Anda di halaman 1dari 4

SAHABAT oleh Anuar Ridhwan

Sinopsis
 Di bilik kecil di kota Manhattan, New York City, Anwar sedang resah
menanti kelahiran anak sulung sahabatnya Ismail dan Nuriah. Dia terkenang
kembali kisah suka duka mereka bertiga ketika mula2 menjejakkan kaki ke kota
itu.
 Apabila tiba di kota itu setahun yg lalu mereka pergi berjumpa Yaakob utk
menyewa bilik. Yaakob masih mengenali Anwar yg pernah tinggal sekampung
dgnnya.
 Setelah menyuruh mereka berurusan dgn penyambut tetamunya Yaakob
segera beredar kerana ada urusan penting. Mereka dapat menyewa sebuah
pangsapuri dua bilik yang agak sempit di bangunan itu.
 Setiap kali memandang bangunan 10 tingkat itu dia berasa kagum kpd
pemiliknya Yaakob yg telah bergelar Mr Jacob. Yaakob pernah tinggal
sekampung dgnnya tetapi hubungan mereka tidak rapat kerana perbezaan
umur. Mereka jarang berjumpa kerana Anwar tlh meninggalkan kampung dan
tinggal di asrama.
 Anwar kenal benar akan bapa Yaakob yang kaya – mempunyai sawah dan
kebun kelapa yg luas. Orang yg pertama menggunakan Hino, mempunyai
radio, motosikal dan kereta. Juga orang pertama pergi ke Mekah dgn kapal
terbang.
 Apabila bapanya meninggal dunia, Yaakob menjualkan semua tanah sawah
dan kebun kelapanya. Sejak itu berita Yaakob tidak di ketahui lagi sehingga 2
tahun yg lalu Anwar mendapat berita bahawa Yaakob tlh menjadi peniaga yg
berjaya dan menetap di NY.
 Setelah 2 bulan tinggal di pangsapuri itu mereka menghadapi masalah
membayar sewa kerana pihak MSD belum mengirim wang. Apabila Ismail
mengemukakan masalah itu Anwar mengatakan dia akan meminta tangguh drp
Yaakob. Ismail bimbang Yaakob tidak akan memberi tangguh. Anwar yakin
Yaakob akan bertolak ansur kerana Yaakob pernah tinggal sekampung dgnnya.
 Apabila mendengar permintaan Anwar, Yaakob menjadi marah. Dia tidak
mahu mendengar alasan Anwar dan mengingatkan Anwar pejabatnya bukan
pejabat welfare. Dia menghina Anwar dgn panggilan anak kampung dan
merendah2kan kehidupan orang2 kampung. Yaakob memberi Anwar tempoh
utk melunaskan hutangnya.
 Apabila tamat tempohnya mereka masih tidak dapat melunaskan
hutangnya. Yaakob cuba menahan marahnya lalu mengarahkan Anwar dan
Ismail membuat kerja2 kontraknya. Mereka mengikis dinding, mengecat dan
menampal wall paper di sebuah restoran. Yaakob menunjuk ajar mereka. Dia
memberitahu mereka bahawa itulah kerja2 yg dilakukannya sejak dtg ke NY
sehingga dapat membeli bangunan itu. Dia masih menyenangi kerja2 itu
walaupun sudah mewah. Dia mengatakan wang sewa rumah mereka bulan itu
digantikan dgn kerja2 itu sambil mengingatkan mereka supaya membayar sewa
pada waktunya.
 Anwar dan Ismail mula tertarik dgn kerja2 kontrak itu kerana pendapatannya
yg lumayan. Mereka terus bekerja dgn Yaakob walaupun wang yg diterima drp
MSD tidak kurang sehingga banyak kerja2 Yaakob yang dapat mereka
selesaikan.
 September - Ismail memberitahu Anwar bahawa Nuriah mengandung.
Anwar agak kecewa kerana menurutnya bayaran hospital di situ mahal. Setelah
doktor mengesahkan bahawa Nuriah sudah mengandung 5 bulan, Ismail
mencadangkan supaya mereka berpindah ke rumah baru. Anuar bersetuju dgn
cadangan itu.
 Oktober - Ismail mendapat tahu ada pangsapuri yang akan kosong pada
bulan Januari. Ismail mengajak Anwar tinggal bersamanya sementara belum
mendapat bilik.
 Disember - Anwar dan Ismail memberitahu Yaakob bahawa mereka akan
berpindah pada hujung tahun itu. Doktor memberi tahu Ismail mungkin Nuriah
akan dibedah. Sambil mengawal perasaan marahnya Anuar memberitahu
bahawa dia akan cuba menolong seberapa yg terdaya.
 2 hari sebelum hari Natal mereka telah bersiap2 utk berpindah. Mereka
memberitahu Yaakob bahawa mereka akan mengosongkan bilik itu pada
hujung tahun itu. 4 hari sebelum hujung tahun itu mereka mendapat tahu
penghuni pangsapuri yg ditempah oleh Ismail meminta supaya sewanya
dilanjutkan sebulan lagi
 Anwar meminta Yaakob membenarkan mereka tinggal di situ sebulan lagi.
Yaakob tidak membenarkannya kerana dia telah mendapat penyewa baru dan
telah membuat perjanjian bertulis dengannya.
 Anwar meminta Yaakob membatalkan perjanjian itu tetapi Yaakob tetap
dengan pendiriannya kerana tidak mahu menanggung risikonya. Anwar
menuduh Yaakob bukan orang Melayu kerana tidak bertimbang rasa terhadap
Nuriah yg sdg sarat mengandung.
 Apabila Anwar mengatakan dia sanggup membayar lebih drp bayaran yang
ditetapkan, Yaakob mengejeknya dan menuduhnya mahu berlagak. Dia
menceritakan bahawa waktu dia sampai di NY pada 10 tahun yg lalu dia tidak
dapat hidup bersenang lenang. Dia mahu Anwar belajar hidup susah di negeri
orang kerana NY bukan sungai Besar.
 Anwar meminta Yaakob supaya menolongnya pada kali itu kerana banyak
kerja2 kontrak Yaakob yang dibantunya. Yaakob tetap dgn pendiriannya, malah
dia menyalahkan Ismail dan Anwar kerana tidak membuat perjanjian bertulis
agar tidak dipermainkan. Yaakob mengingatkan Anwar supaya jangan ikut spt
orang kampung yg suka membuat perjanjian secara mulut sehingga membawa
pergaduhan.
 Apabila Anwar memberitahu Ismail tentang keputusan Yaakob, Ismail
tenang sahaja. Dia menelefon Nordin yg baru dikenalinya di subway. Setelah
mendengar masalah Ismail, Nordin bersedia menumpangkan mereka di
rumahnya.
 30 Disember mereka berpindah ke rumah Nordin. Seminggu kemudian
Nuriah sakit hendak bersalin lalu Ismail membawanya ke hospital dan tinggallah
Anwar seorang diri di bilik itu menantikan berita drp Ismail. Anwar mendapat
tahu drp Ismail melalui telefon bahawa Nuriah telah melahirkan anak lelaki. Dia
bergegas ke hospital utk melahirkan rasa kegembiraannya kpd sahabat yg
pernah sama2 ketawa dan menangis dengannya

Tema.: Erti dan nilai sebenar persahabatan.

MAKTAB RENDAH SERANGOON


BAHASA MELAYU A TAHUN 1/2001
KONFLIK-KONFLIK YANG DIALAMI OLEH WATAK UTAMA DALAM CERPEN
SAHABAT
Watak utama dalam cerpen ini ialah ANUAR
Konflik dengan dirinya sendiri – manusia dengan dirinya
 Anuar tidak tahu mengapa dia berasa begitu bimbang semasa menunggu
berita tentng kelahiran anak sulung kepada sahabat baiknya, Ismail dan
Nuriah.
Dia rasa sikapnya sendiri mengejek dirinya. Perasannya mula tenang
apabila dia dapat memujuk hatinga sendiri dengan berrpegang kepada
kata-kata Sigmund Freud, bila kita boleh berkongsi pengalaman, itu
adalah piusi dalam prosa kehidupan. Ini merupakan puncak
(klimaks)segala konflik.
Semasa menunggu berita daripada Ismail, Anuar kesepian dan ketika itu dia
mengimbas kembali segala susah payah yang dialami dari sejak hari pertama
dia berada di Bandar kosmopolitan, New York.
Konflik dalaman Anuar - manusia dengan manusia
 Anuar terlalu kagum dengan kejayaan Yaakob menjadi seorang usahawan
yang memiliki bangunan pansapuri kerana Yaakob adalah pemuda
kampungnya, timbul semacam kebanggaan. Ini membuatkan dia mengelamu
sendiri dan memikirkan kehidupan Yaakob dan keluarganya semasa di
Kampung dahulu.,semasa dia sedang menunggu berita tentang kelahiran anak
sahabat ,Ismail.
 Anuar salah anggap terhadap Yaakob atau menganggap Yaakob seperti
dirinya.
Dia tidak sedar bahawa Yaakob di New York sudah bukan Yaakob yang
dikenali dahulu, di kampung. Perasan Anuar meleset atau agak kecewa
apabila Yaakob bersalaman dengannya secara ringkas dan terus keluar.

Konflik luaran Anuar dengan Ismail dan Yaakob


 Anuar pergi berjumpa dengan Yaakob dua kali untuk meminta Yaakob agar
menangguhkan bayaran sewanya bagi bulan ketiga kerana MSD di Washington
belum menghantar duit. Ketika ini Anuar dihina oleh Yaakob dengan panggilan
anak kampung. Anuar dan Ismail terpaksa akur dengan perintah Yaakob yang
menyuruhnya membuat kerja-kerja mengikis bangunan dan mengecatnya
semula,. Ketika itu, Anuar dan Ismail disuruh berpakaian buruk , malah lebih
buruk daripada hamba abdi.
 Anuar secara jujur dan lurus meluahkan rasa tidak senangnya dengan Ismail
yang tidak merancang baik-baik untuk mempunyai anak. Anuar menyuruh
Ismail membawa Nuriah berjumpa doktor dan dia terkejut juga apabila dia
mendapat tahu bahawa Nuriah sudah mengandung lima bulan dan bukan tiga
bulan. Namun , dia terepaksa menahan kemarahannya, lebih-lebih lagi apabila
dia mendapat tahu Nuriah terpaksa dibedah.
 Anuar terpaksa bersetuju apabila Ismail mencadangkan agar mereka mencari
rumah yang lebih besar. Ini membawa kepada konflik keduanya dengan
Yaakob
 Kali kedua Anuar bergaduh lagi dengan Yaakob apabila dia dan Ismail tidak
dapat keluar dari pangsapuri sebagaiamana yang dijanjikan oleh Anuar sendiri.
Yaakob marah dengan Anuar kerana dia tidak membuat perjanjian secara
bertulis , dan ini penting kerana perkara itu merupakan satu daripada etika
perniagaan. Anuar sekali lagi dihina oleh Yaakob dengan memanggilnya
sebagai ‘anak kampung’
 Anuar berasa kecewa dengan sikap Yaakob itu lalu dia melepaskan
gewramnya dengan mengatakan bahawa Yaakob bukan orang Melayu kerana
tidak bertimbang rasa.
Yaakob terus menentang Anuar dan menuduh Anuar sudah mula
berlagak kerana dia menawarkan sewa yang lebih tinggi sedangkan dia
tahu Anuar tidak mampu berbuat begitu.

Kesimpulannya: Kalau diteliti lebih mendalam , kita dapati konflik-konflik


yang dihadapi oleh Anuar, watak protagonis dalam cerpen ini,
sebenarnya berpunca daripada faktor dalaman, dirinya sendiri; yang tidak
tahu membezakan antara kehidupan kampung dengan bandar,
menyamakan kenalan biasa dengan sahabat sehingga menganggap
semua orang boleh menolongnya seperti dia menolong sahabtanya,
Ismail .

Anda mungkin juga menyukai