Anda di halaman 1dari 13

Teks Majlis Penyerahan Pek Nutrisi Nestlē Everyday & Pelancaran

Gerobok Rezeki Sekolah Kebangsaan Peringat, Kota Bharu,


Kelantan (2 NOV 2022- RABU)

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tn.Hj.


KPPD KB Saipul Bahri b.Ab.Manaf, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Kota Bharu, diiringi Yang
Mulia Tuan Mohd Rahimi bin Tuan Kechik;
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Peringat dan
barisan pentadbir masuk ke dewan.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk


mengambil tempat, dipersilakan.
ALU-ALUAN
PENGACARA Indah berbalam si awan petang,
MAJLIS Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahir Rahmani Rahim,


Asalamualaikum w.b.t. dan salam keluarga
Malaysia.

1. Yang Berusaha Tn. Hj Saipul Bahri b.


Ab. Manaf
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota
Bharu

2. Yang Dihormati En.Wan Bazlan b Wan


Idris
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu
merangkap Pegawai Penghubung Sekolah

3. Yang Dihormati En. Mohd Ashraff Khan


bin Md Najib
Pengasas Persatuan Empayar Kebajikan
Malaysia (Empire Project) & Nestle
Malaysia (serta team)

4. Yang Berusaha En. Nawawi bin Kelasah


Pengerusi MGBKB2 (merangkap Guru
Besar SK Ismail 1)

5. Yang Dihormati Tuan Awang bin


Abdullah
Wakil Nestle Malaysia (serta team)

6. Yang Dihormati En. Ishar bin Ismail


Wakil Empire Project Kelantan

7. Yang Berusaha En. Suhaimi bin Abd.


Ghani
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Dabong
(wakil penerima bantuan Pek Nutrisi
Nestlē Everyday SMK Dabong)

8. Yang Mulia Tuan Mohd Rahimi bin Tuan


Kechik
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Peringat

9. Yang Dihormati En. Burdhan bin Shafie


Pengerusi PIBG SK Peringat merangkap
Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa Komuniti
Swasta (PIBKS)

Barisan pentadbir, guru-guru serta para ibu


bapa yang dihormati dan dirahmati Allah
sekalian.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Selamat datang kami ucapkan ke Majlis


Penyerahan Pek Nutrisi Nestlē Everyday &
Pelancaran Gerobok Rezeki Sekolah
Kebangsaan Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Alhamdulillah, izinkan kami memanjatkan


setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
dipertemukan dan berkumpul di dewan yang
permai ini dalam Majlis Penyerahan Pek
Nutrisi Nestlē Everyday kepada ibu bapa
penerima bantuan.

Hadirin warga dewan yang dihormati,

Garam ada kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi;
BACAAN Aluan ada pantun pun ada,
DOA Sayang tiada berdoa lagi.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi


Maha Penyayang dengan limpah kurniaNya,
Marilah kita sama-sama bermunajat menadah
tangan memohon taufik dan hidayah daripada
Tuhan Yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis, Dengan hormatnya


dijemput En. Mohd Faisal bin Nawi untuk
memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Doa…..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


En. Mohd Faisal bin Nawi atas bacaan doa itu
tadi.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
UCAPAN GB Sulamkan mesra satukan jiwa.

Memulakan bingkisan ucapan. Majlis dengan


penuh hormatnya mempersilakan Yang Mulia
Tuan Mohd Rahimi bin Tuan Kechik; Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Peringat untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan,

Ucapan………

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


Yang Mulia Tuan Mohd Rahimi bin Tuan
Kechik; Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Peringat atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN Hadirin yang dihormati sekalian,


Pengasas
Terbang di awan burung jentayu,
Empire Project Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Majlis dengan segala hormat menjemput Yang


Dihormati En. Mohd Ashraff Khan bin Md
Najib; Pengasas Persatuan Empayar Kebajikan
Malaysia (Empire Project) & Nestle Malaysia
untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Ucapan……….

Bunga selasih di dalam taman,


Harum melati penyeri intan;
Terima kasih ucapan tuan,
Kekal bersemi dalam ingatan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Dihormati En. Mohd Ashraff Khan bin
Md Najib; Pengasas Persatuan Empayar
Kebajikan Malaysia (Empire Project) & Nestle
Malaysia atas ucapan sebentar tadi.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

UCAPAN Tibalah masa yang dinanti-nantikan, iaitu


TUAN KPPD ucapan perasmian oleh Yang Berusaha Tn. Hj
Saipul Bahri b. Ab. Manaf; Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Kota Bharu untuk
menitipkan sepatah dua kata, seterusnya
merasmikan Majlis Penyerahan Pek Nutrisi
Nestlē Everyday & Pelancaran Gerobok
Rezeki Sekolah Kebangsaan Peringat, Kota
Bharu, Kelantan.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan,

Ucapan………..
GIMIK Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
PERASMIAN dan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn. Hj
Saipul Bahri b. Ab. Manaf; Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Kota Bharu atas ucapan
sebentar tadi.

Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti;
Gimik perasmian memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
Majlis diteruskan lagi dengan gimik perasmian
Majlis Penyerahan Pek Nutrisi Nestlē
Everyday & Pelancaran Gerobok Rezeki
Sekolah Kebangsaan Peringat, Kota Bharu,
Kelantan yang akan disempurnakan oleh Yang
Berusaha Tn. Hj Saipul Bahri b. Ab. Manaf;
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan Yang Mulia Tuan
Mohd Rahimi bin Tuan Kechik; Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Peringat, serta para
jemputan untuk menjemput dan mengiringi
Yang Berusaha Tn. Hj Saipul Bahri b. Ab.
Manaf; Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota
Bharu untuk menyempurnakan gimik.

Dengan segala hormat dipersilakan.

Gimik………

......... Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


atas persembahan gimik perasmian itu tadi.

Sebagai tanda simbolik, dipersilakan Yang


Dihormati Tuan Awang bin Abdullah;
Wakil Nestle Malaysia (bagi negeri Kelantan)
untuk menyerahkan Pek Nutrisi Nestlē
Everyday kepada Yang Berusaha Tn. Hj
Saipul Bahri b. Ab. Manaf; Ketua Pegawai
Penyampaian Pendidikan Daerah Kota Bharu dan
Pek Nutrisi disampaikan kepada wakil penerima bantuan
Nestle dari SMK Dabong dan SK Peringat iaitu:

1. Yang Berusaha En. Suhaimi bin Abd.


Ghani
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Dabong

2. Yang Dihormati En. Burdhan bin Shafie


Pengerusi PIBG SK Peringat merangkap
Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa Komuniti
Swasta (PIBKS)

Penyampaian Pek Nutrisi Nestlē Everyday….

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


kesudian menyampaikan bantuan tersebut.

Acara diteruskan lagi dengan peyampaian Pek


Nutrisi Nestlē Everyday kepada ibuabapa
penerima bantuan.

Buat pengetahuan hadirin, seramai 130 orang


murid SK.Peringat yang bertuah telah dipilih
bagi menerima agihan tersebut.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan Yang Mulia Tuan
Mohd Rahimi bin Tuan Kechik; Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Peringat untuk menjemput
dan mengiringi Yang Dihormati En. Mohd
Ashraff Khan bin Md Najib; Pengasas
Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia
(Empire Project) & Nestle Malaysia untuk
menyempurnakan pengagihan tersebut. Dengan
segala hormat dipersilakan.

Para ibubapa di barisan pertama dipersilakan


tampil ke hadapan untuk menerima Pek Nutrisi
Nestlē Everyday diikuti oleh barisan-barisan
seterusnya dan setelah itu, dijemput kembali ke
tempat duduk untuk memurnikan majlis.

Agihan 130 Pek Nutrisi Nestlē Everyday……..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas


kesudian Yang Dihormati En. Mohd Ashraff
Khan bin Md Najib; Pengasas Persatuan
Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project)
& Nestle Malaysia menyampaikan agihan
tersebut.

Seterusnya dijemput Yang Berusaha Tn. Hj


Lawatan ke Saipul Bahri b. Ab. Manaf; Ketua Pegawai
Bilik Gerobok Pendidikan Daerah Kota Bharu dengan diiringi
Rezeki YM Tuan GB SK Peringat serta jemputan khas
untuk ke Bilik Gerobok Rezeki untuk sesi
memotong riben.

Potong riben……..

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha


Tn. Hj Saipul Bahri b. Ab. Manaf dan para
jemputan.
Dipersilakan Yang Berusaha Tn. Hj Saipul
Bahri b. Ab. Manaf serta para jemputan kembali
semula ke pentas utama.

Sijil Acara diteruskan lagi dengan penyampaian sijil


penghargaan kepada para penyumbang bantuan
Pek Nutrisi Nestlē Everyday & Gerobok
Rezeki Sekolah Kebangsaan Peringat

Untuk itu, majlis mempersilakan YM Tn GB


untuk meyampaikan sijil penghargaan kepada
Yang Dihormati En. Mohd Ashraff Khan bin
Md Najib.

Penyampaian sijil……

Terima kasih YM Tn GB.

Seterusnya dijemput Yang Dihormati En.


Burdhan bin Shafie; Pengerusi PIBG SK
Peringat merangkap Pengerusi Pelibatan Ibu
Bapa Komuniti Swasta (PIBKS) untuk
menyampaikan sijil penghargaan kepada:

1. Yang Dihormati En. Mohd Ashraff Khan bin


Md Najib; Pengasas Persatuan Empayar
Kebajikan Malaysia (Empire Project) & Nestle
Malaysia

Dan

2. Yang Dihormati Tuan Awang bin Abdullah;


Pengurus Nestle Malaysia (bagi negeri
Kelantan)
Cenderahati
Penyampaian sijil…….
Terima kasih Yang Dihormati En. Burdhan bin
Shafie; Pengerusi PIBG SK Peringat merangkap
Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa Komuniti Swasta
(PIBKS).

Seterusnya cenderahati daripada pihak


penyumbang kepada dif-dif jemputan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd
Ashraff Khan bin Md Najib; Pengasas
Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia
(Empire Project) & Nestle Malaysia
untuk menyampaikan cenderahati tersebut
diiringi oleh YM Tn GB dan barisan pentadbir
SK Peringat.

Dijemput:

1. Yang Berusaha Tn. Hj Saipul Bahri b.


Ab. Manaf
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota
Bharu

2. Yang Dihormati En.Wan Bazlan b Wan


Idris
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu
merangkap Pegawai Penghubung Sekolah

3. Yang Berusaha En. Nawawi bin Kelasah


Pengerusi MGBKB2 (merangkap Guru
Besar SK Ismail 1)

4. Yang Berusaha En. Suhaimi bin Abd.


Ghani
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Dabong

5. Yang Mulia Tuan Mohd Rahimi bin Tuan


Kechik
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Peringat

6. Yang Dihormati En. Burdhan bin Shafie


Pengerusi PIBG SK Peringat merangkap
Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa Komuniti
Swasta (PIBKS)

Terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd


Ashraff Khan bin Md Najib atas pemberian
tersebut.

Tanam selasih ditepi halaman,


Selasih berbunga buat hiasan;
Terima kasih kami abadikan,
Lewat sebuah cenderamata kenangan.

Seterusnya, majlis dimurnikan lagi dengan


penyampaian cenderahati kepada para tetamu
jemputan.

Dijemput Yang Mulia Tuan Mohd Rahimi bin


Tuan Kechik; Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Peringat untuk mengiringi Yang Dihormati En.
Burdhan bin Shafie; Pengerusi PIBG SK
Peringat merangkap Pengerusi Pelibatan Ibu
Bapa Komuniti Swasta (PIBKS) untuk
menyempurnakan sesi penyampaian
cenderahati.

Dipersilakan…….
1. Yang Berusaha Tn. Hj Saipul Bahri b.
Ab. Manaf
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota
Bharu

2. Yang Dihormati En.Wan Bazlan b Wan


Idris
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu
merangkap Pegawai Penghubung Sekolah

3. Yang Dihormati En. Mohd Ashraff Khan


bin Md Najib
Pengasas Persatuan Empayar Kebajikan
Malaysia (Empire Project) & Nestle
Malaysia (serta team)

4. Yang Berusaha En. Nawawi bin Kelasah


Pengerusi MGBKB2 (merangkap Guru
Besar SK Ismail 1)

5. Yang Dihormati Tuan Awang bin


Abdullah
Wakil Nestle Malaysia (serta team)

6. Yang Dihormati En. Ishar bin Ismail


Wakil Empire Project Kelantan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Yang Mulia Tuan Guru Besar dan Yang
Dihormati En. Burdhan bin Shafie kerana telah
sudi menyempurnakan penyampaian
cenderahati itu tadi.

Penutup Acara Warga dewan yang dirai dan dihormati,

Kita telahpun sampai d penghujung majlis, oleh


itu maaf jua dipinta atas segala kesilapan dan
kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Kami selaku wakil kerja jawatankuasa majlis,


memohon ampun dan maaf atas segala
kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang
majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik
itu datang daripada Allah S.W.T dan
kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan
kami sendiri.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Lain masa bersua lagi.

Dengan itu majlis disudahi dengan salam


hormat…Wabillahit Taufiq
walHidayah..Wassalamu…Wa Rahmatullahi….

Sekian ,Terima kasih

Jamuan Majlis menjemput dan mempersilakan Yang


VIP/Dif Berusaha Tn. Hj Saipul Bahri b. Ab. Manaf;
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu
serta para tetamu untuk menjamu selera di
kantin sekolah.

Anda mungkin juga menyukai