Anda di halaman 1dari 2

PENYATAAN PROFESIONAL

2.1 Penyataan Profesional Sebelum Internship

Internship bagi PISMP JUN 2014 merupakan salah satu program yang wajib diselesaikan
oleh setiap guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran
Malaysia. Secara amnya, internship ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para
guru pelatih bagaimana suasana di sekolah dan pengalaman mengajar di sekolah. Guru pelatih
juga boleh mengambil kesempatan ini untuk mendalami peranan serta tugas sebagai seorang
guru melalui interaksi dengan guru-guru di sekolah tersebut.

Kesemua guru pelatih ditempatkan di sekolah yang sama seperti menjalani Praktikum
Fasa 2 ini. Selain itu, para guru pelatih akan memberikan sepenuh fokus terhadap tugas dan
peranan di sekolah sepanjang 1 bulan di sekolah tersebut. Fokus utama internship ini adalah
untuk memastikan guru pelatih dapat mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan.

Secara amnya, praktikum ini bertujuan untuk membantu guru pelatih bagi :

 Merancang dan melaksanakan aktiviti PdP dalam situasi sebenar di sekolah


 Menyediakan kertas cadangan untuk pelaksanaan aktiviti yang dipersetujui oleh sekolah
 Memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran
 Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah
 Membina sikap positif dalam profesion perguruan
 Menguruskan masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah seorang
guru.
 Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program
pendidikan semasa.
 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara
berterusan
 Mengamalkan penulisan Jurnal Reflektif Mingguan.

Internship pada kali ini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Stutong. Saya telah
membuat perancangan yang teliti mengenai jarak sekolah dan masa yang diambil bagi
perjalanan dari institut ke sekolah tersebut. Bagi memastikan saya mampu mencapai objektif
yang telah ditetapkan, saya membuat persediaan bagi mendapatkan maklumat daripada
pihak sekolah. Oleh itu, saya berharap internship ini dapat saya jalankan dengan lancar dan
mendapat kerjasama yang padu daripada pihak sekolah terutamanya, agar objektif program
ini dapat saya capai. Saya juga ingin memperbaiki kemahiran mengajar saya. Saya juga
berharap banyak ilmu akan saya dapati sepanjang saya menjalani internship pada kali ini
dan seterusnya memantapkan lagi persediaan saya sebagai bakal guru suatu masa kelak.

Anda mungkin juga menyukai