Anda di halaman 1dari 4

Solat sunat dhuha

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha,
iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah
(kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada
tepat di tengahtengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat
Abu Hurairah ra:

Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada)
Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan

1)

Lafaz niat solat dhuha

Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat.
Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
Al-lail dan Al-Insyirah.
Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

2)

Doa solat sunat dhuha

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya
adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu,
(Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala)
perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia
kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah,
dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu,
Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU
Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi
bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid
adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah
sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah
mengamalkan dua rakaat solat Dhuha. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Fadhilat Solat Dhuha


Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak
kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah
SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW


bersabda: Sesiapa Yang
mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh
Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.

Rasulullah SAW bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan


Dhuha. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru:
Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu,
silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah. (HR At-Tabrani)

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Saman, Allah
berfirman:Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat
rakaat pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan
keperluanmu sampai ke petang harinya. (HR. Haklim dan Tabrani).

Anda mungkin juga menyukai