Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS HARI KOPERASI

SEKOLAH ke- 13 2017


(KHAMIS : 6 JULAI 2017)

BISMILLAH HIRRAHMANIRARAHIM…

ALHAMDULLILLAHHIRABBILALAMIN…

RABBISSRAHLISADRIWAYASSIRLI AMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF


KHAHUL KAULI…….

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum mulanya kata,

Kami dahulukan pembuka bicara.

Yang Berusaha, Tn Pengetua SMK Palong Timur, Tn Hj Muzaffar Shah bin Ghazali

Yang di hormati, En. Shahrul Nizam Bin Shafie, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Smk
Palong Timur

Yang di hormati Cik Norrizah binti Mohd Sharif, Guru Penolong Kanan HEM SMK Palong
Timur

Yang di hormati En Wahid bin Ab. Manan, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SMK Palong
Timur,

Yang di hormati En Shafee Bin Abd Hamid, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, SMK Palong
Timur,

Barisan Guru Kanan Bidang Mata Pelajaran,

Guru Cemerlang, serta akan- rakan Guru, Staf-staf Sokongan serta semua Ibu bapa pelajar
sesi 2017 yang sudi hadir ke SMK Palong Timur pada hari ini.

Assalamualaikum W.B.T, selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia….

NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR DAN NEGARAKU


( Yang Berbahagia, Tetamu Jemputan, Tuan Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-
guru Kanan Matapelajaran, Guru Cemerlang, Guru –guru dan para pelajar diminta berdiri
bagi naynyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku)

Yang Berbahagia, Tetamu Jemputan, Tuan Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-
guru Kanan Matapelajaran, Guru Cemerlang, Guru –guru dan para pelajar dijemput duduk.

UCAPAN ALU-ALUAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah dan


kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Hari Koperasi ke 13 SMK
Palong Timur bagi tahun 2017.

Sambutan HKS pada tahun ini yang diadakan di sekolah kita bertujuan memberi
pendedahan kepada pelajar untuk bergerak ke arah pembentukkan jati diri, boleh
berorganisasi dan membina identiti pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang di
samping mempergiatkan lagi aktiviti-aktiviti koperasi di kalangan pelajar. Tema sambutan
pada tahun ini adalah ”KOPERASI PEMANGKIN AKTIVITI SEKOLAH ”.

DOA

Bagi memberkati majlis ini, saya dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Mohd Rashid
bin Hashim untuk membacakan doa.

**Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Rashid bin Hashim di atas bacaan doa
sebentar tadi.

BACAAN PERUTUSAN

Acara seterusnya ialah mendengar dan menghayati bacaan perutusan.

Majlis menjemput SAUDARA


untuk membaca perutusan YANG BERHORMAT TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN
HJ MOHD YASSIN, MENTERI PELAJARAN MALAYSIA. Dipersilakan.
**Terima Kasih.

Seterusnya, majlis mempersilakan: SAUDARA


untuk membaca perutusan YANG BERHORMAT DATO’ SRI ISMAIL SABRI
YAAKOB, MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN (KPDNKK). Dipersilakan.
**Terima Kasih

Seterusnya ialah bacaan perutusan PRESIDEN ANGKASA, PROF. DATO’ DR MOHD ALI
HAJI BAHARUM. Untuk itu, majlis mempersilakan SAUDARA
Majlis mempersilakan.
**Terima kasih diucapkan.

UCAPAN TUAN PENGETUA SMK PALONG TIMUR


Kini majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tn Pengetua SMK Palong Timur, Tn Hj
Muzaffar Shah bin Ghazali. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan pengetua, Tn Hj Muzaffar Shah di
atas.ucapan beliau sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN
Usah tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan satria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Untuk tidak melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput TUAN
untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Koperasi Ke- 13 SMK bagi tahun
2017.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan…

*** Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan perasmian sebentar tadi.

UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN ALK PELAJAR SESI 2017/2018 &


WATIKAH PERLANTIKAN ALK PELAJARA SEI 2017/2018
Seterusnya sekali lagi dijemput Tn Pengetua, Tn Hj Muzaffar Shah Bin Ghazali diiringi oleh
En Wahid bin Abd Manan selaku Timbalan Pengerusi Koperasi SMK Palong Timur Segamat
Berhad bagi menyampaikan sijil Penghargaan berserta watikah perlantikan ALK Pelajar sesi
2017/2018.

PENYAMPAIAN HADIAH
Pulau Pandan Jauh Ke tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Dikandung Tanah
Budi Yang bAik Dikenang Juga

Indah Bunga Kerana Warnanya


Indah Manusia kerana Budinya

Oleh itu bagi menghargai sumbangan guru-guru dan rakan pelajar dalam kegiatan Koperasi
pada tahun 2017, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tetamu jemputan iaitu
perasmi kita pada hari ini iaitu
untuk menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada mereka yang telah banyak memberi
sumbangan dan jasa kepada koperasi sekolah. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Tokoh/Anugerah

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kpd koperator terbaik di kalangan guru dan juga
pelajar.
PENGHARGAAN KHIDMAT BAKTI SETIAUSAHA (10 TAHUN) 2017:
En. Kamal baharin b Abd Yazid
( Untuk makluman semua, Puan Lily binti Abdullah telah memegang jawatan sebagai
setiausaha dan guru koperasi sejak awal penubuhan Koperasi SMK Palong Timur Segamat
Berhad iaitu sejak tahun 2006. Sumbangan dan pengorbanan beliau selama 10 tahun
terhadap koperasi SMK Palong Timur Segamat Berhad adalah sangat besar )

HADIAH KOPERATOR TERBAIK PELAJAR ( MEN RENDAH):

HADIAH KOPERATOR TERBAIK PELAJAR ( MEN ATAS):

CABUTAN BERTUAH HARI BERSAMA PELANGGAN (HBP) 2017

*** Setinggi-tingi terima kasih dan penghargaan kepada En.


atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

CABUTAN BERTUAH GURU


Majlis diteruskan dengan cabutan bertuah bagi para guru. Majlis dengan itu menjemput
Timbalan Pengerusi SMK Palong Timur Segamat Berhad iaitu En Wahid Bin Abd Manan
untuk menyempurnakan acara.

*** Setinggi-tingi terima kasih dan penghargaan kepada En.


atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI PERASMI


Seterusnya adalah upacara penyampaian cenderahati kepada perasmi di atas kesudian
menghadiri dan menyempurnakan perasmian pada hari ini. Majlis sekali lagi ingin
menjemput Tn Pengetua, Tn Hj Muzaffar Shah Bin Ghazali diiringi oleh En Wahid bin Abd
Manan selaku Timbalan Pengerusi Koperasi SMK Palong Timur Segamat Berhad bagi
menyampaikan cenderahti kepada perasmi.............................................................................
Majlis mempersilakan.
NYANYIAN LAGU KOPERASI DAN SEKOLAH
( Yang Berbahagia, Tetamu Jemputan, Tuan Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-
guru Kanan Matapelajaran, Guru Cemerlang, Guru –guru dan para pelajar diminta berdiri
bagi naynyian Lagu Koperasi dan Sekolah

Yang Berbahagia, Tetamu Jemputan, Tuan Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-
guru Kanan Matapelajaran, Guru Cemerlang, Guru –guru dan para pelajar dijemput duduk.

PENUTUP

Kini, majlis tiba ke penghujungnya…

Di kesempatan ini, saya bagi pihak majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak yang menjayakan HKS 2017.

Bunga Seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.w

Anda mungkin juga menyukai