Anda di halaman 1dari 37

Rancangan Pengajaran Harian

Tingkatan: 2 Al- Tarikh: 5/6/2014 Masa: 7:40- Bil.Pelajar: 25


Subjek: Bahasa Khawarizmi 9:25pagi 0rang
Melayu
Tajuk/ Tema : Penggolongan Kata
Sub Tajuk : Kata Kerja
Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran pelajar akan mendapat:
(1) Mengenal pasti perbuatan yang digolongkan kepada kata kerja
(2) Membina ayat yang lengkap dengan menggunakan kata kerja

Strategi/ aktiviti: Gubungan pemusatan guru dan pemusatan pelajar


Pengetahuan lalu: Pelajar mempunyai pengetahuan mengenai kata hubung ketika
mempelajari topik berkenaan di Tingkatan 1. Pelajar mempunyai pengetahuan mengenai
kata hubung melalui pengalaman mereka melalui pembacaan menerusi buku-buku atau
majalah.
Bahan bantu mengajar : Gambar, kertas majong, marker pen,
Penerapan nilai: bekerjasama, saling menghormati,

1.Set Induksi 1.Guru merangsang minda pelajar dengan bertanya siapakah yang suka
pergi berkelah di tepi pantai dengan keluarga?

2.Kemudian guru menunjukkan gambar perkelahan di tepi pantai dan


bertanya apakah aktiviti yang biasa berlaku di tepi pantai. (BBM 1)
Guru memaklumkan objektif pembelajaran mengenai tajuk kata kerja
2. Objektif
Pembelajaran
3.Permodelan Verbal Linguistik Visual Ruang Kecerdasan Muzik

Guru menerangkan Pelajar diterangkan Pelajar diterangkan


maksud kata kerja mengenai definisi kata mengenai definisi kata
dengan menggunakan kerja. Selepas kerja.
buku teks dan nota penerangan guru
tambahan sebagai meminta para pelajar Guru juga
sumber rujukan melihat dan menerangkan
utama kepada pelajar. memikirkan apakah bagaimanakah untuk
aktiviti yang seharian membina ayat yang
Pelajar diminta yang dilakukan. sempurna dengan kata
menghasilkan peta (BBM 3) kerja.
minda mengikut
kefahaman pelajar Guru meminta pelajar Guru memberikan
berdasarkan nota dan keluar dari kelas dan contoh lagu yang
penerangan yang melihat dan mengandung kata kerja
mencatatkan apakah dan menyanyi
telah diberikan oleh
yang mereka lihat di bersama-sama pelajar.
guru dalam kumpulan
(BBM 5)
(Penerapan nilai:
Kerjasama dalam sekitar kelas yang Penerapan nilai:
kumpulan) berhampiran. Kerjasama dalam
(Penerapan nilai: kumpulan)
Kerjasama dalam
(BBM 2) kertas majong kumpulan) (BBM 6) kertas majong,
dan marker pen marker pen
(BBM 4) kertas majong
dan marker pen

4.Semak Kefahaman Pelajar perlu Guru meminta pelajar Pelajar


pelajar mengaplikasikan mengumpulkan mempersembahkan
semua pengetahuan seberapa banyak lirik lagu mereka dalam
dan kemahiran mereka maklumat. bentuk menyanyian
untuk mendapatkan dalam berkumpulan.
seberapa banyak kata Selepas itu, pelajar
kerja. akan berkumpul dalam
kumpulan dan
Guru meminta berkongsi maklumat
kumpulan pelajar bersama rakan
menyenaraikan sekumpulan berkenaan
seberapa banyak kata dan lukiskan lakaran
kerja yang pelajar tahu. tentang kata kerja yang
pelajar lihat pada kertas
Kemudian pelajar majong diberikan.
membina ayat berserta
contoh yang lengkap
dengan menggunakan
perkataan yang pelajar
senaraikan.

5. Pantau dan Ubahsuai Guru memantau Guru memantau Guru memantau


pergerakan pelajar dan pergerakan pelajar dan pergerakan pelajar dan
memberi panduan agar memberi panduan agar memberi panduan agar
perbincangan mereka perbincangan mereka perbincangan mereka
tidak tersasar. tidak tersasar. tidak tersasar.

6.Praktis Tertempoh Pelajar diberikan masa Pelajar diberikan masa Pelajar diberikan masa
selama 20 minit untuk selama 20 minit untuk selama 20 minit untuk
melakukan melihat keadaan membina lirik lagu
perbincangan dalam sekitar kelas. dengan tema lagu yang
kumpulan. bebas.

7.Penutup dan Refleksi 1. Guru akan membuat penilaian terhadap pelajar setiap kali selepas
tamat pembentangan dari setiap kumpulan. Guru juga meminta
pelajar lain supaya memberi tumpuan ketika pembentangan sedang
dilakukan. (Penerapan nilai: Menghormati orang lain)
2. Guru akan memberikan latihan ringkas bagi memastika pelajar
faham apa yang mereka pelajari pada hari tersebut. (BBM 7)

3. Guru akan memberikan respon terhadap jawapan yang


diberikan oleh pelajar dan seterusnya memberikan pengukuhan
terhadap jawapan tersebut.

BBM 1

Gambar berkelah di tepi pantai.


BBM 3

BBM 4

Bangun pagi, gosok gigi,


Cuci muka, pakai baju,
Makan roti, minum susu,
Semua siap, suka hati.
Contoh kata kerja ialah bangun, gosok , cuci, pakai, makan dan minum.
BBM 7

Latihan Kata Kerja


Gariskan kata kerja yang sesuai.

1. Habibah ( mencuci , menggosok ) giginya sehingga bersih.

2. Ranjit dan Siva ( menonton , memancing ) ikan di tepi sungai.

3. Jehan ( mengutip , memijak ) kaca-kaca itu lalu memasukkannya ke dalam tong sampah.

4. Anis ( membawa , mncampak ) buah tangan semasa menziarahi sahabatnya.

5. Ibu ( memberus , menyimpan ) baju di dalam laci.

6. Puan Chan ( membelah , memotong ) sayur dangan sebilah pisau. 7. Nana (menangis , menunggu )

ibunya di luar kedai Ah Seng.

8. Budak nakal itu ( memanjat , menolak ) tiang bendera.

9. Kucing itu sedang ( mengejar , menolak ) seekor tikus.

10.Amir ( menonton , mengulang kaji ) pelajarannya dengan tekun.


NAMA: ROSLINAWATI ABD MANAP

Gaya Pembelajaran Gaya Pembelajaran Gaya Pembelajaran


Visual Auditori kinestetik

Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2


Tarikh 04 /12/ 2014 Masa 7.45 pagi -8.45 pagi
Bil. Pelajar 25 orang
Tema / Tajuk Unit 1 : Golongan Kata
Sub Topik 1.4 Kata Tugas
Hasil Pembelajaran Di akhir pengajaran, pelajar dapat;
1. Menjelaskan secara lisan tujuh kata hubung
2. Membina 5 ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang
sesuai.
Strategi / Aktiviti Gabungan pemusatan guru dan pemusatan pelajar.
Pengetahuan Lalu Pelajar mempunyai pengetahuan mengenai kata hubung ketika
mempelajari topik berkenaan di Tingkatan 1. Pelajar mempunyai
pengetahuan mengenai kata hubung melalui pengalaman mereka
melalui pembacaan menerusi buku-buku atau majalah.
Bahan Bantu Kad-kad kata hubung dan ayat tunggal, kertas majong dan marker pen
Penerapan Nilai Kerjasama, kerajinan dan saling menghormati
1.Set Induksi 1. Guru menunjukkan kad-kad yang mengandungi perkataan kepada
pelajar. (BBM 1)

2.Guru memilih seorang pelajar secara rawak untuk menyusun kad-kad


tersebut menjadi satu ayat yang lengkap.
3.Seterusnya, guru mengaitkan perkataan itu dengan isi pelajaran hari
ini.
2.Objektif Guru memaklumkan objektif pembelajaran mengenai topik Kata Tugas
Pembelajaran
3.Permodelan Gaya Pembelajaran Gaya Pembelajaran Gaya Pembelajaran
Visual Auditori Kinestetik
1. Guru memberi 1. Kumpulan 1. Guru
satu petikan pelajar diberi memberikan
umum kepada satu nota kad-kad
berkenaan kata bewarna yang
kumpulan
hubung. mengandungi
pelajar. (BBM 3) kata hubung
(BBM 2) dan ayat-ayat
2. Pelajar tunggal
2. Pelajar kepada
dikehendaki
dikehendaki kumpulan
berbincang
membaca pelajar.
dalam
(BBM 4)
kumpulan
petikan untuk
tersebut dan menerangkan
mencari kata jenis kata 2. Pelajar
dikehendaki
hubung yang hubung dan
menyusun
terdapat penggunaanya. kad-kad
dalam petikan tersebut untuk
3. Pelajar juga
tersebut. menghasilkan
dikehendaki
10 ayat
3. Pelajar perlu membina 5 ayat
majmuk yang
mencatat kata majmuk
lengkap.
menggunakan
hubung yang kata hubung
ditemui di 3. Kad-kad
yang sesuai.
atas kertas tersebut
haruslah
majong secara 4. Hasil
ditampal di
kreatif (Peta perbincangan
‘White
harus
minda). board’.
dibentangkan di
4. Pelajar juga dalam kelas. 4. Hasil kerja
dikehendaki kumpulan
membina 5 (Nilai: Kerjasama, harus
kerajinan ) dibentangkan
ayat majmuk
menggunakan di dalam
kelas.
kata hubung
yang sesuai. (Nilai: Kerjasama,
kerajinan )
5. Hasil kerja
kumpulan
harus
dibentangkan
di dalam
kelas.

(Nilai: Kerjasama,
kerajinan )
4.Semak 1. Pelajar diminta 1.Pelajar dikehendaki 1.Pelajar dikehendaki
Kefahaman Pelajar untuk membaca membincangkan menyusun kad-kad
petikan umum yang bersama ahli kumpulan kata hubung dan
telah diberikan. jenis kata hubung dan ayat-ayat tunggal
penggunaannya. yang telah diberikan
2. Pelajar menjadi ayat majmuk
dikehendaki mencatat 2.Pelajar diminta yang lengkap.
kata hubung yang membentangkan hasil
ditemui dalam perbincangan
petikan secara kreatif kumpulan di dalam 2.Kad yang telah
di atas kertas majong. kelas. disusun menjadi ayat
majmuk yang
3.Pelajar juga lengkap harus
dikehendaki ditampal di ‘white
membina 5 ayat board’.
majmuk yang
lengkap di atas kertas
majong yang telah
diberikan.

5.Pantau dan 1. Guru memantau 1. Guru memantau 1. Guru memantau


Ubahsuai pergerakan pelajar pergerakan pelajar dan pergerakan pelajar
dan memberi memberi panduan agar dan memberi
panduan agar dapatan pelajar tidak panduan agar dapatan
perbincangan mereka tersasar. pelajar tidak tersasar.
tidak tersasar.
6.Praktis 1. Pelajar diberi 1. Pelajar diberi masa 1. Pelajar diberikan
Tertempoh masa selama 20 minit selama 20 minit untuk masa selama 20 minit
untuk perbincangan menyediakan peta untuk menyusun kad-
dalam kumpulan. minda berkaitan kata kad kata hubung dan
hubung yang ditemui ayat tunggal menjadi
dalam petikan yang ayat majmuk yang
telah diberikan. lengkap
menggunakan kata
hubung yang sesuai
7.Penutup dan 1. Guru akan membuat penilaian terhadap pelajar setiap kali selepas
Refleksi tamat pembentangan dari setiap kumpulan. Guru meminta pelajar lain
supaya memberi tumpuan ketika pembentangan sedang dilakukan

2.Guru memberikan penjelasan lanjut bagi mengukuhkan maklumat


yang dibentangkan.

3.Guru akan memberi respon terhadap jawapan yang diberikan oleh


pelajar dan seterusnya memberikan pengukuhan terhadap jawapan
tersebut.

(Nilai: Kerjasama, kerajinan dan saling menghormati)


BBM

dimarahi Rani ponteng ibunya kerana sekolah


BBM 1
Kad
bewarna

Kes buli yang semakin menular di sekolah menunjukkan


BBM 2 berlakunya kepincangan dalam sistem pendidikan di sekolah pada masa ini
Petikan sekiranya masalah tersebut tidak diatasi dengan segera. Perbuatan membuli
umum bertujuan supaya individu lain mematuhi dan menghormati mereka.
Pembuli lebih suka teman-teman persekitaran mengikut kehendak
mereka bagai lembu dicucuk hidung. Sehubungan dengan itu,
Kementerian Pelajaran juga digesa supaya mewujudkan dasar antibuli di
sekolah-sekolah bagi mengawal gejala buli dalam kalangan pelajar.
Kawalan tersebut perlu ditekankan kepada pelajar lelaki terutama semasa
mereka berada di Tahun Enam. Selain itu, pihak sekolah juga harus
melaksanakan sendiri tinjauan terhadap kejadian buli di sekolah masing-
masing.

Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli


secara langsung dan secara tidak langsung. Buli secara langsung
termasuklah dibuli, diugut, disepak atau membalas pukulan. Buli jenis ini
disebut sebagai buli fizikal. Buli secara tidak langsung pula lebih dikenali
sebagai buli psikologi, iaitu melibatkan kata-kata seperti memanggil atau
mengejek-ejek individu dengan nama tertentu, dikacau, ditertawakan rakan
lain atau menyebarkan gosip liar terhadap seseorang. Terdapat beberapa
faktor yang menyebabkan pelajar menjadi pembuli, iaitu pengaruh rakan
sebaya dan saiz tubuh yang besar dan tegap. Selain itu, dapatan kajian
turut menunjukkan pelajar membuli kerana berasa dirinya tidak selamat
jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripada perkara
yang tidak diingini.

Kejadian buli tidak harus dipandang ringan. Penglibatan ibu bapa dalam
menangani masalah buli di sekolah ini menjadi penting. Ibu bapa
perlu berbincang dengan guru sekiranya anak-anak mereka bertukar
sikap, menjadi pendiam, atau kurang selera makan. Hal ini demikian kerana
tidak semua pelajar yang menjadi mangsa mahu melaporkan masalahnya
kepada pihak sekolah. Sekolah perlu menggalakkan murid yang
menjadi mangsa buli melaporkan kejadian tersebut kepada guru,
terutamanya guru disiplin dan guru kaunselor. Pada masa ini, kebanyakan
sekolah tidak mempunyai dasar menggalakkan murid-murid melaporkan
kejadian buli. Oleh itu, sekolah juga disarankan supaya mewujudkan satu
bentuk perjanjian dengan
BBM 3
Nota Kata Hubung
kata
hubung
Kata Hubung
Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa
dan ayat dengan ayat
Contoh:
Emak membeli baju dan seluar (penggabungan kata)
Ali kurus tetapi tidak boleh berlari (penggabungan frasa)
Ali mengemop lantai sementara Ahmad mengelap tingkap
(penggabungan ayat)
Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
Kata hubung gabungan
Kata hubung pancangan
Kata hubung berpasangan
Kata Hubung Contoh
Gabungan
Atau Saya hendak makan mee atau nasi lemak
Dan Saya dan adik bermain di taman
Lalu Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian
Lantas Saya bangun malas dan lantas ke dapur
Sambil Bapa mendengar radio sambil membaca
surat khabar
Maka Apabila melihat polis telah pergi
semuamaka dia pn keluarlah
Serta Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah
Tetapi Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar
Sebab Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi
Kalau Kamu akan dipenjara kalau melakukan
kesalahan
Supaya Kita harus mandi selalu supaya kelihatan
bersih
Kemudian Sila baca soalan kemudian mula menjawab
Malahan Saya disini baik sahaja malahan kamu
bahkan Bahkan kamu menang saya, saya akan
berusaha lebih kuat lagi
BBM 4
Ahmad lulus Ujian itu

tetapi

adiknya gagal
NAMA: Nur Afifiah Bt. Serip Mohamad

Rancangan Pengajaran Harian


Matapelajaran : Bahasa Melayu Tingkatan : 101

Tarikh : Minggu 1 (Isnin) Masa : 8.40 pagi -9.40 pagi

Bil. Pelajar : 25 orang

Tema / Tajuk : Golongan Kata

Sub Topik : Kata Adjektif

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat;

1. Menyatakan makna Kata Adjektif dengan betul


2. Mengenalpasti 3 golongan Kata Adjektif

Strategi / Aktiviti : Gabungan pemusatan guru dan pemusatan pelajar.

Pengetahuan lalu : Pelajar telah mempraktikkan Kata Adjektif dalam kehidupan seharian.

Bahan Bantu : Video, buku teks, laptop, gambar lego, kertas majong, pen marker,
papan putih

Penerapan Nilai : Kerjasama, hormat-menghormati

1.Set Induksi Guru memainkan video yang memaparkan Kata Adjektif. (BBM 1). Guru
memaparkan gambar dan menunjukkan bongkah lego. (BBM 2)
(Penerapan nilai: Fokus dan bekerjasama terhadap topik yang diberikan.

Guru merangsang minda pelajar dengan bertanyakan soalan berkaitan video


dan warna, bentuk serta perasaan berdasarkan bongkah lego.
2.Objektif Objektif pembelajaran ialah pelajar menyatakan 5 Kata Adjektif secara lisan
pembelajaran dan bertulis .

3.Permodelan Intrinsik Ekstrinsik


(Motivasi)
1) Guru bertanya bentuk 1) Guru bertanya tentang bentuk
bongkah lego kepada pelajar. bongkah lego kepada pelajar. (BBM
(BBM 2) 2)
2) Pelajar diminta untuk 2) Pelajar diminta untuk menjawab
menjawab dengan tepat. dengan tepat.

3) Guru membuat analisis 3) Guru membuat analisis berkaitan


berkaitan jawapan yang jawapan yang diberikan kepada
diberikan kepada pelajar. pelajar.

4) Pelajar dibahagikan 4) Pelajar dibahagikan mengikut


mengikut kumpulan dan kumpulan dan membincangkan
berbincang tentang warna dan tentang warna dan bentuk bongkah
bentuk bongkah lego. lego.

5) Pelajar dikehedaki 5) Pelajar dikehedaki menzahirkan


menzahirkan perasaan perasaan berdasarkan warna lego
berdasarkan warna dan bentuk mengikut Kata Adjektif dengan
lego mengikut Kata Adjektif bantuan guru.

6) Kemudian berdasarkan warna 6) Kemudian berdasarkan warna


bongkah lego pelajar perlu bongkah lego pelajar perlu
menzahirkan perasaan melalui menzahirkan perasaan melalui
warna. warna.

7) Pelajar akan meneka serta 8) Pelajar akan meneka serta


membina ayat dan membina ayat dan menggolongkan
menggolongkan Kata Adjektif Kata Adjektif mengikut kelasnya
mengikut kelasnya yang yang tersendiri.
tersendiri.
9) Pelajar yang menjawab dengan
8) Pelajar yang menjawab cepat dan tepat mendapat hadiah
dengan cepat dan tepat buku latihan dan pen.
mendapat pujian dari guru.
10) Pelajar menjawab soalan di
9) Kumpulan yang paling kreatif dalam lembaran kerja yang
dalam membina ayat akan diberi disediakan. (BBM 4)
pujian/tepukan/dorongan
manakala pelajar yang memberi 11) Guru membuat rumusan.
jawapan yang kurang tepat akan
diberi denda seperti mencari 10
perkataan yang menggunakan
Kata Adjektif.

10) Pelajar menjawab soalan di


dalam lembaran kerja yang
disediakan. (BBM 4)
(Penerapan nilai: Fokus dan
11) Guru membuat rumusan. Bekerjasama )
(Penerapan nilai: Fokus dan
Bekerjasama )
4.Semak 1) Pelajar menjawab soalan 1) Pelajar menjawab soalan soalan
kefahaman secara lisan. secara lisan
pelajar:
2) Pelajar menjawab soalan di
atas lembaran kerja. 2) Pelajar menjawab soalan di atas
lembaran kerja.

5.Pantau dan 1) Guru memantau pergerakan 2) Guru memantau pergerakan


Ubahsuai pelajar dan memberi panduan agar pelajar dan memberi panduan
perbincangan mereka tidak agar perbincangan mereka tidak
tersasar. tersasar.

6.Praktis 1) Pelajar diberikan masa selama 2 1) Pelajar diberikan masa selama 2


Tertempoh minit untuk memerhati bongkah minit untuk memerhati bongkah lego.
lego.

