Anda di halaman 1dari 16

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Tajuk kajian yang dipilih oleh saya sebagai pengkaji ialah amalan pengurusan kewangan

dalam kalangan pelajar Pendidikan moral . Pemilihan tajuk ini diambil dari kandungan buku

teks Pendidikan moral Tingkatan 5 Bidang 7 Unit 10. Sebagai seorang pendidik, saya

cenderung utuk mngetahui sejauhmana para pelajar terutamanya menguruskan perbelanjaan

mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat banyak rungutan dan aduan dari para

pelajar yang mengalami kesukaran dalam menguskan perbelanjaan mereka.

Melalui tajuk ini, terdapat beberapa Standard Pembelajaran yang telahpun ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pelajaran.

Standard pembelajaran ini dilihat sangat penting dalam memastikan objktif pembelajaran dapat

dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. Antaranya ialah Menyenaraikan sumber kewangan yang

diperolehi secara beretika, mengenalpasti cara menguruskan kewangan secara beretika dan

mengenalpasti kesan tidak menguruskan kewangan secara tidak beretika.

Justeru itu, di akhir pembelajaran penulis berharap agar para pelajar dapat mengenalpasti dan

mempraktikkan cara untuk menguruskan sumber kewangan mereka dengan betul. Selain iu

juga, penulis juga berhara para pelajar dapat mengekspresikan perasaan ereka apabila dapat

menguruskan kewangan mereka secara beretika.

1
1.2 Penyataan masalah

Pada zaman kini, ramai golongan khususnya golongan pelajar menghadapi tekanan dan

kesukaran dalam menguruskan kewangan mereka dek kerana berlakunya kenaikkan harga

barang dan makanan susulan daripada berlakunya Pandemik Covid-19. Mengikut laporan yang

dikeluarkan di dada-dada akhbar dan laman sosial,terdapat beberapa kes yang mana pelajar

terpaksa mengambil Langkah berhenti dari meneruskan pengajian mereka kerana tekanan

masalah kewangan. Selain itu juga ada dalam kalangan pelajar yang terpaksa bekerja sambil

belajar bagi menyara kehidupan mereka di Universiti. Hal ini dilihat berlaku kerana, Pengkaji

berpendapat bahawa majori daripada pelajar IPT khususnya tidak mengambil berat tentang

cara untuk menguruskan sumber kewangan mereka. Mereka dilihat menggunakan wang

biasiswa atau pinjaman PTPTN mereka pada tempat yang sepatutnya.

Kecetekan ilmu dalam menguruskan kewangan adalah disebabkan oleh para pelajar

tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap hasil pembelajaran unit ini. Perkara ini nyata

memberi kesan buruk yang mana menyebabkan para pelajar gagal menguruskan sumber

kewangan mereka dengan baik. Selain itu, kehilangan focus ini juga disebabkan oleh Teknik

pembelajaran yang digunakan oleh guru tidak menarik yang mana guru hanya menggunakan

buku teks sepenuhnya di dalam kelas. Tambahan pula, tiada sebarang penggunaan alat bantu

mengajar seperi LCD dan bahan maujud Ketika sesi mengajaran. Teknik mengajar merupakan

satu perkara yang sangat penting yang mana ia bukan sahaja untuk menambah kefahaman

pelajar malah ia juga untuk menarik minat pelajar untuk kekal focus di dalam kelas.oleh itu,

pengkaji telah memilih Unit 10 Bidang 5 Tingkatan 5 yang bertajuk amalan pengurusan

kewangan untuk memastikan pelajar dapat mengurus kewangan mereka dengan cermat. Untuk

mencapai perkara tersebut, pengkaji akan mempelbagaikan Teknik serta cara mengajar untuk

memastikan tahap kefahaman murid berada pada tahap optimum.

2
1.3 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis secara terperinci tentang

amalan pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar. Antara objektif kajian ini ialah

i. Mengenalpasti cara menguruskan kewangan secara beretika

ii. Merungkai kesan sekiranya tidak menguruskan kewangan dengan cermat

iii. Mengaplikasi cara menguruskan kewangan secara berhemah

1.4 Persoalan Kajian

Secara khususnya, penyelidikan ini berusaha menjawab soalan-soalan kajian berikut:

i. Sejauhmanakah pelajar dapat mengenalpasti kesan sekiranya tidak menguruskan kewangan

dengan cermat

ii. Sejauhmanakah pelajar dapat menguruskan kewangan mereka dengan cermat?

iii. Apakah tindakan yang patut dilakukan oleh pelajar untuk menguruskan kewangan secara

berhemah

3
1.5 Kepentingan Kajian

Antara kepentingan yang dapat kita ketengahkan mealui kajian ini adalah melalui aspek

pengajaran guru di dalam kelas. Melalui kajian ini, kita dapat merungkai cara terbaik untuk

melaksanakan pembelajaraan di dalam kelas. Perkara ini dilihat sangat penting supaya fokus

pelajr akan sentiasa berada pada tahap optimum dan sekaligus dapat membantu untuk mencapai

objektif pembelajaran. Selain itu jug, kajian ini dilihat bagus untuk mendedahkan lagi para

guru dengan pelbagai eknik-teknik pengajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, Teknik

pengajaran merupakan elemen yang sangat penting dalam mencapai objektif pembelajaran.

Teknik penfajaran yang bersifat pasif akan menyebabkan murid berasa cepat bosan dan fokus

mereka akan mudah terganggu.

Pengkaji mengharapkan segala proses, cabaran, pemahaman dan dapatan melalui kajian ini

mampu memberikan data yang lengkap dan mempunyai nilai praktikal kepada guru dalam

mengembangkan dimensi penaakulan, emosi dan amalan moral dalam kalangan murid melalui

sikap berperikemanusiaan. Pengkaji berpendapat agar topik yang dipilih dapat memupuk sikap

lebih bertanggungjawab dan cermat dalam diri pelajar untuk menguruskan hidup mereka.

selain itu ia juga dapat meningkatkan kesedaran moral, iklim moral dan perubahan tingkahlaku

pelajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka.

4
BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Melalui kajian atau maklumat yang telah diteliti bardasarkan kajian yang sedia ada di internet,

penulis berpendapat bahawa kajian tersebut dilihat umum yang mana ia tidak dikhususkan khas

kepada amalan pedgogi atau teknikpengajaran Pendidikan Moral. Seperti yang kita tahu, ilmu

Pendidikan moral bukan hanya bersifat teori semata-mata, malah ia merupakan ilmu yang akan

membentuk seseorang individu. Menurut Vishalache (2005,2011,2013) berbagai-bagai

metodologi dan teknik pengajaran wajar diaplikasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran subjek Pendidikan Moral. Dalam konteks ini, Teknik pengajaran perlu

diselaraskan dengan tajuk yang ingin diajar. Jadi penulis berpendapat bahawa terdapat

beberapa cara atau Teknik pengajaran yang lebih sesuai untuk digunapakai oleh guru

Pendidikan Moral. Antaranya ialah:

2.2 Teknik Drama

Menurut Sir John Pollock (1958), drama ialah satu pertunjukan yang berlaku penyatuan antara

lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku, serta melakonkan atau meniru watak-

watak. Drama harus mengandungi persoalan, tindakan, perkembangan, dan klimaks serta

kesimpulan. Teknik Drama sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang

berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama

adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik dan bukan

linguistik dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan Tknik

Drama ini juga dapat mendedahkan pelajar dengan situasi sebenar konflik moral dalam

kehidupan harian mereka.

5
Disamping itu, penggunaan Teknik drama ini dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk

menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas

meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Penulis berpendapat

bahawa Teknik Drama ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran

kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

2.3 Penggunaan Buku Teks

Selain itu, penggunaan Buku Teks merupakan salah sau Teknik pengajaran yang berkesan.hal

ini dikatakan demikian kerana buku teks menyediakan sukatan yang bersesuaian dengan murid.

Apabila guru menggunakan buku teks dalam pengajaran, ini membolehkan guru itu lebih

bertanggungjawab terhadap murid iaitu guru menggunakan sepenuhnya kebolehan dan

pengalaman mereka dalam subjek yang akan diajar. Walaubagaimanapun, guru kelas juga

boleh mendapatkan maklumat daripada panduan kurikulum yang telah ditetapkan. Dengan itu,

objektif pembelajaran dapat dicapai dengan sepenuhnya.

Selain itu, buku teks juga boleh digunakan sebagai panduan bukan hanya kepaa murid malah

kepada guru. Hal ini dapat dilihat apabila guru yang baru mula mengajar tidak mempunyai

masa dan pengalaman yang luas dalam sesuatu subjek, buku teks yang disediakan dapat

membantu guru untuk menambahkan pengetahuan dalam subjek yang diajar. Ini adalah sebagai

persediaan untuk mengajar di dalam kelas. Apabila mereka sudah mahir dalam subjek tersebut,

maka mereka boleh mengajarbdengan lebih yakin. Sumber rujukan yang terbaik di dalam kelas

adalahbpengalaman dan kemahiran guru yang ditonjolkan kepada murid. Guru mestilah

berusaha secara berterusan untuk menjadi rujukan yang terbaikbkepada murid. Ini

membolehkan murid tidak hanya bergantung kepada buku teks yang disediakan.

6
2.4 Teori Konstruktivisme

Seterusnya, penulis berpendapat bahawa teori konstruktivisme juga sesuaiuntuk digunapakai

dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan moral. Hal ini dikatakan demikian kerana

melalui teori ini murid atau pelajar harus aktif secara mental membangun struktur

pengetahuannya berdasarkan kematangan kognitif yang dimilikinya. Mengikut David Thorbun

(2000), pengetahuan tidak dapat dipindahkan begitu sahaja dari pemikiran guru ke pemikiran

murid. Oleh itu murid juga perlu aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi

membentuk interaksi secara dua hala Bersama guru.

Menurut Ben Zion Barta, Mosle Telem & Yaffa Ger (1995), penekanan banyak

diberikan kepada pembangunan diri sendiri melalui diri sendiri. la merujuk kepada setiap apa

yang ingin dipelajari oleh murid haruslah bergantung kepada usaha mereka untuk mencapai

ilmu. Di dalam teori ini, guru-guru tidak bertindak sebagai pendidik sebaliknya hanya

memainkan peranan sebagai fasilitator dalam menyelia dan memantau aktiviti yang dijalankan

oleh pelajar. Sebagai contoh di dalam kelas Pendidikan moral, murid sedang mengadakan

aktiviti berkumpulan, maka gurh hanya perlu memantau dan membantu sekiranya ada

pertanyaan yang ingin diajukan oleh murid.

7
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan

penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Oleh itu,

pada bahagian ini, kita akan membincangkan tentang kumpulan sasaran, reka bentuk kajian,

sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur atau proses menganalisis data bagi

menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal. Secara umunya,

sebelum memulakan kajian, penulis akan terlebih dahulu merancang metodologi yang paling

sesuai untuk menjalankan kajian. Penggunaan metodologi yang sesuai akan menyebabkan

objektif atau sasaran program akan dapat dicapai dengan sebaik mungkin.

Melalui kajian tindakan ini, ia dilihat bertujuan untuk mengumpul data tentang sejauh mana

para pelajar cakna tentang cara untuk menguruskan kewangan mereka selepas mempelajari

topik pengajaran Unit 10 Tingkatan 5 yang bertajuk amalan pengurusan kewangan. Justeru itu

bab ini akan menyentuh sepenuhnya berkenaan metodologi kajian yang digunakan untuk

penghasilan penulisan kajian tindakan ini.

3.2 Kumpulan sasaran

Melalui kajian ini, penulis dilihat menjadikan pelajar sebagai kumpulan sasaran. Hal ini dapa

dilihat apabila pengkaji memilih 20 orang responden yang mana 10 orang daripada mereka

adalah lelaki dan selebihnya adalah perempuan. Pelajar tersebut adalah dari Sekolah Menengah

Kebangsaan Tumpat Kelantan. Pemilihan kumpulan sasaran ini diambil secara rawak dan akan

ditemubual oleh penulis. Melalui temubual ini data akan dikumpul dan ia sekalgus akan

menjadi penanda aras kajian tindakan ini berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan atau

tidak.

8
3.3 Reka Bentuk

Kajian ini dijalankan dalam reka bentuk Kajian Tindakan. Kajian Tindakan merupakan satu

proses yang bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu

merancang, bertindak, memerhati dan mengkaji semula. Dalam hal ini, guru diihat memainkan

peranan yang penting dimana guru perlu mengenalpasti setiap masalah yang berlaku dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap masalah ang dikenalpasti perlulah diambil

Langkah penambahbaikkan dengan segera. Langkah tersebut harus melibatkan satu proses

akedemik yang baik.

Oleh itu, pemilihan reka bentuk kajian tindak merupakan satu Langkah yang paling tepat dalam

usaha untuk menambahbaik keberkesanan sesi pembelajaran danpengajaran di dalam kelas.

Hal ini dikatakan demikian kerana reka bentuk kajian tindakan mempunyai ciri-ciri

kelangsungan sesuatu masalah yang sangat baik. Menurut Creswell, kajian tindakan

merupakan satu alternatif bagi guru untuk menambah baik kaedah pengajaran mereka melalui

tindakan sendiri dan bukannya bergantung kepada pihak lain untuk mengkaji kelemahan dan

kekuatan tindakannya di dalam bilik darjah.

Sebagai contoh, pengkai merupakan seorng guru pelatih yand sedang berusaha untuk

menambahbaik dan memahami kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk topik Unit 10

Tingkatan 5 iaitu amalan pengurusan kewangan. Oleh hal yang demikian, pengkaji perlu

mengkaji, meneroka dan menggalurkan aspek perkembangan moral untuk mengembangkan

aspek penaakulan, emosi dan perlakuan moral dalam kalangan pelajar.

9
Refleksi Menentukan isu

Mengumpul dan
Merancang
menganalisis
Tindakan
data

Melaaksanakan
Tindakan

1. Proses menentukan Isu

Pada bahagian ini, guru perlu menyenaraikan atau mengenalpasti isu yang dihadapi Ketika

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Prosesmengenaalpasti isu ini boleh

dilakukan melalui tinjauan awal dan penganalisisan data.

2. Proses merancang Tindakan

Setelah mengenalpasti isu yang dihadapi, guru boleh mula untuk memikirkan dan merancang

tindakan yang patut dilakukan bagi menangani masalah tersebut. Sebagai contoh, penulis telah

menggunakan Teknik Drama dalam pengajaran. Penggunaan Teknik Drama ini adalah untuk

mendedahkan murid tentang situasi yang benar-benar berlaku di dunia luar. Selain itu juga,

penggunaan Teknik Drama ini juga dapat menarik minat pelajar sekaligus dapat menambah

tahap pemahaman mereka.

10
3. Proses melaksanakan Tindakan

Pada tahap ini, guru bertindak melaksanakan pengajaran dengan menggunakan Teknik Drama

di dalam kelas

4. Prooses mengumpul dan menganalisis data

Pada tahap ini, guru akan memerhati dan mengumpul data secara sistematik.pengumpulan data

ini adalah bertujuan untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran pada masa yang

akan datang. Selain itu juga, data yang dikumpul ini juga akan menjadi kayu ukur untuk menilai

sama ada objektif pembelajaran dapat dicapai atau tidak.

5. Refleksi

Pada akhir pembelajaran, guru akan membuat refleksi terhadap apa yang dipelajari oleh pelajar.

Guru akan mengkaji semula pelan tindakan am melalui analisis data yang diperoleh dan

merancang pelan tindakan bagi Teknik Drama 1 untuk dilaksanakan dalam gelung 2.

11
3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan secara kualitatif dengan menggunakan pelbagai cara

untuk mendapatkan data (Bogdan & Biklen, 2007). Kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah

kaedah cacatan jurnal, kaedah pemerhatian dan kaedah temubual. Seramai 10 orang responden

yang akan dipilih secara rawak yang terlibat dalam kajian ini.

Justeru itu, pengkaji telah menggunakan pelbagai alat penyelidikan seperti protokol

pemerhatian, protokol temu bual, dan protokol catatan jurnal (Creswell, 2008; Mills, 2003)

untuk mengutip data. Tiga jenis instrumen digunakan dalam kajian ini untuk mengutip data.

Instrumen yang digunakan ialah:

(i) Kaedah pemerhatian di dalam bilik darjah

(ii) Kaedah temu bual

(iii) Kaedah catatan jurnal

3.4.1 Kaedah pemerhatian bilik darjah

Kaedah pemerhatian di dalam bilik darjah merupakan perkara yang sangat penting

dalam instrumen kajian. Hal ini dikatakan demikian kerana Kaedah pemerhatian menjadi cara

terbaik untuk mengumpulkan data sekunder, mengkaji, memikirkan tingkah laku peserta secara

kritis dan mampu mengumpulkan data-data tidak verbal. Proses pemerhatian dia dalam bilik

darjah ini dapat dibahagikan kepada 3 fasa iaitu pemulaan kelas , pertengahan dan pengakhiran

kelas

Melalui kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian di dalam bilik darjah.

Melalui kaedah ini pengumpulan data dilihat lebih telus dan jelas. Pengumpulan data yang telus

dan jelas dapat memastikan tindakan susulan yang dipilih untuk mengatasi masalah atau isu

tersebut adalah lebih tepat dan berkesan. Menurut Mahamod dan Lim, pemerhatian adalah cara

12
terbaik untuk mengumpul data asal yang hendak dikaji. Seorang pemerhati yang berada di

tempat peristiwa berlaku, boleh melihat langsung bagaimana hal tersebut dilakukan. Oleh itu

jelas bahawa, kaedah pemerhatian bilik darjah merupakan kaedah yang terbaik untuk

digunapakai oleh guru

3.4.2 Kaedah Temu Bual

Selain itu, kaedah lain yang digunapakai dalam menghasilkan kajian ini ialah kaedah

temubual. Penggunaan kaedah ini adalah untuk mengumpul maklumat kajian tinjauan. Cara

pelaksanaannya ialah dengan melakukan temu bual secara lisan dan jawapan direkod oleh

penyelidik secara bertulis, melalui rakaman elektronik. Temu bual didefinisi sebagai perbualan

dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian. Melalui kaedah temubual ini juga,

ia memberi peluang kepada guru untuk berkomunikasi secara terus dengan para pelajar untuk

mendapatkan maklumat.

Kaedah temu bual yang dicadangkan oleh Creswell (2008) digunakan dalam kajian ini untuk

membantu pengkaji meneroka, merekodkan data dan mendapatkan maklumat secara terperinci

dan jelas tentang pengajaran secara menyeluruh. Kaedah temu bual berfungsi dalam kajian ini

bagi mengumpulkan maklumat verbal (lisan) dalam bentuk deskriptif untuk memerihalkan

sesuatu aktiviti, peristiwa, kejadian dan sebagainya.

3.4.3 Kaedah Catatan Jurnal

Jurnal merupakan satu catatan berkala dan berterusan mengikut persepsi seseorang berfokus

kepada sesuatu isu tertentu. Maklumat yang dicatatkan bukan hanya perihal peristiwa penting

tetapi juga merangkumi segala pemerhatian, perasaan, reaksi, pandangan, interpretasi,

hipotesis,hasil refleksi, analisis dan komen. Melalui kaedah jurnal ini , guru dapat mengetahui

pelbagai jenis isu atau ilmu pengetahun yang baharu. Mengikut Merriam, Pengumpulan data

melalui analisis catatan jurnal dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan

13
masalah yang dikaji. Jurnal adalah sumber yang paling mudah kepada pengkaji kerana

maklumat yang diperlukan sedia ada dan sukar untuk menipu.

3.5 Prosedur Kajian

Prosedur kajian dapat dilihat bermula pada gelungan yang pertama hingga gelungan yang

ketiga. Prosedur yang pertama , guru akan menayangkan sebuah drama pendek yang berkaitan

tajuk amalan pengurusan kewangan. Selepas itu, murid akan dibahagikan kepada 3 kumpulan

secara rawak. Setiap kumpulan akan diberikan satu subtopik. Sebagai contoh , kumpulan satu

akan melakokan drama pendek tentang kesan tidak mangamalkan amalan pengurusan

kewangan dengan cermat. Kumpulan dua pula perlu menghasilkan drama pendek tentang

amalan yang boleh dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan cermat. Selepas itu ,setiap

kumpulan akan melakonkan drama masing-masing. Setiap murid akan diberikan satu borang

analisis yang mana mereka perlu mengeluarkan input-input yang mereka fahami berdasarkan

drama tersebut. Akhir sekali, murid akan membentangkan analisis mereka di hadapan kelas.

Langkah 4
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 murid menganalisis
guru membahagikan murid melakonkan seiap drama pendek
guru menayangkan
murid kepada 3
contoh lakonan drama kumpulan dan setiap drama pendek yang dilakonkan dan
yang perlu murid kumpulan mempunyai mereka secara membentangkan
hasilkan subtopik yang berbeza berkumpulan input yang diperolehi
di hadapan kelas

14
4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, dalam usaha untuk menambahbaik keberkesanan pembelajaran dan

pengajaran di dalam kelas, kaedah kajian tindakan dilihat sangat sesuai untuk dugunapakai oleh

guru. Hal ini dikatakan demikian kerana, ia dilihat mempunyai kelangsungan yang baik.

Sebagai contoh, kajian tindak merupakan satu proses yang bersifat gelung yang mana setiap

isu akan diselesaikan dengan teliti dan akan berterusan. Dengan ini, tahap kefahaman seseorang

pelajar dapat dipertingkatan dan objektif ppembelajaran dapat dicapai dengan sebaik mungkin.

Akhir kata, pengkaji berharap agar kajian ini dapat membuka mata para pendidik sekaligus

dapaat mempertingkatkan Teknik pengajaran mereka dari semasa ke semasa.

15
5.0 Bibliografi

Thambu, N., & Balakrishnan, Vishalache., (2014). Teater Forum Sebagai Strategi

Perkembangan Emosi Moral: Satu Kajian Tindakan. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia

Pasifik 2(3), 11-21. https://juku.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/8079/5591

Lebar, O. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: teori dan amalan. Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Ebbutt, D. (1985). Educational action research: Some general concerns and specific quibbles.

Issues in educational research: Qualitative methods, 152-174.

Muhammad Apendy Issahak., (2019). Jenayah dalam kalangan pelajar masih membimbangkan.

Kuala Lumpur: BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/627250/jenayah-

dalam-kalangan-pelajar-masih-membimbangkan

16

Anda mungkin juga menyukai