Anda di halaman 1dari 1

iii

PENGHARGAAN

“Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya, projek,


penyelidikan dan penulisan latihan ilmiah ini dapat disempurnakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Prof.


Dr. Zaidi Mohd Isa selaku penyelia, di atas segala tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan
yang diberikan sepanjang kajian ini dijalankan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Azman bin Sulaiman yang telah
memberikan nasihat dan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran. Ribuan terima kasih
juga ditujukan kepada Penyelaras Pusat Sistematik Serangga, Prof Madya Dr Idris
Abdul Ghani Tidak dilupakan juga pada semua kakitangan Pusat Pengajian Sains
Sekitaran dan Sumber Alam, terutamanya En. Badrol Ahmad dan En. Ruslan yang
telah memberikan nasihat dan tunjuk ajar.

Teristimewa buat keluarga tercinta, dengan berkat iringan doa dan


pengorbanan yang diberikan, saya berjaya menunaikan tanggungjawab dan janji.
Terima kasih juga di atas harapan dan kepercayaan yang telah diberikan selama ini.

Akhir sekali terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang


sama-sama menempuhi suka dan duka sepanjang tiga tahun ini. Semoga impian anda
menjadi kenyataan dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak.

Terima kasih kepada sesiapa jua yang terlibat dalam kajian ini sama ada secara
langsung atau tidak.

Sekian, terima kasih.

Khairul Shahmi bin Asli

Anda mungkin juga menyukai