Anda di halaman 1dari 25

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH

ISMAIL MOHD NOH

LAKONAN
Kemahiran Asas Lakon
Unsur-unsur Teater
Disediakan oleh:
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH

TEATER DALAM PENDIDIKAN


DEFINISI DRAMA DAN TEATER
DRAMA:
-

Drama bermaksud melakukan sesuatu (to do), bertindak kepada sesuatu


(to act), dan untuk menyelesaikan sesuatu (to accomplish).

Berasal dari bahas Yunani draomai atau dran yang bermaksud


berbuat, berlaku, bertindak dan sebagainya.

Drama adalah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu


bayangan kebenaran.

Dalam bahasa Belanda, drama adalah toneel dan juga diistilahkan


sebagai Sandiwara oleh PKG Mangkunegara VII

TEATER:
-

Berasal dari bahasa Yunani tua theateron yang bermaksud tempat


menonton.

Secara khusus atau etimologis teater berkait rapat dengan pementasan


atau gedung pertunjukan atau auditorium.

Secara umumnya teater ialah perlakuan atau aksi yang dipertontonkan di


depan khalayak secara langsung pada masa dan tempat yang terhad.

Konflik kehidupan yang dihasilkan oleh kepelbagaian sifat manusia juga


cuba diketengahkan.

Secara ringkasnya teater mempunyai hubungan rapat dengan drama dari


segi pemaparan isu dan kehidupan manusia sejagat.

Perbezaannya yang jelas dari segi masa dan tempat.

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
-

Lakonan semula kehidupan dalam drama boleh diulang dan telah melalui
proses edit berbanding teater yang bersifat secara langsung setiap kali
pementasan.

Oleh itu penyampaian teater boleh berubah-ubah dan memerlukan


kemahiran asas lakon yang tinggi.

Kecanggihan media menjadikan drama lebih menonjol perkembangannya


berbanding teater yang masih dikaitkan dengan ciri konvensyenal.

Ciri yang ada ini sebenarnya adalah kelebihan khasnya kepada


seseorang pelaku teater.

Pelaku teater boleh menjadi pelaku drama tetapi pelaku drama tidak
semestinya boleh menjadi pelaku teater.

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
KEMAHIRAN ASAS LAKON
Meliputi 3 perkara utama iaitu

Fizikal

Vokal

Mental dan emosi

FIZIKAL
-

Kemahiran fizikal sangat penting untuk mengaplikasi naskhah lakon sama


ada dengan dialog atau tidak.

Ia ditunjukkan dengan gerak yang terlihat(blocking yang baik dan


seimbang), gerak yang jelas(meyakinkan), gerak dimengertikan(sesuai
dengan hukum gerak dalam kehidupan) dan gerak menghayati(sesuai
dengan tuntutan.jiwa/naluri yang ditentukan dalam naskhah lakon).

Gerak yang terlihat merujuk kepada kedudukan pelaku di atas pentas.


Keseimbangan sangat penting berdasarkan komposisi berikut:
a) Bahagian kanan lebih berat daripada kiri
b) Bahagian depan lebih berat daripada belakang
c) Yang tinggi lebih berat daripada yang rendah
d) Yang lebar lebih berat daripada yang sempit
e) Yang terang lebih berat daripada yang gelap
f) Menghadap lebih berat daripada membelakangi.

Gerak yang jelas (meyakinkan) merujuk kepada aksi yang berterusan dan
terkurang atau berlebih-lebihan.

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
-

Gerak yang dimengertikan merujuk kepada gerakan biasa yang sudah


sebati dalam kehidupan.

Gerak menghayati atau menjiwai bererti intonasi pengucapan harus dapat


menimbulkan kesan gerak yang sesuai dengan naskhah.

Kemahiran fizikal sangat penting dan memerlukan latihan olah tubuh yang
berterusan selain mengenali fizikal dari hujung rambut hingga ke hujung
kaki.Ini termasuklah pancaindera iaitu mata (fokus tanpa berkedip),
telinga(mendengar

dan

mengecam),

hidung(ciuman

dan

bauan),

kulit(meraba sendiri dan benda disekeliling) dan lidah(merasa dengan


menjilat, menjelir bahagian mulut sendiri dan membayangkan sesuatu).
-

Terdapat pelbagai gerak yang mesti diketahui dalam kemahiran fizikal


lakonan. Secara asasnya gerak terbahagi kepada 2 :

Gerak teaterikal
-

Merujuk kepada gerakan yang lahir daripada keinginan bergerak yang


sesuai dengan apa yang dituntut dalam naskhah. Oleh itu ia terhad
mengikut naskhah sahaja.

