Anda di halaman 1dari 8

BAB II

ULASAN KEPUSTAKAAN

2.1 Pengelasan riang-riang


Riang-riang sebagai salah satu kumpulan serangga yang bernilai estetika tergolong
dalam Order Hemiptera, suborder Homoptera dan superfamili Cicadoidea (Borror &
DeLong 1971; Azman 1999). Pengelasan awal riang-riang oleh Distant (1889, 1906)
telah mengkelaskan semua riang-riang di bawah satu famili Cicadidae dan tiga
subfamili Cicadinae, Gaeaninae dan Tibicininae berdasarkan ciri penutup timbal pada
individu jantan. Subfamili Cicadinae mempunyai penutup timbal yang sempurna,
Gaeaninae pula penutup timbal yang kecil atau tidak sempurna manakala Tibicininae
tidak mempunyai penutup timbal.

Pengelasan terkini adalah mengikut Metcalf (1963) dan Duffels dan van der
Laan (1985) yang telah mengkelaskan riang-riang di dalam 6 famili iaitu Cicadidae,
Tibicinidae, Tettigarctidae, Tettigadidae, Plautillidae dan Platypediidae, seterusnya
kepada subfamili, tribus, subtribus, genus dan spesies (Jadual 2.1). Mereka juga telah
merekodkan lebih 2230 spesies (dalam 282 genus) riang-riang seluruh dunia.

Menurut Moulds (1990), perbezaan struktur tubuh seperti corak mesonotum,


bentuk operkulum, penvenaan tegmina serta warna dan kehadiran infuskasi (tompok)
pada tegmina adalah ciri-ciri asas pengelasan riang-riang yang penting pada peringkat
genus dan spesies.
4 4

JADUAL 2.1 Pengelasan riang-riang di peringkat tribus dan paras yang lebih tinggi

Superfamili: Cicadoidea
Famili: Cicadidae
Subfamili: Cicadinae
Tribus: Platypleurini (22:222)
Zammarini (5:15)
Polyneurini (4:14)
Tacuini (1:1)
Talaingini (1:3)
Thopini (4:15)
Cyclochilini (5:22)
Tibicenini (7:153)
Cryptotympananini (5:51)
Fidicinini (12:61)
Hyantiini (3:4)
Dundubiini (41:412)
Distanadini (1:1)
Oncotympanini (1:9)
Gaenini (5:2)
Hamzini (3:4)
Lahugadini (1:1)
Cicadini (10:195)
Psithyristriini (2:35)
Moganniini (2:53)
Subfamili: Tibiceninae
Subfamili: Moaninae
Famili: Tibicinidae
Subfamili: Tibicininae
Tribus: Dacini (3:9)
Heuchysini (5:48)
Carinetini (4:32)
Tibicinini (10:81)
Parnisini (25:61)
Taphurini (27:118)
Chlorocystini (6:10)
Gymnotympana (12:62)
Tettigomyiini (5:20)
Cicadettini (21:416)
Prasiini (7:12)
Hemidictyini (3:4)
Famili: Platypediidae
Subfamili: Platypediinae
Tribus: Lamotialnini (1:1)
Platypediini (2:10)
Sinosenini (1:2)
Subfamili: Ydiellinae (3:7)
Famili: Plautillidae (1:3)
Famili: Tettigadidae (9:54)
Famili: Tettigarctidae (1:2)

Sumber: Azman (1999), Duffels & Zaidi (1999), Chiu Lee Chee (2002)
Petunjuk: Nombor dalam tanda kurungan menunjukkan bilangan genus dan spesies
5 5

2.2 Pengelasan riang-riang Malaysia


Riang-riang Malaysia dikelaskan kepada 2 famili iaitu Cicadidae dan Tibicinidae
(Zaidi et al. 1996). Moulton (1923) telah merekodkan 103 spesies riang-riang
daripada seluruh Malaysia iaitu 63 spesies dari Semenanjung Malaysia dan 74 spesies
dari Sabah dan Sarawak. Sehingga kini, sejumlah 147 spesies dalam 29 genus riang-
riang Malaysia telah
berjaya direkodkan dengan beberapa rekod baru dan spesies baru (Overmeer &
Duffels 1967; Bregman 1985; Hayashi 1987; Beuk 1996, 1999; Duffels 1983; Zaidi &
Azman 1998, 1999, 2000; Duffels & Zaidi 1998, 1999; Kos & Gogala 2000; Azman
& Zaidi 2002).

JADUAL 2.2 Pengelasan riang-riang Malaysia dari aras genus hingga ke superfamili

Famili: Cicadidae
Subfamili: Cicadinae
Tribus: Platypleurini
Subtribus: Plapypleurini
Genus: Platypleura Amyot & Serville (4:101)
Tribus: Tacuini
Genus: Tacua Amyot & Serville (1:1)
Tribus: Dundubiini
Subtribus: Terpnosiaria
Genus: Terpnosia Distant (3:33)
Subtribus: Leptosaltriaria
Genus: Kamalata Distant (1:2)
Kalabita Moulton (1:1)
Maua Distant (6:10)
Nabalua Moulton (2:2)
Purana Distant (12:27)
Puranoides Moulton (4:5)
Tanna Distant (3:33)
Subtribus: Dundubiaria
Genus: Ayesha Distant (2:3)
Dundubia Amyot & Serville (12:37)
Meimuna Distant (2:39)
Orientopsaltria (Stal) (16:24)
Platylomia Stal (9:37)
Subtribus: Tosenaria
Genus: Tosena Amyot & Serville (2:11)
Trengganua Moulton (1:1)
Ayuthia Distant (1:1)
Tribus: Cryptotympananini
Subtribus: Cryptotympanaria
Genus: Cryptotympana Stal (4:46)
6 6

Tribus: Tibicenini
Genus: Chremistica (Distant) (12:31)
Tribus: Psithyristriini
Subtribus: Pomponiaria
Genus: Pomponia Stal (13:29)
Tribus: Moganniini
Genus: Mogannia Amyot & Serville (11:46)
Tribus: Gaeanini
Genus: Gaeana Distant (1:14)
Famili: Tibicinidae
Subfamili: Tibicininae
Tribus: Huechysini
Genus: Huechys Amyot & Serville (7:24)
Scieroptera Stal (2:19)
Tribus: Gymnotympanini
Genus: Muda Distant (8:8)
Tribus: Taphurini
Genus: Abroma Karsch (2:18)
Lemuriana Distant (2:7)
Nelcyndana Distant (1:2)

Sumber: Azman (1999), Zaidi et al. (2000c, 2001a, 2001b, 2001c, 2001d, 2002);
Duffels & Zaidi (1999); Beuk (1999); Salmah & Zaidi (2002); Zaidi &
Azman (1999, 2000); Azman & Zaidi (2002)

Petunjuk: Nombor dalam tanda kurungan selepas nama genus menunjukkan bilangan
spesies di Malaysia berbanding di seluruh dunia.

2.3 Biologi riang-riang


Riang-riang adalah salah satu kumpulan serangga yang secara relatifnya bersaiz besar.
Pomponia imperatoria Westwood merupakan spesies riang-riang terbesar dengan
bukaan tegminanya mencapai 210 mm (Maurice & Burton 1975; Moulds 1990;
Moulton 1923). Riang-riang mudah dikenali kerana kebolehannya menghasilkan
bunyi nyanyian yang kuat (Ewing 1989; Maurice & Burton 1975). Hanya individu
jantan sahaja yang menghasil bunyi. Bunyi yang dihasilkan dikenali sebagai nyanyian
panggilan mengawan oleh individu jantan untuk menarik perhatian betina (Borror &
DeLong 1971; Ewing 1989; Gogala 1995). Betina hanya tertarik kepada nyanyian
daripada individu jantan yang sama spesies (Azman 1999). Nyanyian yang biasa
didengar adalah pada waktu siang, awal pagi dan senja sahaja (Ewing 1989; Maurice
& Burton 1975).
7 7

Riang-riang sukar ditangkap pada waktu siang kerana habitatnya jauh di atas
kanopi dan subkanopi hutan tetapi mudah diperolehi pada waktu malam menggunakan
perangkap cahaya kerana lakuannya yang tertarik pada cahaya (Borror & DeLong
1971; Mohammed Salleh 1983).

Riang-riang mengalami metamorfosis ringkas dengan tiga peringkat kitar


hidup iaitu telur, nimfa dan dewasa (Borror & DeLong 1971; Mohamed Salleh 1983;
Moulds 1990). Tempoh metamorfosis adalah mengikut spesies dan saiz badan antara
2 hingga 3 jam bagi spesies yang bersaiz besar tetapi ada yang secepat 30 minit bagi
yang bersaiz kecil (Moulds 1990). Menurut Maurice & Burton (1975) dan Moulds
(1990), riang-riang betina akan menggunakan ovipositornya untuk mengorek atau
membuat celahan pada kulit ranting, dahan atau batang pokok bagi meletakkan
telurnya. Selepas 6 hingga 8 minggu telur akan menetas menjadi nimfa instar
pertama. Nimfa akan jatuh ke permukaan tanah dan tanah digali, seterusnya tinggal di
dalamnya. Setelah beberapa tahun berada di dalam tanah, nimfa bertukar menjadi
dewasa dengan memecahkan kulit kelongsongnya. Ia akan merangkak ke permukaan
tanah dan memanjat pokok yang berhampiran, bersalin kulit dan menjadi dewasa.
Tempoh hayat riang-riang adalah antara setahun hingga 17 tahun (Borror & DeLong
1971; Maurice & Borton 1975).

Riang-riang berkeupayaan menjadi perosak pokok kerana hidupnya


bergantung kepada tumbuhan sebagai sumber makanan dan juga sebagai tempat untuk
bertelur. Riang-riang merupakan serangga yang menghisap cairan tumbuhan dengan
menggunakan struktur probosis pada rostrum. Bagi individu dewasa, ia akan
menghisap cairan daripada batang, dahan atau ranting (Borror & DeLong 1971;
Moulds 1990). Riang-riang yang sering dilaporkan sebagai serangga perosak adalah
Dundubia rufivena Walker, iaitu perosak bagi pokok kopi (Le Pelley 1968) dan koko
(Foster & Lim 1970).

Struktur morfologi luar dan morfologi genitalia individu dewasa menjadi asas
dalam pegkelasan riang-riang (Moulton 1923; Moulds 1990; Beuk 1996). Morfologi
luar merujuk kepada struktur kepala, toraks, operkulum, abdomen, penutup timbal,
8 8

tegmina dan kehadiran, rupabentuk dan saiz infuskasi manakala struktur genitalia
merujuk kepada bentuk pigofer dan lobus unkus.

Pigmentasi dan corak pula digunakan sebagai salah satu ciri bagi pengecaman
spesies (Moulds 1990). Tanda pada kepala, toraks, bahagian atas abdomen dan
tegmina adalah ciri pengenalan yang penting. Jika suatu individu mempunyai corak
berbeza, tidak semestinya ia berlainan spesies dengan individu yang sama spesies
dengannya. Corak pada pronotum dan mesonotum sering pelbagai dan sering wujud
bervariasi. Ini sering menjadi kekeliruan untuk melakukan pengecaman. Secara
umumnya, warna yang semakin gelap adalah mengikut umur atau berbeza mengikut
taburan geografi.

Riang-riang menggunakan akustik sebagai kaedah komunikasi intraspesies dan


interspesies (Ewing 1989). Lakuan akustik adalah penting bagi aktiviti seperti
pembiakan,kewilayahan dan penspesiesan (Atkins 1980).

2.4 Kajian awal riang-riang Malaysia


Menurut Moulton (1923), kajian awal sistematik riang-riang di Malaysia telah
bermula seawal tahun 1787 oleh Fibricius dengan penemuan spesies yang paling
umum ditemui iaitu Dundubia vaginata Fabricius. Pada tahun yang sama juga, beliau
telah memperihalkan Tosenia fasciata Fabricius dan Platylomia spinosa Fabricius.
Dalam tahun 1791, Olivier telah memperihalkan Chresmistica bimaculata (Olivier)
dan Pomponia fusca (Olivier). Kajian yang selanjutnya telah dijalankan oleh Walker,
Stal, Distant, Signoret dan beberapa penyelidik lain. Sehingga tahun 1906, Distant
(1906) dalam katalognya telah merekodkan 21 spesies riang-riang dari Semenanjung
Malaysia dan 36 spesies dari Borneo (kebanyakkan dari Sabah dan Sarawak).

Moulton (1923) telah merekodkan 103 spesies (dalam 29 genus) riang-riang


dari Malaysia iaitu 69 spesies bagi Semenanjung Malaysia dan 74 spesies bagi Sabah
dan Sarawak. Selepas itu tiada kajian mengenai riang-riang di Malaysia kecuali oleh
Moulton sehingga tahun 1928. Kajian terbaru bermula apabila Overmeer & Duffels
(1967) membuat penyemakan semula ke atas genus Dundubia Amyot & Serville.
Duffels (1976) telah memperihalkan Dundubia gravesteini Duffels sebagai spesies
9 9

baru bagi Borneo yang kini juga terdapat di Semenanjung Malaysia (Zaidi et al.
1996). Bloem & Duffels (1976) pula telah memperihalkan Dundubia euterpe Bloem
& Duffels sebagai spesies baru bagi Semenanjung Malaysia. Bregman (1985) telah
memperihalkan Chremistica biloba Bregman dan Chremistica minor Bregman sebagai
spesies baru dan Chresmistica tridentigera (Breddin) sebagai rekod baru bagi Sarawak
dan Borneo.

Satu siri inventori riang-riang di Malaysia telah dijalankan oleh Pensyarah dan
kakitangan dari Pusat Sistematik Serangga, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan
kerjasama beberapa institusi tempatan. Kajian-kajian yang dijalankan kebanyakannya
lebih berbentuk kajian setempat seperti di Sarawak (Margarita 1997; Zaidi 1993,
1996, 1997; Zaidi & Hamid 1996; Zaidi & Ruslan 1998a, 1998b; Zaidi et al. 1998),
Sabah (Zaidi & Azman 2000; Zaidi & Ruslan 1995b, 1995c; Zaidi et al. 1999, 2000a,
2000b), Pahang (Theodore 1994; Zaidi & Ruslan 1994, 1995a), Bangi (Zaidi et al.
1990) dan Perlis (Zaidi et al. 2001, 2002). Terdapat juga kajian yang dibuat meliputi
Semenanjung Malaysia (Duffels & Zaidi 1998, 1999; Zaidi & Azman 1998, 1999;
Zaidi et al. 1996) dan Borneo (Mohd Fairus 1996).

Dalam inventori tersebut, beberapa rekod baru telah ditemui termasuk


beberapa spesies yang mungkin baru kepada sains tetapi belum diperihalkan.
Sehingga kini tujuh spesies baru telah diperihalkan, iaitu enam dari Semenanjung
Malaysia dan satu dari Sabah. Spesies dari Semenanjung Malaysia adalah Pomponia
zakrii Zaidi & Azman (1998), Orientopsaltria ruslani Duffels & Zaidi (1998),
Orientopsaltria saudarapadda Duffels & Zaidi (1998), Pomponia langkawiensis Zaidi
& Azman (1999), Puranoides jaafari Azman & Zaidi (2002) dan Puranoides
abdullahi Azman & Zaidi (2002) manakala spesies dari Sabah adalah Pomponia bulu
Zaidi & Azman (2000).

Beuk (1996) pula telah menurunkan 3 spesies daripada genus Orientopsaltria


kepada Dundubia iaitu Dundubia nigripes (Moulton), Dundubia jacoona (Distant)
dan Dundubia oopaga (Distant) serta menemukan Dundubia spiculata Noualhier yang
sebelum ini dicamkan sebagai Orientopsaltria hastata (Moulton) oleh Duffels (1983).
Beuk juga membuat penyemakan semula ke atas kumpulan Platylomia spinosa pada
10 10

tahun 1999. Beliau telah menemukan Platylomia abdulla (Distant) yang diterima
sebagai rekod baru di Malaysia.

Secara keseluruhan kajian riang-riang Malaysia telah dilakukan oleh Azman


(1999), Salmah (2000) dan Fadzillah (2000) yang berupa penyemakan semula ke atas
beberapa genus riang-riang di Malaysia seperti Pomponia, Puranoides dan Ternopsia
(Azman 1999), Chresmistica Stal (Salmah 2000) dan Mogannia (Fadzillah 2000).
Kajian terkini riang-riang Malaysia adalah mengenai spesies Puranoides yang
dilakukan oleh Azman & Zaidi (2002).

Ekoran daripada inventori tersebut, senarai riang-riang Malaysia tekini adalah


sejumlah 147 spesies dalam 29 genus yang telah berjaya direkodkan dengan beberapa
rekod baru dan spesies baru (Overmeer & Duffels 1967; Bregman 1985;
Hayashi1987; Beuk 1996, 1999; Duffels 1983; Zaidi & Azman 1998, 1999, 2000;
Duffels & Zaidi 1998, 1999; Kos & Gogala 2000, Azman & Zaidi 2002). Sejumlah
36 spesies termasuk 3 genus (Ayuthia, Gaeana dan Puranoides) hanya direkodkan
dari Semenanjung Malaysia. Sejumlah 34 spesies termasuk termasuk 4 genus
(Ayesha di Sabah; Kalabita, Kamalata dan Lemuriana di Sarawak) hanya direkodkan
dari Sabah dan Sarawak (14 spesies hanya terdapat di Sarawak dan 7 spesies dari
Sabah).

Perbandingan rekod mendapati 29 daripada 103 spesies riang-riang Malaysia


yang pernah direkodkan oleh Moulton (1923) masih belum dapat ditemui semula.
Kajian sepintas lalu mendapati, beberapa spesies telah ditemui semula tetapi belum
direkodkan dalam mana-mana penerbitan. Kegagalan penemuan semula mungkin
kerana tersalah pengecaman atau berada dalam keadaan langka di kawasan-kawasan
terpencil atau lakuannya sudah terevolusi sehingga tidak lagi tertarik kepada cahaya
atau mungkin juga telah pupus (Zaidi 1996).

Anda mungkin juga menyukai