Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MAJLIS TAHUN 6

‫هللا الرَّ حْ ٰ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬


ِ ‫بسْ ِم‬
‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َع َلى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد‬ َّ ‫ َوال‬،‫العا ِق َب ُة ل ِْل ُم َّت ِقي َْن‬
َ ‫ َو‬،‫العا َل ِمي َْن‬ ِ ‫اَ ْل َحمْ ُد‬
َ ِّ‫هلل َرب‬
‫َو َع َلى آلِه َوَأصْ َح ِاب ِه َأجْ َم ِعيْن‬
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-
Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada petang yang
berbahagia ini, di Majlis Apresiasi dan perpisahan murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pauh
2022

 Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,


Bentuklah kami Ya Allah, sebagai pelajar yang berilmu, beriman dan bertakwa kepada Mu Ya
Allah." Hiasilah akhlak kami dengan akhlak yang terpuji dan hindarilah kami dari sifat- sifat keji
dan tercela

Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Dengan rahmat Mu yang maha luas, limpahkan kesejahteraan kepada semua yang hadir pada
majlis ini ,guru- guru kami , khususnya kami yang akan meninggalkan alam sekolah rendah
dan meneruskan perjuangan kami di alam sekolah menengah nanti.
Engkau berikanlah bimbingan dan petunjuk kepada kami agar dapat meneruskan kehidupan
yang penuh cabaran ini.
Berilah kami kekuatan untuk menghayati segala ilmu ,peraturan serta nasihat dari guru- guru
agar menjadi insan yang beriman dan bertakwa, berguna kepada agama , bangsa dan negara.
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha kami ini, kami akan menjadi
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, Pelajar yang disegani lagi dihormati.

Ya Allah, ,
Jadikanlah perhimpunan kami ini perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami selepas
ini perpisahan yang Engkau redhai

Anda mungkin juga menyukai