Anda di halaman 1dari 30

GOLONGAN KATA

KATA NAMA

KATA NAMA

Kata Nama Kata Nama Am Khas

DEFINISI
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Manusia , orang: ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar Binatang: ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan

Tumbuh- tumbuhan: pokok, betik, rumput, lalang


Benda: pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku Tempat: pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri

KATA NAMA AM
Kata nama am dapat dibahagikan kepada:

konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat Contoh: buku, meja, kawan, petani, sekolah, dan sebagainya abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. Contoh: cerita, tangisan, perayaan, kehendak dan sebagainya

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh:

Dia sedang menjinakkan seekor gajah. (Pada akhir ayat) Gajah itu berbadan besar. (Pada awal ayat)

DEFINISI

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf pertama pada awal perkataan perlu ditulis dengan huruf besar.

Manusia: Zaidi, Mei Fong, Subramaniam


Binatang: Tompok (kucing), Jalak (ayam) Tempat: Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) Bangunan: Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)

Judul buku: Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)


Benda: Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)

KATA ADJEKTIF
kata

yang digunakan untuk menyatakan keadaan atau sifat bagi sesepatah kata nama atau sebaris frasa nama.
Kata

adjektif yang dikenali juga dengan nama kata sifat


boleh

didahului atau diikuti dengan kata penguat seperti sangat, amat, sungguh, terlalu, terlalu, banyak dan sebagainya.

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF SIFAT

KATA ADJEKTIF WARNA

3 KATA ADJEKTIF UKURAN

KATA ADJEKTIF BENTUK

KATA ADJEKTIF PANCAINDERA

KATA ADJEKTIF WAKTU

KATA ADJEKTIF CARA


9

KATA ADJEKTIF PERASAAN

KATA ADJEKTIF JARAK

KATA ADJEKTIF SIFAT

10. 11.

Budak bijak itu menerima hadiah daripada pengetua sekolah. Orang jahat itu telah diberkas oleh polis semalam.

12.
13. 14.

Tubuh anak gadis Encik Karim sangat kurus.


Kehidupan penyanyi terkenal itu amat sederhana. Pemuda itu selalu ditegur kerana kelakuannya kasar.

KATA ADJEKTIF WARNA

15. 16.

Wanita itu memakai selendang sutera biru. Daun-daun pokok itu hijau dan buahnya lebat.

17.

Bendera kebangsaan negara baru itu merah, biru, kuning dan putih.

KATA ADJEKTIF UKURAN

18. 19.

Pembaris panjang itu dipatahkan oleh adik. Sekolah rendah itu akan ditutup tidak berapa lama lagi.

20.

Dia sudah selesai membaca buku yang tebal itu.

KATA ADJEKTIF BENTUK

21. 22.

Lelaki yang berperut buncit itu bapa saudara saya. Dua garisan yang lurus dan selari tidak mungkin bertemu.

23.

Bola yang dipegangnya lonjong.

KATA ADJEKTIF PANCAINDERA

35. 36.

Masakan di restoran baru itu sangat lazat. Dia makan pisang yang kelat itu.

37.
38.

Wajahnya masam ketika saya tiba ke rumahnya.


Suara penyanyi itu lunak dan lantang.

KATA ADJEKTIF WAKTU

24. 25.

Baju yang baharu itu berwarna-warni. Usah dikenang kisah-kisah silam itu.

26.

Makanan segera biasanya kurang berkhasiat.

KATA ADJEKTIF CARA

30. 31.

Penyanyi lincah itu akan berlakon filem. Lelaki gemuk itu gopoh sewaktu bekerja.

32.

Penerangannya tentang pelajaran itu sangat jelas.

KATA ADJEKTIF PERASAAN

32. 33.

Dia amat sayang akan kedua-dua orang tuanya. Sultan gembira kerana dikurnia seorang putera.

34.

Budak kecil itu rindu akan ibunya yang sudah meninggal dunia.

KATA ADJEKTIF JARAK

27. 28.

Dia nyaris ditabrak oleh sebuah teksi. Peristiwa itu berlaku dekat dengan rumah saya.

29.

Kolam renang itu hampir dengan sekolahnya.

KATA KERJA TRANSITIF

KATA KERJA

KATA KERJA TAK TRANSITIF

KATA KERJA TRANSITIF


Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek. Objek yang mengikuti kata kerja itu pula mestilah frasa nama.
1. Polis akan mendenda siapa-siapa sahaja yang melanggar peraturan. Juruhebah yang lincah itu akan menyertai peraduan ratu cantik. Pak Zubir telah meninggalkan kampung halaman untuk mempelajari muzik di Singapura.

2.

3.

Kata KERJA Kerja Tak Transitif KATA TAK TRANSITIF


KKTT tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Contohnya: Semua orang pulang Adik saya masih tidur. Padi sedang menguning. Pemuda itu tersenyum.

Mereka asyik berbual.

KATA KERJA TAK TRANSITIF


Kata Kerja Tak Transitif berpelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek namun boleh hadir unsur keterangan. 1.
Muhammad Ali akan bertinju dengan Joe Frazier.
Mereka akan berbahas dengan pasukan dari Sekolah Kota Air sungai di kampung itu mengalir dengan deras. Pokok itu layu kerana tidak disirami air. Dia tertidur di sofa yang empuk itu kerana terlalu penat semalam.

Kata Kerja boleh terbentuk melalui proses imbuhan, sama ada awalan, akhiran ataupun apitan.
IMBUHAN
KATA KERJA TAK TRANSITIF
NAMA KERJA TERBITAN AWALAN bergerak (gerak) terjatuh (jatuh) menggertak (gertak) AKHIRAN pecahkan (pecah) lepaskan (lepas) tujukan (tuju) APITAN beralaskan (alas) berguguran (gugur) mengajarkan (ajar)

KATA TUGAS

Kata yang hadir dalam frasa, klausa dan ayat dengan tugasnya semata-mata untuk memungkinkan kata lain berperanan dalam ayat, sama ada sebagai penerang, penentu,penguat, pemeri, pe mbantu, atau tugas lain.

CIRI KATA TUGAS Tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam frasa predikat.

Maksud KT ditentukan oleh kehadiran kata lain. Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas. Tidak mengalami perubahan bentuk untuk sebahagian besar KT.

Kata penyambung ayat

Kata praklausa

Kelompok kata tugas

Kata prafrasa

Kata pascakata

KATA PENYAMBUNG AYAT


Kata yang menghubungkan ayat melalui proses penyambungan atau penerusan.
Dua binaan ayat atau lebih yang digubungkan itu akan mewujudkan ayat majmuk. Kata hubung berfungsi sebagai penghubung unit tatabahasa. Tiga jenis kata hubung, iaitu:

* kata hubung gabungan ( dan, lalu, sambil, tetapi.)


* kata hubung pancangan ( yang, bahawa, kerana , untuk) * kata hubung berpasangan (baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun)

KATA PRAKLAUSA
Kata yang hadir sebelum rangkaian perkataan yang mengandung subjek dan predikat yang menjadi konstituen atau bahagian ayat. Tugasnya untuk mewujudkan seruan, pertanyaan, pengiaan atau penerang pada klausa. Kata yang termasuk dalam praklausa ialah: * kata seru( amboi!) * kata pembenar (ya, tidak) * kata tanya (apakah)* kata perintah(sila, jangan) * kata pangkal ayat(maka, lalu, kemudian)

KATA PRAFRASA
Kata yang hadir sebelum kelompok kata, rangkai kata (selain ungkapan atau kata majmuk). Kata yang termasuk dalam prafrasa ialah: * kata bantu- suasana perbezaan masa cth: sedang, dulu, sekarang * kata penguat cth: terlalu, paling, agak * kata penegas cth:kahlah * kata nafi- perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan- ada 2= 1) bukan 2) tidak * kata pemeri =2. 1) ialah 2) adalah * kata sendi nama. cth=di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, dsbgnya.. * kata arah= atas, bawah, tepi, antara, depan * kata bilangan= ada 6 1) Kata bilangan tentuContoh: satu, dua, tiga 2) Kata bilangan tak tentuContoh: beberapa, banyak, segala 3) Kata bilangan himpunanContoh: kedua-dua, berbulan-bulan 4) Kata bilangan pecahanContoh: setengah, tiga suku 5) Kata bilangan pisahanContoh: tiap-tiap, masing-masing 6) Kata bilangan tingkatContoh: pertama, kedua, ketiga

KATA PASCAKATA
Kata yang hadir selepas perkataan. Fungsinya sebagai penekan atau pembenda. Kata yang termasuk dalam pascakata ialah: * kata penekan- yang memberi penekanan . contoh: sesungguhnya, bahawasanya, nampaknya * kata pembenda =yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata nama. contoh: lajunya, sakitnya dan datangnya

Anda mungkin juga menyukai