Anda di halaman 1dari 6

Pendahuluan

Erik Homburger Erikson (1902-1994) beliau merupakan salah seorang tokoh yang
terkenal dalam bidang psikologi. Antara teori popular beliau ialah tentang perkembangan
manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Berdasarkan teori psikososial Erikson,
beliau mencadangkan bahawa manusia berpotensi untuk mengalami perkembangan psikologi
yang sihat dan mampu mengalami kesulitan mengikut masa dan peringkat perkembangan
tertentu.

8 tahap perkembangan

Peringkat yang pertama bermula dari lahir hingga berumur satu tahun atau dalam erti
kata lain peringkat bayi, pada tahap ini naluri kepercayaan akan berlawanan dengan naluri
ketidakpercayaan asas. Erikson mencadangkan bahawa pada tahap ini, segala keperluan asas
bagi seorang bayi dari sudut keperluan dan kasih sayang perlu dipenuhi, jika sebaliknya maka
hasilan negatif seperti rasa takut dan berprasangka akan lahir susulan dari ketidakpercayaan
pada orang dan perkara-perkara lain dalam persekitaran mereka.

Seterusnya, pada fasa kedua, iaitu dari usia satu tahun hingga dua tahun bayi
mengalami fasa pergelutan antara hendak mencapai naluri autonomi atau terus dibelenggu
rasa kesangsian. Sekiranya mereka terasuh dengan cara mendapat galakkan atau keyakinan
dari ibu bapa mahupun penjaga dalam menyelesaikan sesuatu perkara, nescaya masalah ragu-
ragu pada keupayaan diri dapat diatasi sekaligus menjadikan mereka lebih bersifat kendiri dan
berkeyakinan.

Fasa ketiga pula, Erikson merumuskan krisis inisiatif lawan rasa bersalah akan timbul
pada usia dua hingga enam tahun. Kanak-kanak pada usia ini cuba berdikari dan berinisiatif
dalam melakukan sesuatu perkara. Kemahiran interpersonal dan psikomotor mereka semakin
bercambah dan menjadi positif jika berada di landasan yang betul. Namun jika berlaku
sebaliknya, rasa bersalah akan menguasai sekaligus menyebabkan proses untuk aktif dalam
dunia sosial terbantut.

Peringkat seterusnya, kecekapan lawan rendah diri menyaksikan bahawa sekolah


adalah medan terbaik bagi kanak-kanak mempelajari budaya kerja berpasukan. Mereka yang
berusia enam hingga 12 tahun akan menjadi lebih produktif dan cekap dalam menyelesaikan
tugasan sekiranya mendapat peneguhan positif dari persekitarannya.

1
Pada usia remaja (12-20 tahun), tubuh seseorang akan mengalami perubahan biologi
dan hormon. Remaja akan mengalami krisis dalam pencarian identiti yang melibatkan pelbagai
aspek pekerjaan dan peranan jantina. Sekiranya remaja gagal dalam menyelesaikan konflik ini,
mereka akan mengalami masalah kecelaruan identiti, rasa ragu-ragu dalam membuat pilihan
dan cenderung untuk terus mengalami masalah di peringkat seterusnya. (Azizi, Sharin, Yusof,
Zurhana, 2008)

Kemesraan lawan keterasingan akan berlaku pada usia awal remaja (20-40 tahun). Kata
kunci cinta dan kasih sayang sangat penting pada fasa ini. Mereka yang berjaya akan mencapai
naluri identiti namun sekiranya tidak, mereka akan rasa terasing dan takut pada komitmen.

Menjanakan (generativity) lawan tetap (stagnation) merujuk kepada keupayaan menjadi


lebih produktif dalam hubungan kekeluargaan dan kerjaya. Individu berusia antara 40 hingga 61
tahun yang berjaya mengatasi konflik fasa ini akan mempunyai sifat cakna terhadap anak-anak.
Sekiranya gagal diatasi, sikap penting diri akan terbina.

