Anda di halaman 1dari 9

UNSUR - UNSUR TEATER (RUJUK SLIDE SHARE SAYA)

1. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH LAKONAN KemAhirAN AsAs
LAKON UNsUr-UNsUr TeATer Disediakan oleh: PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH

DEFINISI DRAMA DAN TEATER DRAMA: -

Drama bermaksud melakukan sesuatu (to do), bertindak kepada sesuatu (to act), dan untuk
menyelesaikan sesuatu (to accomplish). - Berasal dari bahas Yunani “draomai” atau “dran” yang
bermaksud berbuat, berlaku, bertindak dan sebagainya. - Drama adalah peniruan kehidupan, sebuah
cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. - Dalam bahasa Belanda, drama adalah toneel dan
juga diistilahkan sebagai Sandiwara oleh PKG Mangkunegara VII TEATER: - Berasal dari bahasa
Yunani tua “theateron” yang bermaksud tempat menonton. - Secara khusus atau etimologis teater
berkait rapat dengan pementasan atau gedung pertunjukan atau auditorium.

- Secara umumnya teater ialah perlakuan atau aksi yang dipertontonkan di depan khalayak secara
langsung pada masa dan tempat yang terhad. - Konflik kehidupan yang dihasilkan oleh kepelbagaian
sifat manusia juga cuba diketengahkan. - Secara ringkasnya teater mempunyai hubungan rapat
dengan drama dari segi pemaparan isu dan kehidupan manusia sejagat. - Perbezaannya yang jelas
dari segi masa dan tempat.

Lakonan semula kehidupan dalam drama boleh diulang dan telah melalui proses edit berbanding
teater yang bersifat secara langsung setiap kali pementasan. - Oleh itu penyampaian teater boleh
berubah-ubah dan memerlukan kemahiran asas lakon yang tinggi. - Kecanggihan media menjadikan
drama lebih menonjol perkembangannya berbanding teater yang masih dikaitkan dengan ciri
konvensyenal. - Ciri yang ada ini sebenarnya adalah kelebihan khasnya kepada seseorang pelaku
teater. - Pelaku teater boleh menjadi pelaku drama tetapi pelaku drama tidak semestinya boleh
menjadi pelaku teater

. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH KEMAHIRAN ASAS LAKON
Meliputi 3 perkara utama iaitu • Fizikal • Vokal • Mental dan emosi

FIZIKAL - Kemahiran fizikal sangat penting untuk mengaplikasi naskhah lakon sama ada dengan
dialog atau tidak. - Ia ditunjukkan dengan gerak yang terlihat(blocking yang baik dan seimbang),
gerak yang jelas(meyakinkan), gerak dimengertikan(sesuai dengan hukum gerak dalam kehidupan)
dan gerak menghayati(sesuai dengan tuntutan.jiwa/naluri yang ditentukan dalam naskhah lakon). -
Gerak yang terlihat merujuk kepada kedudukan pelaku di atas pentas. Keseimbangan sangat penting
berdasarkan komposisi berikut: a) Bahagian kanan lebih berat daripada kiri b) Bahagian depan lebih
berat daripada belakang c) Yang tinggi lebih berat daripada yang rendah d) Yang lebar lebih berat
daripada yang sempit e) Yang terang lebih berat daripada yang gelap f) Menghadap lebih berat
daripada membelakangi. - Gerak yang jelas (meyakinkan) merujuk kepada aksi yang berterusan dan
terkurang atau berlebih-lebihan.

- Gerak yang dimengertikan merujuk kepada gerakan biasa yang sudah sebati dalam kehidupan. -
Gerak menghayati atau menjiwai bererti intonasi pengucapan harus dapat menimbulkan kesan gerak
yang sesuai dengan naskhah. - Kemahiran fizikal sangat penting dan memerlukan latihan olah tubuh
yang berterusan selain mengenali fizikal dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Ini termasuklah
pancaindera iaitu mata (fokus tanpa berkedip), telinga(mendengar dan mengecam), hidung(ciuman
dan bauan), kulit(meraba sendiri dan benda disekeliling) dan lidah(merasa dengan menjilat, menjelir
bahagian mulut sendiri dan membayangkan sesuatu).

- Terdapat pelbagai gerak yang mesti diketahui dalam kemahiran fizikal lakonan. Secara asasnya
gerak terbahagi kepada 2 :

 Gerak teaterikal - Merujuk kepada gerakan yang lahir daripada keinginan bergerak yang sesuai
dengan apa yang dituntut dalam naskhah. Oleh itu ia terhad mengikut naskhah sahaja.  Gerak non
teaterikal - Merujuk kepada gerak kita dalam kehidupan seharian. Ia dipecahkan pula kepada 2 jenis
iaitu gerak halus dan gerak kasar

.  Gerak Halus. - Berkaitan dengan gerak pada raut wajah atau mimik muka yang berkait rapat
dengan ekspresi.

 Gerak Kasar - Berkaitan dengan gerakan sebahagian atau seluruh anggota tubuh kita. Gerak kasar
terbahagi kepada 4 iaitu :

a) Business: Ia adalah gerakan spontan misalnya kaki atau tangan akan bergerak jika mendengar
irama muzik, terkejut, digigit nyamuk dan sebagainya.

b) Gestures: Ia adalah gerakan secara sedar dan terancang. Misalnya membaca surat khabar,
menulis, mengambil air, menyiram bunga dan sebagainya. Biasanya bergerak dengan props.

c) Movement: Ia adalah gerakan perpindahan tubuh dari tempat yang satu ke tempat yang lain
sama ada secara berjalan, berlari, bergulung-gulung, melompat dan sebagainya.

d) Guide: Ia adalah cara berjalan mengikut watak sama ada sebagai orang tua, anak kecil, orang
mabuk dan sebagainya.

LATIHAN GERAKAN DALAM KEMAHIRAN FIZIKAL

Kemahiran improvisasi sangat penting untuk melakukan gerak yang bebas, indah dan artistik. - Gerak
dasar bawah: Posisinya dalam keadaan duduk bersila. Di sini kita hanya boleh bergerak sebebasnya
sehingga pada bahagian kepala. - Gerak dasar tengah: Posisi dalam keadaan setengah berdiri
bermula daripada bawah hingga kepala. - Gerak dasar atas: Posisi dan gerak yang bebas. - Latihan
cermin: Berpasangan dan mengikut/meniru gerak pasangannya secara berganti. - Latihan gerak dan
tatap mata: Seperti latihan cermin tetapi lebih berfokus kepada mata atau berpandangan. - Latihan
melenturkan tubuh: Seorang dalam keadaan tidak sedarkan diri sambil berdiri. Tangannya akan
diangkat perlahan-lahan, digerak, diputar dan kemudian dijatuhkan.

- Latihan gerak bersama: Merupakan gerakan serentak mengikut ketua kelompok atau kumpulan. -
Latihan gerak mengalir: Sekumpulan/sekelompok akan bergandingan memegang tangan sama ada
dalam bulatan atau tidak. Mata dipejam dan gerakan mengikut rasa yang dilakukan oleh ketua
kelompok. Tangan jangan sampai terlepas.

- Latihan peniruan gerak berdasarkan imaginasi dan pengalaman: Ia meliputi gerak pelaku manusia
dan bukan manusia atau alam imaginasi. Latihan ini juga dikenali sebagai observasi.
- Latihan ilusi dengan bercerita pengalaman.

- Latihan imaginasi lebih kepada membayangkan sesuatu seperti benar-benar berlaku.

VOKAL - Kemahiran vokal juga wujud serentak atau seiringan dengan gerak dalam kemahiran fizikal
khasnya dalam latihan obzervasi dan ilusi. - Ia penting untuk keserasian dan kesesuaian.

