Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KAMPUS TAWAU, KM 36, JALAN BALUNG,
BEG BERKUNCI NO 27,
91009, TAWAU, SABAH.

KERJA KURSUS
(EDUP3053)
TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA SISWA GURU : MOHD KHAIRIL DANIEAL BIN JUSTIN

ANGKA GILIRAN : 2021052340032

NOMBOR KAD PENGENALAN : 011224-12-0057

KUMPULAN/UNIT : BAHASA MELAYU 2 (SJKT)

KOD KURSUS DAN NAMA KURSUS : EDUP3053 TEKNOLOGI UNTUK


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA PENSYARAH KURSUS : ENCIK KHAIRUL ZAMRI BIN OTHMAN

TAJUK : PENULISAN ESEI (TUGASAN 2)

TARIKH HANTAR : 31 OKTOBER 2022


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU

BORANG MAKLUM BALAS KERJA

KURSUS

Nama: MOHD KHAIRIL DANIEAL BIN JUSTIN Angka Giliran: 2021052340032

Kod: EDUP3053 Nama Kursus: TEKNOLOGI UNTUK


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pensyarah: ENCIK KHAIRUL ZAMRI BIN OTHMAN


Tarikh Hantar: 31 OKTOBER 2022 Tarikh Terima (Diisi oleh pensyarah)

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan pelajar: Tarikh:

i
BIODATA DIRI

NAMA : MOHD KHAIRIL DANIEAL BIN JUSTIN

NO. KAD PENGENALAN : 011224-12-0057

TARIKH LAHIR : 24 DISEMBER 2001

ALAMAT : KAMPUNG LUMAT, PETI SURAT 40, 89807 BEAUFORT, SABAH

JANTINA : LELAKI

AGAMA : ISLAM

BANGSA : BISAYA

NO. TELEFON : 011- 1419 1149

E-MEL : 407-25-mohdkhairildanieal@epembelajaran.edu.my

ii
HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :
Nama Penulis : MOHD KHAIRIL DANIEAL BIN JUSTIN
Tarikh : 31 OKTOBER 2022

iii
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan anugerah-Nya akhirnya saya
dapat menyiapkan tugasan kerja kursus EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan
Pembelajaran. Ribuan Terima kasih kepada pihak IPGM kerana telah memberikan saya
peluang untuk menjadi salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.
Sekalung apresiasi juga saya tujukan kepada pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Tawau, para pensyarah yang telah memberikan tunjuk ajar dan tidak lupa juga kepada
pensyarah bagi kursus ini iaitu Encik Khairul Zamri bin Othman yang banyak memberikan
tunjuk ajar dan sokongan semasa saya menyiapkan kerja kursus ini. Amat saya hargai.
Segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar amatlah saya hargai dan akan saya kenang sampai
bila-bila.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberikan saya
sokongan dengan memberikan kata-kata semangat dan dorongan agar saya dapat
menyiapkan tugasan ini dengan baik. Terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan
kepada saya sepanjang keberadaan saya di sini tidak kira dari segi kewangan bimbingan
serta nasihat yang berguna. Selain itu, tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan saya yang
telah bertungkus lumus dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Sungguh saya
berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya dalam
penyempurnaan tugasan saya ini dengan berkongsi maklumat untuk kegunaan bersama.

Akhir sekali, sekalung penghargaan saya ucapkan kepada semua pihak yang telah
banyak membantu saya menyempurnakan kerja kursus ini tidak kira secara langsung
mahupun tidak langsung. Jasa dan pengorbanan mereka amatlah saya hargai dan semoga
jasa serta pengorbanan tersebut dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Dalam doa
saya sertakan segala kebahagiaan dan kesihatan yang akan sentiasa melekat pada diri
semua pihak.

Sekian, terima kasih.

iv
ISI KANDUNGAN

MUKA
KANDUNGAN
SURAT
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS i

BIODATA DIRI ii

BORANG PERAKUAN iii

PENGHARGAAN iv

ISI KANDUNGAN v

SOALAN TUGASAN vi

1.0 PENGENALAN 1

2.0 PENGGUNAAN MODEL ASSURE 1

2.1 ANALISIS PELAJAR 1

2.2 NYATAKAN OBJEKTIF 2

2.3 PEMILIHAN KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN SUMBER 2

2.4 PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN SUMBER 3

2.5 PENGLIBATAN MURID DALAM PEMBELAJARAN 3

2.6 PENILAIAN DAN SEMAKAN 3

3.0 RUMUSAN 4

RUJUKAN

LAMPIRAN

v
SOALAN TUGASAN

TUGASAN 2 : Penulisan Esei - 20%

Model ASSURE menumpukan kepada pembelajaran dan elemen yang wujud di dalam kelas
seperti guru, pelajar, kurikulum dan kemudahan. (Sivadasan, C. 2003)
1. Berpandukan model reka bentuk ASSURE hasilkan satu penulisan akademik mengenai
penggunaan dan penilaian keberkesanan media pengajaran yang telah anda hasilkan.
2. Panjang penulisan esei ialah 700 patah perkataan.
3. Sediakan ilustrasi yang sesuai bagi menerangkan model reka bentuk pengajaran yang
dipilih.
4. Tugasan ini dijalankan secara individu.
5. Anda tidak dibenarkan melakukan plagiat dalam penulisan tugasan.
6. Sediakan senarai rujukan mengikut gaya penulisan APA edisi ke-7.

vi
1.0 PENGENALAN

Pengintegrasian Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan telah


mengubah corak pembelajaran murid-murid di sekolah. Integrasi TMK yang terancang dan
disesuaikan dengan strategi pengajaran akan mewujudkan sebuah proses pembelajaran
yang menarik (Thulasimani, 2014). Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) Fasa 2 di SJK(C) Chung Hwa, Tawau, saya telah ditugaskan untuk membina satu
media interaktif dan meminta maklum balas keberkesanan media interaktif tersebut kepada
murid. Dalam pada itu, reka bentuk pengajaran yang digunakan, dalam konteks penulisan
esei ini Model ASSURE dijadikan sebagai panduan untuk mengukur keberkesanan
pembelajaran yang dilaksanakan serta menilai objektif pembelajaran yang ingin dicapai.

2.0 PENGGUNAAN MODEL ASSURE

S- SELECT
S- STATE
METHOD, MEDIA
A- ANALYSE OBJECTIVE
AND MATERIALS
LEARNER
(NYATAKAN
(PILIH KAEDAH,
(ANALISIS PELAJAR) OBJEKTIF/HASIL
MEDIA DAN BAHAN
PEMBELAJARAN)
SUMBER)

MODEL
ASSURE

R- REQUIRE
U- UTILIZE MEDIA LEARNER E- EVALUATE AND
AND MATERIALS RESPONSE REVISE MATERIALS
(GUNAKAN MEDIA (LIBATKAN PELAJAR (NILAI DAN SEMAK
DAN BAHAN DALAM SEMULA)
SUMBER) PEMBELAJARAN)

2.1 ANALISIS PELAJAR

Analisis murid merupakan salah satu aspek penting yang dapat membantu guru
merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid. Hal ini dikatakan
demikian kerana guru akan dapat memilih strategi, bahan sumber, dan media yang dapat
membantu mencapai objektif PdP (Abdul Jasheer, Noriati, Boon, Sharifah & Wan, 2019).
Semasa menjalankan PBS Fasa 2 di SJK (C) Chung Hwa, Tawau, guru Bahasa Melayu kelas
2A sudah mengenal pasti murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang baik dan
1
lemah. Bukan itu sahaja, murid-murid juga berbeza daripada segi latar belakang,
pengetahuan sedia ada dan gaya pembelajaran memandangkan murid di sekolah ini bahasa
ibunda mereka bukan Bahasa Melayu. Oleh itu, adalah menjadi keutamaan guru untuk
menganalisis murid terlebih dahulu sebelum merancang proses PdP seterusnya mewujudkan
pembelajaran yang berkesan.

2.2 NYATAKAN OBJEKTIF

Guru perlu menyatakan objektif pembelajaran sebagai hala tuju pengajaran-


pembelajaran. Objektif PdP ini perlulah dinyatakan secara jelas dan menjadi titik tolak kepada
apa yang hendak dicapai sewaktu proses PdP dilaksanakan memandangkan penglibatan aktif
murid bergantung kepada hala tuju yang telah ditetapkan oleh guru. Berdasarkan media
interaktif yang dihasilkan oleh kami, objektif pengajaran ialah murid dapat melengkapkan
petikan teks “Sang Lembu dan Sang Kerbau” dengan perkataan yang sesuai dan
mempersembahkan “Sang Lembu dan Sang Kerbau” dengan kreatif. Jelaslah bahawa,
objektif pengajaran wajar diambil kira oleh guru untuk penglibatan aktif murid-murid sewaktu
proses PdP berlangsung.

2.3 PEMILIHAN KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN SUMBER

Proses PdP yang baik perlulah dirancang oleh guru dengan teliti di mana guru perlu
memilih media, kaedah, dan bahan sumber yang sesuai dan terancang. Pemilihan ini
melibatkan tiga langkah utama, iaitu penentuan kaedah, pemilihan format media, dan
pemilihan bahan sumber (Abdul Jasheer et al., 2019) . Justeru itu, pemilihan dan penggunaan
pelbagai multimedia dalam membina sebuah laman pembelajaran yang interaktif akan
merangsang minat murid untuk belajar secara akses kendiri di samping meningkatkan
kemahiran murid meneroka penggunaan ICT dalam pembelajaran murid. Dalam membina
media interaktif, kami telah mengambil kira tahap pencapaian murid dan menggunakan format
media dalam bentuk video pengajaran. Dalam hal ini, kami menggunakan perisian Canva
untuk membina media interaktif yang telah dihasilkan. Tambahan pula, Canva mengandungi
pelbagai templat menarik, animasi yang memukau, pelbagai warna dan gambar yang mampu
menarik minat murid. Oleh itu, guru seharusnya memilih media atau bahan sumber yang
relevan dengan tahap pembelajaran murid-murid agar mereka tertarik dengan PdP yang
dijalankan oleh guru (Lee, Soon, Balan & Zulfikar, 2021).

2
2.4 PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN SUMBER

Dalam memastikan keberkesanan media interaktif ini, beberapa peringkat


penyemakan telah dilakukan bagi memastikan video pengajaran yang dihasilkan sesuai
dengan tahap kefaham murid kelas 2A yang majoritinya terdiri daripada murid yang bahasa
Melayu ialah bahasa kedua mereka. Lantaran itu, saya dan rakan sekumpulan saya telah
menyemak, mengkaji bahan sumber dan menonton berulang kali media yang dihasilkan
kemudian masing-masing akan memberi pandangan dan cadangan penambahbaikan agar
media interaktif yang dihasilkan sesuai dengan murid dan boleh mencapai objektif PdP. Selain
itu, saya telah memilih kelas 2A sebagai tempat saya menayangkan video pengajaran yang
dihasilkan disamping mendapat maklum balas daripada murid. Saya hanya menggunakan
bahan berbantukan komputer riba dan murid-murid berada dalam bulatan kecil untuk
menonton video pengajaran.

2.5 PENGLIBATAN MURID DALAM PEMBELAJARAN

Aktiviti PdP yang berkesan memerlukan penglibatan aktif murid-murid. Hal ini
dikatakan demikian sesuatu pembelajaran yang melibatkan murid beraktiviti atau berfikir
secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal (Abdul Jasheer et al.,
2019). Secara tidak langsung, murid tidak akan berasa bosan ketika proses PdP sedang
berlangsung. Saya telah menayangkan video pengajaran kepada satu kelompok murid kelas
2A. Ketika tayangan video pengajaran berlangsung, saya memerhatikan reaksi murid kelas
2A. Kemudian, saya memberikan sebuah skrip cerita “Sang Lembu dan Sang Kerbau” untuk
dipersembahkan oleh murid di hadapan kelas. Kesannya, murid berminat dan terlibat aktif
sewaktu aktiviti yang dijalankan oleh saya. Jelaslah bahawa penglibatan aktif murid adalah
perlu bagi memastikan guru dapat mencapai objektif pengajaran mereka.

2.6 PENILAIAN DAN SEMAKAN SEMULA

Penilaian merupakan satu cara untuk guru menilai tahap keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran yang telah dijalankan. Penilaian ini boleh dilakukan oleh guru ketika proses
PdP sedang berlangsung seperti membuat pemerhatian terhadap perlakuan murid ketika PdP
berlangsung (Abdul Jasheer et al., 2019). Dalam hal ini, saya telah menjalankan satu aktiviti
di mana tiga orang murid dipilih untuk mempersembahkan cerita “Sang Lembu dan Sang
Kerbau”. Melalui aktiviti ini, murid akan dinilai dari aspek kreativiti mereka mempersembahkan
cerita tersebut disamping membaca teks cerita tersebut secara mekanis. Oleh itu, penilaian
wajar dilakukan oleh guru untuk mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan
memastikan guru dapat mencapai objektif pengajaran.

3
3.0 KESIMPULAN

Konklusinya, media interaktif yang dihasilkan mampu menarik minat murid untuk
terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan oleh kami. Pengintegrasian multimedia yang
interaktif dan kandungan pengajaran yang padat akan membimbing murid untuk mengadakan
pembelajaran akses kendiri serta meningkatkan minat mereka dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.

4
RUJUKAN

Abdul Jasheer, J., Noriati, A. R., Boon, Y. P., Sharifah Fakhriah, S. A. & Wan Kamaruddin, W.
H. (2019). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Edisi Kedua. Oxford Fajar

Munohsamy, T. (2014). Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.


Jurnal IPA, 23, 1-17.
https://www.researchgate.net/publication/279197893_Integrasi_Teknologi_Maklumat
_dan_Komunikasi_dalam_Pendidikan

Ritchie Lee, J. W., Soon, S., B., Balan, R. & Zulfikar, R. (2021). Integrasi permainan media
word wall dalam pendidikan sejarah. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i4.765
LAMPIRAN

Gambar : Tayangan video pengajaran kepada murid kelas 2A

Gambar: Tiga orang murid kelas 2A yang terpilih untuk aktiviti penilaian

Gambar: Teks petikan yang digunakan bagi aktiviti penilaian

Anda mungkin juga menyukai