Anda di halaman 1dari 7

RASULULLAH : IKUTAN SEPANJANG

ZAMAN

1
29 SEPT 2023/13 Rabiulawwal 1445

KHUTBAH : RASULULLAH : IKUTAN SEPANJANG ZAMAN

: ‫الحمد لله القائل‬

‫ﭐﱡ ﭐ ﲶ ﲷ ﲸ ﲹ ﲺ ﲻ ﲼ ﲽ ﲾ ﲿ ﳀ ﳁ ﳂ ﳃ‬

٠٧١ :‫ﳄ ﳅ ﳆ ﳇ ﳈ ﳉﳊ ﳋ ﳌ ﳍ ﳎ ﳏ ﱠ النساء‬

ُ َ َ ُ ُ ْ ُ َ َ ُ ُ ْ َ ً ‫َ ْ َ ُ َ َ ْ َ َ ُ ََ ْ َ ُ َ ا ُ َ ا‬ ‫َْ َُ َ ْ َ َ ا‬
‫ وأشهد أن ُممدا عبده ورسوْهل وَو ِيو و‬،‫َشيك هل‬ ِ ‫أشهد أن َل إِهل إَِل اهلل وحده َل‬
ُُْ َ َ
. ‫وخلِ ل‬
ْ َ َ ً َ َ َ ً َ َ ‫َ ِّ َ ُ َ ا‬ َ َ َ ‫َ ّٰ ُ ا َ ِّ َ َ ِّ ْ َ َ ْ َ َ َ ِّ َ ُ َ ا‬
ِ ‫آل س ِدنا ُمم ٍد ََلة وسَلموا َاِ ِومو‬ ِ ‫ارك لَع س ِدنا ُمم ٍد ولَع‬ِ ‫اللهم َل وسلم وب‬
ْ ِّ ْ َ َ ْ َ َ َ ُ
.‫متَل ِزم ِ إَِل يْ ِم ادلين‬
َ ْ ُ َّ ُ ْ َ َ ْ َ َ َ ْ َ َ ‫َ ّ َ ْ ُ َ َ ُّ َ َّ ُ ُ ْ ْ ُ ْ َ ا‬
.‫أما بعد؛ يا أيها الاس أو َِ كم وإِياي بِتقْى اهللِ فقد فاز المتقْن‬

‫ﭧﭐﭨﭐ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻﭐﭐ‬

٠١١ :‫ﱡﭐ ﱔ ﱕ ﱖ ﱗ ﱘ ﱙ ﱚ ﱛ ﱜ ﱝ ﱞ ﱟ ﱠ ﱠ آل عمران‬

Muslimin sidang Jumaat Sekalian,

Dalam kesempatan yang mulia ini marilah kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT
dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Bersempena mengingati bulan kelahiran Nabi Yang Agung, insan yang dimuliakan oleh
Allah SWT dan para malaikat, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas
Junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW.

َُ َ َ َ َ َّ َ ُ َ ِّ َ َ َ ِّ َ َّ ُ ّٰ َ
‫آل َسيِّ ِدنا ُم َّم ٍد‬
ِ ‫لَع‬ ‫اللهم صل لَع سي ِدنا ُمم ٍد و‬
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
29 SEPT 2023/13 Rabiulawwal 1445

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Setiap tahun kita menyambut sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran
Insan Agung Nabi Muhammad SAW yang merupakan nikmat terindah buat umat akhir
zaman, disamping Baginda diutuskan sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Anbiya ayat 107:

‫ﭐ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻﭐﭐ‬

٠١٧ :‫ﱡﭐ ﲀ ﲁ ﲂ ﲃ ﲄ ﲅ ﱠ األنبياء‬

Maksudnya: “Dan tidaklah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan


untuk menjadi rahmat semesta alam”.

Imam al-Baidhawi dalam kitab tafsirnya menyebutkan kenapa disebutnya pengutusan


Nabi Muhammad SAW sebagai `rahmat’ dan kasih sayang bagi seluruh alam ialah kerana
diutusnya Nabi Muhammad SAW di muka bumi ini adalah menjadi sumber kebahagiaan
dan kebaikan bagi kehidupan setiap makhluk di dunia mahupun di akhirat kelak.

Kasih sayang yang ditebarkan Nabi Muhammad SAW bukanlah hanya ucapan semata-
mata, tetapi Baginda mempraktikkan dalam kehidupan seharian dan implementasikan
dengan nyata. Kasih sayang ini bentuknya universal kepada seluruh makhluk ciptaan Allah
SWT di atas muka bumi ini.

Saudaraku sidang Jumaat yang berbahagia,

Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik dalam setiap aspek kehidupan. Sebagai
manusia biasa, Rasulullah SAW pernah menjadi anak, suami, bapa, mentua dan datuk.
Baginda menunjukkan contoh ikutan terbaik dalam memenuhi setiap tanggungjawab
yang boleh diikuti semua ahli keluarga.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
29 SEPT 2023/13 Rabiulawwal 1445

Firman Allah SWT bermaksud:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu
bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di
akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah SWT (dalam
masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Sebagai suami, Baginda Nabi SAW begitu menghargai isterinya dengan menunjukkan sifat
mulia seperti kasih sayang, bertimbang rasa, hormat serta sabar dan tidak pernah
sekalipun mengasari mereka bahkan menghadapi kerenah isteri dengan penuh kesabaran
dan kemaafan. Baginda SAW juga tidak keberatan membantu isterinya melakukan kerja
rumah.

Kesantunan Rasulullah SAW terhadap isteri ini diakui sendiri oleh isteri Baginda Aisyah
Radhiallahu anha yang meriwayatkan: “Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul
isteri dan pembantunya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Selain itu, Baginda juga merupakan seorang bapa yang sangat penyayang. Setiap kali
apabila Baginda melihat puterinya iaitu Saidatina Fatimah (r.ha) masuk ke rumahnya,
Baginda terus menyambut dan berdiri, kemudian mencium kepala dan tangannya. Aisyah
(r.ha) pernah bertanya kepada Rasulullah SAW apakah sebab Baginda amat sayang
kepada Fatimah (r.ha).

Baginda menegaskan, “Wahai Aisyah, jika engkau tahu apa yang aku ketahui mengenai
Fatimah nescaya engkau akan mencintainya seperti aku mencintainya. Fatimah adalah
darah dagingku. Ia tumpah darahku. Sesiapa yang membencinya, maka ia membenciku,
dan sesiapa yang membahagiakannya, maka ia telah membahagiakanku.”

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
29 SEPT 2023/13 Rabiulawwal 1445

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Sebagai seorang datuk pula, bolehlah kita melihat bagaimana kasih sayang datuk terhadap
cucunya apabila Baginda SAW melayani kedua-dua cucu kesayangan iaitu Sayyidina Hassan
dan Sayyidina Hussin, anak Fatimah (r.ha) dan suaminya Sayyidina Ali (r.a). Rasulullah SAW
bukan saja sentiasa membelai dan mencium kedua cucunya itu, malah apabila cucu
Baginda menghampiri Baginda, Baginda terus mendukungnya. Baginda juga apabila keluar
rumah, selalu membawa cucunya bersama. Baginda selalu meriba mereka. Pernah
diceritakan suatu ketika Baginda sedang sujud dalam solat, cucu Baginda duduk di atas
belakang Baginda sehinggakan Baginda sujud agak lama.

Selain itu, Baginda juga adalah seorang panglima perang yang terhebat. Lebih dari
25 peperangan pernah terjadi sepanjang sejarah Islam. Namun, dari jumlah itu, hanya
sembilan peperangan yang berakhir dengan pertempuran. Selebihnya diakhiri dengan
pihak musuh menyerah kalah atau tercapainya perdamaian. Pertempuran-pertempuran
tersebut di antaranya adalah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandaq (Parit), Perang
Khaibar, Fathu Makkah, Perang Hunain, dan Perang Tabuk.

Sebagai panglima perang, Baginda mampu menimbulkan perasaan takut dalam diri para
musuhnya, tahu cara terbaik memperoleh informasi tentang kekuatan musuh, serta
memotivasi pasukannya untuk tidak gentar melawan para musuh Allah.

Baginda akan bermusyawarah terlebih dahulu dengan para sahabat sebelum memulakan
peperangan sebagai persediaan menghadapi musuh dan memilih posisi yang sesuai untuk
menyerang dan bertahan.

