Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS MENANDATANGANI MOU & KOLABORASI

ANTARA KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK, K. LUMPUR


DENGAN PIHAK INDUSTRI 2016

Seiring dengan arus perkembangan Transformasi Pendidikan Vokasional, pelajar-


pelajar kolej vokasional perlu mempunyai pendedahan berkaitan dengan dunia
pekerjaan dan pengalaman latihan di sektor perindustrian. Justeru, Pengarah Kolej
Vokasional Setapak, Kuala Lumpur, Encik Ruslan b Zainudin bersama-sama pihak
pengurusan kolej telah berusaha untuk mengadakan hubungan kerjasama dan
kolaborasi dengan beberapa buah firma dan industri pada 22 September 2016
bertempat di Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur.

Pada hari itu, Majlis Menandatangani MOU & Kolaborasi antara Kolej Vokasional
Setapak, Kuala Lumpur dengan 8 buah syarikat telah diadakan iaitu dengan
Kejuruteraan Elektrik Pandan Sdn Bhd, Ultimate Engineering Technique (M) Sdn
Bhd, Mobile Auto Care Centre Sdn Bhd, Dato Haji Kamaruzaini & Company Sdn Bhd
Ammar Engineering, Royal Selangor International Sdn Bhd, Alpha Integrated Sdn
Bhd dan Building & Environment Service Technology. Melalui majlis MOU ini,
pelajar-pelajar vokasional kolej akan mempunyai latihan dan kepakaran yang
bersesuaian dan seiring dengan kehendak pasaran pekerjaan. Tenaga kerja yang
mahir dan profesional dalam kalangan lepasan kolej ini akan dapat dilahirkan
mengikut keperluan standard dan selaras dengan program Transformasi Pendidikan
Vokasional dalam berkongsi sumber dan kepakaran dengan sektor perindustrian.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) kolej ini yang diterajui oleh Dato Dr Ir Hj
Badaruddin bin Nordin telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam
menghubungkan pihak kolej dengan pihak industri. Kerjasama dan hubungan
pelbagai pihak ini akan dapat merealisasikan visi dan misi kolej dalam melahirkan
pelajar yang berpengalaman dalam dunia pekerjaan sebenar dan relevan dengan
kehendak semasa bagi pasaran pekerjaan di sektor perindustrian.
Pengarah KVSKL, En Ruslan b. Zainudin, YDP PIBG KVSKL, Dato Dr Ir Hj
Badaruddin bin Nordin dan En bersama pengurus-pengurus syarikat yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai