Anda di halaman 1dari 3

SK SULTAN IDRIS II,

FELDA IJOK, 34210 SELAMA


PERAK

KERTAS KERJA MENAIK TARAF


BILIK GURU, BILIK MESYUARAT dan PEJABAT
SK SULTAN IDRIS II
1.0 LATAR BELAKANG
SK Sultan Idris II mempunyai dua buah bilik guru yang ditempatkan di Blok A dan Blok C.
Ruang ini digunakan sepenuhnya oleh guru-guru bagi merancang pelbagai aktiviti
pembelajaran dan melaksanakan tugas-tugas perguruan. Begitu juga dengan bilik mesyuarat
dan pejabat yang mana ia merupakan bilik utama dan penggunaannya adalah maksimum
dan sangat penting.

Namun begitu, keadaan bilik guru yang agak uzur kerap kali menjadi punca ketidakselesaan
guru-guru dalam menjalankan kerja hakiki yang diamanahkan. Malah, terdapat guru-guru
yang mengambil inisiatif membeli kipas angin dan kerusi dengan menggunakan duit sendiri.

Kelab Guru & Kakitangan percaya bahawa dengan adanya penambahbaikan infrastruktur
dan kemudahan di bilik guru maka keseronokan dan motivasi bekerja dengan suasana
teraputik akan lebih meningkat. Ini disebabkan bilik guru adalah bilik untuk guru yang mana
bukan sahaja membuat tugasan bahkan ia juga bilik perjumpaan antara ibu bapa dan guru
serta pelawat luar yang keluar masuk ke sekolah.

2.0 OBJEKTIF
 Menggantikan meja dan kerusi di bilik guru yang telah uzur kepada yang lebih
baharu.
 Menjadikan bilik guru sebagai tempat yang lebih selesa untuk menjalankan tugas-
tugas hakiki selain mengajar.
 Memberi keselesaan kepada guru-guru dan staf-staf sokongan untuk bermesyuarat di
bilik mesyuarat serta melaksanakan urusan-urusan di pejabat.

3.0 LOKASI PENYAMAN UDARA (tertakluk kepada sebarang perubahan)
 Pejabat - Blok A (2 unit)
 Bilik Guru A - Blok A (4 unit)
 Bilik Guru B - Blok C (2 unit)
 Bilik Mesyuarat - Blok A (2 unit)

4.0 ANGGARAN KOS

ANGGARAN HARGA
JENAMA / PERKARA UNIT
(RM)

*Panasonic 1.5HP 10 RM1300.00 x 10


Kerusi/Meja 25 RM 280.00 x 25

JUMLAH RM20,000.00

2
*Harga termasuk pemasangan dan wiring.

5.0 PENUTUP
Sesungguhnya, cadangan permohonan untuk menaik taraf bilik-bilik guru, bilik mesyuarat dan
pejabat adalah selari dengan kehendak serta keperluan semasa dalam memberikan keadaan
yang lebih nyaman dan selesa berbanding dengan keadaan yang dialami sekarang. Semoga
kemudahan yang diberi dapat meningkatkan lagi kecemerlangan dan mutu kerja guru-guru
serta staf-staf sokongan SK Sultan Idris II.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

....................................................... .........................................

Pn. Norhayati bt. Abdul Latiff Encik Hairul b. Muhamad


Setiausaha Kelab Guru & Kakitangan Guru Besar SK Sultan Idris II
SK Sultan Idris II SK Sultan Idris II
FELDA Ijok FELDA Ijok

Anda mungkin juga menyukai