Demikianlah beberapa contoh yang ditunjukkan oleh baginda kepada kita bahawa Nabi
Muhammad SAW adalah suri tauladan yang terbaik untuk kita ikuti sepanjang kehidupan di
atas muka bumi ini.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
29 SEPT 2023/13 Rabiulawwal 1445

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Marilah kita sama-sama bertanyakan kepada diri kita sendiri, setakat ini adakah cukup dan
memadai apa yang kita telah lakukan untuk membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah
SAW. Kita mungkin tidak mampu untuk menjadi seperti Zaid bin Harithah yang sanggup
mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan Nabi SAW daripada dicederakan oleh
penduduk Taif. Atau seperti Talhah bin Ubaidillah dan Abu Dujanah yang sanggup
menjadikan tubuh mereka sebagai perisai untuk melindungi Nabi SAW daripada terkena
anak panah musuh dalam peperangan Uhud.

Kita seharusnya menterjemahkan kecintaan kepada Baginda dengan cara mempelajari,


menghayati dan mengamalkan sebaik mungkin sunnah Baginda SAW yang telah
ditinggalkan kepada kita.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Sebagai kesimpulan dari khutbah hari ini, marilah kita bersama-sama menghayati intipati
daripada khutbah yang dibacakan tadi :

Pertama: Menyambut Maulidur Rasul secara tidak langsung menterjemahkan kecintaan


kita kepada Baginda selaku utusan Allah SAW di atas muka bumi dan amalan sebegini
adalah dibolehkan menurut syarak.

Kedua: Berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah merupakan bekalan yang
akan menyelamatkan manusia daripada setiap keburukan di dunia dan akhirat.

Ketiga: Selaku umat yang beriman kepada Allah dan Rasul, jangan sesekali menyakiti
Rasulullah dengan melakukan perkara-perkara maksiat yang tidak disukai dan dibenci oleh
Baginda.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
29 SEPT 2023/13 Rabiulawwal 1445

Keempat: Kita seharusnya mengambil apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW dan
diadaptasikan dalam kehidupan seharian kita.

‫ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻﭐ‬

‫ﭐﱡﭐ ﱁ ﱂ ﱃﱄ ﱅ ﱆ ﱇ ﱈ ﱉ ﱊ ﱋﱌ ﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ‬

١٢ :‫ﱒ ﱓ ﱔﱕ ﱠ الفتح‬

Maksudnya: Nabi Muhammad (SAW) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama
dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam),
dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat
Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan
limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya.

ْ ِّ َ ََ ْ َ َ ُ ‫َََ َ َ ا‬
ْ َ ُ ُ ََ ْ ُ َ ََ
‫ور‬
ِ ‫ ونيع ِِن وإِياكم بِما فِ ِ مِون اأيوا ِ واكر‬،‫رآن الع ِظ ِم‬ ِ ‫ىف الق‬ ِ ‫بارك اهلل ِِل ولكم‬
َ ُ ْ َ ْ َ َ َ َ ْ َ ُ ُ َ ُ َ ُ ‫َ ْ َ َ َ ا َ ِّ ْ َ ْ ُ ْ َ َ َ ُ ا ُ ُ َ ا‬
‫ِْل هذا وأستغ ِير اهلل‬ِ ‫ أقْل ق‬.‫ وتقبل مِِن ومِنكم ت َِلوت إِن هْ الس ِم ع العل ِم‬،‫ك ِم‬ ِ ‫احل‬
ََ ُْ ُ َْ ْ َ َ ُ َ َ ُ َ َ ْ ُ َ َ ْ َُ َ َ ْ ُ ََ ْ َ َ
‫ ف ا‬،‫ فاستغ ِيروه‬، ِ ‫الع ِظ م ِِل ولكم ول ِساِ ِِر المسلِ ِم والمسلِما ِ والمؤ ِمنِ والمؤمِنا‬
َ. ‫ين َويَا ََنَاةَ اتلااِب‬ ُ َ َْ
َ ‫الم ْس َت ْغير‬ ‫فْز‬
ِِ ِِ

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 7 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023

Anda mungkin juga menyukai