Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KE 36 TAHUN 2010

1. NAMA PERTANDINGAN Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Catur Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) Ke 36 Tahun 2010 yang dikelolakan olen Bank Negara Malaysia (BNM) 2. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN i. ii. Tarikh : 14 hingga 16 Julai 2010 Tempat : Kompleks Wilayah

3. Format permainan adalah round-robin. 4. Jadual permainan adalah seperti berikut: Pusingan Pertama Pusingan Ke-2 Pusingan Ke-3 Pusingan Ke-4 Pusingan Ke-5 Pusingan Ke-6 Pusingan Ke-7 1X8 8X5 2X8 8X6 3X8 8X7 4X8 2X7 6X4 3X1 7X5 4X2 1X6 5X3 3X6 7X3 4X7 1X4 5X1 2X5 6X2 4X5 1X2 5X6 2X3 6X7 3X4 7X1

Setiap pasukan akan membuat cabutan nombor (antara 1-8) untuk menentukan jadual pertandingan mereka di atas.

5. Jadual pertandingan mengikut hari adalah seperti berikut:

Tarikh (Hari) 14 Julai 2010 (Rabu)

Pusingan (masa) Mesyuarat Pengurus Pasukan (9.00 am 10.00 am) Pusingan pertama (10.00 am 12.00 pm)

Pusingan ke-2 (2.30 pm 4.30 pm) Pusingan ke-3 ( 5.15 pm 7.15 pm) 15 Julai 2010 (Khamis) Pusingan ke-4 (10.00 am 12.00 pm) Pusingan ke-5 (2.30 pm 4.30 pm) Pusingan ke-6 (5.15 pm 7.15 pm) 16 Julai 2010 (Jumaat) Pusingan ke-7 (9.30 am 11.30 am) Penyampaian Hadiah untuk papan-papan terbaik (11.30 am 12.00 pm)

6. Undang-undang permainan
Pertandingan akan dijalankan secara sentuh-jalan (touch-move) dengan mengikut peraturan FIDE.

7. Peserta-Peserta
Kejohanan ini terbuka kepada semua Pegawai/Kakitangan sepenuh masa yang telah berkhidmat dengan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti yang disenarai di dalam Bab Butiran Kejohanan item (6.0) tidak kurang dari tiga (3) bulan sebelum tarikh Pesta Sukan ini diadakan.

8. Pendaftaran Pemain
i. Senarai pemain hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 1 Jun 2010. Pertukaran terakhir pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan 30 minit sebelum permainin pertama bermula. ii. Setiap Jabatan/Agensi boleh mendaftar tidak lebih dari lapan (8) orang pemain (tidak mengira jantina). Walau bagaimanapun, pendaftaran pemain hendaklah mengikut susunan ranking turutan menurun. Di mana pemain pertama adalah pemain terbaik. iii. Sekiranya didapati di antara pemain satu-satu pasukan bukan dari angota Jabatan/Agensi pasukan tersebut, pasukan yang berkenaan akan terkeluar dangan sendirinya dari menyertai pertandingan ini.

9. Format Pertandingan
i. Senarai pasukan perlu mengemukakan senarai pemain mengikut ranking (pemain papan satu (1) ranking tertinggi sehinggalah pemain papan ke-8 ranking terendah). ii. Untuk setiap pusingan, enam (6) papan akan dipertandingkan mengikut turutan ranking menurun dari papan satu (1) hingga papan enam (6). iii. iv. Kawalan masa untuk setiap pusingan adalah satu (1) jam untuk setiap pemain. Seseorang pemain diisytiharkan kalah sekiranya dia mengaku kalah (resign), terkena check-mate atau kehabisan masa. v. Sesuatu permainan diisytiharkan seri sekiranya kedua-dua pemain bersetuju untuk seri, tidak terdapat buah catur didalam permainan yang boleh checkmate lawan, keadaan stale-mate terjadi, kedua-dua pemain kehabisan masa atau atas budibicara arbiter. vi. Pengumpulan mata setiap pusingan akan menentukan Johan, Naib Johan, tempat ke-tiga dan seterusnya untuk acara ini.

10. Kiraan Mata


i. Untuk setiap papan, satu (1) mata akan diberikan kepada pasukan yang menang. Keputusan seri memberikan setengah mata dan keputusan kalah, kosong mata (tiada mata). Contohnya, Pasukan A memenangi 4 papan, seri satu papan dan kalah satu papan kepada pasukan B. Pasukan A akan mendapat 4 setengah mata, manakala Pasukan B akan mandapat 1 setengah mata. ii. Mata akan dijumlahkan pada akhir pusingan ketujuh. Pasukan yang berjaya mengumpul mata terbanyak akan diisytiharkan Johan. Naib Johan akan ditentukan oleh pasukan yang mengumpul mata ke dua terbanyak dan seterusnya. iii. Sekiranya terdapat persamaan mata (Tie), Jumlah kemenangan pasukan akan diambilkira. Contohnya, Pasukan A dan B terikat dangan jumlah mata terkumpul sebanyak 21 mata. Pasukan A memenangi 5 daripada 7 pusingan, manakala Pasukan B memenangi kesemua tujuh pusingannya. Maka Pasukan B akan dikira berada di atas pasukan A dalan tempat kedudukan.

iv.

Sekiranya masih terdapat pasukan yang mencapai kedudukan sama dalam 10(iii), cara penentuan tempat kedudukan adalah melalui pengiraan jumlah mata yang dipunggut keseluruhan 7 pusingan dengan mengambil kira mata yang dipungut melalui papan pertama hingga papan ke-enam sahaja.

v.

Sekiranya masih terdapat pasukan yang mencapai kedudukan sama dalam 10(iv), budi bicara Arbiter akan diambil kira untuk menentukan tempat kedudukan pasukan tersebut.

11. Pengadilan
Semua perlawanan akan diadili oleh Arbiter bertauliah dari FIDE International Arbiter.

12. Hadiah Papan Terbaik


i. Hadiah papan terbaik akan diberi kepada setiap papan. Di mana, pemain yang mencapai keputusan agregat tertinggi akan diisytiharkan pemain terbaik untuk kategori papannya.

ii.

Untuk diambilkira dalam hadiah papan terbaik, pemain-pemain yang dirank papan satu hingga papan enam perlu bertanding sekurang-kurangnya empat pusingan. Pemain ranking papan tujuh and lapan cuma perlu bertanding sebanyak tiga pusingan untuk layak diambilkira sebagai pemain terbaik untuk papan-papan tersebut.

13. Bantahan
i. Sebarang bantahan boleh dibuat secara lisan oleh Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan sahaja kepada arbiter yang bertugas dari tempoh awal perlawan hingga 10 minit selepas tamat perlawanan. ii. Butiran bantahan tersebut hendaklah dikemukan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat daripada satu (1) jam selepas tamat perlawanan tersebut. iii. Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan Permainan atau Ketua Pasukan Permainan dan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.

iv.

Sekiranya bantahan didapati benar, wang RM200 tersebut akan dikembalikan. Wang bantahan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan didapati tidak benar atau ditolak.

Anda mungkin juga menyukai