Anda di halaman 1dari 2

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Taman Negara Endau-Rompin, Johor dengan keluasannya adalah 48,765 hektar
terletak di antara bahagian utara Johor dan selatan Pahang pada kedudukan latitud
0020 28’ Utara dan longitud 1030 13’ Timur. Taman Negara ini merupakan taman
negara yang kedua diwartakan oleh kerajaan. Selain itu, ia merupakan kawasan hutan
hujan tropika yang masih belum terganggu dan mempunyai biodiversiti flora dan
fauna yang tinggi dan unik. Oleh yang demikian, kawasan ini sering menjadi
tumpuan para pengkaji dan pencinta alam semulajadi untuk melakukan kajian di
kawasan berkenaan. Ekspedisi Saintifik adalah contoh kajian yang sedang dijalankan
dari bulan April hingga September 2002.

Keriuhan bunyi-bunyian di dalam hutan telah menarik perhatian para saintis


untuk mengkajinya. Salah satunya adalah riang-riang yang boleh menghasilkan bunyi
yang kuat dan nyaring. Keriuhan riang-riang di dalam hutan tropika, subtropika dan
temprat pada waktu siang telah menjadi daya tarikan kepada para pengunjung yang
memasuki hutan tetapi ia sukar dilihat kerana ia berada di atas kanopi dan subkanopi
(Borror & DeLong 1971). Manakala lakuan riang-riang pada waktu malam yang
mudah tertarik kepada cahaya lampu secara tidak langsung memudahkan para
pengkaji serangga untuk mengkaji kepelbagainnya (Ewing 1989). Kepelbagaian
nyanyian yang spesifik mengikut spesies telah menggambarkan kepelbagaian spesies
riang-riang (Borror & DeLong 1971; Gogala 1995).
2

Kajian fauna riang-riang di Taman Negara Endau Rompin, Johor bagi sektor
Lubuk Tapah merupakan kajian perintis. Kajian sebelum ini hanya melibatkan sektor
Kampung Peta dan Kuala Jasin sahaja. Melalui kajian yang dijalankan, diharapkan
dapat menyediakan satu inventori spesies riang-riang di kawasan kajian yang
berpotensi untuk aktiviti penyelidikan dan eko-pelancongan. Seterusnya, dapat
merekodkan spesies baru, rekod baru atau rekod sedia ada. Selain itu, dapat
mengetahui aspek fauna seperti kepelbagaian dan kekayaan spesies, kelimpahan
spesies, spesies umum dan spesies langka. Daripada kajian ini juga secara tidak
langsung dapat memantapkan Fakulti Sains dan Teknologi sebagai salah satu pusat
kajian serangga di Malaysia melalui Pusat sistematik Serangga, dapat menambahkan
koleksi riang-riang di Pusat Sistematik Serangga dan dapat menyumbangkan
maklumat terkini kepada para penyelidik serangga tentang riang-riang Malaysia.

1.2 Rasional kajian


Oleh kerana kajian yang dijalankan merupakan perintis bagi sektor Lubuk Tapah
ianya akan dapat memberi pengetahuan dan pendedahan tentang kewujudan
kepelbagaian riang-riang di kawasan kajian serta aspek-aspek faunistik. Secara tidak
langsung, dapat menemukan spesies baru atau sekurang-kurangnya rekod baru bagi
riang-riang Semenanjung Malaysia. Selain itu, ini akan dapat menambahkan koleksi
riang-riang di Pusat Sistematik Serangga Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.3 Objektif kajian


Beberapa objektif kajian disenaraikan seperti berikut:

i. Menginventori fauna riang-riang di Taman Negara Endau-Rompin, Johor bagi


sektor Lubuk Tapah.
ii. Mendapatkan gambaran aspek-aspek fauna seperti kepelbagaian dan kekayaan
spesies; spesies melimpah, umum dan langka.
iii. Menemukan spesies baru atau sekurang-kurangnya rekod baru bagi
Semenanjung Malaysia.
iv. Menambahkan rekod terkini riang-riang Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai