Anda di halaman 1dari 5

ILMU PENGETAHUAN BARU

PEMERHATIAN
Melalui pemerhatian saya, Sekolah Kebangsaan Lasah merupakan sebuah sekolah
yang indah dan bersih. Guru-gurunya sangat menitikberatkan unsur penerapan nilai
murni dalam kalangan pelajar melalui budaya memberi salam apabila berjumpa
dengan guru mahupun individu yang melawat sekolah mereka. Mereka juga turut
diterapkan dengan unsur kerohanian dengan membaca doa sebelum dan selepas
memasuki tandas dan bacaan zikir pada awal pagi menyambut kedatangan murid-
murid ke sekolah.
Tambahan lagi, pelajar di sekolah ini bijak dalam menguruskan soal
kebersihan, mereka tidak membuang sampah di merata tempat dan meletakkan
bekas makanan yang telah kotor ke tempat yang telah disediakan. Pada pandangan
mata kasar saya ini, saya juga dapat lihat guru sangat bijak mengawal pelajar di
dalam kelas walaupun mengajar kelas paling tercorot. Selain itu, mereka sangat
kreatif dalam penggunaan bahan bantu mengajar (BBM), ini membuatkan pelajar
sangat berminat untuk belajar malah lembaran kerja yang diberikan mengikut tahap
kemampuan pelajar agar tidak menjadi bebanan kepada mereka.
Disamping itu, saya dapat simpulkan bahawa penggunaan papan kenyataan
di belakang kelas sangat penting kerana pelajar akan mencari maklumat berkaitan
topik yang diajar. Malah penggunaan papan kenyataan ini adalah bersifat tetap dan
boleh digunakan secara berulang kali. Maklumat yang ditampal dapat ditanggalkan
dan diganti dengan maklumat yang terkini agar para pelajar tidak ketinggalan
dengan perkembangan semasa. Murid-murid juga tidak perlu berjalan jauh untuk
mendapatkan sebarang maklumat berkaitan dengan topik yang sedang
dipelajari.Murid-murid hanya perlu pergi ke kawasan belakang kelas untuk membuat
rujukan terus tanpa perlu membuang masa di tempat lain.


Guru juga memainkan peranan yang sangat penting untuk mewujudkan
emosi pelajar. Guru di sekolah ini sangat bijak menceriakan kelas lebih-lebih lagi
guru kelas tahun satu, kerana pada tahap ini pelajar tahun satu sangat gemarkan
sesuatu yang berwarna-warni. Oleh itu, guru telah mengambil inisiatif dengan
menampal bahan- bahan ilmiah dengan kertas yang berwarna, mereka jadual waktu,
jadual tugasan dengan rekaan yang unik dan sebagainya. Malah papan kenyataan
dipastikan mempunyai bahan-bahan ilmiah.


















SENARAI SEMAK
Senarai semak merupakan perkara paling penting yang harus ada sepanjang sesi
praktikum ini dijalankan. Senarai semak ini menyenaraikan segala perkara atau
aspek yang perlu saya ketahui serta lakukan sepanjang berada di sekolah. Saya
telah mempelajari mengenai kepentingan senarai semak semasa melakukan
sesuatu perkara. Senarai semak mengelakkan saya daripada tertinggal atau terlupa
mengenai perkara penting yang harus saya laksanakan semasa berada di sekolah.
Tertinggal sesuatu perkara akan menjejaskan laporan atau tugasan yang perlu di
hantar selepas praktikum dilaksanakan.
Kemahiran ini boleh saya gunakan di masa hadapan kelak, tambahan pula
bakal Ustaz pada suatu hari nanti. Malah penggunaan senarai semak dan fail boleh
diaplikasikan di sekolah agar latihan dan kerja rumah yang telah diberikan dapat
dikumpul dan berada dalam keadaan yang tersusun. Antara tujuan penyediaan
senarai semak:
1. Untuk menyenaraikan perkara yang perlu dilaksanakan
2. Membuat perancangan yang rapi
3. Memudahkan untuk melakukan rujukan
4. Lebih sistematik
5. Selamat dan tersusun







TEMU BUAL
Semasa menjalankan praktikum, saya telah mempelajari pelbagai teknik pertanyaan
yang baik dan berkesan. Saya juga telah mengetahui mengenai kesan sesebuah
teknik pertanyaan terhadap hasil yang diperolehi.Teknik pertanyaan yang tidak baik
akan membuahkan hasil yang tidak baik manakala teknik yang baik dan berkesan
akan memberikan hasil yang memuaskan hati kedua belah pihak. Saya telah diajar
oleh guru panitia Pendidikan Islam bagaimana untuk berinteraksi dengan orang yang
lebih tinggi pangkat daripada kita.
Semasa menjalani praktikum, saya telah menemubual Guru Besar, Guru
Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Kokurikulum, para
guru, staf sokongan dan murid-murid. Penggunaan bahasa semasa menemuramah
mereka sangat berlainan. Selain itu, beliau juga memberi tunjuk ajar mengenai cara
mengendalikan mesyuarat dan juga membuat minit mesyuarat. Malah beliau turut
menunjukkan langkah-langkah untuk menyediakan kertas kerja. Disamping itu,
beliau turut menceritakan tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh
seseorang ketua panitia. Melalui temu bual, saya telah berjaya memperolehi banyak
maklumat yang berguna dan penting untuk menyiapkan tugasan yang ditelah
diberikan oleh pensyarah.










PENGURUSAN BILIK DARJAH
Dengan mengkaji bilik darjah, saya dapat menyesuaikan diri di sekolah dan bilik
darjah sebagai seorang guru. Saya juga memahami tentang pengurusan
pengajaraan dan pembelajaran serta strategi-strategi yang dilaksanakan untuk
pelajar. Melalui tinjauan dan temubual, saya dapat mengetahui cara penggunaan
BBM yang berkesan untuk menarik minat pelajar. Saya juga turut mengkaji susun
atur meja dan ruang belajar yang paling berkesan. Bilik darjah yang kondusif dan
lengkap ialah bilik darjah yang mempunyai kemudahan yang lengkap. Selain itu,
suasana dan iklim bilik darjah yang bersih dan selesa merupakan antara aspek
terpenting agar proses P&P dapat berjalan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai