Anda di halaman 1dari 26

LATAR BELAKANG

Dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi


Jawatankuasa Kabinet mengenai DPN pada 12 Januari 1984.

Sumbangan sektor pertanian terhadap KDNK dan gunatenaga


semakin menurun pada pertengahan awal 80-an.

Sebagai garis panduan membantu Kerajaan dan sektor swasta


membangunkan sektor pertanian dan ekonomi negara.
RASIONAL

Perubahan struktur negara mengakibatkan kadar pertumbuhan dan


sumbangan sektor pertanian pada ekonomi negara semakin menurun;

Sektor pembuatan dan perkhidmatan telah tumbuh dengan lebih pesat


berbanding sektor pertanian;

Justeru, Kerajaan terpaksa mengambil langkah-langkah tertentu untuk


mempertingkat pertumbuhan dan sumbangan sektor pertanian,
walaupun terpaksa bersaing dengan sektor pembuatan dan
perkhidmatan;

Kesedaran Kerajaan :
menjaga kepentingan golongan petani;

tidak bergantung pada sektor awam sahaja.


OBJEKTIF

Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian melalui penggemblengan sumber-sumber negara


secara cekap dan berkesan supaya sumbangan sektor pertanian kepada pertumbuhan ekonomi
negara dapat dipertingkatkan semula;

Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui


peningkatan daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan dapat
dikurangkan dan kualiti hidup keluarga diperbaiki;

Memaju dan meningkatkan hasil dan mutu komoditi-komoditi


eksport, komoditi-komoditi yang berpotensi besar untuk eksport atau
bahan gantian import serta komoditi-komoditi terpilih untuk bahan
makanan dan perindustrian.
STRATEGI

Pembukaan tanah baru:


Mengambil kira stok tanah yang sesuai untuk pertanian yang semakin
berkurangan dengan kos yang rendah.
Tanah asal pengusaha dilepaskan untuk diusahakan oleh pengusaha
berdekatan untuk mengelak tanah asal menjadi terbiar.

Pembangunan “In-Situ”:

Tumpuan pada kawasan yang telah diusahakan dengan pelbagai aktiviti


pertanian tetapi kurang ekonomik.
Dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan seperti MADA dan KADA dengan
melancarkan beberapa program seperti Projek Pembangunan Pertanian
Bersepadu (Intergrated Agricultural Development Project).
STRATEGI
Perkhidmatan sokongan pertanian:
Penyelidikan pertanian:
menjamin mutu pengeluaran tinggi dan dapat bersaing di peringkat
antarabangsa.

Perkhidmatan pengembangan:
kaedah dan teknologi suai-kini dapat disalurkan dengan berkesan.
maklum balas juga dapat sampai kepada pihak penyelidikan.

Pemasaran pertanian.
wujud struktur dan sistem pemasaran yang cekap dan teratur – peluang
pasaran domestik dan antarabangsa.

Galakan atau insentif.


diperkemas dan diubah suai dari semasa ke semasa untuk menggalakkan pelaburan, terutama
oleh pihak swasta.

mendapat pulangan yang tinggi tanpa mengharap bantuan kerajaan.


STRATEGI

Pembangunan sosial dan institusi:

Perbaiki suasana kerja dengan pertingkatkan kemudahan dan


perkhidmatan sosial.
Perkukuh institusi kampung dan peladang, seperti koperasi-koperasi yang
berasaskan pertanian.

Penswastaan dan penyertaan pihak swasta :


Mengurangkan bebanan kerajaan.
Boleh dikomersilkan.
Sumbangan pihak swasta, terutama bidang penyelidikan dan pembangunan.
LATAR BELAKANG

Terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua


(RRJP2).
Meliputi tempoh sepuluh tahun (1991 – 2000).
Kesinambungan RRJP1 :
mempercepat proses membasmi kemiskinan;

mempercepat proses menyusun semula masyarakat;dan


memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi.
ASPEK-ASPEK PELAKSANAAN DPN

Mewujudkan keseimbangan yang optimum antara matlamat


pertumbuhan dan pengagihan ekonomi;
Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama
ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi
mengoptimumkan pertumbuhan;

Mengurang ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam negara


untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama;
Menggalak dan memperkukuh integrasi nasional dengan
mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam
pembangunan ekonomi di antara negeri dan di antara kawasan
bandar dan luar bandar;
ASPEK-ASPEK PELAKSANAAN DPN

Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif, berdaya


maju, mulia dan patriotik;
Memajukan pembangunan sumber manusia (HRD) – mewujudkan
tenaga kerja yang produktif, berkemahiran dan berdisiplin;
Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam
perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi; dan
Memastikan perlindungan alam sekitar dan ekologi diberi
perhatian yang serius dalam usaha menjamin pembangunan
negara yang berterusan.
DIMENSI-DIMENSI BARU

Mengalih tumpuan kepada strategi pembasmian kemiskinan di kalangan


golongan termiskin, disamping mengurangkan kemiskinan relatif.

Menumpukan pada pengwujudan gunatenaga dan pembangunan pesat


sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang
aktif.

Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan


semula masyarakat – peluang diperluaskan untuk sektor tersebut
berkembang.

Menumpukan pada pembangunan sumber manusia (HRD) sebagai asas


penting bagi mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan
saksama.
STRATEGI

Pembasmian kemiskinan.
Program khas dilaksanakan, termasuk bantuan secara langsung.
Usaha merapatkan jurang pendapatan dan memperbaiki taraf hidup.

Penyusunan semula masyarakat.


Pertingakatkan penyertaan bumiputera dalam sektor perdagangan dan
perindustrian.
Memberi kemudahan latihan, kredit dan pemasaran, lesen di samping
mengekalkan sistem kuota.

Penyusunan semula guna tenaga.


Meningkatkan penyertaan golongan bumiputera, terutama berjawatan
tinggi dalam syarikat-syarikat besar.
Meningkatkan penyertaan golongan bukan bumiputera dalam sektor
awam/penyertaan kurang.
STRATEGI

Pemilikan modal saham.


Melonggarkan garis panduan mengenai modal saham yang melibatkan
pelabur tempatan bagi menggalakkan eksport.
Dasar liberal syarat-syarat pemilikan modal saham diteruskan bagi
menggalakkan pelabur asing dalam sektor pembuatan dan pelancongan.

Penglibatan sektor swasta.


Perkembangan ekonomi pada masa depan banyak bergantung pada
penglibatan yang aktif sektor swasta.

Pembangunan wilayah.
Asas-asas ekonomi di kawasan yang kurang maju akan dipelbagaikan dan kemudahan pendidikan dan latihan akan diperbaiki.
STRATEGI

Pembangunan sektoral.
Kerajaan akan memastikan sektor pertanian terus diperkembang,
walaupun sektor pembuatan dan perindustrian lebih menguntungkan.
Terus membangunkan sistem perkhidmatan, infrastruktur, sistem
pendidikan dan latihan.

Pembangunan sumber manusia.


Membangun tenaga manusia yang berpendidikan, terlatih dan boleh menyesuaikan diri mengikut keadaan supaya arah aliran pertumbuhan dan pencapaian
produktiviti yang sedia ada dapat diperkukuhkan.
LATAR BELAKANG

Telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian


pada 3 Februari 1986.
Menggariskan sektor-sektor yang khusus dan diberi keutamaan
untuk dimajukan dan diperluaskan hingga tahun 1995.
Memperkenal sistem galakan baru bagi mempercepat proses perindustrian.
RASIONAL

Mengatasi kelemahan yang wujud dalam tahun 70-an:


Asas sektor industri sempit.
Campur tangan kerajaan memberi galakan perindustrian
mewujudkan keadaan tidak seimbang dalam industri
pembuatan.
Terlalu bergantung kepada pelaburan luar – menjejaskan
kemajuan asas industri tempatan.
Memberi perhatian serius kepada eksport barangan buatan
secara meluas.
Justeru, perlu satu dasar perindustrian negara yang khusus.
OBJEKTIF

Merangka secara terperinci kegiatan sektor industri kecil untuk


menghasilkan penggunaan sumber secara optimum;

Menyediakan profil industri yang sesuai seperti keluasan pasaran


dan keupayaan yang sedia ada, kedudukan permintaan dan
penawaran pelbagai jenis barangan;

Menyatukan industri yang sedia ada dengan kegiatan mengeluarkan


bahan mentah (upstream activity) dan kegiatan memperoses bahan
(downstream activity); dan

Merangka keperluan sektor teknologi dengan melengkapkan


program yang menyeluruh.
STRATEGI

Menyusun semula struktur galakan perindustrian yang ada;

Mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian-


import;

Memajukan semula industri gantian-import peringkat pertama,


misalnya barangan pengguna tahan lama dan industri gantian-
import peringkat kedua , misalnya alat perhubungan;

Menggalakkan pengguna-pengguna Malaysia menggunakan lebih


banyak barangan buatan Malaysia;
STRATEGI

Mempelbagai pasaran eksport, termasuk mencari pasaran


baru di negara-negara sosialis dan negara-negara yang
sedang membangun;
Memperluas kegiatan industri ke kawasan kurang maju;
Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam
dan swasta;
Menggalakkan industri berat bagi menjadi penggerak
perkembangan industri baru; dan
Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil.
KANDUNGAN

Laporan tentang latihan dan tenaga manusia, teknologi,


penyelidikan dan pembangunan dan laporan tentang setiap
sektor industri. Bertujuan untuk :
menganggarkan taraf semasa industri berkenaan;

mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada


pertumbuhan industri berkenaan;

mengenal pasti corak dan kesan faktor-faktor itu; dan

menilai keadaan pasaran serta anggaran permintaan pasaran


pada masa depan.
KANDUNGAN

Mengenal pasti industri yang patut diberi galakan dan mempunyai


potensi yang luas. Misalnya :
barangan getah;
barangan kelapa sawit;
pemprosesan makanan;
keluaran berasaskan kayu balak;
kimia dan petrokimia;
barangan keluaran logam bukan besi;
keluaran galian bukan logam;
elektronik dan elektrikal;
peralatan pengangkutan;
keluaran kejuruteraan dan mesin;
keluaran berasaskan logam besi dan keluli; dan
tekstil dan pakaian.
KANDUNGAN

Pendekatan terhadap industri berat dihadkan dan terpilih.

Bagi mencapai taraf negara perindustrian, aktiviti perkilangan


dijalankan oleh usahawan tempatan BUKAN Ibu Pejabat Perbadanan
Antarabangsa di luar negara.
PIP mengesyorkan tiga bentuk polisi :

penyelidikan tenaga manusia;


peraturan-peraturan institusi; dan
galakan-galakan.

Anda mungkin juga menyukai