Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN AMINAH,

JALAN PAHLAWAN 4,
TAMAN UNGKU TUN AMINAH, 81300 SKUDAI,
JOHOR.

KERTAS KERJA
MEMBAIK PULIH
& MENAIK TARAF
BILIK RBT
DISEDIAKAN OLEH :

EN MOHD SAFWAN BIN BAHARUM

PANITIA RBT
SEK KEB TAMAN TUN AMINAH

SENARAI NAMA PANITIA RBT SK TAMAN TUN AMINAH


1
Pengerusi : Puan Roselawati bt Mohd Suhoot - Guru Besar
Naib Pengerusi : Puan Fauziyah bt Abdullah - Penolong Kanan 1
Ketua Panitia : Encik Mohd Safwan bin Baharum
Guru RBT : En Mohd Helmi Firdaus bin Jusoh

PENGENALAN BILIK RBT

1. Bilik Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah
adalah sebuah bilik darjah biasa yang diubahsuai menjadi bilik RBT bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
2. Bilik ini digunakan untuk semua kelas dari tahun 4 hingga tahun 6 untuk
matapelajaran RBT.
3. Keluasannya adalah sama dengan bilik darjah lain yang terdapat di sekolah ini.
4. Di dalam bilik ini juga terdapat beberapa peralatan dan perabot yang telah lama
dan usang.
5. Bilik ini juga digunakan untuk matapelajaran Pendidikan TMK dan sebagai bilik
tumpangan untuk banyak aktiviti.

2
PERALATAN SEDIA ADA

1. Meja Murid - 6 buah


2. Kerusi - 36 buah
3. Papan Hitam -1
4. Sinki dan paip air - 2
5. Rak kayu -8
6. Almari Kayu -1
7. Almari pameran -1
8. Rak buku -1

PERMASALAHAN

1. Meja murid yang kurang sesuai


i. Meja dan kerusi murid adalah kurang sesuai dengan proses pengajaran dan
pembelajaran RBT yang memerlukan meja kerja yang sesuai untuk
membuat kerja amali.
ii. Meja dan kerusi murid juga menyebabkan keadaan menjadi sempit dan
menyukarkan pergerakan.

2. Almari Kayu
i. Pintu almari kabinet tidak dapat diperbaiki lagi kerana sudah reput dan
lama.
ii. Selain itu ianya juga menjadi sarang tikus dan lipas kerana pintunya tidak
dapat ditutup.

3. Almari pameran dah peralatan


i. Seringkali berlaku kehilangan peralatan dan kerosakan hasil kerja murid
kerana almari pemeran yang telah usang.
ii. Ini kerana murid dengan mudah dapat membuka dan mengambil bahan-
bahan tersebut.

3
4. Papan Hitam
i. Papan hitam masih lagi menjadi medium utama untuk guru menulis
dengan menggunakan kapur menyebabkan menjadi berhabuk dan kotor.

5. Sinki dan Paip air


i. Paip air telah berkarat dan tidak dapat digunakan lagi serta tiada aliran air.

6. Sehubungan dengan itu, saya lampirkan gambar tentang keadaan bilik RBT. (Sila
rujuk lampiran B)

CADANGAN MEMPERBAIKI KEROSAKAN / MENAIK TARAF BILIK RBT

1. Kabinet (Table top)


 Menambahkan kabinet untuk menyimpan barang dan alatan tangan.
2. Almari
 Menukar almari baharu yang lebih sesuai dan berkunci.
3. Mengganti / menukar meja dan kerusi murid dan guru dengan yang lebih sesuai
 Meja yang lebih sesuai untuk kegunaan bilik RBT.
4. Menggantikan paip air yang baharu.
5. Membaiki pendawaian dan wiring baru kipas serta lampu.
6. Menggantikan pintu bilik dan para tingkap yang rosak akibat anai-anai.
7. Membaiki permukaan lantai yang rosak dan berlubang.
8. Menambah dan menggantikan tingkap kaca yang pecah dan rosak.
9. Mewujudkan satu bahagian untuk guru panitia dan penyimpanan barang.
10. Mewujudkan tempat yang sesuai dan kondusif untuk murid menjalankan amali
jahitan dan masakan.

4
ANGGARAN KOS

Bil Perkara Anggaran kos


1 Penukaran pintu RM1,000.00
2 Tambahan kabinet (Table Top) RM15,000.00
3 Penggantian almari belakang RM10,000.00
4 Paip air dan sinki RM1,000.00
5 Wiring lampu dan kipas RM2,500.00
6 Para tingkap RM5,000.00
7 Cermin tingkap (20 Keping) RM1,300.00
8 Lantai berlubang RM500.00
9 Partition untuk guru subjek RM1,700.00
10 Meja dan kerusi bengkel RM10,000.00
11 Tempat penyimpanan barang RM 3,000.00
JUMLAH RM51,000.00

Cadangan Penambahan Kabinet Bilik RBT

5
LAMPIRAN B

6
7
8
9
10
11
Disediakan oleh;
------------------------------------------------
(MOHD SAFWAN BIN BAHARUM)
Ketua Panitia RBT,
SK Taman Tun Aminah.

12

Anda mungkin juga menyukai