Peringkat yang terakhir iaitu akhir dewasa (61 tahun ke atas) akan menguji kesedaran
spiritual seseorang individu. Jika naluri berkenaan hidup sudah tertunai, nescaya rasa bangga
dengan nikmat yang dinikmati selama ini. Sekiranya tidak, putus harapan dan takut menghadapi
kematian akan wujud. (Azizi, Jaafar, 2006)

Tahap ke-5 (identiti lawan kecelaruan diri)

Jika merujuk kembali peringkat psikososial di atas, jelas menunjukkan yang pelajar
berusia lingkungan 13 hingga 18 tahun kerap mengalami konflik “siapa aku ?”. Golongan ini
tersepit diantara pembinaan identiti diri dan kekeliruan yang menjadi asas dalam kejayaan di
peringkat seterusnya. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penulis sebagai salah
seorang guru disiplin, remaja yang bermasalah selalunya mempunyai sesuatu yang tidak dapat
dilunaskan pada peringkat psikososial sebelumnya. (Jas Laile, 2008)

Bagi memahami lagi peringkat ini, penulis menjalankan satu soal selidik berdasarkan
kes yang dialami penulis sendiri sebagai seorang guru kelas dan ahli jawatankuasa unit disiplin.
Kajian dilakukan terhadap seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang mempunyai
masalah disiplin ponteng sekolah dan pergaulan bebas. Hasil dapatan berdasarkan soal jawab
menunjukkan pelajar tersebut sedar berlaku perubahan fizikal selepas baligh dan berasa
kurang percaya terhadap ibu bapanya berbanding dengan rakan sebaya setelah dirasakan
perhatian yang diberikan semakin pudar sementelah meningkat ke usia remaja. Sesi tersebut

2
mengenalpasti pengaruh gejala negatif berlaku lantaran sikap lebih percaya kepada rakan dan
wujud sikap ingin mencuba sesuatu yang baru. Setiap keputusan yang diambil berdasarkan
kehendak emosinya yang menuntut agar diberikan perhatian sama seperti zaman kecilnya.
Justeru pelajar bertindak sedemikian untuk mendapatkan perhatian di samping merasakan
dirinya sudah cukup matang untuk membuat keputusan. Pelajar menyatakan emosinya turut
terganggu dengan segala yang berlaku di sekelilingnya. Reaksi yang jelas terpancar pada
wajah pelajar menyatakan dirinya berada dalam kemurungan dan kebimbangan. Pelajar
menyedari tindakan yang diambil salah, namun merasakan langkah tersebut relevan bagi
dirinya agar kehendaknya tercapai. Berdasarkan hasil soal jawab tersebut, penulis merumuskan
bahawa kecelaruan identiti berlaku dalam diri pelajar tersebut.seperti estim kendiri yang rendah
dan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

Rumusan

Justeru itu, dapat dirumuskan, teori Erikson ini dapat membantu pihak
bertanggungjawab khususnya ibu bapa dan guru dan tidak terkecuali komuniti setempat dalam
menilai aspek-aspek perkembangan dan membimbing para anak didik kearah kehidupan
sosioemosi yang mampan dan gemilang, sekaligus menjadikan mereka aset yang terbaik
negara dalam menghadapi mehnah dan tribulasi yang mendatang.

(800 patah perkataan)

3
Lampiran.

Guru menjalankan soal jawab dan merekodkan hasil dapatan tersebut.

4
Contoh soalan soal jawab secara lisan

Adakah anda menyedari perubahan diri selepas baligh? Ya ( ) Tidak ( )

Adakah berlaku perubahan emosi selepas baligh? Ya ( ) Tidak ( )

Anda sering merasa diabaikan oleh keluarga? Ya ( ) Tidak ( )

Adakah ibu bapa anda mengambil berat seperti dulu? Ya ( ) Tidak ( )

Adakah anda sedar dengan setiap tindakan yang


Ya ( ) Tidak ( )
dilakukan?

Adakah anda membuat keputusan sendiri? Ya ( ) Tidak ( )

Rasa percaya kepada kawan melebihi rasa percaya pada


Ya ( ) Tidak ( )
keluarga

Adakah sesuatu keputusan yang anda buat berdasarkan Orang Lain


Sendiri ( )
keputusan sendiri atau pandangan daripada orang lain? ( )

Kematangan anda menjadikan anda bertindak mengikut


Ya ( ) Tidak ( )
emosi sendiri?

Anda lebih menerima pandangan ibu bapa atau rakan- Ibu Bapa Rakan-rakan
rakan? ( ) ( )

Adakah anda suka untuk mencuba sesuatu perkara baru? Ya ( ) Tidak ( )

Adakah berasa tertekan jika tidak diberi perhatian? Ya ( ) Tidak ( )

Adakah anda akan berubah sikap jika diberi perhatian oleh


Ya ( ) Tidak ( )
ibu bapa?

5
Rujukan

Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif. (2006). Membentuk Identiti Remaja. Pahang: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya, Sharin Hashim, Yusof Boon, Zurhana Muhammad. (2008). Tips Menangani Buli
di Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1996). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Selangor: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.
Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Shahizan, Tsai Chen Chien, Saw Hooi Chin.(2006). Intrapersonal dan Interpersonal untuk
Remaja. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai