Anda di halaman 1dari 40

NOTA PELAJAR : i love solat

tahiyyat akhir
panduan menghafal tahiyyat akhir
NOTA PELAJAR : i love solat

tahiyyat akhir
panduan menghafal tahiyyat akhir

i
Judul :
Nota Pelajar : I Love Solat " TAHIYYAT AKHIR".
Panduan Menghafal Tahiyyat Akhir

Penulis :
SITTI HAMIZAWATI SAKKA
SUTRIANI TANGA
SAMSIDAR SILING

© Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak


boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan dengan apa jua cara
sekalipun, sama ada dengan komputer, fotokopi, filem dan sebaginya
sebelum mendapat kebenaran daripada penerbitnya secara bertulis.

Diterbitkan oleh :
Kolej Komuniti Tawau
Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi
Perdana Square Commercial Centre
Batu 4, Jalan Apas, 91000 Tawau, Sabah
Tel : 089-913400
Fax : 089-914201

Dicetak oleh :
Sunshine Colour Print
TB 2956, Town Extension No.2 Jalan Karim
91000 Tawau
tel : 089-779029
fax : 089-736141

ii
KATA PENGANTAR
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA
PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

SEGALA puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam.


Selawat dan salam dilimpahkan ke atas Nabi
Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan seluruh
orang yang memperjuangkan syari’atnya sampai hari
kiamat. Amin ya rabbal ‘alamin

Tiada yang lebih baik melainkan sebuah buku yang


ringkas, yang dapat mendekatkan diri kita kepada
Tuhan. Buku yang ringkas, senang dibaca dan
diamalkan adalah buku yang amat sesuai untuk
panduan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Tawau.

Buku Nota Pelajar : I Love Solat "Tahiyyat Akhir "


Panduan Menghafal Tahiyat Akhir, satu buku yang
ringkas, mudah dan bersesuaian dalam banyak
keadaan untuk dibawa berkongsi dan dijadikan
rujukan insani yang berusaha memperbaiki bacaan
dalam solatnya. Buku ini juga mengandungi doa-doa
yang sesuai diamalakan oleh pelajar-pelajar.

Hanya Allah jualah yang memberi pertolongan.


Dialah sebaik-baik pembantu dan penolong. Semoga
Allah meredhai usaha kita. Amin

Ustazah Sitti Hamizawati Binti Sakka


Puan Sutriani Binti Tanga
Puan Samsidar Binti Siling
iii
KANDUNGAN

Kata Pengantar iii

1.ASAL USUL TAHIYYAT 1

2. KENAPA NABI LAIN TIDAK DISEBUT DI 3


DALAM TAHIYYAT

3. TAHIYYAT DALAM SOLAT 4

4. BERSELAWAT KEATAS NABI 5


DALAM TAHIYYAT AKHIR

5. BACAAN DOA TAHIYYAT AKHIR 6


DALAM SOLAT

6. TEKNIK MENGHAFAL TAHIYAT AKHIR 8


DENGAN KAEDAH 3S 1B

7. DOA SELEPAS MEMBACA TAHIYYAT AKHIR 13


SEBELUM BERI SALAM

8. DOA SELEPAS SOLAT FARDHU VERSI 1 14

9. DOA SELEPAS SOLAT FARDHU VERSI 2 18

10. DOA ABU DARDA 22

11. DOA DAN KISAH UTBATHUL GHULAM 27

Penutup
iv
1

ASAL USUL TAHIYYAT


Bacaan Tahiyyat sebenarnya adalah sebahagian
daripada perbualan antara Pencipta kita Allah SWT dan
yang kita kasihi Nabi Muhammad SAW semasa
perjalanan Isra’ Mi’raj.

Ketika Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT, dia


tidak berkata ‘Assalamualaikum’. Apakah yang
seseorang akan berkata apabila dia bertemu Allah? Kita
tidak boleh mengucapkan selamat sejahtera kerana
semua sumber kesejahteraan adalah melalui Dia.

Jadi Nabi Muhammad SAW berkata: “Attahiyyaatul


Mubaaraka TusSolawaatut toyibaatulillah” (Segala pujian,
segala doa dan ibadah hanyalah untuk Allah)

Allah pula menjawab :


“ Assalamu Alaika Ayyuhannabiyyu ‘Warahmatullahi
Wabarokaatuh” (Salam sejahtera ke atas kamu, Wahai
Nabi dan Allah memberi rahmat dan keberkatan).

Untuk ini, Nabi Muhammad SAW menjawab:


“Assalamu ‘Alaina Wa’ala’Ibadillahis So’lihin” (Selamat
sejahtera kepada kami dan kepada semua hamba yang
baik kepada Allah)

1
Nota * Nabi Muhammad SAW berkata “kami” dalam
jawapan … (dan pada semua hamba yang baik kepada
Allah)

Dan mendengar perbualan ini antara Allah dan Rasul-


Nya, para malaikat berkata:

“Ash’had’u’an La ilahaillallah Wa Ash’hadu Anna


Muhammadun Abd’uhu Wa Rasuuluh” (Aku bersaksi
bahawa tiada siapa yang berhak disembah melainkan
Allah Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah
hamba dan Rasul-Nya).

Wallahua’lam…

(Kisah ni ada disebutkan dalam Tafsir al-Samarqandi


(tafsir surah al-Baqarah ayat 285) dan tafsir al-Tha’labi
(tafsir surah al-Isra’ ayat 1)

2
2
KENAPA NABI LAIN TIDAK
DISEBUT DI DALAM TAHIYYAT

Mungkin kita pernah terfikir bahawa mengapa bacaan


tahiyyat ada disebut nama Nabi Ibrahim dan Nabi
Muhammad SAW sahaja. Mengapa kita tidak berdoa dengan
nama nabi lain juga sedangkan kita mempunyai lagi 23 Rasul
yang diketahui.

Menurut perbahasan ulama’, sebab utama yang paling jelas


ialah Nabi Ibrahim merupakan bapa kepada kebanyakan
nabi.

Dalam sejarah, Nabi Ibrahim yang telah berkahwin dengan


Siti Hajar dan Siti Sarah. Siti Hajar ialah ibu kepada Nabi
Ismail manakala Siti Sarah ialah ibu kepada Nabi Ishak.

Keturunan Nabi Ismail dan Nabi Yaakub pula ialah Nabi


Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ayub, Nabi Yusuf, Nabi Musa,
Nabi Harun, Nabi Zakaria, Nabi Ilyas, Nabi Yahya dan Nabi
Isa serta nabi kita sendiri, iaitu Nabi Muhammad SAW.

Disebabkan itu, bacaan selawat ke atas Nabi Ibrahim adalah


merangkumi semua nabi yang ada, manakala selawat ke
atas Nabi Muhammad pula kerana Baginda merupakan
penghulu kepada sekalian umat manusia.

Wallahu a’alam.

3
3
TAHIYYAT DALAM SOLAT
Bacaan Tahiyat akhir adalah rukun dalam solat. Oleh itu
lafazkan bacaan ini dengan makhraj dan tajwid yang betul.
Rukun solat mesti diketahui dan dilaksanakan dalam solat.
Solat tidak sah apabila tertinggal mana-mana satu rukun.
Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja, solat
akan terbatal. Sekiranya terlupa, solat tidak batal.

Syarat-syarat membaca tahiyyat akhir:-

1. Dengan bahasa arab. Kalau tidak mampu hendaklah


diterjemahkan, kalau masih tidak boleh hendaklah diam
sekadar masa membaca tahiyyat.

2. Membaca dalam keadaan duduk bagi orang yang


berkuasa

3. Memeliharakan segala hurufnya, kalimahnya, barisnya


dan I’rabnya.

4. Muwalat

5. Tertib

6. Memperdengarkan bacaan kepada dirinya

4
4
BERSELAWAT KEATAS NABI
DALAM TAHIYYAT AKHIR
Selawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir juga merupakan
rukun solat.

Syarat-syarat berselawat kepada nabi dalam tahiyyat akhir:-

1. Dengan bahasa arab. Kalau tidak mampu hendaklah


diterjemahkan, kalau masih tidak boleh hendaklah diam
sekadar masa membaca selawat.

2. Membaca dalam keadaan duduk bagi orang yang


berkuasa

3. Memeliharakan segala hurufnya, kalimahnya dan


barisnya.

4. Muwalat

5. Tertib

6. Memperdengarkan bacaan kepada dirinya.

5
5
BACAAN DOA TAHIYYAT AKHIR
DALAM SOLAT
ُ ‫اﻟﻄ ﱢﻴ َﺒ‬
ِ‫ﺎت ِﻟﻠﻪ‬ ‫ات ﱠ‬ُ ‫اﻟﺼﻠَ َﻮ‬ ُ ‫ﺎت ْاﻟ ُﻤ َﺒﺎ َر َﻛ‬
‫ﺎت ﱠ‬ ُ ‫اﻟﺘﱠﺤِ ﱠﻴ‬.
Attahiyatul mubarakatuss solawatut toyyibatulillah
Segala kehormatan, dan keberkatan, kebahagiaan dan
kebaikan itu kepunyaan Allah.

‫ﺣ َﻤ ُﺔ ﷲِ َوﺑ َ َﺮﻛﺎَﺗُ ُﻪ‬ َ َ ‫اﻟﺴﻼ َ ُم ﻋَ ﻠَﻴ‬،


‫ﻚ أﻳﱡ َﻬﺎ اﻟ ﱠﻨ ِﺒ ﱡ‬
ْ ‫ﻲ َو َر‬ ْ ‫ﱠ‬
Assalamualaika ayyuhan nabiyu wa rahmatullahi wa
barakatu
Keselamatan atas Nabi Muhammad, juga rahmat dan
berkahnya

‫اﻟﺴﻼ َ ُم ﻋَ ﻠَ ْﻴﻨَﺎ َوﻋَ َﲆ ﻋِ َﺒﺎ ِد ﷲِ ﱠ‬.


َ‫اﻟﺼﺎﻟِﺤِ ْﻴﻦ‬ ‫ﱠ‬
Assalamualina wa ‘ala ibadillahis solihiin
Keselamatan dicurahkan kepada kami dan atas seluruh hamba
Allah yang soleh.

‫أ َ ْﺷ َﻬ ُﺪ أ َ ْن ﻻ َ ِإﻟ َ َﻪ ِإﻻ ﱠ ﷲ‬
Ashadu anla ilaha illallah
Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah

َ َ
ُ ‫ َوأ ْﺷ َﻬ ُﺪ أنﱠ ُﻣﺤَ ﱠﻤﺪًا َر‬.
‫ﺳ ْﻮلُ ﷲ‬
Wa ashadu anna muhammadar rasulullah
Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh
Allah.

6
ِ ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ َﺻﻞﱢ ﻋَ َﲆ ُﻣﺤَ ﱠﻤﺪ وﻋﲆ‬.
‫آل ُﻣﺤَ ﱠﻤﺪ‬
Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala aali
Muhammad
Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi
Muhammad

ِ ‫ﺖ ﻋَ َﲆ ِإﺑْﺮَاﻫِ ْﻴ َﻢ َوﻋَ َﲆ‬


‫آل ِإﺑْﺮَاﻫِ ْﻴ َﻢ‬ َ ‫َﻛ َﻤﺎ َﺻﻠﱠ ْﻴ‬
Kama solaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala aali Ibrahim
Sepertimana Engkau mengurniakan kesejahteraan ke atas nabi
Ibrahim

ِ ‫ك ﻋَ َﲆ ُﻣﺤَ ﱠﻤ ٍﺪ َوﻋَ َﲆ‬


‫آل ُﻣﺤَ ﱠﻤ ٍﺪ‬ ْ ِ‫َوﺑَﺎر‬
Wa barik ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad
Dan berkatilah Nabi Muhammad

ِ ‫ﺖ ﻋَ َﲆ ِإﺑْﺮَاﻫِ ْﻴ َﻢ َوﻋَ َﲆ‬


‫آل ِإﺑْﺮَاﻫِ ْﻴ َﻢ‬ َ ‫َﻛ َﻤﺎ ﺑَﺎ َر ْﻛ‬
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala aali Ibrahim
Sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim dan
keluarga Nabi Ibrahim

‫ﺠ ْﻴﺪ‬
ِ ‫ﺪ َﻣ‬ٌ ‫ﺣﻤِ ْﻴ‬
َ ‫ﻚ‬َ ‫ِﻲ ْاﻟ َﻌﺎﻟَﻤِ ْﻴﻦَ ِإﻧ ﱠ‬
ْ ‫ﻓ‬
Fil ‘aalamiina innaka
hamidum majid
Di seluruh alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan
Maha Mulia

7
6
TEKNIK MENGHAFAL TAHIYAT AKHIR
DENGAN KAEDAH 3S 1B

Tahiyyat akhir dibahagikan kepada 10 bahagian.


Ayat pertama ini, hafallah berulang kali.

ُ ‫اﻟﻄ ﱢﻴ َﺒ‬
ِ‫ﺎت ِﻟﻠﻪ‬ ‫ات ﱠ‬ُ ‫اﻟﺼﻠَ َﻮ‬ ُ ‫ﺎت ْاﻟ ُﻤ َﺒﺎ َر َﻛ‬
‫ﺎت ﱠ‬ ُ ‫اﻟﺘﱠﺤِ ﱠﻴ‬.
Attahiyatul mubarakatuss solawatut toyyibatulillah
Segala kehormatan, dan keberkatan, kebahagiaan dan
kebaikan itu kepunyaan Allah.

Perhatikan perbezaan pada ayat kedua dan ketiga ini


pada kalimah yang yang bergaris. Persamaan adap
pada kata kunci PERTAMA iaitu S untuk SALAM,
kenalpasti perbezaan yang ada pada Ka dengan
na.

‫ﺣ َﻤ ُﺔ ﷲِ َوﺑَﺮَﻛﺎَﺗُ ُﻪ‬ َ َ ‫اﻟﺴﻼ َ ُم ﻋَ ﻠَﻴ‬،


‫ﻚ أﻳﱡ َﻬﺎ اﻟ ﱠﻨ ِﺒ ﱡ‬
ْ ‫ﻲ َو َر‬ ْ ‫ﱠ‬
Assalamualaika ayyuhan nabiyu wa rahmatullahi wa
barakatu
Keselamatan atas Nabi Muhammad, juga rahmat dan
berkahnya

‫اﻟﺴﻼ َ ُم ﻋَ ﻠَ ْﻴﻨَﺎ َوﻋَ َﲆ ﻋِ َﺒﺎ ِد ﷲِ ﱠ‬.


َ‫اﻟﺼﺎﻟِﺤِ ْﻴﻦ‬ ‫ﱠ‬
Assalamualina wa ‘ala ibadillahis solihiin
Keselamatan dicurahkan kepada kami dan atas seluruh hamba
Allah yang soleh.
S pertama : salam

8
Perhatikan ayat yang keempat dan kelima terdapat
perbezaan yang ada pada kalimah yang bergaris,
persamaan ada pada kata kunci KEDUA iaitu S untuk
SYAHADAH.

‫أ َ ْﺷ َﻬ ُﺪ أ َ ْن ﻻ َ ِإﻟ َ َﻪ ِإﻻ ﱠ ﷲ‬
Ashadu anla ilaha illallah
Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah

َ َ
ُ ‫ َوأ ْﺷ َﻬ ُﺪ أنﱠ ُﻣﺤَ ﱠﻤﺪًا َر‬.
‫ﺳ ْﻮلُ ﷲ‬
Wa ashadu anna muhammadar rasulullah
Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh
Allah.

S Kedua : Syahadah

9
Perhatikan ayat yang keenam dan ketujuh ini
terdapat perbezaan yang ada pada kalimah yang
bergaris, persamaan ada pada kata kunci KETIGA
iaitu S untuk SELAWAT.

ِ ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ َﺻﻞﱢ ﻋَ َﲆ ُﻣﺤَ ﱠﻤﺪ وﻋﲆ‬.


‫آل ُﻣﺤَ ﱠﻤﺪ‬
Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala aali
Muhammad
Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi
Muhammad

ِ ‫ﺖ ﻋَ َﲆ ِإﺑْﺮَاﻫِ ْﻴ َﻢ َوﻋَ َﲆ‬


‫آل ِإﺑْﺮَاﻫِ ْﻴ َﻢ‬ َ ‫َﻛ َﻤﺎ َﺻﻠﱠ ْﻴ‬
Kama solaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala aali Ibrahim
Sepertimana Engkau mengurniakan kesejahteraan ke atas nabi
Ibrahim

S Ketiga : Selawat

10
Perhatikan ayat yang kelapan dan kesembilan ini
terdapat perbezaan yang ada pada kalimah yang
bergaris, persamaan ada pada kata kunci KEEMPAT
iaitu B untuk BERKAT.

ِ ‫ك ﻋَ َﲆ ُﻣﺤَ ﱠﻤ ٍﺪ َوﻋَ َﲆ‬


‫آل ُﻣﺤَ ﱠﻤ ٍﺪ‬ ْ ِ‫َوﺑَﺎر‬
Wa barik ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad
Dan berkatilah Nabi Muhammad

ِ ‫ﺖ ﻋَ َﲆ ِإﺑْﺮَاﻫِ ْﻴ َﻢ َوﻋَ َﲆ‬


‫آل ِإﺑْﺮَاﻫِ ْﻴ َﻢ‬ َ ‫َﻛ َﻤﺎ ﺑَﺎ َر ْﻛ‬
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala aali Ibrahim
Sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim dan
keluarga Nabi Ibrahim

Ayat yang terakhir ini, hafallah berulang kali

‫ﺠ ْﻴﺪ‬
ِ ‫ﺪ َﻣ‬ٌ ‫ﺣﻤِ ْﻴ‬
َ ‫ﻚ‬َ ‫ِﻲ ْاﻟ َﻌﺎﻟَﻤِ ْﻴﻦَ ِإﻧ ﱠ‬
ْ ‫ﻓ‬
Fil ‘aalamiina innaka
hamidum majid
Di seluruh alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan
Maha Mulia

B : Berkat

11
Teknik 3S 1B

Adalah teknik menghafal tahiyyat akhir


dengan mengenalpasti persamaan kalimah
dalam ayat tahiyyat akhir.

S - Salam
S - Syahadah
S - Selawat
B - Berkat

12
7
DOA SELEPAS MEMBACA TAHIYYAT AKHIR
SEBELUM BERI SALAM

ِ ‫ﻦ ﻋَ َﺬ‬
‫اب‬ ْ ِ‫ َوﻣ‬، ‫ﺟ َﻬﻨ َﱠﻢ‬
َ ‫اب‬ِ ‫ﻦ ﻋَ َﺬ‬ ْ ِ‫ﻚ ﻣ‬ ُ ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ِإﻧﱢﻲ أَﻋ‬
َ ِ ‫ُﻮذ ﺑ‬
ِ‫ﺷﺮﱢ ِﻓ ْﺘﻨَﺔ‬َ ‫ﻦ‬ْ ِ‫ﺎت َوﻣ‬ ِ ‫ﺤ َﻴﺎ َو ْاﻟ َﻤ َﻤ‬
ْ ‫ﻦ ِﻓ ْﺘﻨَﺔِ ْاﻟ َﻤ‬ْ ِ‫ َوﻣ‬، ِ ‫ْاﻟ َﻘ ْﺒﺮ‬
‫ﻴﺢ اﻟ ﱠﺪﺟﱠﺎل‬ ِ ‫ﺴ‬ ِ ‫ْاﻟ َﻤ‬

Allahumma inni a'uzubika min 'azabi jahannam, wa


min 'azabil qabri wa min fitnatil mahya wal mamati wa
min syarri fitnatil masihid dajjal

“Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab


neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah
kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan
fitnah dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim)

13
8

DOA SELEPAS
SOLAT FARDHU VERSI 1

14
15
Bacaan Rumi:

Bismillahirrohmanirrohim, alhamdulillahirobbil ‘alamin,


wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin
ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in,
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa
adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana
zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa
robbayaanaa soghiro, Allahummakhtim lanaa bi husnil
khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah,robbana
laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana
milladunka rohmatan innaka antal wahhab,Robbana
aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa
‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin
wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘
alamiin.

16
Maksud Doa:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha


Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke
atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah!
Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami
dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga
bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-
dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami.
Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka
berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya
Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik
dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan
kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya
Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan
kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana
sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan
kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan
juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh
keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi
Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

17
9

DOA SELEPAS
SOLAT FARDHU VERSI 2

18
19
Bacaan Rumi

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin,


wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaai walmursalin
sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in .
Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka
antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka
antattawwaburrohim. Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi
muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam,wa islaamana
islaamal muslimiin,wa iimananaa iimanal mu’minin,
wasolaatana solaatal khoosyi’in,wa a’maalana
a’maalassolihin,waniyyaa tana niyyatal mukhlisin,
wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin,
Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautis syuhada,
wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu
wassalam. Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti
hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi
sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam,
subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun
‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

20
Makna Doa:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha


Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul,
junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat
Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah
solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha
Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan
kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami
agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang
sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna.
Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang
soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa
kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan
kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati
kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke
dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami,
kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat.
Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah
mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik
makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga
dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia
daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas
para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian
alam.

21
10
DOA ABU DARDA

22
Doa Abu Darda ra amat terkenal dan sering diajar untuk
diamalkan agar ia menjadi pelindung diri, keluarga dan
harta daripada mala petaka. Malah kisah doa Abu Darda
ra juga diceritakan di dalam Risalah Ayat Manzil yang
dijual di kedai-kedai buku dipasaran. Kisahnya
adalah:Talha ra meriwayatkan: “Seorang telah datang
kepada Abu Darda ra dan memberitahu bahawa rumah
beliau terbakar.Abu Darda ra menjawab: “Tidak, rumah
saya tidak terbakar”. Kemudian seorang lagi datang dan
memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian,
ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang
sama dan Abu Darda ra memberi jawapan yang
sama.Pada kali ke-empat, seorang datang dan
memberitahu Abu Darda ra, “Wahai Abu Darda! Api
telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan,
api telah padam”.Abu Darda ra menjawab: “Saya yakin
bahawa Allah swt tidak akan membakar rumah saya.
Rasulullah saw telah mengajarkan saya suatu doa yang
mana jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan
terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke
petang. Saya telah membaca kalimah-kalimah ini
selepas subuh.Oleh itu saya yakin rumah saya tidak
akan terbakar.”(Riwayat Ibnu Sunni.

Di petik dari Al Azkar Imam Nawawi)

23
24
Bacaan rumi

Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta


'alaika tawakkaltu wa anta rabbul 'arsyil karimi mashaa
allahu kana wa maalam ya sha lam ya kun wa la hawla wa la
quwata illa billahil 'aliyi 'azimi. 'alamu annallaha 'ala kulli
syai'in qadir. wa annallaha qad ahato bikulli syaiin 'ilman.
Allahumma inni a'uzubika min sharri nafsi wa min sharri kulli
daaabatin anta aakhizun bina siyataha inna rabbi 'ala
siratimmustaqim

25
Maksudnya,

Ya Allah! Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melain


Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Engkaulah Tuhan
‘Arasy Yang Maha Agung. Apa sahaja yang dikehendaki Allah
pasti terjadi, dan apa saja yang tidak dikehendakiNya pasti
tidak akan terjadi.Tidak ada daya dan kekuatan melainkan
dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku
sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan
sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada
kejahatan diriku dan kejahatan sekalian yang melata, yang
segala roh mereka dalam gengamanMu. Sesungguhnya
Tuhanku di atas jalan yang lurus (adil).

26
11
DOA DAN KISAH
UTTBATUL GHULAM AHLI MAKSIAT

27
Dikisahkan pada suatu hari terdapat seorang yang fasik lagi
suka berbuat maksiat dan meminum khamr, yang bernama
Utbatul Ghulam. Suatu ketika hati pemuda tersebut
digerakkan hatinya ingin menuju ke majlis seorang tokoh
yang terkenal pada masa itu, Imam Hasan al Bashri.

Sesampainya di majlis tersebut, Imam al Bashri sedang


menjelaskan ayat 16 dari surat al Hadid : “Apakah belumkah
datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk
tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran
yang telah turun (kepada mereka)….”.

Semua orang yang hadir menangis karena mendengar


Imam al Bashri menjelaskan secara detail tafsir dari ayat
tersebut. Termasuk Utbatul Ghulam, sang ahli maksiat.

Kemudian pemuda tersebut berdiri dan mengajukan


pertanyaan kepada Imam al Bashri :“Wahai Imam, Apakah
Allah akan menerima taubatnya orang yang ahli maksiat
sepertiku?” “Iya, Allah akan menerima taubat meskipun dari
orang yang fasik dan ahli maksiat.” jawab Imam al Bashri.

28
Ketika mendengar jawab dari Imam al Bashri, wajahnya
menjadi pucat, tubuhnya gementar, ia berteriak keras dan
lalu jatuh pengsan. Tatkala Utbatul Ghulam sedar dari
pengsannya, lalu Imam al Bashri mendekat seraya berkata :
“Wahai seorang pemuda yang bermaksiat kepada Allah
yang memiliki ‘Arsy, Apakah engkau mengerti balasan bagi
orang yang bermaksiat? Nerakalah balasan bagi mereka,
yang mana di dalamnya api yang menyala – nyala.

”Mendengar jawaban tersebut Utbatul Ghulam pun


berteriak dan pengsan untuk kedua kalinya. Ketika sedar, ia
bertanya kepada Imam al Bashri : “Wahai Imam, Apakah
Allah Yang Maha Pengasih akan menerima taubat orang
sepertiku ?” “Tiada zat yang menerima taubat seorang
pendosa kesalahan kecuali Allah Yang Maha Memaafkan”,
jawab Imam al Bashri.

29
Kemudian Utbatul Ghulam pun berdo’a kepada Allah
dengan tiga permohonan :

ْ ِ ‫ َﻓﺄ َ ْﻛﺮ ِ ْﻣﻨِﻲ ﺑ‬، ‫ت ُذﻧ ُ ْﻮﺑِﻲ‬


ِ ‫ﺎﻟ َﻔ ْﻬﻢِ َواﻟﺤِ ْﻔ‬ َ ‫ِﻲ َو َﻏ َﻔ ْﺮ‬ َ ‫ْﺖ َﻗ ِﺒ ْﻠ‬
َ ‫ﻲ ِإ ْن ُﻛﻨ‬ َٰ
‫ﻆ‬ ْ ْ ْ ‫ﺖ ﺗَ ْﻮﺑَﺘ‬ ْ ‫( ِإﻟـ ِﻬ‬١
َ ‫ﺣﺘ‬
ِ ‫ﺖ ﻣِ ﻦَ اﻟﻌِ ْﻠﻢِ َواﻟ ُﻘ ْﺮء‬
‫َان‬ ُ ‫ﺳﻤِ ْﻌ‬ َ ‫ﺣ َﻔ َﻆ ُﻛﻞﱠ َﻣﺎ‬ْ ‫ﱠﻰ أ‬ ٰ َ

Ya Allah, bila Engkau terima taubatku dan Engkau ampuni“


dosaku maka berilah aku kemuliaan dengan mudah faham
dan mudah hafal, sehingga aku dapat menghafal semua
.”yang aku dengar dari ilmu pengetahuan dan Al-Qur’an

ْ ‫ﺣﺘﱠﻰ إنﱠ ُﻛﻞﱠ َﻣ‬ َ ‫( إﻟَﻬ‬٢


‫ِﻲ ﻳَ ْﺰدَا ُد‬
ْ ‫ﺳﻤِ َﻊ ِﻗﺮَآ َءﺗ‬
َ ‫ﻦ‬ َ ،‫ت‬ِ ‫اﻟﺼ ْﻮ‬
‫ﻦ ﱠ‬ِ ‫ﺴ‬ْ ُ‫ِﻲ ﺑِﺤ‬ْ ‫ﻲ أ ْﻛﺮ ِ ْﻣﻨ‬ ْ ِ ِ
‫ﺐ‬ ْ َ
ِ ‫ﻲ اﻟﻘﻠ‬ َ َ ْ
ِ ‫ِﻲ ﻗﻠ ِﺒﻪِ ِإ ْن ﻛﺎنَ ﻗ‬ َ ً ‫ﱠ‬
َ ‫ﺎﺳ‬ ْ ‫رِﻗﺔ ﻓ‬
Ya Allah berilah aku kemuliaan dengan suara yang merdu,“
sehingga sesiapa saja yang mendengar bacaanku, hatinya
.”akan menjadi lembut meskipun ia seorang yang keras hati

ُ ‫ﺣ ْﻴ‬ ْ َ ‫ ( إﻟَﻬ‬٣
‫ﺐ‬
ُ ‫َﺴ‬ ْ َ‫ﺚ ﻻ َ ﻳ‬
ِ ‫ﺤﺘ‬ ْ ‫ل َوا ْر ُزﻗﻨ‬
ْ ِ‫ِﻲ ﻣ‬
َ ‫ﻦ‬ ْ ‫ﻲ أ ْﻛﺮ ِ ْﻣﻨ‬
ِ ‫ِﻲ ﺑِﺎﻟﺮﱢ ْز‬
ِ َ ‫ق اﻟﺤَﻼ‬ ْ ِ ِ
Ya Allah memuliakanku dengan rezeki yang halal dan
semoga engkau memberikanku rezeki dari arah yang tak
.“ diduga-duga

Maka Allah pun mengabulkan semua do’a pemuda tersebut,


sehingga bertambahlah kefahaman serta hafalannya. Dan
hanya itu, tatkala ia membacakan Al Qur’an maka setiap
.orang yang mendengarkan bacaannya akan taubat
Demikianlah potret seorang hamba berlumur dosa yang
telah mengakui kesalahannya dan benar – benar kembali ke
jalan Allah, karena Allah tidak pernah menyia-nyiakan pahala
.sekecil apapun dari hambanya
30
PENUTUP

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah SWT.


Sesungguhnya dengan izinNya jualah buku ini dapat
disiapkan dan diedarkan untuk kegunaan pelajar Kolej
Komuniti Tawau dan untuk masyarakat.

Mudah-mudahan harapan kami agar buku ini dapat


memberi petunjuk khususnya kepada para pelajar Kolej
Komuniti Tawau dalam menunaikan ibadah dengan cara
yang betul dan sempurna

Akhirnya, kami merapatkan sepuluh jari memohon


kemaafan seandainya ada kesilapan atau ketelanjuran
yang tidak disengajakan. Begitu jugalah kami memohon
keampunan ke hadrat ilahi, kerana sesunggunya hamba-
hambaMu sentiasa tidak sunyi dari melakukan dosa

wassalam

dari penulis

31
CATATAN

32
Kolej Komuniti Tawau
Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi
Perdana Square Commercial Centre
Batu 4, Jalan Apas, 91000 Tawau, Sabah

Anda mungkin juga menyukai