2) Pelajar diberi masa 10 minit untuk


2) Pelajar diberi masa 10 minit berbincang tentang bentuk dan
untuk berbincang tentang bentuk warna bongkah lego.
dan warna bongkah lego.

3) Pelajar diberi masa 10 minit untuk


3) Pelajar diberi masa 10 menyatakan secara lisan tentang warna
minit untuk menyatakan secara mengikut emosi yang dikehendaki.
lisan tentang warna mengikut
emosi yang dikehendaki.
4) Pelajar diberi masa 15 minit untuk
menulis di dalam kertas mahjong dan
4) Pelajar diberi masa 15 mempersembahkan di depan kelas.
minit untuk menulis di dalam
kertas mahjong dan
mempersembahkan di depan kelas. 5) Pelajar di beri masa 15 minit untuk
menjawab soalan di dalam lembaran
kerja yang disedaiakan.
5) Pelajar di beri masa 15 minit 6) Guru memantau aktiviti atau tugasan
untuk menjawab soalan di dalam yang diberikan.
lembaran kerja yang disedaiakan.

6) Guru memantau aktiviti atau


tugasan yang diberikan.

7.Penutup dan 4. Guru membuat penilaian individu terhadap lembaran kerja yang
refleksi dijawab pelajar. Guru juga akan membuat penilaian terhadap pelajar
setiap kali selepas tamat pembentangan dari setiap kumpulan. Guru
juga meminta pelajar lain supaya memberi tumpuan
ketika pembentangan sedang dilakukan. (Penerapan nilai:
Fokus dan Bekerjasama)

5. Guru akan memberikan penjelasan lanjut bagi


mengukuhkan maklumat yang dibincangkan.

6. Guru akan memberikan respon terhadap jawapan yang diberikan oleh


pelajar dan seterusnya memberikan pengukuhan terhadap
jawapan tersebut.
BBM

BBM 1 – Video
youtube

BBM 2 -

Gambar bongkah
lego
BBM 3 – Buku
Teks dan Buku
Rujukan
BBM 4 –
Lembaran Kerja
Nama: Vaenyson Marius

Matapelajaran Bahasa Melayu Tingkatan : 3


:

Tarikh Masa : 7.45-9.00a.m


:

Bil. Pelajar 20 orang


:

Tema / Tajuk Bab : TATABAHASA


:

Sub Topik Golongan kata. Frasa Nama: Kata nama khas, Kata nama am, Kata nama
: terbitan,Unsur binaan frasa nama.

Hasil Di akhir pengajaran pelajar dapat:


Pembelajaran
: 1. Membezakan kata nama umum dengan kata nama khas dalam petikan
2. Menyenaraikan kata nama umum dan kata nama khas dalam petikan
3. Membina ayat menggunakan kata nama am dan kata nama khas

Strategi / Kaedah soal jawab,


Aktiviti : kaedah artikel,
kaedah kumpulan,
kaedah scaffolding (perbincangan).

Pengetahuan Bentuk kata yang terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata
lalu : ganda

Bahan Bantu Gambar Pahlawan Melayu Melaka, artikel majalah mastika, jadual kata nama,kuiz
: pola kata nama,

Penerapan Kerjasama dalam kumpulan, Menghormati Orang Lain,Berdikari dan Rasional


Nilai :

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHSA MELAYU TINGKATAN 3


Kumpulan Kendiri Positif Kumpulan Kendiri Negatif

1.Set Induksi 1. Guru menunjukkan gambar pahlawan Melaka pada suatu ketika dahulu (BBM
1).Pahlawan-pahlawan tersebut adalah terdiri daripada Hang Tuah,Jebat,
Lekiu dan Kasturi . (Penerapan nilai: Kesedaran mengenai sejarah pahlawan
melayu Melaka)

(5 minit)

Guru merangsang minda pelajar dengan bertanyakan soalan siapa yang berada
dalam gambar tersebut.Guru mengaitkan nama-nama pahlawan tersebut dengan
kata nama.

2.Objektif 2.Guru memaklumkan objektif pembelajaran mengenai topik kata nama.


pembelajaran

3.Permodelan 3.Kaedah Mencari 3.Kaedah Scaffolding – Guru menerangkan


Fakta Sendiri – Guru maksud kata nama khas dan kata nama am kepada
menerangkan secara pelajar.
(45 minit) ringkas apa itu kata nama 4. Guru membahagikan 5 kumpulan (4 orang
khas dan am dan dalam setiap kumpulan) yang mana setiap
memberikan satu artikel kumpulan diketuai oleh seorang pelajar yang
yang terdapat dalam pandai (cemerlang) sebagai mentor
majalah Mastika (BBM 5. Guru memberikan satu rencana yang terdapat
2) . dalam majalah Mastika (BBM 2)
4.Guru mengedarkan 6. Guru mengedarkan jadual yang mana mengandungi
jadual yang kata nama khas dan kata nama umum (BBM3)
mengandungi kata nama
khas dan kata nama am 7. Ketua bagi setiap kumpulan akan menerangkan balik
(BBM 3) apa itu kata nama khas dan kata nama am sehingga
5.Setiap pelajar perlu semua ahli kumpulan (pelajar sederhana) faham apa
mencari sendiri kata itu kata nama khas dan am.
nama khas dan umum
8. Ahli kumpulan mengisi jadual yang diberikan
dalam artikel mengisi di
berdasarkan artikel diberi
ruang jadual yang
disediakan. (Penerapan 9. Mentor dan guru akan sentiasa membimbing
nilai: Berdikari dan pelajar yang sederhana ini sepanjang sesi P N P.
rasional)
10. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil
dapatan mereka di depan kelas.