- Asas vocal yang baik sangat penting kepada seorang pelakon. - Vokal yang baik mempunyai cirri-
ciri berikut ;

a) Boleh didengar walau pada jarak yang jauh.

b) Sebutan yang jelas dan bulat (artikulasi)

c) Mesej dialog sampai kepada penonton.

d) Penonton boleh tertarik dengan hanya mendengar vocal - Vokal yang baik boleh dihasilkan
melalui latihan-latihan vocal yang berterusan dan berkesan. - Antara latihan vocal yang boleh
dilakukan ialah :

a) Tariklah nafas dan keluarkan dengan energi sambil menyebut “wah….”, mengumam “mmm…
mmm…”, mendesis “sss…”, vocal aaa…,iii…, uuu…, eee…, ooo….Lakukan berulang kali.

b) Gunakan melodi yang sesuai untuk latihan vocal

c) Berteriak sekuat-kuatnya seperti orang hysteria. d) Bersuara, berteriak, berbiacara sambil


berjalan, melompat, membongkok, bergulung-gulung, berlari-lari, berpusing, dan berbagai variasi
lain. - Pada peringkat awal latihan tekak akan sakit kerana lendir-lendir tekak sedang terkikis. -
Walau bagaimanapun latihan vocal jangan keterlaluan sehingga merosakkan peti suara. - Latihan
lebih mudah dan sesuai dilakukan di tempat terbuka dan luaseperti dalam hutan, di kawasan pantai,
sungai dan bukit. - Walaubagaimanapun boleh juga dibuat di tempat tertutup.

Artikulasi - Artikulasi sangat penting dalam pengucapan dialog. - Kecacatan artikulasi dalam vokal
boleh berlaku akibat gugup, bercakap terlalu cepat, latar belakang (latar bahasa) dan kecacatan
semulajadi (tidak boleh menyebut R, L, O dan sebagainya). - Oleh itu latihan diperlukan untuk
mengatasi atau mengurangkan kecacatan artikulasi. - Antaranya mengucapkan alphabet dengan
betul secara berulang-ulang dan menggunakan kepelbagaian nada sama ada tinggi, rendah, sengau,
kecil, besar dan sebagainya. Getikulasi - Getikulasi adalah suatu cara untuk memenggal kata dan
memberi tekanan pada kata atau kalimat pada sebuah dialog. - Seperti juga artikulasi, getikulasi
adalah berkait rapat dengan pengucapan dialog, cuma fungsinya sahaja yang berbeza.

9. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Getikulasi harus dilakukan
jika sesuatu dialog itu mempunyai maksud yang berbeza. Misalnya, “Tuan kelewatan. Pergi!”
Intonasi - Intonasi merupakan tekanan dalam pengucapan dialog agar tidak mendatar dan
membosankan.

- Terdapat 3 jenis intonasi iaitu :  Tekanan Dinamik (keras-lembut). Dilakukan untuk memberi
makna yang berbeza dalam frasa. Contohnya penekanan pada perkataan yang dihitamkan dalam
frasa di bawah: a. Saya tidak bersalah ! b. Saya tidak bersalah ! c. Saya tidak bersalah !  Tekanan
Nada (tinggi). Mengucapkan dialog dengan nada dan bukannya seperti biasa.  Tekanan Tempo
adalah memperlambat atau mempercepatkan pengucapan untuk tujuan penegasan sesuatu perkara.
Cross Talk - Cross talk atau pengucapan mencelah juga sangat penting untuk melatih artikulasi dan
intonasi vocal. Warna Suara - Setiap individu mempunyai warna suara tersendiri dan berbeza. -
Warna suara juga berbeza mengikut usia. - Misalnya warna suara kanak-kanak berbeza dengan
warna suara orang tua. Latihan peniruan suara kanak-kanak, orang tua, pengemis dan sebagainya
boleh memberi variasi warna suara seseorang. - Vokal yang baik ada kaitan dengan pernafasan.

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Oleh itu sebelum mengenali
vocal latihan pernafasan perlulah dititik beratkan. - Ada 4 cara pernafasan yang biasa digunakan: a.
Pernafasan dada. - Hanya sesuai sebagai aktiviti pemanasan pernafasan yang akan mengeluarkan
vocal. - Contohnya dalam latihan humming. - Walau bagaimanapun pernafasan dada kurang sesuai
digunakan untuk melafazkan dialog kerana boleh menjejaskan lakonan. - Ini kerana bahu menjadi
kaku dan dada membusung akibat udara yang diserap masuk ke rongga. b. Pernafasan perut. -
Pernafasan perut berlaku apabila kita menyedut udara ke dalam perut dan melepaskannya. -
Penggunaannya lebih praktikal kerana tidak menjejaskan aksi lakonan. Malah suara yang dikeluarkan
daripada perut akan lebih jelas dan bulat. c. Pernafasan lengkap. - Pernafasan lengkap merupakan
pernafasan yang menggunakan dada dan perut untuk menyimpan udara sehingga mencapai tahap
minimum. Biasanya pernafasan ini sangat penting ketika mengeluarkan vocal tanpa banyak
pergerakan..

