Anda di halaman 1dari 5

PENDIDIKAN SEKSUALITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pengenalan
Menurut Pakar Perunding Obstetriks Dan Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Dr. Harlina Halizah Haji Siraj, pendidikan seks adalah
pendidikan seumur hidup. Jadi setiap peringkat umur perlu didedahkan dengan perkara ini kerana
info yang seks yang diperlukan bukan mengikut umur seseorang.

Pendidikan seks bukan sahaja dilihat pada segi biologi atau fizikal sahaja tetapi sebenarnya ada
lima dimensi. Dimensi pertama adalah biologi dan fizikal, kedua dimensi kognitif iaitu akal dan
fikiran, dimensi ketiga adalah perasaan, keempat pula dimensi sosial dan yang akhir sekali
dimensi spiritual dan kerohanian. Tetapi masyarakat kita sering melihat kepada biologi dan fizikal
sahaja.

Pendidik/pengasuh perlu bijak mencari maklumat dan menyalurkan maklumat tentang pendidikan
seks kepada kanak-kanak. Sebabnya jika persoalan mereka tidak terjawab, mereka akan
cenderung untuk mencari maklumat di internet.

1.0 Pendekatan pendidikan seksualiti yang sesuai untuk kanak-kanak


2.0 Pandangan Islam dan Barat tentang pendidikan seksualiti

 Pandangan Islam

Pandangan Islam tentang Pendidikan Seksualiti Pendidikan seks di dalam Islam merupakan
bagian integral dari pendidikan akidah, akhlak, dan ibadah. Terlepasnya pendidikan seks dengan
ketiga unsur itu akan menyebabkan ketidakjelasan arah dari pendidikan seks itu sendiri, bahkan
mungkin akan menimbulkan kesesatan dan penyimpangan dari tujuan asal manusia melakukan
kegiatan seksual dalam rangka pengabdian kepada Allah.

 Pandangan Barat
Pandangan Barat tentang Pendidikan Seksualiti Pendidikan seks adalah membimbing serta
mengasuh seseorang agar mengerti tentang arti, fungsi, dan tujuan seks sehingga ia dapat
menyalurkan secara baik, benar, dan ilegal. Pendidikan seks dapat di bezakan antara lain:·
a)Sex Intruction ialah penerangan mengenai anatomi seperti pertumbuhan rambut pada ketiak,
dan mengenai biologi dari repoduksi, iaitu proses berkembang biak melalui hubungan untuk
mempertahankan jenisnya termasuk didalamnya pembinaan keluarga dan carakontrasepsi
dalam mencegah terjadinya kehamilan.·
b)Education in sexuality meliputi bidang – bidang etika, moral, fisiologi, ekonomi, dan
pengetahuan lainnya yang diperlukan agar seseorang dapat memahami dirinya sendiri sebagai
individual sexual serta mengadakan interpersonal yang baik.

3.0 Kepentingan pendidikan seksualiti dalam kalangan kanak-kanak

 Kepentingan Pendidikan Seksualiti Kepada Kanak-kanak


 Kanak-kanak akan mengetahui antara sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat.
 Kanak-kanak dapat membezakan antara perhubungan yang selamat dan yang
sebaliknya.
 Kanak-kanak akan lebih berhati-hati sekiranya bertemu dengan orang yang tidak dikenali.
 Pendedahan awal kepada kanak-kanak supaya lebih berhati-hati.
 Mengenali bahagian tubuh badan
 Pengetahuan perbezaan fisiologi mengikut gender manusia
 Pengetahuan perbezaan mengikut umur

PENJAGAAN DIRI KANAK-KANAK

1.0 Amalan menjaga kehormatan diri sendiri dan orang lain

2.0 Kenali sentuhan selamat dan tidak selamat


 Mendedahkan kepada kanak-kanak tentang cara menjaga kehormatan diri
 Membina keyakinan kanak-kanak untuk berani mengatakan TIDAK terhadap perkara yang
dirasai tidak selamat.
 Menjaga kehormatan diri sendiri, keluarga dan orang lain

3.0 Kepentingan penjagaan maruah diri dan keluarga

4.0 Pelindungan diri daripada penjenayah seksual


5.0 Contoh aktiviti pendidikan seksualiti di Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 Pendidik mengadakan mini seminar untuk kanak-kanak bersama pihak berkenaan
seperti Jabatan Kesihatan atau pun pihak polis untuk mendedahkan kepada kanak-
kanak tentang keselamatan diri mereka.
 Gunakan rutin harian seperti waktu mandi atau ketika bersiap untuk bercakap tentang
anggota badan dan sentuhan selamat.
 .Memperkenalkan sentuhan selamat dan tak selamat
 Pendidik mendedahkan tentang sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat.
 Pendidik menyatakan pelindungan diri daripada ancaman jenayah seksual
 Biasakan diri kanak-kanak untuk berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali.
 Dedahkan akibat jika mereka tidak berhati-hati.

Kenal Pasti Tanda Penderaan Seksual

Malangnya, kebanyakan mangsa penderaan seksual takut atau terlalu malu untuk
mendedahkan apa yang dihadapi mereka. Perhatikan tanda-tanda berikut.

Tanda-tanda untuk diperhatikan

 Ketakutan dan suka berkepit, terutama kanak-kanak kecil.


 Kembali kepada perlakuan yang sudah lama ditinggalkan, seperti kencing malam,
menghisap jari, atau bercakap dengan tidak betul (bagi kanak-kanak kecil).
 Takut pada orang dewasa berjantina khusus.
 Ketakutan atau perasaan tidak suka yang melampau terhadap sentuhan fizikal atau
takut untuk menjadi rapat dengan seseorang.
 Tiba-tiba tidak sanggup untuk keluar atau bersama-sama seseorang.
 Perubahan mendadak dari segi personalitinya.
 Menunjukkan tanda-tanda kemurungan dan kerisauan melampau.
 Menunjukkan tahap pengetahuan seksual yang tidak sewajarnya untuk umur mereka,
terutamanya jika mereka tidak diajar tentangnya dan masih belum akil baligh.
Tanda-tanda fizikal penderaan seksual termasuklah:

 Kesakitan, perubahan warna, geseran, pendarahan, atau lelehan pada tempat sulit,
punggung, atau mulut.
 Kesakitan semasa membuang air besar atau kecil yang berterusan dan sering berlaku.
 Terkencing atau terkincit (tidak berkaitan dengan latihan tandas).

Jika terdapat tanda-tanda di atas, berbincanglah dengan kanak-kanak tersebut untuk cuba
menentukan apa yang telah berlaku. Bertenang dan kekalkan perbualan secara ringan. Jika
mereka mengesahkan segala syak wasangka anda, anda harus:

1. Membuat laporan polis.


2. Hantar mereka ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan, jika terdapat bukti, doktor
akan membantu anda membuat laporan polis.
3. Laporkan penderaan seksual yang disyaki itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat
terdekat.

https://mypositiveparenting.org/ms/2018/04/11/pendidikan-seks-pastikan-si-kecil-selamat/

Anda mungkin juga menyukai