Anda di halaman 1dari 3

ALLYSIA DI FANTASIA

oleh: Sharifah Sarah & Siti Nurafrina (1 Sumaiyah)

Kringgg!!

Kedengaran bunyi jam loceng Hello Kitty berwarna merah jambu


milik Allysia berbunyi. Ia menandakan sudah pukul 6.00 pagi. Allysia
tersentak dan tersedar daripada khayalan mimpi indahnya. Dia
bergegas menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’ dan menunaikan
solat subuh. “Awal bangun hari ini. Selalunya kamu bangun lambat ,”
tegur Siti Faridah, ibu kepada Allysia. “Ibu berilah salam dahulu.
Terkejut saya dibuatnya,”kata Allysia.Selepas solat, Allysia bersarapan
bersama keluarganya.Klik!! ‘Seronoknya’, bisik hati kecil Allysia yang
menunggu cerita kegemarannya ‘Fairy Monia’. Sedang asyik Allysia
menonton cerita itu, tiba-tiba muncul suatu pantuln cahaya yang
berkilauan. Ia datang daripada televisyen Allysia.

Setelah dia tersedar, alangkah terkejutnya Allysia apabila


mendapati keadaan sekitar sudah pun berubah. Kini, dia tidak berada di
rumahnya lagi.Dia terdengar jeritan orang-orang kerdil memanggilnya
dengan gelaran raksasa. Allysia mula berasa cemas. Allysia menarik
nafas panjang dan menceritakan semuanya yang telah terjadi serta
bertanya bagaimana mahu keluar dari Alam Fantasia ini. Salah seorng
daripada orag kerdil mengulurkan kertas yang tertulis alamat sesebuah
istana lalu berkata, “awak perlu berjumpa dengan raja yang
memerintah Alam Fantasia ini”.

Sedang Allysia berjalan,tiba- tiba dia merasakan seperti terlanggar


sesuatu. Alangkah terkejutnya Allysia apabila melihat seekor monyet
mempunyai sayap dan boleh berkata-kata. Monyet tersebut
memperkenalkan dirinya bernama Lala dan menemani Allysia ke
istana.Setibanya di istana, Allysia berjumpa dengan Raja Everest. Raja
Everest memberi syarat kepada Allysia untuk menyelamatkan tujuh
Pari-Pari Pelangi daripada Tuan Salman Salji.

Tanpa melengahkan masa, Allysia memulakan


pencariannya.Sewaktu dalam perjalanan, dia terserempak dengan
seorang remaja lelaki bernama Zack.Zack juga sedang mencari tujuh
pari-pari tersebut dan mereka mencari bersama-sama.Mereka
menjumpai Pari-pari Mira di dalam sebuah kolam dan Pari-pari Jingga
terperangkap dalam buih kecil.

Mereka meneruskan perjalanan dan menjumpai Pari-pari Julia


yang diikat pada sebatang pokok. Pari –pari Julia tercedera dan kuasa
ajaibnya hilang. Lala membantu Pari-pari Julia merawat sayapnya yang
terluka dan apabila sayapnya pulih Pari-pari Julia mendapat semula
kuasa ajaibnya. Seterusnya, mereka ke bilik stor untuk menyelamatkan
Pari-pari Kencana melepaskan diri.

Kemudian, Allysia berasa letih dan berehat di bawah sebatang


pokok. Setelah bertenaga semula, mereka pergi ke kediaman Tuan
Salman Salji. Pari-pari Bonia dan Irma berada di dalam genggaman
seekor naga belaan Tuan Salman Salji. Mereka bersama-sama
menggunakan tongkat sakti menghapuskan naga.

Tuan Salman Salji berasa amat marah dan ingin membalas


dendam. Tuan Salman Salji ingin membunuh Pari-pari Usyia. Pari-pari
Usyia hamper-hampir mati dan hamper terbunuh. Zack mewakilkan
dirinya untuk berlawan dengan Tuan Salman Salji. Pari-pari Usyia
terselamat manakala Tuan Salman Salji berasa insaf dan berjanji tidak
akan berbuat lagi.
Raja Everest mengucapkan terima kasih kerana berjaya
menyelamatkan tujuh Pari-pari Pelangi. Allysia akan pergi meninggalkan
alam itu dan kembali ke alam nyata semula. Allysia melambaikan
tangan dan berkata, “selamat tinggal semua”. Setelah dia kembali ke
tempat asal, dia memeluk ibunya dengan erat. Kemudian, Allysia terus
meluru ke biliknya. Terdapat ‘snow globe’ di atas katilnya. “Saya pasti
tidak akan melupakan pengalaman terindah sepanjang berada di Alam
Fantasia,” katanya dalam hati. Allysia tertidur dengan memeluk ‘snow
globe’ yang diterimanya sebagai hadiah.

Anda mungkin juga menyukai