Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih pengacara majlis.

Yang diraikan,
Puan Siti Salwa binti Md Arshad dan
Encik Rosli bin Omar.

Yang berbahagia,
Encik Azmin Zul-Izzi bin Asnil Aimi
Penolong Pengarah Sektor Pendidikan KHAS
JPWPKL

Puan Tuan Suhaila binti Tuan Yusoff


Penolong Pengarah
PPD Bangsar Pudu

Puan Noohayati binti Abdul Samad


Penolong Pengarah
PPD Bangsar Pudu

Tuan Haji Khairul Hazamy bin Abd Ghani


Yang Dipertua PIBG
SMK Alam Damai

Datin Che Zaviah binti Abdullah


Pengetua
SMK Yaacob Latif

Yang dihormati,
Pn Norlela Binti A Wahid
Pengetua
SMK Seri Bintang Selatan

Pn Norlida Binti Semun


Pengetua
SMK Petaling

Encik Shukry bin Hussain


PKP SMK Petaling

Encik Mohd Yusaini bin Yaakub


PKPK SMK Yaacob Latif

Puan Noorhayati binti Mustaffa


PKPK SMK Orkid Desa

Puan Azwani binti Mohamed


PK Kokurikulum SMk Petaling
Encik Roslam bin Mohd Nor
GK SMK Sentosa

Tuan Haji Izamuddin bin Rozali


Mantan Pengetua SMK Alam Damai

Tuan Haji Khairom bin Patong


Mantan PKP SMK Alam Damai

Puan Nurhafizah Lois


Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Orkid Desa,

Puan Suhaila Bt Mohd Bakri


Pembantu Tadbir SK Anggerik,

Puan Salmah Bt Hussein


Mantan Guru Kanan Bahasa

Puan Roselin Bt Mat Wajab


Mantan Guru Kanan Bahasa

Puan Roshida Bt Puteh


Mantan Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Puan Ku Mahani Ku Mat Desa


Mantan Ketua Panitia SRT dan Guru Cemerlang

Pn Faridah Bt Musa
Mantan Ketua Panitia Ekonomi

Puan Maznah binti Muslim


Penolong Kanan Pentadbiran
Tuan Hj Mohd Nazri bin Siweng
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Sham bin Abd Rahman
Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Seterusnya barisan guru serta AKP yang dikasihi.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, dan Salam Sejahtera.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya diberi ruang dan peluang
sekali lagi untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini. Terima kasih

1
kepada semua yang hadir dalam majlis yang diadakan khusus untuk meraikan persaraan dua orang guru
SMK Alam Damai iaitu Puan Siti Salwa binti Md Arshad dan Encik Rosli bin Omar.

Hadirin yang dihormati sekalian,


2. Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa dan bakti yang dicurahkan oleh
kedua-dua orang guru ini selama keberadaan mereka di SMK Alam Damai. Perkhidmatan, pengorbanan
dan sumbangan mereka yang tidak pernah mengenal erti penat lelah telah membawa SMK Alam Damai
ke satu tahap yang lebih baik dan membanggakan pada hari ini.

Hadirin yang dikasihi,

3. Hari ini, kita semua akan merasa terharu kerana persaraan yang dirai. Yang dirai bukan sahaja kaunselor
dan guru kanan, tetapi yang dirai merupakan sebahagian keluarga besar di SMK Alam Damai, malah
menjadi tonggak menerajui kita semua ke arah kecemerlangan. Masa terlalu pantas berlari. Kadang kala
akibat kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen yang kita tempuhi, menyebabkan kita
tidak terasa dan tidak terperasan begitu pantasnya juga tempoh perkhidmatan yang dirai telah berakhir.
Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang kita rasai sekarang
ini. Berat sungguh bagi kami semua untuk melepaskan Puan Siti Salwa binti Md Arshad dan Encik Rosli
bin Omar.

4. Kami percaya, walaupun amat berat dan menyedihkan dan bukan sedikit air mata yang akan tumpah
tetapi perpisahan sebenarnya mengajar kita erti keikhlasan dan kedewasaan dalam kehidupan. Justeru,
kita pasti akan mengenang kembali saat-saat ketika bersama dan tetap akan menjadi satu memoir yang
tidak akan dilupakan sampai bila-bila.Begitu juga halnya dengan keberadaan kita bersama-sama Yang
dirai, semuanya akan terhimpun menjadi sejarah dan terukir jitu dalam sanubari semua Warga SMK
Alam Damai.

5. Namun Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Patah tumbuh hilang
berganti. Walau bagaimanapun yang datang takkan sama dengan yang hilang. Dengan hati yang berat,
perpisahan ini kami relakan jua dan insya Allah hubungan tuan/puan dengan sekolah tidak akan terhenti
di sini dan akan terus berpanjangan.

Hadirin sekalian,

2
6. Saya mewakili semua pentadbir, guru-guru, AKP dan murid-murid SMK Alam Damai sekali lagi saya
merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn Siti Salwa binti Md Arshad dan Encik
Rosli bin Omar kerana sikap yang penuh dedikasi, komitmen dan kerja keras mereka sepanjang tempoh
perkhidmatan sebagai pendidik dan sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

7. Marilah sama-sama kita berdoa, semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada buat Pn Siti Salwa
binti Md Arshad dan Encik Rosli bin Omar seisi keluarga serta dipanjangkan usia, diberikan kesihatan
tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat kepada agama dan bangsa. Sebelum saya
mengakhiri ucapan ini, izinkan saya mengungkapkan beberapa rangkap pantun khusus untuk yang
diraikan :

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung


Hendak membeli tikarlah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh….

Anda mungkin juga menyukai