Anda di halaman 1dari 3

MAKSUD WARNA BUNGA RAYA

Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian
dalam menempuh cabaran. Kesemua sifat i ni sememangnya telah menjadi faktor penyumbang yang
mendorong negara kita dalam mencapai mercu kejayaan dalam pelbagai bidang. Ia terus menjadi simbol
kemegahan negara apabila ia digunakan sebagai simbol pada logo-logo,lencana, bendera dan setem
malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.

Bunga Raya juga dipilih sebagai lambang kebanggaan berdasarkan kepada beberapa sifat bunga raya
yang unik. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada Bunga Raya telah dikaitkan dengan lima prinsip
Rukun Negar a dimana ia merupakan salah satu strategi untuk mencapai perpaduan negara serta
masyarakat yang adil dan saksama. Kepelbagaian Bunga Raya dari segi warna, bentuk dan ukuran juga
menandakan kekuatan kepelbagaian bangsa, agama dan kebudayaan rakyat Malaysia yang dapat hidup
aman damai dan berharmoni.

Oleh itu, biar kita bersama-sama memelihara dan mendokong aspirasi Bunga Raya dalam memelihara
perpaduan yang wujud demi masa depan Malaysia yang lebih terjamin. kerana warnanya merah yang
melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran.
Pemilihan bunga raya juga kerana kaitan dengan identiti dan ia perkara penting bagi sesebuah negara
bertamadun

Mengapa dipilih
Pada akhir 1958, tujuh jenis bunga telah dicadangkan untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga-bunga yang dicadangkan adalah Kenanga, Melur, Teratai, Mawar, Cempaka, Bunga
Tanjung dan Bunga Raya. Setelah satu proses pemilihan yang rapi, Bunga Raya telah
diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia
pada ketika iatu iaitu, TYM Al -Marhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Kementerian
Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga -bunga berkenaan ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga
teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. Untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai
Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Ja batan Penerangan untuk mendapatkan
reaksi orang ramai. Kajian ini dijalankan oleh unit -unit bergerak Jabatan Penerangan di seluruh
bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk
Pantai Timur memilih bunga mawar man akala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.
Walau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya
berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang
menarik, nama yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh Malaysia, dan yang
paling penting bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.
Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya
sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya
melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai
bunga perpaduan . Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini,
pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak
yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga
dilambangkan sebagai bunga perpaduan.


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/03/bunga-raya-bunga-kebangsaan-
malaysia.html#ixzz39koa10vh

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu(Hibiscus rosasinensis) dan
merupakan sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam
sebagai pokok hiasan. Bunga ini yang mengandungi 200-220 spesies ditanam secara meluas sebagai
hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak
berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih ke pada
kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda.

Bunga Raya adalah pokok renek yang berasal dari Barat Asia, yang juga dikenali sebagai Mawar China. Ia
ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Pelbagai kultivar,
varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning
bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi
mengilat kasut di sebahagian India.

Bunga berbentuk seperti trumpet dengan ukur lilit lima hingga 20 sentimeter tetap indah dan tersendiri
kerana ia bunga yang cantik tetapi tidak menghasilkan buah. Bunga raya terbukti hebat untuk perubatan
tradisional dan industri kosmetik. Bunga raya yang ada di negara ini adalah dari jenis Rosa -sinensis
berasal dari China. Pokok bunga raya ini terdiri dari rumpun Malvaceae mempunyai pelbagai bentuk,
saiz dan warna.

Antara warna yang ada termasuk merah jambu, putih, kuning dan merah. Di negara asalnya (China)
pokok bunga raya ini menghasilkan biji benih yang baik unt uk pembiakan. Berbeza di Malaysia, yang
mempunyai iklim lembab sepanjang tahun, bunga raya di sini tidak mengeluarkan biji benih yang boleh
dijadikan baka. Kaedah pembiakan di sini adalah melalui keratan batang, cantuman mata tunas, tut dan
teknik tisu kultur

Anda mungkin juga menyukai