Pernafasan ini sesuai untuk latihan menyanyi, humming dan pemanasan vokal. d. Pernafasan
diafragma - Pernafasan diafragma ialah apabila diafragma kita mengembang apabila kita menyedut
udara. - Pernafasan ini lebih kerap digunakan oleh manusia dalam percakapan seharian. - Pernafasan
ini tidak banyak mengganggu pergerakan dan daya tampungnya lebih banyak berbanding pernafasan
perut.

LATIHAN PERNAFASAN - Menyedut udara seberapa banyak, masuk ke dada sehingga ke perut dan
tahan. - Gerakkan badan hingga ke batas bawah, kemudian naik ke posisi asal sebelum melepaskan
nafas yang ditahan di perut tadi. - Menarik nafas dan mengeluarkannya dengan cepat - Menarik
nafas sedalam-dalamnya kemudian dikeluarkan melalui mulut dengan mendesis, mengumam atau
cara-cara lain tanpa melepaskannya terus.

MENTAL DAN EMOSI.

- Mental dan emosi adalah perkara penting yang berkait rapat dan memerlukan kemahiran untuk
digunakan secara maksima agar lakonan berkesan. - Mental dan emosi mestilah sentiasa bersedia
dan bijak menangani apa jua situasi. - Mental dan emosi ini merupakan ungkapan perasaan dan
dalaman seseorang. Mental mestilah sentiasa bersedia menerima apa jua situasi dan emosi
memainkan peranan untuk menunjukkan sesuatu situasi tersebut misalnya marah, sedih, gembira,
benci, bingung, gugup, takut dan sebagainya. - Jika mental tidak bersedia emosi tidak dapat wujud
dengan sepenuhnya. - Begitu jugalah sebaliknya. Misalnya jika emosi tidak meresap dalam diri pasti
mentalnya tidak dapat berperanan maksimum.

- Mental dan emosi juga sentiasa beriringan dengan ekspresi, penghayatan, imaginasi, ilusi dan
dalaman seseorang. Imaginasi (khayal cipta) merupakan kekuatan dalaman dalam membayangkan
sesuatu. - Ilusi pula adalah pengalaman yang diluahkan semula dengan kekuatan mental dan emosi. -
Perkara ini kemudian divariasi secara kreatif. - Penghayatan adalah mengamati serta mempelajari isi
dari naskhah untuk diterjemahkan kepada tubuh badan iaitu fizikal, vocal melalui kekuatan mental
dan emosi. - Untuk merealisasi kandungan naskhah melalui penghayatan, seseorang perlu: a)
Mempelajari dan memahami keseluruhan naskhah b) Melakukan gerak serta dialog c) Menghayati
muzik yang bersesuaian untuk mengiringi penghayatan naskhah.

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Oleh itu jelas kemahiran asas
lakon yang lain iaitu fizikal dan vokal juga tidak terkecuali dijana oleh kemahiran mental dan emosi.

Persediaan Dan Persiapan Pelakon

- Apabila pelakon-pelakon tidak berada di atas pentas untuk menghidupkan watak masing-masing
mereka akan berada di satu ruangan menunggu yang dipanggil green room. - Ruangan ini adalah
tempat pelakon berehat sementara menunggu gilirannya masuk ke pentas. - Pelakon professional
selalu memperlihatkan mudahnya berlakon hingga ramai yang terlupa bahawa berlakon
memerlukan usaha yang kuat.

- Tetapi kemahiran dan keunggulan berlakon bagi seseorang pelakon hanya akan kelihatan dengan
melalui latihan dan pengalaman berlakon yang bertahun-tahun. Ringkasnya seseorang pelakon : a.
Memerlukan tahap sensitiviti yang tinggi dan bersifat responsive terhadap orang lain (Mudah
tergerak hati tentang keindahan, penderitaan, kezaliman dan sebagainya). b. Mempunyai
kemampuan imaginasi (hayal cipta) namun tidak terlepas dari kawalan realiti.

Asas Utama Seorang Pelakon:

 Bakat (Semulajadi)  Latihan (Pembelajaran)

 Amalan (Praktis) Etika Seorang Pelakon - Jangan menganggap diri sebagai star, primadona. -
Menghormati semua ahli yang terlibat di dalam produksi - Menepati masa - Mengikuti setiap
rehearsal - Datang rehearsal dalam keadaan bersedia(warm up,vocal dan prop personal sentiasa
bersama) - Memastikan berjalan ke setiap landasan latihan tiada benda-benda yang tajam yang
boleh mencederakan. - Jangan makan, minum, merokok apabila di dalam kostum, kecuali mendapat
kebenaran dari designer atau pengarah. - Jangan memasang tv atau radio sesuka hati dibelakang
pentas. - Jangan menganggu pelakon lain 20minit sebelum bermula persembahan - Jangan
bertelagah dengan pengarah atau stage manager secara terbuka - Mempastikan setiap props,
kostum dibawah tanggungjawab anda sebelum dan selepas persembahan. Tempatkan mengikut
arahan. - Jangan bertindak sebagai pengarah atau memberikan cadangan kepada pelakon lain.
Berbincang dengan pengarah terlebih dahulu Sentiasa ada kertas dan pen sewaktu rehearsal.

Membentuk Pelakon - Menyatakan (realisasi) imaginasi pengarah - Berkerjasama dengan pengarah -


Bekerja secara berkumpulan - Menyatakan matlamat pengarang - Menggerakkan plot drama -
Menentukan tema dan persoalan Teknik latihan lakon banyak merujuk kepada Konstantin Stanilavski
(1863- 1938). Beliau adalah: - Pelopor lakonan realistic - Pengasas bersama Moscow Art Theatre -
Pernah berkerja bersama Anton Chekov - Menganggap lakonan bukan sekadar imatasi tetapi sebagai
satu proses mencipta sesuatu yang diisi dengan psikologikal dan mental - Untuk mencapai proses
tersebut beliau memperkenalkan suatu kaedah yang dikenali sebagai The System. - Kaedah ini
diaplikasi di dalam lakonan pentas dan filem Membentuk Aksi Aksi dapat dibentuk daripada tiga
proses seperti berikut: - fizikal - Intelektual (mampu membuat penganalisaan) sejarah, social,
ekonomi, politik. - Spiritual (dapat membentuk transformasi)

Lakonan yang baik adalah: - Keupayaan mempamir gaya tersendiri seperti imaginasi, kejujuran
perasaan dan empati ketika memberi khidmat proses kreatif - Keupayaan memberi fokus dan
mendengar - Latihan vokal untuk lebih bertenaga, melahirkan emosi dan kejelasan - Memberi
tekanan latihan fizikal mengikut kesesuaian, keseimbangan dan lentur tubuh. - Mempunyai wawasan
terhadap psikologi manusia - Bersedia memahami dan mencintai bahasa - Banyak membaca,
membuat kajian dan membuat analisis teks. - Kemahiran lain seperti menyanyi, menari dan bermain
alat muzik atau pertahanan diri dan gerak fizikal lain seperti pelawak sarkis, acrobatik dan menjugel
(juggling), commedia dell’ arte dan mengaplikasi teknik topeng, serta improvisasi juga membantu
kualiti lakonan. Kaedah “The System” oleh Constantin Stanislavski Pengarah tersohor Rusia
Constantin Stanislavski (1863-1938) dengan ideanya membina perwatakan. Teori asas yang sering
dipakai oleh beliau ialah Kaedah Stanilavski seperti berikut:  The “magic if”

- Keajaiban kalausatu cara bagaimana pelakon berimaginasi dengan membuat soalah demi soalan
seperti “bagaimana kalau saya dalam situasi yang begitu?” Contohnya: a. Anda sedang bersiap sedia
untuk menghadirkan diri ke Majlis Khidmat Cemerlang, tiba-tiba lampu padam. b. Tiket
penerbangan,tempahan hotel dan pakej pelancongan semua telah sedia untuk anda bercuti, tiba-
tiba anda mendapat telefon dari pejabat cuti anda dibatalkan kerana ada tugasan yang belum
diselesaikan. c. Anda menaiki keretapi untuk menghadiri seminar yang penting, tiba-tiba di
pertengahan perjalanan anda menyedari telah tersilap naik keretapi