Gerak non teaterikal


-

Merujuk kepada gerak kita dalam kehidupan seharian. Ia dipecahkan


pula kepada 2 jenis iaitu gerak halus dan gerak kasar.

Gerak Halus.
-

Berkaitan dengan gerak pada raut wajah atau mimik muka yang
berkait rapat dengan ekspresi.

Gerak Kasar
-

Berkaitan dengan gerakan sebahagian atau seluruh anggota tubuh


kita. Gerak kasar terbahagi kepada 4 iaitu :

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
a) Business: Ia adalah gerakan spontan misalnya kaki atau tangan
akan bergerak jika mendengar irama muzik, terkejut, digigit nyamuk
dan sebagainya.
b) Gestures: Ia adalah gerakan secara sedar dan terancang.
Misalnya

membaca

surat

khabar,

menulis,

mengambil

air,

menyiram bunga dan sebagainya. Biasanya bergerak dengan


props.
c) Movement: Ia adalah gerakan perpindahan tubuh dari tempat yang
satu ke tempat yang lain sama ada secara berjalan, berlari,
bergulung-gulung, melompat dan sebagainya.
d) Guide: Ia adalah cara berjalan mengikut watak sama ada sebagai
orang tua, anak kecil, orang mabuk dan sebagainya.

LATIHAN GERAKAN DALAM KEMAHIRAN FIZIKAL


Kemahiran improvisasi sangat penting untuk melakukan gerak yang bebas,
indah dan artistik.
-

Gerak dasar bawah: Posisinya dalam keadaan duduk bersila. Di sini


kita hanya boleh bergerak sebebasnya sehingga pada bahagian
kepala.

Gerak dasar tengah: Posisi dalam keadaan setengah berdiri bermula


daripada bawah hingga kepala.

Gerak dasar atas: Posisi dan gerak yang bebas.

Latihan

cermin:

Berpasangan

dan

mengikut/meniru

gerak

pasangannya secara berganti.


-

Latihan gerak dan tatap mata: Seperti latihan cermin tetapi lebih
berfokus kepada mata atau berpandangan.

Latihan melenturkan tubuh: Seorang dalam keadaan tidak sedarkan


diri sambil berdiri. Tangannya akan diangkat perlahan-lahan, digerak,
diputar dan kemudian dijatuhkan.

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
Latihan gerak bersama: Merupakan gerakan serentak mengikut

ketua kelompok atau kumpulan.


Latihan

gerak

mengalir:

Sekumpulan/sekelompok

akan

bergandingan memegang tangan sama ada dalam bulatan atau tidak.


Mata dipejam dan gerakan mengikut rasa yang dilakukan oleh ketua
kelompok. Tangan jangan sampai terlepas.
Latihan peniruan gerak berdasarkan imaginasi dan pengalaman:

Ia meliputi gerak pelaku manusia dan bukan manusia atau alam


imaginasi. Latihan ini juga dikenali sebagai observasi.
-

Latihan ilusi dengan bercerita pengalaman.

Latihan imaginasi lebih kepada membayangkan sesuatu seperti


benar-benar berlaku.

VOKAL
-

Kemahiran vokal juga wujud serentak atau seiringan dengan gerak dalam
kemahiran fizikal khasnya dalam latihan obzervasi dan ilusi.

Ia penting untuk keserasian dan kesesuaian.

Asas vocal yang baik sangat penting kepada seorang pelakon.

Vokal yang baik mempunyai cirri-ciri berikut ;

a)

Boleh didengar walau pada jarak yang jauh.

b)

Sebutan yang jelas dan bulat (artikulasi)

c)

Mesej dialog sampai kepada penonton.

d)

Penonton boleh tertarik dengan hanya mendengar vocal

Vokal yang baik boleh dihasilkan melalui latihan-latihan vocal yang


berterusan dan berkesan.

