Anda di halaman 1dari 6

SOLAT DHUHA, DOA DAN CARA

MELAKSANAKANNYA

Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk
menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan
kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan
sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah
supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati,
malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan
mengerjakan solat Dhuha.

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki
diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah
menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.


Ruang Waktu dan Waktu Afdal

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20
minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada
pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini
pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat
Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w.
yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan:
Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari
iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu karangan Imam Nawawi).


Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti
solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang
disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada
rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka
tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat
tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan
sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama
seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.


Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi
hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8
sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu
salam.
Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya:
b)



sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maka bacalah doa ini:

Maksud doa:
Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu ,
keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan
perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika
ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh
dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu,
limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang
soleh

Nota
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat
pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita
adalah ikhlas untuk Allah SWT.
Berkenaan doa pula, boleh baca mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa
solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon
keberkatan rezeki dari Ilahi.





Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan
ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia
mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar. (HR. Anas B Malik).
Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada
kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu
sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan
melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan
mengerjakan solat Dhuha dua rakaat. (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100
solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah
Publisher

Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala
dosanya walaupun seperti buih di lautan.
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)












DOA DHUHA

Maksud doa:
Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu,
kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu,
kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan
perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di
atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh
dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan
dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah
engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh







DOA DHUHA

Maksud doa:
Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu,
kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu,
kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan
perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di
atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh
dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan
dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah
engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Anda mungkin juga menyukai