Anda di halaman 1dari 2

Teks Pengacaraan Majlis Permuafakatan Tahun 6 2015

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi.


Yang Berusaha, En. Sharkawi Bin Hamdan, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Agama Sibu,Yang Dihormati, Barisan Guru-Guru Penolong
Kanan, Guru-Guru Tahun 6, Ibubapa serta para pelajar Tahun 6 yang
dikasihi sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-nya, kita
dapat berkumpul di dalam Dewan Ijtimaiyah Sekolah Kebangsaan Agama
Sibu pada pagi yang penuh barakah ini bagi sama-sama menjayakan Majlis
Permuafakatan Tahun 6 bagi sesi 2015.
Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,
Majlis seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam acara
takwim sekolah. Sesungguhnya, ianya bukan sahaja dapat memupuk
semangat kerjasama antara pihak sekolah dengan waris penjaga, malahan
turut juga dapat mengetengahkan segala pandangan serta idea bernas
daripada warga sekolah mahupun para ibu bapa sekelian dengan satu
harapan iaitu untuk melonjakkan kecemerlangan Sekolah Kebangsaan
Agama Sibu dalam bidang akademik khususnya peperiksaan UPSR.
Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi
tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam
meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam peperiksaan
UPSR nanti.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan sukacitanya dijemput
Ustaz Zailan Bin Awang Seman untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Zailan
Bin Awang Seman atas bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan segala yang
dirancangkan pada pagi ini dapat dilaksanakan dengan lancar, sempurna
serta mendapat keberkatan dari Allah SWT. Amin.

1 | Page

Hadirin yang dikasihi,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya,
Tak lengkap majlis jika tidak ada yang berbicara.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya


mempersilakan Yang Berusaha, Encik Sharkawi Bin Hamdan, Guru Besar
SK Agama (MIS) Sibu bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Encik
Sharkawi Bin Hamdan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Agama Sibu atas
kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar tadi. Adalah menjadi
harapan kami agar kata-kata yang telah diluahkan tadi menjadi renungan
dan panduan untuk kita bersama...insyaAllah.
Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Dengan berakhirnya ucapan itu tadi, majlis berhenti seketika untuk sesi
kudapan. Ibubapa dan para pelajar dipersilakan untuk menjamu sedikit
sarapan yang telah disediakan di bahagian luar kanan dewan. Dipersilakan
Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,
Acara yang menyusul seterusnya adalah sesi dialog ibu bapa penjaga
bersama para guru. Dalam sesi ini, sebarang cadangan dan pandangan
para waris penjaga adalah amat dialu-alukan. Ini bukan sahaja untuk
kebaikan bersama, malahan ianya juga tidak lain bermotifkan strategi
peningkatan pencapaian anak-anak menjelang UPSR pada tahun ini.
InsyaAllah....
Dengan tersimpulnya kata sepakat dan idea pandangan itu tadi, maka
berakhirlah majlis kita pada hari ini. Saya selaku wakil pihak majlis dengan
takzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya
terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan
rostrum pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya
daripada Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri
saya sebagai hamba Allah yang serba kekurangan.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum WBT.
2 | Page

Anda mungkin juga menyukai