(Penerapan nilai: kerjasama dalam kumpulan)

4.Semak 6.Pelajar diminta untuk 11.Guru memberi kuiz mengenai pola kata nama
kefahaman mengenal pasti ciri-ciri
12. Guru berbincang dengan murid mengenai jawapan
pelajar: kata nama khas hidup
manusia dan bukan bagi soalan kuiz.
manusia 13. Guru menerangkan secara terperinci kesilapan
(20 minit) 7.Pelajar diminta untuk yang dibuat oleh pelajar
merekodkan kata nama
khas tak hidup
berdasarkan cerpen
(BBM4).
5.Pantau dan 8.Guru memantau 14.Guru memantau pergerakan pelajar dan memberi
Ubahsuai pergerakan pelajar dan panduan agar perbincangan mereka tidak tersasar.
memberi panduan agar
perbincangan mereka tidak
tersasar.

6.Praktis 9.Pelajar diberikan masa 14. Pelajar diberikan masa selama 30 minit untuk
Tertempoh selama 30 minit untuk melakukan perbincangan dalam kumpulan pelajar
melakukan perbincangan dan 20 minit bagi menjawab soalan kuiz pola kata
sesame pelajar yang lain. nama. Pelajar mengaplikasikan semua pengetahuan
Pelajar mengaplikasikan
semua pengetahuan dan dan kemahiran mereka untuk mengelaskan kata
kemahiran mereka untuk nama khas dan kata nama am berdasarkan artikel.
mengelaskan kata nama
khas dan kata nama 15. Guru memantau aktiviti atau tugasan yang
am berdasarkan artikel. diberikan

10.Guru memantau
aktiviti atau tugasan
yang diberikan.

7.Penutup 7. Guru akan membuat penilaian terhadap pelajar setiap kali selepas
dan refleksi tamat pembentangan dari setiap kumpulan. Guru juga meminta pelajar
lain supaya memberi tumpuan ketika pembentangan sedang dilakukan.
(Penerapan nilai: Menghormati orang lain)

(5 minit) 8. Guru akan memberikan penjelasan lanjut bagi mengukuhkan maklumat yang
dibentangkan.

9. Guru akan memberikan respon terhadap jawapan yang diberikan oleh pelajar
dan seterusnya memberikan pengukuhan terhadap jawapan tersebut.
Lampiran: BBM 1

Artikel: Mastika
"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan
sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya
Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar,
Johor.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih,
cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja,
gaji,overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil
memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung.
Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah
lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang
Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan
pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus
amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan
kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan
dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula
bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee.... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah
badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau
dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah
kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah
menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal azim...
Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya
makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan
mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak
ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa
berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora,
namun bisikan itu makin kuat berkumandang di
telinga.

Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?' Kan engkau
nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Allah, bukannya kena tangkap,
bukannya boleh mati...

Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang
saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut.
Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke
dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini,
kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah,
Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak
kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah,


lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah
dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala
seksaan yang pcrnah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah
sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan
raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga
pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya
untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila,
mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi
saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan
sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah
kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana bunyi itu
datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya
menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah
runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan
bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak
dapat bergerak akibat terlalu terkejut.
ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang
menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas
saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat
dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit,
tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba...
PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu
disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula
tulang-temulang patah!

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi
maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang
yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak
terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang
mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila
mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.
BBM 2

