Anda di halaman 1dari 2

TAJUK NAMA

: LAPORAN KURSUS ASAS KESIHATAN PERGIGIAN : MOHAMAD HAFIZUL BIN NORDIN

NO. KAD PENGENALAN : 900124-06-5599 UNIT : PISMP H3 Pada 25 Jun yang lalu bersamaan dengan hari selasa, saya bersama rakanrakan unit H telah menghadiri satu kursus kesihatan pergigian bertempat di Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh. Kursus ini merupakan program bersama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada bakal guru untuk menerapkan kesihatan gigi ketika berada di sekolah. Penceramah pertama iaitu Dr Rokiah Bt. Mamikutty telah memulakan ceramah dengan memberikan satu pra soal selidik. Kami dikehendaki menjawab soalan tersebut. Kemudian soal selidik dikumpul untuk melihat markah keseluruhan. Pada akhir ceramah ini. Satu soal selidik pos dengan soalan yang sama dijalankan bagi memastikan kami semua dapat memahami isi kandungan ceramah tersebut. Dr.

Rokiah juga telah memberikan ceramah mengenai Maklumat Asas Kesihatan Pergigian dan Kemahiran Asas Kebersihan Mulut. Setelah mendengar ceramah yang diberikan oleh Dr. Rokiah, barulah saya menyedari kepentingan menjaga kesihatan gigi. Guru juga perlu menjadi role model (ikutan) kepada murid-muridnya. Di sekolah, apa yang guru buat, kebiasaannya kanak-kanak akan mendengar dan mengikut cara guru. Jika guru tidak menjaga gigi, murid pun akan sama tidak menjaga kebersihan gigi. Saya bersyukur kerana tidak memerlukan rawatan selanjutnya.. Saya cuma perlu tetap

menjaga gigi sebaik-baiknya. Murid-murid juga perlu didedahkan tentang penjagaan gigi dan cara memberus gigi dengan betul. Guru merupakan golongan yang paling hamper dengan murid. Oleh itu guru boleh menerapkan unsur-unsur kesihatan pergigian kepada murid. Selepas rehat, program diteruskan dengan satu ceramah bertajuk Program Kesihatan Pergigian Sekolah dan Peranan Guru. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Inderjit Kaur A/P Mahinder Singh. Sepanjang ceramah ini, saya telah dapat mengenal pasti beberapa peranan guru untuk memastikan murid-murid dapat menjaga kesihatan gigi dengan baik. Oleh itu, guru bukan sahaja perlu menggalakkan murid-murid menjaga kesihatan gigi, tetapi perlu juga memberikan pengetahuan tentang kesihatan gigi kepada muridmurid. Kesimpulannya, kursus kesihatan pergigian seperti ini dapat memberikan pengetahuan yang mendalam mengenai cara-cara menjaga kesihatan gigi kepada kami, bakal guru seterusnya disampaikan kepada generasi baru yang berada di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai