Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN A

( 40 markah )

Jawab semua soalan

1. Revolusi 4.0 (IR 4.0) akan membantu kerajaan Malaysia dalam pelbagai aspek
seperti ekonomi, industri, pendidikan, sains teknologi dan inovasi serta perkhidmatan
awam (Riot, 2017).
Pada penilaian anda, sejauh mana persiapan dan persediaan yang telah dilakukan
oleh kerajaan Malaysia dalam mendepani Revolusi 4.0 (IR 4.0) ini.

Rujuk rubrik pemarkahan


Contoh jawapan

IR 4.0 adalah suatu pendekatan dan trend pertukaran data dan automasi terkini dalam
teknologi pembuatan. Terma IR 4.0 diambil daripada projek berteknologi tinggi kerajaan
Jerman yang mempromosikan industri pembuatan berasas komputer. Menurut Zainal Ariffin
(2017), IR 4.0 adalah suatu projek strategi teknologi tinggi 2020 ke arah pengeluaran yang
cekap, luwes, berasaskan automasi masa nyata (real time automation) dan sensori teknologi.
Antara persiapan dan dan persediaan kerajan Malaysia dalam menghadapi Revolusi 4.0 (IR
4.0) adalah seperti berikut:

 Meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara agar dapat menghadapi pasaran


global dan cabaran yang begitu hebat menghadapi revolusi perindustrian 4.0 (IR 4.0).
Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysisa (PPPM) mampu
meningkatkan keupayaan murid dalam mendepani IR 4.0 melalui kamahiran-
kemahiran berfikir aras tinggi, penggunaan alatan digital dalam pengajaran dan
pembelajaran, menambahkan infrastruktur sekolah dan melengkapkan guru dengan
pembelajaran abad ke-21.

 Melatih tenaga mahir dalam mendepani cabaran IR 4.0. Kerajaan mengumumkan


peruntukkan RM206 juta disediakan untuk membangun dan menyediakan program
latihan di politeknik dan kolej komuniti. Selain itu, Kerajaan juga memperkenal Dana
Wibawa TVET berjumlah RM30 juta bagi menggalakkan institusi latihan awam
bersaing untuk menawarkan program latihan lebih kompetitif dan memenuhi
keperluan industri.

 Selain itu, untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan di pasaran kerja,


khasnya bidang-bidang yang berkaitan dengan Revolusi Industri 4.0, kerajaan telah
mengumumkan insentif potongan cukai dua kali kepada biasiswa yang diberi oleh
syarikat kepada pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional di pelbagai peringkat
pendidikan termasuk diploma dan ijazah.
 Mewujudkan ruang penyelidikan baharu dalam pelbagai disiplin ilmu. Latihan dan
pembangunan sumber manusia mengalami perubahan melalui permintaan kepada
pengetahuan dan kemahiran baru dalam kalangan pekerja.

 Menyediakan infrastruktur teknologi yang serba lengkap dan diselenggara dengan


baik di seluruh negara. Kemudahan telekomunikasi dan rangkaian jalur lebar perlu
dikembangkan dan diselenggara dengan baik supaya pelabur atau pemain industri
dapat memanfaatkan kemudahan tersebut dalam pelaksanaan Revolusi Industri 4.0.
Capaian jalur lebar yang terkini iaitu dari 3G ke 4G atau 5G akan membantu
keberkesanan teknologi.

 Melaksanakan pelan ekonomi yang baik dan sejajar dengan penggunaan teknologi
bagi penggiat ekonomi telah dilaksanakan. Misalnya potongan dua kali ganda
dilaksanakan terhadap perbelanjaan yang dilakukan syarikat bagi membangun dan
meningkatkan kemahiran pekerja dalam TVET.

 Mengubahsuai pasaran menjadi lebih luwes dan berpusat pelanggan untuk


memenuhi permintaan populasi dunia secara cepat dan lancar: Komunikasi secara
langsung antara pengilang dan pelanggan mempercepatkan pengeluaran dan
penghantaran. Pasaran akan menjadi lebih luwes.

 Memperkukuhkan keselamatan siber. Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA)


telah ditubuhkan kepada Februari 2017 sebagai agensi peneraju dalam bidang
keselamatan siber, bertujuan untuk melindungi dan memperkukuhkan ketahanan
negara bagi menghadapi ancaman serangan siber melalui penyelarasan sumber dan
penyatuan pakar-pakar keselamatan siber.

 Memberi kesedaran dan sokongan kepada industri tentang cabaran revolusi 4.0 Ia
merupakan satu dimensi peralihan paradigma kepada kecekapan pengurusan dan kos
sesebuah organisasi. Setiap pemain industri seharusnya memberi komitmen yang
padu dalam mendepani Revolusi Industri 4.0.

Jumlah = 20 markah

2. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan perubahan dalam Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK) pada tahun 2017 untuk sekolah menengah dan
2018 untuk sekolah rendah (Aniza, 2014).
Berikan justikasi mengapa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sangat penting
dilaksanakan di sekolah.

Rujuk rubrik pemarkahan


Contoh jawapan

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapat maklumat berkaitan perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian pelajar. Justifikasi pentaksiran bilik darjah ini
ini dilaksanakan dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah
seperti berikut;
 Dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran.
Melalui pelaksanaan PBD kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pengajaran
dan pembelajaran dapat dikenalpasti oleh guru. Proses mengenal pasti
kelemahan dan kekurangan dapat dilakukan secara berterusan melalui
proses PdP di bilik darjah melalui pelbagai kaedah dan teknik pengajaran.
Guru akan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
mengikut kemampuan pelajar di bilik darjah. Kelemahan-kelemahan pelajar
akan sentiasa dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
 Dapat mengesan perkembangan pelajar secara menyeluruh.
PBD akan memberi tumpuan kepada perkembangan pelajaran murid atau
berorientasikan pembelajaran, bukan lagi berorientasikan peperiksaan. PBD adalah
sebahagian daripada proses pembelajaran dan ia juga salah satu komponen
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang berfokus kepada perkembangan dan
kemenjadian pelajar secara holistik. Guru-guru dapat mengesan perkembangan
murid dengan menggunakan pelbagai penilaian sama ada secara sumatif dan formatif
di bilik darjah.

 Guru dapat merancang dan mengubahsuai kaedah pengajarannya.


PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat
refleksi yang berterusan terhadap kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dan
membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP di bilik darjah.
Guru dari semasa ke semasa akan membuat penambahbaikan kaedah pengajarannya
dalam usaha meningkatkan potensi dan perkembangan pelajar.
 Mengetahui keberkesanan pengajarannya.
Melalui PBD ini guru-guru dapat menilai keberkesanan pengajaran yang
dilakukan sama ada berkesan ataupun tidak. Keberkesanan pengajaran ini
boleh dilihat dan diukur melalui proses penilaian yang dilakukan secara
formatif atau sumatif kepada pelajar. Guru-guru akan dapat membuat
penambahbaikan dan pengubahsuaian serta meningkatkan kemahiran sedia
ada bagi meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
 Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Pentaksiran bilik darjah juga membolehkan guru-guru dapat mengambil
tindakan susulan terhadap pelajar-pelajar yang mempunyai kelemahan dalam
pembelajaran. Antara tindakan susulan yang boleh dilakukan oleh guru-guru
seperti menilai semula kaedah dan teknik pengajaran, penambahbaikan
bahan dan alat bantu mengajar yang lebih kreatif dan menarik, teknik
penyoalan, latih tubi, mewujudkan persekitaran kondusif dan lain-lain lagi.

 Mengakses sikap dan pembelajaran murid yang memerlukan perhatian.


Selain itu, guru-guru juga akan dapat mengakses sikap dan pembelajaran
murid yang memerlukan perhatian dan bimbingan. Tidak dapat dinafikan
bahawa sesetengah pelajar memerlukan perhatian dan bimbingan khusus
dari guru-guru sama ada dalam proses PdP, masalah peribadi, kewangan,
keluarga dan sebagai.

Jumlah = 20 markah

Anda mungkin juga menyukai