Anda di halaman 1dari 6

Topik 2: Bantuan optikal

Hasil latihan:
Di akhir modul ini, peserta hendaklah:
 Mengetahui faktor- faktor yang perlu diberi perhatian
semasa membeli sepasang teropong atau teleskop.
 Sepatutnya tahu cara untuk menguji teropong apabila
memilih teropong
 Boleh membuat penyesuaian kepada teropong/ teleskop
supaya imej yang dilihat adalah dalam fokus
 Boleh mengenali bahagian- bahagian teropong/ teleskop
 Tahu cara untuk memegang teropong dengan stabil
 Boleh menjaga teropong/ teleskop kepunyaan sendiri

Pengenalan
Burung boleh diperhati dan dinikmati dengan mata kasar tetapi butiran
terperinci dan pengenalan burung hanya boleh dilakukan dengan bantuan
optikal.

1. Jenis- jenis bantuan optikal

1.1 Teropong
Untuk pemerhatian burung umum dan kerana ia padat, sesuai untuk memerhati
burung yang bergerak, seperti di sepanjang denai jalan. Diagram 1
menunjukkan sepasang teropong.
Teropong

Tali
teropong

Cawan mata dilipat balik

Kanta
objektif
Kanta
mata
Engsel

Roda diopter
Roda fokus

Diagram 1

1.2 Teleskop

Teleskop lebih sesuai untuk digunakan di kawasan terbuka untuk memerhati


burung tetap, seperti burung persisiran di dataran lumpur atau untuk
memerhati sarang burung. Diagram 2 menunjukkan teleskop.

2. Memilih teropong

2.1 Harga
 Teropong adalah penting untuk memerhati burung dan seseorang patut
membeli teropong terbaik yang boleh ditampungnya. Teropong yang
berkualiti adalah sangat mahal dan mungkin berharga beribu- ribu
tetapi terdapat juga teropong yang lebih murah iaitu lebih kurang
beberapa ratus ringgit yang agak berkualiti juga.

2.2 Pembesaran
 Pembesaran 7x sehingga 10x adalah paling berguna. Pembesaran
kurang dari itu adalah tidak mencukupi dan lebih daripada itu akan
menonjolkan pergerakkan pengguna, menganggu pemandangan.
Semakin meningkat pembesaran, jumlah cahaya yang dipancar ke
dalam teropong semakin berkurangan dan imej yang dihasilkan
menjadi semakin gelap. Satu lagi kelemahan ialah semakin tinggi
pembesaran, jarak fokus minimum pun meningkat.
2.3 Diameter kanta objektif
 Diameter kanta objektif (kanta pada hujung teropong yang lebih lebar)
mengawal jumlah cahaya yang dipancar ke dalam teropong. Semakin
besar diameter, semakin besar kawasan pandangan (lapangan
pandangan) dan imej menjadi semakin cerah. Spesifikasi teropong
ditetapkan, seperti 8 X 30, 9 X 35, 10 X 42. Nombor pertama merujuk
kepada kuasa pembesaran dan yang kedua ialah diameter kanta
objektif dalam milimeter.

 Hasil bahagi diameter kanta objektif dan kuasa pembesaran ialah


diameter “exit pupil”. Nilai yang diperolehi menentukan kecerahan
suatu imej. Semakin besar nilai ini, semakin cerah imej dan ini
bermakna kuranglah tegangan pada mata apabila menggunakan
teropong. Oleh itu, jika kecerahan adalah penting, pastikan nilai ini
sebelum membuat keputusan.

2.4 Berat
 Teropong dengan pembesaran yang tinggi adalah lebih berat.
Disebabkan itu, berat teropong perlulah dipertimbangkan ketika
pemilihan jika teropong akan digantung mengelilingi leher untuk
jangka masa yang panjang.

3. Percubaan
 Cuba teropong beberapa rekaan dalam cahaya semulajadi atau melalui
tingkap terbuka dan lihat objek- objek pada jarak berlainan. Pastikan
teropong adalah selesa untuk dipakai dan tangan anda boleh mencapai
roda fokus pusat dengan mudah dan pastikan tangan anda tidak
bergetar ketika memegangnya.
 Berwas- was terhadap warna pada keliling (warna pada garis bentuk
imej) dan gangguan
 kepada imej di sisi. Anda boleh memeriksa ini dengan
 memfokus pada suatu garisan lurus, seperti sisi bangunan; teropong
adalah cacat jika garisan tidak kelihatan lurus.

4. Mengguna teropong
Beberapa pengubahsuaian perlu dibuat sebelum mengguna teropong baru:

4.1 Tali kulit teropong


Tali kulit biasa dibekalkan bersama teropong untuk digantung pada leher.
Adakala tali kulit ini sangat nipis dan selepas beberapa jam memerhati burung,
ia mungkin menghiris leher dan menyebabkan ketidak- selesaan.
i. Untuk keselesaan, adalah dicadangkan tali kulit ditukar
ii. kepada jenis yang lebih lebar ataupun menggunakan tali kulit bahu supaya
mengimbang berat teropong. Tali kulit hendaklah dipendekkan sehingga
teropong berada pada paras dada, mengurangkan sentakan dan senang
untuk digunakan dengan serta- merta.
4.2 Cawan-mata
Jika anda memakai cermin mata, bahagian cawan-mata getah perlulah dilipat
balik supaya tidak mengganggu pandangan.

4.3 Penyesuaian tapak-mata


Kedua-dua silinder teropong dihubung oleh engsel yang membenarkan ia
dilipat supaya dapat diubahkan untuk kegunaan tapak-mata (jarak diantara
anak mata) yang berbeza. Anda akan mendapati bahawa imej kedua-dua
silinder tidak bergabung dan terdapat satu garis hitam di bahagian tengah.
Gerakkan silinder sehingga kedua-dua imej bergabung menjadi satu
pandangan luas, dan jelas. Tanda (dalam milimeter) pada engsel menunjukkan
penyesuaian ini dan anda perlu mengingatinya kerana apabila diguna,
penyesuaian ini kerap akan digunakan.

4.4 Roda fokus pusat dan roda diopter


Kebanyakan teropong mempunyai 2 bantuan fokus. Roda diopter pada silinder
kanan digunakan untuk menyelaras fokus pada kedua- dua belah silinder.
Kebanyakan orang mempunyai ketajaman kedua-dua mata yang berbeza, jadi
fokus di satu belah silinder adalah lebih dekat menyebabkan imej yang kurang
jelas. Untuk mengatasi masalah ini, roda diopter digunakan untuk
memadankan kedua-dua belah mata. Ikutilah langkah- langkah berikut untuk
menyesuaikan roda diopter pada teropong:

1.Arahkan teropong pada objek yang jelas kelihatan di jarak pertengahan


seperti nombor kereta.

2.Tutup mata kanan dan fokus untuk mata kiri menggunakan roda fokus pusat.

3.Bila imej sudah sejelas mungkin, tutup mata kiri dan fokus untuk mata
kanan dengan roda diopter.

4.Bila imej sudah sejelas mungkin, buka kedua-dua mata dan imej yang dilihat
kini adalah jelas dan tajam.

5.Pastikan skala pada roda diopter dan ingati penyesuaian ini kerana ia adalah
imej optimum anda. Dari sini, anda hanya perlu fokuskan roda fokus pusat.

5. Memegang teropong
Masalah utama apabila menggunakan teropong ialah memegangnya dengan
stabil- teropong yang lebih besar dan berat adalah lebih sukar untuk
distabilkan. Bagaimanakah cara betul untuk memegang teropong dengan
stabil?

 Letakkan siku berhampiran badan


 Jika boleh, bersandar pada benda teguh seperti pokok atau dinding
 Teropong boleh disambung kepada tripod dengan menggunakan pengapit
 Untuk memerhati burung dari dalam kereta, teropong boleh berehat di atas
tuala atau beg kacang.

6. Penjagaan teropong
 Teropong tidak boleh didedahkan pada suhu ekstrem. Meletak teropong
dalam kereta dibawah cuaca panas akan menyebabkan kerosakkan. Ini
kerana pelincir dalam teropng akan lebur, menyebabkan kedua-dua
silinder tidak boleh menetap kedudukannya. Getah dan plastik akan
menjadi rapuh dan retak.
 Adalah penting teropong disimpan dalam keadaan bersih kerana teropong
yang berhabuk atau comot menyebabkan imej yang kabur dan menghalang
pengecaman atau menyebabkan kulat tumbuh pada kanta. Unntuk
membersihkan kanta, gunakan pengering rambut untuk menghilangkan
debu. Jangan menggunakan kain untuk mengelap kotoron kerana ini akan
mengores kanta. Hanya jika perlu, gunakan kain pembersih- kanta dan
bendalir pembersih-kanta untuk menyingkirkan kotoran dengan ringan.

Teleskop
Teleskop mempunyai kelebihan iaitu kuasa pembesaran daripada 20X
sehingga 60X. Ini adalah amat berguna untuk memerhati burung yang jauh
dan malu seperti burung- buruung pada dataran lumpur atau “raptor” di tebing
curam.

Cawan mata dilipat


Kanta Roda fokus balik
objek Kanta
mata

Tudung kanta

Teleskop jenis
pembiasan

Diagram 2

Teleskop

7. Memilih teleskop
7.1 Jenis- jenis teleskop

Terdapat 2 jenis teleskop yang sesuai untuk memerhati burung. Teleskop


biasan (Diagram 2) biasanya mengandungi prisma- prisma dalam reka
ciptanya manakala teleskop pantulan menggunakan cermin dan prisma dalam
reka ciptanya. Teleskop biasan biasanya lebih kecil, ringan dan tegap.

7.2 Harga

Terdapat beberapa jenis dan spesifikasi teleskop. Mereka biasanya lebih mahal
daripada teropong biasa dan harganya berbeza- beza bergantung kepada
kualiti. Walaupun pemerhati burung baru tidak semestinya membeli teleskop,
ia adalah baik untuk seorang pemandu burung memiliki satu kerana
kebanyakan pemerhati burung yang mengembara tidak akan membawa
teleskop.

7.3 Spesifikasi

Terdapat 2 spesifikasi yang perlu diberi perhatian ketika memilih teleskop.


Satu ialah kanta di hujung pandangan teleskop. Ia sama ada kanta dengan
pembesaran tetap seperti 20x atau berubah- ubah (zum) seperti 20 – 60x.
untuk kanta pembesaran tetap, saiz imej yang dilihat tetap tetapi dengan kanta
zum, imej boleh diperbesarkan lagi hanya dengan memusing kanta tersebut.
Walau bagaimanapun, imej menjadi kurang cerah apabila pembesaran
meningkat. Spesifikasi yang satu lagi ialah kanta objek pada hujung teleskop
yang lebih lebar. Diameter kanta akan menentukan jumlah cahaya yang
menembusi teleskop. Imej lebih cerah bila diameter lebih besar. Teleskop
dengan kanta objek kurang daripada 60 milimeter tidak bernilai kerana
imejnya biasa tidak cukup cerah.

8. Menggunakan teleskop

Disebabkan teleskop mempunyai pembesaran yang tinggi, ia tidak boleh


diguna dengan memuaskan tanpa tripod. Bila memilih tripod, pastikan ia tegap
dan kukuh tetapi bukan terlalu berat dan sesuai untuk dipanjangkan untuk
pandangan yang selesa, samada duduk atau berdiri. Untuk kegunaan dalam
kereta, anda boleh membeli apit tingkap yang menyangkut pada teleskop dan
boleh diapit pada tingkap kereta. Jika tiada tripod, teleskop boleh diguna
dengan menyandar pada beg kacang atau pada permukaan berlapik.

Teleskop biasanya mempunyai alat pandangan yang membenarkan anda


mencari burung berjauhan dengan cepat. Jika menggunakan teleskop dengan
kanta zum, ia mungkin lebih mudah untuk mencari dengan pembesaran
magnitud rendah sebelum zum. Kebanyakan teleskop disiap sedia dengan
telekung kanta yang akan menghapuskan cahaya gangguan di tepi.

Anda mungkin juga menyukai