Jadual Kata Nama


Kata Nama Khas Kata Nama Umum

Contoh: Contoh:
BBM 3

BAKAU TETAP TEGUH


CERPEN TERBAIK KELUARAN UTUSAN MALAYSIA 2012

AIR telah naik pasang. Itu adalah hukum alam yang tidak mungkin dimungkiri.
Seperti juga takdir kehidupannya. Bezanya, pasang surut air telah ada
ketentuannya tetapi pasang surut takdir kehidupannya tidak dapat diduga.
Raina menghela nafas yang terasa berat memenuhi rongga dadanya. Mujur
kelembutan hembusan angin dari arah laut membantu menenangkan golakan
jiwanya. Arus air mengalir tenang naik ke hulu meriakkan permukaan sungai,
beralun dan memudahkan dayungan mereka. Raslan yang duduk mendayung di
hujung depan gubang, sesekali menoleh ke kiri dan ke kanan memandang tebing
sungai penuh teliti. Waktu begini adalah waktu yang bertepatan untuk mereka
menurunkan bintur. Ketam betina, jantan, muda dan tua akan mudik ke hulu
sungai.
Raslan menahan dayungannya. Dia pula menurunkan bintur terbuka yang
berumpankan potongan ikan yu. Perlahan-lahan bintur diturunkan hingga terasa
mengena dasar sungai. Tali dilepaskan dan potongan selipar getah yang diikat pada
penghujung tali, menjadi pelampung sekaligus petanda di mana binturnya
berlabuh. Mereka dua beradik berdayung lagi ke arah depan dalam jarak tiga buah
perahu. Raslan menahan dayungannya semula dan Raina menurunkan binturnya.
Satu persatu hingga genap 12 buah bintur diturunkan. Pelampung bertanda biru
untuk bintur terbuka dan yang merah bagi bintur persegi, terapung berlenggang
timbul di permukaan air.
Mereka menyusuri tebing pohon nipah yang merendang. Daun pohon berjuntaian
menyentuh di permukaan air yang kelihatan hijau berbalam. Haruman daun dan
tanah lumpur menjadi sedutan nafas mereka. Sesekali anak udang melompat,
melenturkan badannya yang putih jernih, memecahkan dada air. Semua itu adalah
sebahagian daripada kehidupan mereka.
Raina teringat kedatangan ketua kampung bersama rombongan kecil yang tidak
dikenali olehnya, pagi tadi sebelum mereka pergi membintur. Hatinya berdetik
aneh dan ingin menunggu tetapi mereka harus segera membintur kerana pasang
surut air tidak menunggu sesiapa pun.
Suara salam ketua kampung pagi tadi bergema menyelusup di telinganya semula.
Wajah ketua kampung yang bermisai tebal beruban dengan kopiah putihnya,
melayari pandangannya. Memang ketua kampung pernah berjanji akan
memberikan bantuan tetapi itu kata-kata hampir tiga bulan lepas. Mereka tidak
mengharapkan lebih selain janji. Kata-kata pemimpin adalah kata-kata orang besar
yang sibuk dengan dunia besar mereka. Lagi pun, menunggu tanpa berusaha
seperti juga mengharap ketam boleh berjalan betul. Itu tidak akan menjadi kerana
memang kudratnya ketam berjalan sendeng, sedangkan manusia harus terus
melangkah ke depan, bukan menunggu semata-mata. Tetapi mungkinkah
kedatangan ketua kampung memberi penyuluh baharu dalam kesamaran perjalanan
hidup mereka? Adakah ketua kampung ingin menunaikan janjinya?
Lamunannya bubar apabila bunyi takikan parang Raslan mencecah tangkai nipah.
Raina segera menyeimbangkan gubang mereka yang sedikit berlenggang. Matanya
menangkap tubuh Raslan yang condong ke arah tebing. Nyatanya Raslan
mencantas setandan buah nipah yang sedang masak kemerahan. Raslan meletakkan
tandan buah nipah ke dalam gubang sebelum berpaling dan mengembangkan
senyuman ke arahnya. Perasaannya yang sedikit terkejut itu menjadi reda, tidak
jadi memarahi Raslan.
senyuman
Senyuman tegar Raslan menyalin sebentuk senyuman arwah ayah mereka. Ya.
Arwah ayah mereka yang tewas dalam perjuangannya di tengah lautan. Telah tiga
bulan berlalu, namun kehilangan itu masih dirasainya. Kehilangan yang tidak
mungkin ada penggantinya. Telah hampir tiga bulan juga dia tidak hadir ke
sekolah. Kehendaknya sendiri. Sebagai anak sulung, dia tidak sanggup melihat
ibunya bersendirian menggendong segala tanggungan. Biarlah dia merasa bersama
beban gendongan tersebut. Adiknya seramai tiga orang Raslan, Atikah dan Roslin
harus terus bersekolah dan perut kecil mereka perlu diisi makanan.
Dia merasakan alam mentertawakan dirinya, mencabarnya. Dirinya yang selama
ini berkeyakinan teguh untuk mencapai keputusan STPM dengan cemerlang, kini
goyah dan akan mengalah pada ketentuan takdir. Segala cita-cita harus
dikorbankan demi senyuman mereka yang lebih bermakna daripada titisan air
matanya seorang. Ah.. sarat terasa di dadanya.
Raslan menyuakan buah nipah yang telah dibelahnya. Raina terkesima sebentar
sebelum menyambut huluran adiknya itu. Nyatanya, jauh dia berfikir hingga tidak
menyedari gubang mereka telah ditaut di batang akar bakau. Dengan ibu jarinya,
dia mencungkil isi buah nipah yang pejal tetapi lembut berwarna putih itu. Manis
isinya dengan sedikit rasa lemak dan manisannya terasa menuruni anak tekaknya.
Gambaran ibunya yang tekun menganyam atap daun nipah, menyapa kalbunya.
Pipi yang kehitaman, mencengkung hingga jelas tulang pipinya menonjol. Tanda
halus menggaris di sudut matanya dan pelupuk mata itu berbayang gelap. Badan
yang kurus melengkung dan duduk membongkok tidak ubah seperti cengkerang
penyu. Mungkin kesukaran hidup telah meragut keceriaan wajah dan kehidupan
ibunya. Dia mengeluh perlahan, sesungguhnya dia tidak mampu menyelami
seluruh lara jiwa ibunya.
Raslan kelihatan membasuh tangannya di dasar air. Raslan merenjis tangannya dan
mengangkat doa makan. Pandangan Raina tertekun penuh pada adiknya yang
bertubuh kecil itu. Raina pasti di sebalik tubuh pelajar sekolah tingkatan tiga itu
tertugu semangat yang jitu. Tubuh kecil itu adalah anak seorang pejuang yang
terkorban, setelah bertarung dengan ombak demi sebuah kehidupan. Darah seorang
pejuang telah mengalir dan menjadi denyutan nadi mereka adik beradik. Mereka
telah menerima takdir ketentuan Ilahi. Dengan payah, mereka reda menghadapi
ketentuan yang datang.
Pandangannya menunjang pada akar bakau yang telah separuh dinaiki air pasang.
Akar bakau yang bercabang dan mencengkam kuat pada permukaan tanah lumpur.
Air yang kerap menenggelamkannya, namun tidak mampu menganjakkan akarnya.
Malahan akar itu semakin kukuh kerana apabila air surut, enapan tanah lumpur
hakisan dari arah laut mendap di bawahnya. Dengan kukuh, akar bakau
menampung segala bebanan itu.
Mampukah dia seteguh dan sekuat akar bakau itu? Bertahan dalam menghadapi
pasang surut arus kehidupan? Ya. Walau manusia selalu tewas dengan hukum alam
tetapi alam juga mengajar erti perjuangan kehidupan. Dalam diam, dia berikrar
akan seteguh akar
BBM 4

1. "Besarlah harapan .....................sekiranya tuan dapat hadir ke majlis itu nanti,"


kata Osman kepada Pegawai Daerah Kulim.

A. ? kita

B. ? kami

C. ? kalian

D. ? anda

2. Para ...................diseru supaya menghasilkan tulisan yang bermutu tinggi.

A. ? karyawan

B. ? sejarawan

C. ? bangsawan

D. ? budayawan

3. ..................sedia menurut segala titah," sembah Penghulu kepada Sultan.

A. ? Patik

B. ? Hamba

C. ? Tuanku

D. ? Baginda

4. Aliran air tersekat-sekat apabila melalui kawasan .................... itu.

A. ? alur

B. ? lereng
C. ? jurang

D. ? lembah

5. ................... itu telah bertungkus-lumus mencari maklumat untuk disiarkan dalam


akhbar.

A. ? Juruberita

B. ? Jurucakap

C. ? Juruacara

D. ? Juruhebah

6. ................ perlu membantu mereka yang menghadapi kesusahan," nasihat cikgu


Amran kepada pelajar-pelajarnya.

A. ? Kalian

B. ? Kami

C. ? Anda

D. ? Kita

7. Para ....................... perlulah menyumbangkan idea dan kepakaran kepada


pelbagai pihak dalam usaha memajukan negara ini.

A. ? jutawan

B. ? hartawan

C. ? sukarelawan

D. ? cendekiawan
8. Jasica merupakan .................. yang sering memperagakan pakaian pakaian
ciptaan pereka fesyen terkenal, Ridhuan Shah.

A. ? seniwati

B. ? biduanita

C. ? pramugari

D. ? peragawati

9. ....................... majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang itu melakukan


beberapa kesilapan ketika menyebut nama-nama pemenang.

A. ? Juruulas

B. ? Juruacara

C. ? Juruhebah

D. ? Jurubahasa

10.Walaupun gadis itu anak seorang ....................... yang terkenal tetapi dia tidak
gemar membaca karya-karya ayahnya kerana dia meminati bidang kejuruteraan.

A. ? jutawan

B. ? sasterawan

C. ? negarawan

D. ? wartawan

11.".................. akan mengiringi baginda sultan ke Majapahit," kata Laksamana


Tuah kepada Temenggung Tahir.

A. ? Beta

B. ? Patik
C. ? Hamba

D. ? Tuanku

12.....................itu berbisik-bisik sesama sendiri apabila melihat pemuda yang saling


tidak tumpah seperti penyanyi pujaan mereka.

A. ? Anak muda

B. ? Kumpulan gadis

C. ? Kalangan wanita

D. ? Golongan perempuan

13.Golongan ................. dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat kerana


darjatnya.

A. ? biduan

B. ? hartawan

C. ? dermawan

D. ? bangsawan

14................ sukan sedang membuat liputan perlawanan bola sepak secara


langsung dari Stadium Nasional, Bukit Jalil.

A. ? Jurucakap

B. ? Juruacara

C. ? Jurulatih

D. ? Juruulas
15.Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah menyeru para ...................
supaya menghasilkan skrip filem yang bermutu untuk meningkatkan industri filem
Malaysia.

A. ? sejarawan

B. ? karyawan

C. ? budayawan

D. ? bangsawan

16."Saya ingin memaklumkan bahawa ................ akan ditugaskan ke Kota Kinabalu


bermula minggu hadapan,"kata Encik Murad kepada pekerja baharunya.

A. ? awak

B. ? anda

C. ? kalian

D. ? kamu

17.Sebelum ekspedisi itu bermula, semua peserta diberi ................. tentang


pentingnya mematuhi peraturan di hutan.

A. ? ucapan

B. ? kalimat

C. ? ceramah

D. ? taklimat

18.Kerana .................., Ahmad enggan menerima upah atas pertolongan yang


diberikan.

A. ? amanah
B. ? setia

C. ? jujur

D. ? ikhlas

19.Pada setiap hari, Puan Lee menghantar anak..... ke sekolah.

A. ? ia

B. ? nya

C. ? aku

D. ? dia

20.Golongan miskin tidak pernah dilupakan. ............................ diberi bantuan oleh


kerajaan .

A. ? Dia

B. ? Beliau

C. ? Kami

D. ? Mereka

Anda mungkin juga menyukai