Antara latihan vocal yang boleh dilakukan ialah :


a)

Tariklah nafas dan keluarkan dengan energi sambil menyebut


wah., mengumam mmmmmm, mendesis sss,
vocal aaa,iii, uuu, eee, ooo.Lakukan berulang kali.

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
b)

Gunakan melodi yang sesuai untuk latihan vocal

c)

Berteriak sekuat-kuatnya seperti orang hysteria.

d)

Bersuara, berteriak, berbiacara sambil berjalan, melompat,


membongkok, bergulung-gulung, berlari-lari, berpusing, dan
berbagai variasi lain.

Pada peringkat awal latihan tekak akan sakit kerana lendir-lendir tekak
sedang terkikis.

Walau

bagaimanapun

latihan

vocal

jangan

keterlaluan

sehingga

merosakkan peti suara.


-

Latihan lebih mudah dan sesuai dilakukan di tempat terbuka dan


luaseperti dalam hutan, di kawasan pantai, sungai dan bukit.

Walaubagaimanapun boleh juga dibuat di tempat tertutup.

Artikulasi
-

Artikulasi sangat penting dalam pengucapan dialog.

Kecacatan artikulasi dalam vokal boleh berlaku akibat gugup, bercakap


terlalu cepat, latar belakang (latar bahasa) dan kecacatan semulajadi
(tidak boleh menyebut R, L, O dan sebagainya).

Oleh itu latihan diperlukan untuk mengatasi atau mengurangkan


kecacatan artikulasi.

Antaranya mengucapkan alphabet dengan betul secara berulang-ulang


dan menggunakan kepelbagaian nada sama ada tinggi, rendah, sengau,
kecil, besar dan sebagainya.

Getikulasi
-

Getikulasi adalah suatu cara untuk memenggal kata dan memberi tekanan
pada kata atau kalimat pada sebuah dialog.

Seperti juga artikulasi, getikulasi adalah berkait rapat dengan pengucapan


dialog, cuma fungsinya sahaja yang berbeza.

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
-

Getikulasi harus dilakukan jika sesuatu dialog itu mempunyai maksud


yang berbeza. Misalnya, Tuan kelewatan. Pergi!

Intonasi
-

Intonasi merupakan tekanan dalam pengucapan dialog agar tidak


mendatar dan membosankan.

Terdapat 3 jenis intonasi iaitu :

Tekanan Dinamik (keras-lembut). Dilakukan untuk memberi makna


yang berbeza dalam frasa. Contohnya penekanan pada perkataan
yang dihitamkan dalam frasa di bawah:

a.

Saya tidak bersalah !

b.

Saya tidak bersalah !

c.

Saya tidak bersalah !

Tekanan Nada (tinggi). Mengucapkan dialog dengan nada dan


bukannya seperti biasa.

Tekanan Tempo adalah memperlambat atau mempercepatkan


pengucapan untuk tujuan penegasan sesuatu perkara.

Cross Talk
-

Cross talk atau pengucapan mencelah juga sangat penting untuk melatih
artikulasi dan intonasi vocal.

Warna Suara
-

Setiap individu mempunyai warna suara tersendiri dan berbeza.

Warna suara juga berbeza mengikut usia.

Misalnya warna suara kanak-kanak berbeza dengan warna suara orang


tua. Latihan peniruan suara kanak-kanak, orang tua, pengemis dan
sebagainya boleh memberi variasi warna suara seseorang.

Vokal yang baik ada kaitan dengan pernafasan.

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
-

Oleh itu sebelum mengenali vocal latihan pernafasan perlulah dititik


beratkan.

Ada 4 cara pernafasan yang biasa digunakan:

a. Pernafasan dada.
-

Hanya sesuai sebagai aktiviti pemanasan pernafasan yang akan


mengeluarkan vocal.

Contohnya dalam latihan humming.

Walau bagaimanapun pernafasan dada kurang sesuai digunakan


untuk melafazkan dialog kerana boleh menjejaskan lakonan.

Ini kerana bahu menjadi kaku dan dada membusung akibat udara
yang diserap masuk ke rongga.

b. Pernafasan perut.
-

Pernafasan perut berlaku apabila kita menyedut udara ke dalam


perut dan melepaskannya.

