Anda di halaman 1dari 7

Topik 1: APAKAH ITU BURUNG

Hasil latihan:
Di akhir modul ini, peserta hendaklah
1. Memahami sifat- sifat burung
2. Berupaya mengenali dan menentukan bahagian- bahagian berlainan
burung dengan terminology yang betul.
3. Mengetahui ekologi burung yang asas

1. Sifat- sifat seekor burung:

 Mempunyai bulu (unik di kalangan haiwan)


 Vertebra
 Berdarah panas
 Pernafasan udara
 Mempunyai sepasang kaki bersisik
 Anggota hadapan diubah suai menjadi sayap yang membolehkan ia
terbang (tetapi sesetangah burung tidak boleh terbang walaupun
mempunyai sayap asas)
 Mempunyai suhu badan yang tinggi untuk menghasilkan tenaga yang
mencukupi untuk penerbangan mapan.
 Rahang diselaputi suatu sarung tebal dan keras yang membentuk
paruh.
 Anak dilahir dari telur.

Kepala
Paruh
Punggung
Kerongkong

Dada Sayap

Perut
Kaki
Jari
Ekor

Bahagian- bahagian utama burung pesisiran

2. Topografi burung

Topografi burung ialah penerangan terperinci tampilan luar burung


menggunakan terminologi- terminologi bersesuaian untuk bahagaian-
bahagian badan berlainan. Apabila menerangkan tampilan burung,
penggunaan terminologi yang betul adalah penting untuk mengelakkan
kekeliruan dan maklumat yang salah.

Diagram dibawah menunjukkan bahagian utama badan burung dan


terminologi yang digunakan untuk melambangnya.

Bulu kening
Dahi
Leher Mantel
Alis mata Skapular
Alis mata
“terpisah” Bulu penutup median
Bulu penutup besar Bulu primer
Bulu sekunder

Busur
paruh Paruh
Bawah
Ekor
Dada
Penutup ekor bawah
Tungging
Sisi perut Paha
Perut
Betis

Jari

Topografi Burung Pantai


Topografi burung pantai dalam penerbangan

Punggung

Tungging
Penutup ekor atas
Ekor

Bulu tersier
Skapular Bulu ketiak

Penutup kecil Bulu sekunder


Penutup median
Persendian
karpal Penutup besar
Penutup primer
kecil

Alula
Bulu primari
Penutup primer median

Penutup primer besar

3. Ekologi burung

3.1 Adaptasi burung kepada keadaan alam sekitar

Burung merupakan salah satu daripada vertebra yang paling berjaya dan
berupaya menyesuaikan diri kepada perubahan persekitaran. Mereka dijumpai
di pelbagai habitat, dari gurun dan gunung ke hutan dan kawasan kutub, lautan
terbuka dan bandaraya dan bilangan spesies yang dijumpai pada hari ini
berjumlah lebih kurang 10,000. Kejayaan mereka bergantung besar kepada
keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri kepada alam sekitar. Burung
menyesuaikan diri dengan adaptasi struktur dan cara hidup untuk
mempergunakan alam sekitar sebanyak mungkin, terutamanya untuk
mengambil kesempatan terhadap semua makanan yang sedia ada.
Antara adaptasi struktur badan untuk mencari makanan:
 Paruh yang panjang dan sensitif untuk burung pucung
 Pauh yang panjang, halus untuk burung yang makan nektar
 Paruh yang pendek, berbentuk kon untuk burung yang makan benih
 Patuh yang berbentuk cangkuk untuk burung pemangsa
 Kaki berselaput untuk itik berenang
 Kaki yang panjang untuk pucung bergerak dalam air

Antara contoh tabiat untuk mengelakkan pertandingan:


 Memburu pada waktu malam seperti burung hantu dan tukang malas
 Tempat bersarang di tebing curam seperti layang- layang
 Teknik memburu seperti menyelam
 Memakan bangkai yang reput
 Pemakanan di udara oleh layang- layang

3.2 Bulu

Bulu adalah unik kepada burung dan membezakan mereka daripada benda
hidup yang lain. Bulu adalah ringan, tahan lasak dan boleh dilentur dan
menyelubungi badan burung.

Fungsi bulu
 Membantu penerbangan
 Memberi bentuk
 Memberi warna kepada burung (untuk diperaga dan sebagai penyamaran )
 Melindungi badan burung
 Lapisan penyebat untuk mengawal suhu badan burung

Penerbangan
Keupayaan untuk terbang ialah satu daripada ciri- ciri ketara burung.
Keupayaan untuk terbang membawa beberapa manfaat kepada burung seperti:
 Berupaya mempergunakan habitat yang jarang digunakan oleh vertebra
lain seperti udara dan langit- langit pokok
 Berupaya menjajah tempat terpencil seperti pulau- pulau
 Berupaya bermigrasi ke kawasan lain semasa bencana
 Berupaya melarikan diri dengan cepat daripada musuh dan mengganti
jarak dengan penyembunyian dan menjadi berwarna- warni dan bising

Adaptasi untuk penerbangan


 Mempunyai bulu
 Evolusi anggota menjadi sayap
 Pembangunan otot dada yang besar untuk memberi keupayaan kepada
sayap untuk terbang
 Badan yang ringan dicapai dengan modifikasi tulang yang berlubang tetapi
kuat
 Sistem pendarahan yang memungkinkan pengambilan oksigen yang
berlebihan

3.3 Makanan

Burung merupakan hidupan dan oleh itu memerlukan makanan untuk memberi
tenaga menjalankan proses- proses dalam badan, dan aktiviti harian. Lebih
kurang setiap jenis tumbuhan dan haiwan boleh dimakan oleh burung. Jenis
makanan burung termasuklah:

 Daging termasuklah serangga, vertebra (burung pemangsa, burung pantai,


pekaka)
 Buah- buahan (nuri, kunyit)
 Benih ( tempua, ciak, pipit)
 Bahagian tumbuhan (itik, “swamphens”)
 Nektar (kelicap)

Burung telah berkembang bersama dengan sumber makanan di beberapa alam


sekitar seperti hutan, gunung, tanah berumput, paya, gurun, sungai, tasik,
pulau, laut dan bandaraya. Antara burung- burung yang dikait dengan tempat-
tempat ini ialah:

 Enggang, “trogons”, rakit (hutan tropika)


 Pipit, “larks” (tanah berumput)
 Itik, pucung (paya)
 “Bustards”, burung unta (gurun)
 Penguins (kawasan kutub)
 Camar (tasik, sungai, laut)
 Gagak, punai, ciak (bandaraya)

Diversiti burung- burung hari ini disebabkan keupayaan mereka untuk


mengeksploitasi keistimewaan tersendiri. Dengan perkembangan adaptasi
atau perangai, terdapat spesies yang berupaya mendapatkan sumber makanan
dan penggunaan alam sekitar secara ekslusif. Antaranya ialah struktur paruh
dan teknik mencari makanan.

Contoh- contoh burung dengan paruh yang berbeza mengikut pemakanan:


 Helang (paruh bercangkuk untuk mengoyak daging )
 Pipit, ciak (paruh berbentuk kon untuk menghancur benih)
 Kelicap (panjang, halus untuk mencari dan menyedut nektar)
 Kendi, kedidi (paruh panjang dengan hujung paruh yang sensitif untuk
mencari invertebra dalam lumpur)
 Itik (Paruh nipis dengan penapis untuk menapis makanan )

Contoh- contoh burung dengan tabiat memburu yang istimewa:


 Burung hantu, tukang malas (memburu pada waktu malam)
 Pucung, bangau (kaki panjang untuk mengharungi kawasan air yang
dalam)
 Pekaka (menyelam ke dalam air untuk menangkap mangsa)
 Belatuk (mengetuk batang pokok untuk mencari makanan)
 “Cormorants”, grebes (menyelam dan berenang di bawah air untuk
menangkap mangsa)

3.4 Pembiakan

Tujuan biologi burung yang utama ialah untuk meningkatkan bilangan


spesiesnya dengan mengganti setiap burung dewasa dengan anak
burung.Pembiakan biasa berlaku apabila keadaan cuaca membenarkan dan
makanan boleh diperolehi dengan mudah.

Ringkasan untuk proses pembiakan burung adalah seperti berikut:


 Mempertahankan kawasan pembiakan
 Pemikatan dan pembentukan pasangan
 Membina sarang (termasuklah penggalian)
 Bertelur
 Pengeraman
 Membela anak burung sehingga ia berupaya berdikari

Mempertahankan kawasan pembiakan


Sepasang burung akan memilih kawasan tertentu untuk tujuan bersarang.
Kawasan yang dipilih berbeza dari segi saiz untuk spesies yang berbeza.
Kawasan tersebut akan dipertahankan daripada burung- burung lain dari
spesies yang sama oleh burung jantan. Ia akan melakukannya melalui
nyanyian dan penampilan.

Pemikatan dan pembentukan pasangan


Pemikatan bertujuan menarik teman, mengekalkan pertalian dan membantu
pengawanan dan aktiviti menjaga anak. Menyanyi merupakan sebahagian
penting pemikatan bagi burung. Aktiviti- aktiviti lain termasuklah
mempamerkan bahagian badan tertentu, upacara istimewa dan memberi
makanan kepada teman.

Membina sarang
Burung membina sarang dimana telur akan digeram dan juga dimana anak
burung dijaga sehingga mencapai tahap “fledgling”. Sarang biasa dibina oleh
burung betina dan adakala dengan bantuan burung jantan. Kebanyakan burung
tidak membuat sarang tetapi bertelur terus di atas tanah atau dalam lubang
tanpa bahan- bahan bersarang. Sarang- sarang berbeza dari segi pembinaan,
bentuk dan bahan dan boleh dijumpai di situasi- situasi yang berbeza seperti
pokok- pokok, cerun, bangunan, dsb.
Bertelur
Apabila sarang sudah disiapkan, burung akan bertelur. Bilangan telur berbeza
dari spesies ke spesies. Spesies yang lebih besar biasanya melahirkan lebih
sedikit telur berbanding dengan spesies yang lebih kecil. Biasanya burung
akan bertelur sebanyak satu sehari.

Pengeraman
Telur perlu berada dalam keadaan panas untuk tetas. Burung dewasa akan
mengekalkan kepanasan dengan cara duduk di atas telur. Ini dipanggil
mengeram. Ini dibantu dengan kehadiran bahagian bawah badan burung yang
tidak berbulu dan penuh dengan saluran darah untuk memindahkan kepanasan
kepada telur- telur. Jangka masa untuk telur menetas berbeza untuk setiap
spesies tetapi biasanya lebih pendek untuk spesies yang lebih kecil.

Menjaga anak burung


Anak burung akan menetas di peringkat perkembangan yang berbeza
bergantung kepada spesies. Kebanyakan anak burung adalah buta dan bogel
apabila dilahirkan. Walau bagaimanapun, anak burung seperti “gamebirds”
boleh berlari dan melihat apabila dilahirkan. Apabila telur menetas, burung
dewasa akan sibuk mencari makanan dan mengekalkan badan mereka panas.
Bagi kebanyakan spesies, pasangan burung akan berkongsi tanggunjawab
menjaga dan memberi makanan kepada anak burung. Perkembangan anak
burung adalah sangat cepat sebaik sahaja mereka menetas. Masa yang diambil
oleh anak burung untuk meninggalkan sarang berbeza- beza. Bagi burung
yang kecil, ia mungkin mengambil masa 10 hari manakala untuk burung yang
lebih besar, ia mungkin mengambil masa 90 hari. Selepas meninggalkan
sarang, kebanyakan anak burung masih tidak berupaya mencari makanan
sendiri dan bergantung kepada burung dewasa.

Anda mungkin juga menyukai