Anda di halaman 1dari 15

TUGASAN 1 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) DAN HURAIAN

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak
pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili
keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran,
dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji
dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran
yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai
proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu
konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras
kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti
berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain
itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan
keutuhan.

Bagi tugasan ini, Jadual Spesifikasi Ujian di bina bagi soalan Bahasa Melayu kertas 2 untuk
ujian bulanan kelas tahun 5. Soalan yang di bina adalah berbentuk esei dan terdapat 3 soalan.

Topik Tempoh % Pemarkahan Peringkat Jumlah


interaksi (jam) jam markah
C1C2C3C4C5C6

Topik 1 S1

Menyambung Cerita 2 20 4 4m 4

Topik 2
S2
Membina ayat 6 6
3 30 6m
berdasarkan gambar

Topik 3
S3
Menceritakan pengalaman 5 50 10
10m 10
yang dilalui
JUMLAH 10 100 20 4 6 10 20

Nota: C1 – Pengetahuan, C2 – Kefahaman, C3 – Aplikasi, C4 – Analisis, C5 – Sintesis, C6 –


Penilaian, S1 – Soalan 1, S2 – Soalan 2, S3 – Soalan 3, 4m – 4 markah, 6m – 6 markah, 10m
– 10 markah

Jadual di atas menerangkan tentang kandungan, tingkah laku pelajar dan bilangan soalan dalam
ujian sepadan dengan bilangan jam yang menumpukan kepada objektif pembelajaran di dalam
kelas. Terdapat tiga topik yang dipilih berdasarkan kepada objektif pembelajaran. Topik ini
dipilih kerana ianya sesuai untuk ujian berbentuk esei, terutamanya dalam penulisan karangan
dan boleh dinilai dengan berkesan. Disamping itu, ia juga dapat mengetahui tahap pencapaian
murid. Saya menggunakan soalan esei pendek untuk menilai topik ini kerana untuk menilai di
mana kelemahan dan kekuatan murid tersebut. Topik dipilih memudahkan murid untuk
menjawab soalan esei pendek. Manakala jumlah perkataan tidak terlalu banyak diperlukan. Saya
agihkan waktu interaksi berdasarkan aras kesukaran topik dengan tahap taxonomy bloom.
Semakin sukar tahap topik itu semakin banyak waktu jam interaksinya. Saya memilih tiga tahap
kerumitan kognitif gaya pemikiran murid dalam cara memperoleh, memproses dan menilai
sesuatu maklumat yang diterima. Iaitu ketiga-tiga topik mengandungi aras taxonomi yang
berbeza-beza.
TUGASAN II : KERTAS UJIAN DAN ULASAN

UJIAN BULANAN (JUN 2023)

KELAS TAHUN 5

BAHASA MELAYU – PENULISAN

Nama : Tarikh :

Arahan:

1. Kertas Soalan ini mengandungi tiga (3) soalan.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan yang disediakan.

3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan di dalam kertas ujian ini.
Sekiranya ruangan yang disediakan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada guru
bertugas. Helaian tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama kertas
ujian. 4. Pastikan semua soalan telah kamu jawab dengan baik dan sempurna.
SOALAN 1

[4 Markah]

[ Masa di cadangkan : 15 minit ]

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.

Amanda ialah ketua kelas Lima Ungu. Dia sentiasa memberi bantuan kepada kawan-
kawan sekelasnya. Dia seorang ketua darjah yang tidak pernah pilih kasih dengan pelajar-pelajar
tahun Enam Biru. Apabila ada masalah yang timbul di kelasnya, dia akan merujuk kepada Puan
Rozana iaitu guru kelasnya. Dia seorang yang cepat mesra dan berkawan dengan sesiapa sahaja
tanpa mengira bangsa. Bagi Amanda, banyak berkawan lebih baik daripada bersendirian.

Cikgu Rozana memang mempercayai Amanda. Apabila Cikgu Rozana tidak dapat masuk
ke kelas, beliau akan menyerahkan tugas menjaga kelas kepada Amanda. Amanda akan
memastikan kawan-kawannya tidak berbuat bising dan membuat kerja-kerja yang disuruh oleh
Cikgu Rozana. Apabila Cikgu Rozana selesai mengajar, tanpa disuruh Amanda akan mengambil
buku-buku latihan dan menghantarnya ke bilik guru.

Kita mestilah ……………………………………………………………………………….

Selain itu,

Seterusnya,

Akhir sekali,
SOALAN 2

[ 6 markah ]

[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Lihat gambar dibawah dengan teliti.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat di bawah
SOALAN 3

[ 10 markah ]

[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cita-cita saya apabila dewasa kelak.”

- Soalan tamat -

Soalan1: Aras aplikasi merupakan aras ketiga dalam Taksonomi Bloom. Aras ini menguji
keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori , prinsip, hukum dan prosedur untuk
menyelesaikan masalah. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami semua konsep.
Contohnya dalam soalan 1, pelajar di minta untuk membuat ulasan (pengajaran, nilai murni).
pelajar kena tahu apakah konsep asas nilai-nilai murni berdasarkan ayat yang dibina menguji
tahap teori yang dipelajari. Soalan aras aplikasi memerlukan penggunaan proses aplikasi mental.
Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Aras ini menggunakan maklumat dalam situasi
yang baru termasuk menyelesaikan masalah. Contoh soalan, pelajar kena selesaikan masalah
dalam membina ayat dahulu barulah memberikan konsep sepeti nilai-nilai murni yang terdapat
dalam ayat yang dibina.

Soalan 2, aras sintesis merupakan aras kelima dalam Taksonomi Bloom. Aras ini memerlukan
keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan 2
dalam aras ini memerlukan murid menghasilkan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu
komunikasi dimana murid cuba untuk menyampaikan idea, perasan dan pengalaman kepada
orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk
menyampaikan buah fikiran. Ia juga memerlukan penghasilan suatu rancangan atau operasi. Juga
melibatkan kebolehan murid dalam membina set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis
untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contoh soalan 2, murid
akan menggunakan hipotesis sendiri berdasarkan gambar sahaja dan cuba untuk membuat
deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan melalui gambar, dan murid akan dapat membuat
teori tersendiri daripada data yang diberi atau faktor yang diberi. .............................................

Pada akhir pelajaran murid dapat:

i) Menulis lima ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar.

ii) Membaca lima ayat yang ditulis berdasarkan gambar.

Soalan 3: aras penilaian merupakan aras paling tinggi dalam taxonomi bloom. Aras ini menguji
keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu
membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea dan kaedah bagi sesuatu tujuan.
Pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti
logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh, kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi
logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kriteria kedua dari segi luaran,
penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati.
Contohnya dalam soalan 3, pelajar membuat penilaian berdasarkan sesuatu hujah dan logik dan
diingati.Iaitu melalui pengalaman yang dilalui merupakan kunci soalan kepada logik dan ingatan
murid dalam perkara meilai ketepatan sesuatu melalui pengalaman mereka sendiri. .............................................

TUGASAN III : MENYEDIAKAN SKEMA PEMARKAHAN

Skor yang diperolehi seseorang pelajar adalah bergantung kepada prestasi/kualiti jawapan yang
diberikan bagi setiap soalan yang dijawab. Di samping prestasi jawapan, skor yang diperoleh
juga dipengaruhi cara pemarkahan oleh guru/pemeriksa. Pada umumnya, dalam sesuatu
ujian/peperiksaan, penggubal soalan/guru diminta menyediakan skema pemarkahan sebagai
panduan semasa memeriksa skrip jawapan. Skema pemarkahan ini perlu disediakan guru lebih
awal untuk membantu guru mengenal pasti soalan yang tidak sesuai, yang perlu diperbaiki atau
dibuang yang menerangkan kepentingan perbincangan dalam penyediaan skema pemarkahan.

Dalam usaha menyediakan skema pemarkahan bagi memeriksa jawapan, tiga aspek perlu diberik
perhatian oleh guru/penggubal soalan, iaitu:

(a) Kandungan – mencakupi maklumat atau pengetahuan yang berkaitan.

(b) Pengelolaan – aspek penggunaan bahasa yang lancar, tepat dan matang.
(c) Proses – aspek ketepatan, munasabah, komprehensif, konsisten, keaslian dan daya kreatif
menjawab.

Secara umumnya, skema pemarkahan boleh disediakan dalam dua cara, iaitu skema pemarkahan
holistik, dan skema pemarkahan analitik. .............................................

(a) Skema Permarkahan Holistik

Skema jenis ini disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi markah kepada
jawapan pelajar. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi
berdasarkan impresi (impression). Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca
terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut
kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. Pelajar
bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Pemeriksaan
secara holistik ini memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai
bidang atau mata pelajaran berkenaan. .............................................

Skema pemarkahan secara holistik mempunyai kelebihan dari segi pemeriksaan kertas jawapan
yang lebih cepat berbanding permarkahan secara analitik. Walaupun begitu, cara pemarkahan
holistik dianggap sebagai kurang objektif. Langkah untuk meningkatkan keobjektifan dapat
dibuat melalui mesyuarat penyelarasan markat antara pemeriksa-pemeriksa berkenaan. Dalam
mesyuarat ini, ketua pemeriksa akan memberikan panduan memeriksa jawapan diikuti dengan
perbincangan/maklum balas daripada pemeriksa-pemeriksa dan seterusnya latihan tertentu
diberikan kepada mereka. .............................................

(b) Skema Permarkahan Analitik

Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih terperinci
yang mana markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Ia mengandungi nilai tara isi
kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Misalnya, penentuan pemberatan
jawapan, banyaknya fakta dan kualiti hujah yang diberikan dipertimbangan untuk diberikan
markah penuh. Agihan markah dibuat berdasarkan aspek aspek seperti markah untuk isi/fakta,
persembahan dan bahasa. .......................................................................................................................................
Pemarkahan secara analitik adalah lebih objektif berbanding dengan holistik. Hal ini disebabkan
skemanya yang lebih terperinci. Walaupun begitu pemarkahan begini akan mengambil masa
yang lama, lebih-lebih lagi sekiranya bilangan calon terlalu ramai. .............................................

PENSKORAN UNTUK BM KERTAS 2 TAHUN 5

Senarai semak penskoran jawapan soalan 1 [4 markah]

KRITERIA YA TIDAK
.............................................

- Mengemukakan EMPAT idea dengan tepat.


- Penggunaan ayat yang gramatis berdasarkan bahan
rangsangan/ tugasan.
- Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta
sesuai dengan bahan rangsangan/ tugasan.
- Pengolahan idea menepati tugasan.
- Ejaan dan tanda baca yang betul/ terdapat 1 atau 2
kesalahan.
[4 markah ]
- Mengemukakan TIGA idea dengan tepat.
- Penggunaan ayat yang gramatis berdasarkan bahan
rangsangan/ tugasan.
- Pengolahan idea masih menepati tugasan.
- Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca
tetapi tidak menjejaskan ayat/ terdapat 3 hingga 6
kesalahan.
[3 markah]
- Mengemukakan DUA idea dengan tepat.
- Menggunakan ayat mudah dan ringkas berdasarkan
bahan rangsangan/ tugasan.
- Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan
terdapat yang kurang sesuai dengan bahan rangsangan/
tugasan.
- Pengolahan idea kurang menepati tugasan.
- Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.
[2 markah]
- Mengemukakan SATU idea dengan tepat.
- Menggunakan ayat yang tidak gramatis berdasarkan
bahan rangsangan/ tugasan.
- Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan tidak
sesuai dengan bahan rangsangan/ tugasan.
- Pengolahan idea kurang atau tidak menepati tugasan.
- Tidak menguasai ejaan dan tanda baca.
[1 markah]

Rubrik penskoran jawaban soalan 2 [ 6 markah ]

GRED PERINGKAT KRITERIA


Sangat Baik [5–6] - Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati
bahan grafik.
- Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang
Meluas serta sesuai dengan bahan grafik.
- Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
Baik [3–4] - Menggunakan ayat yang mudah dan ringkas sesuai
dengan bahan grafik.
- Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad
dan sesuai.
- Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan
ejaan.
Kurang [1–2] - Ayat tidak sesuai dengan bahan grafik.
Memuaskan - Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai
dengan bahan grafik.
- Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.
Rubrik penskoran jawaban soalan 3 [ 10 markah ]

Gred Peringkat Kriteria


A Cemerlang - Penggunaan ayat yang gramatis bertepatan dengan
[ 9 – 10 ] tema tugasan.
- Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang
meluas serta sesuai dengan tema tugasan.
- Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang
jelas serta tersusun.
- Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
B Baik - Penggunaan ayat yang masih gramatis bertepatan
[6–8] dengan tema tugasan.
- Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana
serta sesuai dengan tema tugasan.
- Pengolahan idea yang baik dan penyampaian jelas
dan masih menarik.
- Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca
tetapi tidak menjejaskan karangan.
C Memuaskan - Penggunaan ayat yang kurang gramatis atau
[3–5] menggunakan ayat tunggal berkaitan tema tugasan.
- Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad.
- Pengolahan idea yang mudah dan ringkas dengan
penyampaian yang kurang menarik.
- Penggunaan ejaan dan tanda baca yang terhad serta
terdapat banyak kesalahan.
E Pencapaian Tahap - Penggunaan ayat tunggal tetapi tidak gramatis serta
Minimum tidak bertepatan dengan tema tugasan.
[0–2] - Penggunaan kata dan kosa kata yang sangat terhad.
Soalan subjektif khususnya karangan, boleh menjadi alat pengukuran yang berkesan jika
dilengkapkan dengan peraturan pemberian markah yang sesuai. Saya menggunkan teknik skema
pemarkahan menggunakan rubrik holistik untuk soalan 2 dan 3. Manakala senarai semak untuk
soalan 1. Bagi soalan 1, tujuan saya pilih senarai semak kerana saya menggunakan teknik global
sebagai skor maklum balas, kerana ia bermaksud menyeluruh. Maksudnya skornya luas.
Rasionalnya teknik ini ialah keseluruhan lebih penting daripada bahagian lain.

Berasaskan rasional, pemeriksa melakukan penilaian secara keseluruhan terhadap sesuatu


karangan. Karangan itu dibaca sepintas lalu untuk menganggarkan prestasi calon berasaskan
sesuatu skala seperti A-E. Dalam skema yang saya wujudkan bezanya saya meletakkan terus
points tetapi masih menyeluruh iaitu melihat berdasarkan kriteria dan teru smeletakkan point
yang sesuai. Cara ini sangat subjektif dan memerlukan pemeriksa yang cukup mahir dan
berkebolehan membaca secara kritikal. Amat subjektif bermakna kebolehpercayaan pemarkahan
amat rendah.

Bagaimanapun, keboleh percayaan pemarkahan pemeriksa boleh ditinggikan sedikit melalui


penyelarasan antara para pemeriksa dan penyediaan model jawapan untuk rujukan bersama. Bagi
soalan 2 dan 3, kenapa memilih rubrik holistik kerana ia merupakan pentaksiran sumatif. Dan
teknik yang digunakan adalah teknik analisis. Markah diberi berdasarkan kriteria tertentu.
Sekiranya jawapan calon mmepunyai banyak unsur yang dinyatakan dalam kriteria itu, maka
tinggilah markahnya. Dan ianya sesuai untuk ujian pencapaian dan boleh juga digunakan untuk
ujian formatif.

Aspek yang dinilai:

Menjawab tugasan

- Struktur ayat
- Perbendaharaan kata
- Kosa kata
- Pengolahan
- Ejaan & Tanda baca

Dilakukan secara holistic


- Melihat secara keseluruhan mengikut kriteria yang ditentukan
- isi-isi yang diberi sebagai panduan

TUGASAN IV : ANALISIS DAN INTERPRETASI ITEM

Jumlah Soalan = 3 S1 = 4m, S2 = 6m, S3 = 10m Jumlah Markah = 20 Jumlah Bilangan Pelajar =
20

Pelajar (4 markah) (6 markah) (10 markah) Jumlah Markah


Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3
1 4 6 10 20
2 4 6 10 20
3 3 6 10 19
4 4 5 9 18
5 3 6 9 18
6 2 5 10 17
7 4 5 7 16
8 3 3 9 15
9 4 6 5 15
10 3 5 7 15
 Index kesukaran (The Difficulty Index)

- mengukur sejauh mana soalan atau item itu susah atau senang.

Soalan 1:

Skor No. of Students Jumlah Skor


4 5 20
3 6 18
2 5 10
1 3 3
0 1 0
Jumlah keseluruhan 51
Average Score 51/20=2.55

Formula: p = Average score Possible range of score = 2.55/ (4-0) = 2.55/4 = 0.64 (Moderate
difficulty)

Index Diskriminasi (The Discrimination Index)

-Sejauh mana item mebezakan pelajar baik kepada yang pelajar lemah

Soalan 1:

Skor 0 1 2 3 4 Total Average


Score
Markah 0 0 1 4 5 34 34/10 =
tinggi (n 3.4
= 10)
Markah 1 3 4 2 0 17 17/10 =
rendah (n 1.7
= 10)

Jum. kump. markah tinggi = 20 + 12 + 2 = 34

Jum. kump. markah rendah = 6 + 8 + 3 + 0 = 17

D = Jum. kump. markah tinggi - Jum. kump. markah rendah

Possible range of score = (3.4 – 1.7/ (4-0) = 1.7/4 =0.43 (High discrimination)

RUJUKAN

Martin, M. O., Mullis, I. V. S., Foy, P., Olson, J. F., Erberber, E., Preuschoff, C., & Galia, J.
(2008). TIMSS 2007 International Science Report: Findings from IEA‟s Trends in International
Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades. Chestnut Hill: MA: TIMSS &
PIRLS International Study Center, Boston College
Martin, M. O., Mullis, I. V. S., Foy, P., Olson, J. F., Erberber, E., Preuschoff, C., & Galia, J.
(2008). TIMSS 2007 International Science Report: Findings from IEA‟s Trends in International
Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades. Chestnut Hill: MA: TIMSS &
PIRLS International Study Center, Boston College

Beaton, A. E., Martin, M. O., Mullis, I. V. S., Gonzalez, E. J., Smith, T. A., & Kelly, D. L.
(1997). The Science Achievement in the Middle School Years Chestnut Hill: MA: TIMSS &
PIRLS International Study Center, Boston College.

Anda mungkin juga menyukai