.  Given Circumstances - Memberi sebab-sebab tertentu tentang fakta dalam skrip yang tidak
diperjelaskan oleh penulis seperti plot, latar sejarah, latar watak dan perwatakan dan latar
masyarakat yang diwakili. - Ringkasnya sebab-sebab tertentu perlu diperjelaskan seperti berikut: a.
Fakta di dalam plot, zaman, masa dan tempat untuk aksi b. Interpretasi pengarah dan pelakon c.
Penggunaan set, props, kesan bunyi yang digabungkan untuk menghasilkan perwatakan d. Pengaruh
persekitaran akan memberikan kesan kepada psikologi dan fizikal watak e. Pelakon perlu dibiasakan
dengan persekitaran tersebut f. Aksi yang berkesan dan bertenaga adalah bergantung kepada
persekitaran yang dihadapi g. Pencarian terhadap kejadian dan persekitaran sedia ada di dalam
drama akan membolehkan pelakon memilih aksi meletakkan pengalaman dalaman dan emosi

 Subtext - Makna disebalik perkataan - Makna tersembunyi yang mendalam bagi pengucapan
dialog yang dilontar yang ada kena mengena dengan sebalik kehidupan watak. - Manusia amat sukar
untuk mencari perkataan yang sesuai dengan ekspresinya - Subtext akan membentuk perkataan
dengan menjadi unik - Perkataan yang sama akan membolehkan mempunyai makna yang berlainan
bergantung kepada individu yang mengucapnya - Stanilavski: nilai perkataan tersebut bukan hanya
terletak pada perkataan itu sendiri tetapi kandungan subtextnya pada pelakon setiap baris ayat
mesti dipelajari sejak awal lagi

 Super Objektive - Merujuk kepada tujuan utama yang hendak dicapai setiap watak bagi satu-satu
babak, satu keistimewaan yang hendak dihasilkan bagi satu- satu aksi atau apa yang hendak
diperlihatkan oleh pelakon. - Menurut Stanislavski: Tiada penulis skrip yang hebat maka tiada teater
yang hebat. - Super Objektif adalah pati kepada sebuah drama yang perlu dipandu dengan teliti oleh
pengarah dan diinterpretasikan oleh pelakon dan juga peristiwa. - Pelakon harus mempunyai super
objektif - Daripadanya ia akan dipecahkan di dalam beberapa objektif - Daripadanya objektif akan
dipecahkan kepada bebrapa unit atau bit. - Contoh: Nak Mencuri Ayam, Nak Memikat.  Motivation
- Merupakan dorongan untuk mencungkil perkara tersembunyi. yang ada pada setiap tingkah laku /
kelakuan / gelagat watak-watak

 Obstacle - Halangan

- Sesuatu yang tidak terbaca oleh watak, sesuatu yang menghalang pelakon mencapai tujuan
lakonnya yang menghalang tujuan dan pelaksanaan

 Concentration - Penumpuan - Keupayaan pelakon memfokuskan perhatiaan yang sempurna.


PERSEDIAAN SEORANG PELAKON - Pergi menonton sebanyak-banyaknya - Cari kelas teater atau
lakon dimana-mana sekolah/bengkel drama atau teater - Sertai sekolah/kumpulan improvisasi -
Pergi ke ujibakat yang dianjurkan oleh kumpulan teater - Menjadi sukarelawan pekerja belakang
pentas dan lihat latihan seboleh mungkin - Cari kursus-kursus lakonan - Semak web site teater untuk
maklumat terkini mengenai lakonan dant eater - Baca banyak skrip teater

UNSUR-UNSUR TEATER - Unsur-unsur teater merupakan perkara yang wajib diketahui dalam
kehidupan berteater selain daripada kemahiran asas lakon. - Unsur-unsur teater terdiri daripada: 
Pelaku  Ruang  Mesej  Penonton Kolektif  Naskhah Lakon  Gabungan

PELAKU - Pelaku adalah pemain peranan dalam sesuatu pementasan seperti pelakon, penari,
penyanyi dan pemuzik. - Malah sesiapa sahaja boleh menjadi pelaku sama ada yang berlaku secara
terancang (dalam persembahan/pementasan) atau tidak terancang (dalam kehidupan seharian). -
Pelaku terancang sangat penting dalam sesebuah persembahan atau pementasan. - Dengan
kemahiran asas lakon aksi pelaku yang dirancang akan menjadi natural seperti pelaku yang tidak
terancang. - Pelaku terancang terbahagi kepada: a) Pelaku watak manusia. - Meliputi perwatakan
manusia yang ada di sekeliling kita. - Contohnya penagih dadah, bapa, emak, nenek, OKU, orang gila,
orang tua dan sebagainya.

b) Pelaku watak bukan manusia Diwujudkan melalui imaginasi, fiksyen, khayalan dan sebagainya
mengikut kreativiti seseorang. - Ia meliputi pelaku unsur alam semulajadi, haiwan dan alam khayalan
atau fiksyen. - Contohnya pokok, rebut dan ombak Perlu diingatkan pelaku yang diketengahkan
dalam sesebuah pementasan bersifat hiperbola mengikut kreativiti pembawaannya.

RUANG - Ruang ialah kawasan yang disediakan khas untuk pelakon beraksi di pentas - Pada
umumnya ruang di pentas dibahagikan kepada 9 bahagian. - Bahagian-bahagian ini mempunyai
keutamaan dan peranannya yang tersendiri. - Ia juga menjadi panduan kedudukan pelaku di atas
pentas atau bloking kerana perkara ini tidak ditetapkan dalam naskhah lakon.

- Ruang dan gerak merupakan perkara yang mementingkan perkara berikut

a) Bahagian kanan lebih utama daripada kiri

b) Bahagian depan lebih utama daripada belakang

c) Yang tinggi lebih utama daripada yang rendah

d) Yang lebar lebih utama daripada yang sempit


e) Yang terang lebih utama daripada yang gelap

f) Menghadap lebih utama daripada membelakangi • Sila masukkan gambarajah ruang

Penggunaan ruang yang baik berkait rapat dengan bloking dan setting yang mempunyai ciri-ciri
berikut:

a) Seimbang - Seimbang dari segi kedudukan atau bloking pelaku di atas pentas. - Seimbang dari segi
letak duduk set dan props seperti alat muzik dan pemainnya. Bagi mewujudkan keseimbangan,
kedudukan pelaku tidak sesuai dikelompokkan atau dikumpul di satu bahagian pentas sahaja.

b) Utuh - Utuh adalah penghasilan bloking yang bersifat kesatuan dan tidak saling menutupi. - Walau
bagaimanapun keutuhan itu tidaklah sampai bersifat stereotaip kerana kreativiti masih diambil kira.

c) Bervariasi- Kedudukan pelaku sebaiknya dipelbagaikan agar tidak hanya di satu-satu tempat
sahaja. - Variasi juga melibatkan kepelbagaian pergerakan atau aksi yang berbeza dan tingkat atau
aras juga dipelbagaikan bagi mengelakkan rasa bosan penonton.

d) Memiliki titik pusat - Titik pusat penting untuk menjadi sempadan dan panduan pelaku. - Ia
penting untuk memusatkan perhatian, kosentrasi agar penggunaan ruang yang ada tidak bercelaru.

e) Wajar - Penggunaan ruang mestilah bersifat wajar iaitu penggunaan yang natural dan tidak
dibuat-buat atau stereotaip. - Kedudukan pelaku dan set harus mempunyai alasan tersendiri di
samping boleh memotivasikan pelaku untuk menghidupkan watak.

MESEJ - Mesej merupakan hasrat yang hendak disampaikan oleh penulis dan pengarah. - Tanpa
mesej sesebuah pementasan itu diumpamakan seperti tin kosong. - Mesej biasanya berdasarkan
pelbagai isu yang ada disekeliling kita digarap dalam bentuk persembahan untuk disampaikan
semula kepada masyarakat sama ada melalui perlakuan atau perkataan. - Perlakuan adalah
melibatkan gerakan pancaindera dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

PENONTON KOLEKTIF - Penonton kolektif dalam sesebuah pementasan teater merupakan mereka
yang hadir khusus untuk menyaksikan persembahan secara terus dari pelaku yang beraksi di pentas.
- Secara umumnya penonton yang hadir sama-sama merasai dan memberikan respons terhadap apa
yang disajikan. - Penonton kolektif hanyalah melibatkan sebahagian kecil penonton dan babak sahaja
kerana pada dasarnya pelaku dan penonton masih terpisah. - Penonton kolektif boleh berlaku
melalui hubungan mata, bahasa badan, memek muka dan kata-kata tetapi tidak sampai berlebih-
lebihan.