Penggunaannya lebih praktikal kerana tidak menjejaskan aksi


lakonan. Malah suara yang dikeluarkan daripada perut akan lebih
jelas dan bulat.

c. Pernafasan lengkap.
-

Pernafasan lengkap merupakan pernafasan yang menggunakan


dada dan perut untuk menyimpan udara sehingga mencapai tahap
minimum.

Biasanya

pernafasan

ini

sangat

mengeluarkan vocal tanpa banyak pergerakan..

penting

ketika

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
-

Pernafasan ini sesuai untuk latihan menyanyi, humming dan


pemanasan vokal.

d. Pernafasan diafragma
-

Pernafasan diafragma ialah apabila diafragma kita mengembang


apabila kita menyedut udara.

Pernafasan

ini

lebih

kerap digunakan

oleh

manusia dalam

percakapan seharian.
-

Pernafasan ini tidak banyak mengganggu pergerakan dan daya


tampungnya lebih banyak berbanding pernafasan perut.

LATIHAN PERNAFASAN
-

Menyedut udara seberapa banyak, masuk ke dada sehingga ke perut dan


tahan.

Gerakkan badan hingga ke batas bawah, kemudian naik ke posisi asal


sebelum melepaskan nafas yang ditahan di perut tadi.

Menarik nafas dan mengeluarkannya dengan cepat

Menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian dikeluarkan melalui mulut


dengan mendesis, mengumam atau cara-cara lain tanpa melepaskannya
terus.

MENTAL DAN EMOSI.

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
-

Mental dan emosi adalah perkara penting yang berkait rapat dan
memerlukan kemahiran untuk digunakan secara maksima agar lakonan
berkesan.

Mental dan emosi mestilah sentiasa bersedia dan bijak menangani apa
jua situasi.

Mental dan emosi ini merupakan ungkapan perasaan dan dalaman


seseorang. Mental mestilah sentiasa bersedia menerima apa jua situasi
dan emosi memainkan peranan untuk menunjukkan sesuatu situasi
tersebut misalnya marah, sedih, gembira, benci, bingung, gugup, takut
dan sebagainya.

Jika mental tidak bersedia emosi tidak dapat wujud dengan sepenuhnya.

Begitu jugalah sebaliknya. Misalnya jika emosi tidak meresap dalam diri
pasti mentalnya tidak dapat berperanan maksimum.

Mental

dan

emosi

juga

sentiasa

beriringan

dengan

ekspresi,

penghayatan, imaginasi, ilusi dan dalaman seseorang. Imaginasi (khayal


cipta) merupakan kekuatan dalaman dalam membayangkan sesuatu.
-

Ilusi pula adalah pengalaman yang diluahkan semula dengan kekuatan


mental dan emosi.

Perkara ini kemudian divariasi secara kreatif.

Penghayatan adalah mengamati serta mempelajari isi dari naskhah untuk


diterjemahkan kepada tubuh badan iaitu fizikal, vocal melalui kekuatan
mental dan emosi.

Untuk merealisasi kandungan naskhah melalui penghayatan, seseorang


perlu:
a) Mempelajari dan memahami keseluruhan naskhah
b) Melakukan gerak serta dialog
c) Menghayati muzik yang bersesuaian untuk mengiringi
penghayatan naskhah.

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
-

Oleh itu jelas kemahiran asas lakon yang lain iaitu fizikal dan vokal juga
tidak terkecuali dijana oleh kemahiran mental dan emosi.

Persediaan Dan Persiapan Pelakon


-

Apabila pelakon-pelakon tidak berada di atas pentas untuk menghidupkan


watak masing-masing mereka akan berada di satu ruangan menunggu
yang dipanggil green room.

Ruangan ini adalah tempat pelakon berehat sementara menunggu


gilirannya masuk ke pentas.

Pelakon professional selalu memperlihatkan mudahnya berlakon hingga


ramai yang terlupa bahawa berlakon memerlukan usaha yang kuat.

Tetapi kemahiran dan keunggulan berlakon bagi seseorang pelakon


hanya akan kelihatan dengan melalui latihan dan pengalaman berlakon
yang bertahun-tahun. Ringkasnya seseorang pelakon :
a.

Memerlukan tahap sensitiviti yang tinggi dan bersifat


responsive terhadap orang lain (Mudah tergerak hati tentang
keindahan, penderitaan, kezaliman dan sebagainya).

b.

