Anda di halaman 1dari 3

DOA HARI GURU 2019 & MAJLIS APC 2018

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH GOMBAK

‫اهلل ِم ْن ُش ُر ْو ِر أَ ْن ُف ِسنَا َو ِم ْن‬


ِ ِ‫ نَ ْحم ُدهُ ونَستَ ِع ْينُهُ ونَسَتغْ ِفرهُ و َنعوذُ ب‬، ‫ِهلل‬
ُْ َ ُ ْ َ ْ َ َ
ِ ‫اَلـحم ُد‬
َْ
ُ‫الصالَة‬
َّ ‫ َو‬، ُ‫ي لَه‬ ِ ‫ضلِلْهُ فَالَ َه‬
‫اد‬ ْ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫و‬ ‫ه‬
ُ ‫ل‬
َ ‫ل‬
َّ ِ ‫ات أَ ْعمالِنَا من ي ْه ِد ِه اهلل فَالَ م‬
‫ض‬ ِ َ‫سيِّئ‬
َ ُ ْ َ َ ُ ُ َ ْ َ َ َ
. ‫َج َـم ِع ْي َن‬ ِ ِ ِ ‫السالَم َعلى رسولِنَا األَِمي ِن و َع‬
ْ ‫َص َحابِه أ‬
ْ ‫لى آله َوأ‬ َ َ ْ ْ ُ َ َ ُ َّ ‫َو‬
Ya Allah, Tuhan Semesta Alam,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu


kerana telah mengizinkan kami utk melaksanakan
minggu pendaftaran pelajar tingkatan 1 SAM pAYA
JARAS 2021

Ya Allah, Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid,

Kehadrat Mu kami menadah tangan kepada Mu doa kami


Persembahkan, engkau limpahilah pertemuan ini dengan keberkatan,
Engkau kurniakanlah Redha dan Kerahmatan. Agar pertemuan ini
berlangsung penuh Keharmonian, di bawah naungan Mu Tuhan Maha
Rahman.

Ya Allah, Ya Rahman..
Ya Allah, Ya Rahman
Engkau tampunglah segala kekurangan kami, Engkau tutuplah segala
keaiban kami, Engkau satukanlah semangat dan tindakan kami,
Engkau perbaiki segala kelemahan kami, Engkau maafkan segala
kealpaan kami, Engkau rungkai segala permasalahan kami dan
Engkau iringi segala usaha kami dengan keberkatan.

Ya Allah, Ya Rahman
Berikanlah sifat kesabaran dalam menjalankan tugasan, agar kami
sentiasa ikhlas dalam setiap amanah yang diberikan, berikanlah kami
peluang serta kesempatan agar dapat kami perbetulkan segala
kesilapan, kealpaan dan kelalaian. Limpahkan kami rahmat dan ihsan,
agar kami dapat naungan Mu yang Maha Rahman, kurniakan kami
taufiq serta jalan kebenaran agar terpimpin segala warna kehidupan.

‫يا غنى يا حميد‬

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima tingkatan 1 yg mendaftarpada hari ini


sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pemilihan sbg pelajar t1 sam paya
jaras. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa
berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka
dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi dan akhlak yang luhur.

Ya Allah, Ya Rahman
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
diberkati dan dirahmati. Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini
sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan
keburukan. Gugurkan dosa kami dengan keampunan, agar kami tidak
mendapat kemurkaan Mu Ya Allah.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫وصلى اهلل على خير خلق اهلل وخاتم األنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله‬
‫وصحبه أجمعين والحمد هلل رب العالـمين‬

Anda mungkin juga menyukai