NASKHAH LAKON. - Naskhah lakon ialah skrip yang ditulis sebagai panduan dalam sesuatu
pementasan teater. - Ia bukan sahaja panduan kepada pelaku tetapi seluruh tenaga produksi. -
Naskah penting untuk dijadikan penduan bagi mengelakkan pelaku dan tenaga produksi tersasar
atau menyimpang daripada kehendak cerita yang cuba diketengahkan. - Oleh itu naskhah lakon
perlu dihayati oleh semua yang terlibat dalam produksi berkenaan. - Naskhah lakon bukan hanya
merujuk kepada dialog semata-mata tetapi termasuk semua perkara dalam produksi berkenaan.

GABUNGAN - Seorang pelaku perlu menguasai kemahiran fizikal, vokal, mental dan emosi. -
Gabungan kesemua kemahiran ini dapat mewujudkan suatu persembahan yang mantap.
Selain itu, aspek sinografi juga menjadi satu gabungan penting dalam sebuah pementasan teater. -
Dalam hal yang demikian, seorang pelaku juga perlu menguasai kemahiran improvisasi bagi
mewujudkan kreativiti dan imaginasi yang tinggi semasa berlakon.

Sinografi merupakan satu elemen yang penting dalam pembikinan sesebuah teater,filem atau
drama. Sinografi dalam kamus dewan dierti sebagai satu seni mencipta persekitaran,tempat yang
dingunakan untuk membuat persembahan, pakaian(costume), bunyi, pencahayaan dan sebagainya
yang berkaitan dengan bidang seni tersebut. Melalui maklumat yang penulis peroleh melalui laman
web sinografi sebenarnya berasal daripada perkataan Greek iaitu scene bermaksud ‘stage” + gra’fo
yang bermaksud untuk penulisan atau untuk menjelaskan. Manakala dalam bahasa latin pula
scaenographia atau sce-nog’ra-phy.

Sinografi adalah merupakan terminologi yang tepat untuk digunakan sebagai mewakili keseluruhan
bentuk seni visual yang dapat dilihat dalam sesebuah produksi iaitu rekaan pentas, kostum,
pencahayaan, susun atur ruang lakon, penggunaan ruang untuk pelakon termasuklah persekitaran
reka bentuk dalaman sesebuah panggung dan apa saja kesan visual yang dapat dilihat di dalam
panggung tersebut.

Kepentingan sinografi boleh dianggap sama di dalam sesebuah teks, contohnya seperti apabila kita
sedang berdialog dan ia mencipta seni percakapan serta tingkah laku di atas pentas. Sinografi juga
mencipta seni visualnya untuk mengingatkan bahawa perkataan yang lahir dari sesebuah teks tidak
cukup untuk menghuraikan dengan sempurna sesebuah persembahan.

Terminologi ini sudah digunakan di Benua Eropah dan Amerika sejak tahun 1800 lagi. Sejak
kewujudan teater di zaman Greek dan seterusnya, ke zaman Renaisance pakar sinografi telah
berlumba-lumba merekacipta visual untuk memantapkan sesebuah pementasan teater. Konsep
sinografi secara keseluruhannya belum pernah diaplikasikan kepada dunia seni persembahan di
Malaysia, justeru itu projek ini ingin mengorak langkah sebagai projek perintis memperkenalkan
sinografi sebagai satu elemen yang penting dalam penerbitan sesebuah persembahan.

Displin sinografi terhadap ruang, naskah (skrip), drama, warna dan komposisi, pengarahan, aktor
serta penonton dengan menggunakan teknik dari naskah ke ruang lakon. Projek ini ingin menguji
sejauh mana berkesannya sinografi dalam sesebuah pementasan teater.

Anda mungkin juga menyukai