Anda di halaman 1dari 3

1.

0 MAKSUD HUKUM TAKLIFI:

Hukum taklifi ialah tuntutan yang dikenakan ke atas orang mukallaf sama ada larangan,
suruhan atau pilihan. Tertakluk di bawahnya 5 hukum iaitu:

a. Wajib.

b. Sunat.

c. Haram.

d. Makruh.

e. Mubah.

1) WAJIB ialah satu perbuatan yang dituntut oleh syara’ kepada orang-orang yang mukallaf
untuk mengerjakannya sebagai tuntutan yang mesti dikerjakan. Tuntutan itu adalah tuntutan
yang putus berdasarkan dalil zanni yang ada kesamaran padanya. Sebagai contohnya
melaksanakan solat, zakat, berpuasa dan mengerjakan ibadat haji kepada mereka yang
mempu melaksanakannya. Firman Allah di dalam surah Ali-Imran ayat 97:

‫وهلل على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيال‬

Maksudnya:

“ Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi


Baitullah (Kaabah) iaitu sesiapa yang mampu dan kuasa untuk sampai
kepadanya”.

2) SUNAT Iaitu sesuatu tuntutan daripada seorang mukallaf supaya melakukannya, tetapi
tuntutan itu boleh dikatakan juga sesuatu yang tidaklah mesti atau sesuatu yang diberikan
pujian kepada pelakunya, tetapi yang meninggalkannya tidak dicela. Contohnya dalam
menulis hutang piutang seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Quran surah al-Baqarah
ayat 282:

‫يأيها الذين ءامنوا إذا تداينتم بدين إىل أجل مسمى فاكتبوه‬

Maksudnya: “ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan


sesuatu urusan hutang piutang yang diberi tempoh sehingga ke suatu masa yang
tertentu, maka hendaklah kamu menulis hutang dan masa bayarannya”.
3) HARAM Iaitu sesuatu yang dituntut meninggalkannya oleh syara’ dengan tuntutatn yang
putus dan mesti. Sebagai contohnya membunuh manusia bukan secara yang hak. Ini telah
dijelaskan melalui firman Allah di dalam surah al-Isra’ ayat 33:

‫وال تقتلوا النفس الىت حرم اهلل إال باحلق‬

Maksudnya: “ Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang


diharamkan oleh Allah membunuhnya, kecuali dengan alasan yang benar
(alasan yang ditetapkan oleh syara’).

4) MAKRUH iaitu sesuatu perbuatan yang dituntut oleh syara’ kepada orang yang mukallaf
menjauhkan diri dari melakukan perbuatan itu sebagai tuntutan yang tidak mesti
ditinggalkan. Contohnya seseorang masuk ke dalam masjid dan duduk sebelum solat dua
rakaat Tahiyyatul Masjid. Hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

Maksudnya: “ Apabila seseorang kamu masuk ke dalam msajid, maka janganlah


duduk sehingga sembahyang dua rakaat”.

5) MUBAH ialah sesuatu yang diberi pilihan oleh syara’ kepada seseorang mukallaf supaya
membuat pilihan sama ada melakukannya, ataupun meninggalkannya. Sebagai contohnya
makan dan minum. Asal sesuatu adalah harus (mubah) selama tidak ada larangan atau
pengharammnya. Hukumnya ialah tidak ada pahal dan tidak ada hukuman (seksa) ke atas
orang yang melakukannya atau meninggalkannya kecuali di dalam kes jika
meninggalkannya akan menyebabkan kebinasaan. Jika di dalam keadaan demikian,wajib
dimakan dan haram ditinggalkan makan untuk menjaga nyawa.
Bandingbeza pembahagian hukum taklifi ke atas setiap orang mukalaf (baligh) antara
Mazhab Shafie dengan Mazhab Hanafi.

Pembahagian hukum taklifi menurut ulama hanafi terbahagi kepada 7 perkara iaitu, fardhu,
wajib, sunat, haram, karahah tahrim, karahah tanzim dan harus. Berbeza dengan mazhab
Shafie terdapat 5 jenis hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan mubah.

Antara perbezaan yang ketara dapat dilihat dalam hukum taklifi terhadap mazhab
syafie dan dan mazhab hanbali adalah pada hukum makruh. Mazhab Hanafi mebahagikan
hukum makruh kepada dua bahagian iaitu karahah tahrim dan karahah tanzim. Karahah
tahrim adalah mesti menginggalkannya, diberi pahala orang yang menginggalkannya dan
disiksa orang yang melakukakknya dan tidak menjadi kafir orang yang mengingkarinya.
Manakala, karahah tanzim pula tidak mesti meninggalkannya, diberi pahala kepada orang
yang meninggalkannya dan tidak disiksa orang yang melakukannya tetapi melakukannya
dianggap khilaf al ‘Ula dan afdhal (menyalahi keutamaan). Seperti sabda Nabi yang
melarang memakan daging kuda dan minum susunya. Manakala hukum makruh bagi
mazhab Syafie pula, perkara yang diberi pahala kerana meninggalkannya dan tidak disiksa
kerana melakukannya. Contohnya, memakan bawang dan petai yang berbau kuat
hukumnya makruh tetapi jika dilakukan tidak berdosa dan meninggalkannya mendapat
pahala.

Anda mungkin juga menyukai