan
matang
Bahasa
 Ayat gramatis
 Kosa kata yang luas
dan tepat
 Ejaan dan tanda baca
yang betul
 Kesalahan bahasa
yang minimum

Baik 9-12 markah Idea


 Isi tersurat dan tersirat
yang relevan dengan
bahan
 Ulasan idea yang jelas
Bahasa
 Ayat masih gramatis
 Kosa kata yang luas
 Ejaan dan tanda baca

9
yang betul
 Penanda wacana
yang masih betul
 Kesalahan bahasa
yang masih minimum

Soalan 8: Ulasan

Teknik 10 ayat menjawab Ulasan: 10 x 10 = 100 pp

1. Ayat pendahuluan Perhatian!


2. Ayar isi terurat 1
Andai kata masih ada lebihan
3. Ayat tersirat 1
perkataan , pelajar boleh sertakan
4. Ayat tersurat 2 moto / peribahasa bagi
5. Ayat tersirat 2 melengkapkan kuota 100pp.
6. Ayat tersurat 3
Bagi memastikan Isi tersirat ada
7. Ayat tersirat 3
kesinambungan dengan isi tersurat
8. Ayat tersurat 4 gunakan kata Tanya.
9. Ayat tersirat 4
1. Bagaimana
10. Ayat kesimpulan
2. Apa
3. Mengapa
Contoh ulasan: Kepentingan Bangunan Bersejarah di Malaysia

1. KEMERDEKAAN
2. PERPADUAN
3. PELANCONGAN

Ayat pendahuluan: Bangunan bersejarah melambangkan warisan budaya sesebuah negara.

Ayat isi tersurat 1 : Antara kepentingannya adalah untuk mendidik generasi masa kini tentang
sejarah kemerdekaan negara kita. (mengapa)

Ayat isi tersirat 1 : Ini penting bagi mendidik mereka menghargai perjuangan tokoh-tokoh
terdahulu sehingga terbinanya bangunan-bangunan tersebut.

10

Anda mungkin juga menyukai