Anda di halaman 1dari 1

Telekom Malaysia Dungun,

Terengganu.

-----------------------------------------------------------------

Noor Azizah Binti Hamzah

No.3 Taman Murni Perdana Idaman,

23100 Paka, Terengganu. 14 Mei 2017

Tuan,

PER : PERMOHONAN PENGALIHAN TIANG TELEKOM MALAYSIA

Merujuk perkara di atas, saya ingin memohon pihak Telekom Malaysia untuk mengalihkan
tiang Telekom Malaysia yang berada dalam tanah saya.

2. Hal ini kerana kedudukan tiang tersebut berada ditengah tanah yang menyebabkan berlaku
kesukaran bagi pihak saya untuk membersihkan tanah tersebut untuk didirikan rumah
kediaman.

3. Atas faktor keselamatan saya mohon jasa baik pihak tuan untuk mengalihkan tiang tersebut
kerana ia akan mengganggu kerja-kerja pembersihan tanah yang akan dilakukan.

4. Bersama ini saya lampirkan plan kedudukan tiang,gambar dan nombur lot tanah iaitu LOT
11641 .Kerja sama dari pihak tuan amat saya hargai.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,

.....................

( Noor Azizah binti Hamzah)

Anda mungkin juga menyukai