Anda di halaman 1dari 2

FUNGSI DAN TUGAS PEMBANTU MAKMAL SAINS

1. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu
sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi
pembelajaran makmal berakhir.

2. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam


keadaan bersih.

3. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.

4. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains
dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.

5. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali
dijalankan.

6. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja
amali.

7. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan


bahan sains.

8. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti


kebakaran dan kecederaan.

9. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang
telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.

10. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu
setelah selesai setiap kerja amali.

11. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot,


bekalan elektrik, air dan gas.

12. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan
dan bahan sains semasa amali.
13. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang
kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua
Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.

14. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini


stok dan sebagainya.

15. Mencuci peralatan sains yang kotor.

16. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan


serta radas daripada pihak pembekal.

17. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke
semasa.

Anda mungkin juga menyukai