Mempunyai

kemampuan imaginasi (hayal cipta)

namun tidak terlepas dari kawalan realiti.

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
Asas Utama Seorang Pelakon:

Bakat (Semulajadi)

Latihan (Pembelajaran)

Amalan (Praktis)

Etika Seorang Pelakon


-

Jangan menganggap diri sebagai star, primadona.

Menghormati semua ahli yang terlibat di dalam produksi

Menepati masa

Mengikuti setiap rehearsal

Datang rehearsal dalam keadaan bersedia(warm up,vocal dan prop


personal sentiasa bersama)

Memastikan berjalan ke setiap landasan latihan tiada benda-benda yang


tajam yang boleh mencederakan.

Jangan makan, minum, merokok apabila di dalam kostum, kecuali


mendapat kebenaran dari designer atau pengarah.

Jangan memasang tv atau radio sesuka hati dibelakang pentas.

Jangan menganggu pelakon lain 20minit sebelum bermula persembahan

Jangan bertelagah dengan pengarah atau stage manager secara terbuka

Mempastikan setiap props, kostum dibawah tanggungjawab anda


sebelum dan selepas persembahan. Tempatkan mengikut arahan.

Jangan bertindak sebagai pengarah atau memberikan cadangan kepada


pelakon lain. Berbincang dengan pengarah terlebih dahulu

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
-

Sentiasa ada kertas dan pen sewaktu rehearsal.

Membentuk Pelakon
-

Menyatakan (realisasi) imaginasi pengarah

Berkerjasama dengan pengarah

Bekerja secara berkumpulan

Menyatakan matlamat pengarang

Menggerakkan plot drama

Menentukan tema dan persoalan

Teknik latihan lakon banyak merujuk kepada Konstantin Stanilavski (18631938). Beliau adalah:
-

Pelopor lakonan realistic

Pengasas bersama Moscow Art Theatre

Pernah berkerja bersama Anton Chekov

Menganggap lakonan bukan sekadar imatasi tetapi sebagai satu proses


mencipta sesuatu yang diisi dengan psikologikal dan mental

Untuk mencapai proses tersebut beliau memperkenalkan suatu kaedah


yang dikenali sebagai The System.

Kaedah ini diaplikasi di dalam lakonan pentas dan filem

Membentuk Aksi
Aksi dapat dibentuk daripada tiga proses seperti berikut:
-

fizikal

Intelektual (mampu membuat penganalisaan) sejarah, social, ekonomi,


politik.

Spiritual (dapat membentuk transformasi)

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH

Lakonan yang baik adalah:


-

Keupayaan mempamir gaya tersendiri seperti imaginasi, kejujuran


perasaan dan empati ketika memberi khidmat proses kreatif

Keupayaan memberi fokus dan mendengar

Latihan vokal untuk lebih bertenaga, melahirkan emosi dan kejelasan

Memberi tekanan latihan fizikal mengikut kesesuaian, keseimbangan dan


lentur tubuh.

Mempunyai wawasan terhadap psikologi manusia

Bersedia memahami dan mencintai bahasa

Banyak membaca, membuat kajian dan membuat analisis teks.


Kemahiran lain seperti menyanyi, menari dan bermain alat muzik atau
pertahanan diri dan gerak fizikal lain seperti pelawak sarkis, acrobatik dan
menjugel (juggling), commedia dell arte dan mengaplikasi teknik topeng,
serta improvisasi juga membantu kualiti lakonan.

Kaedah The System oleh Constantin Stanislavski


Pengarah tersohor Rusia Constantin Stanislavski (1863-1938) dengan ideanya
membina perwatakan. Teori asas yang sering dipakai oleh beliau ialah Kaedah
Stanilavski seperti berikut:

The magic if
-

Keajaiban kalausatu cara bagaimana pelakon berimaginasi dengan


membuat soalah demi soalan seperti bagaimana kalau saya dalam
situasi yang begitu? Contohnya:
a. Anda sedang bersiap sedia untuk menghadirkan diri ke Majlis
Khidmat Cemerlang, tiba-tiba lampu padam.
b. Tiket penerbangan,tempahan hotel dan pakej pelancongan
semua telah sedia untuk anda bercuti, tiba-tiba anda mendapat

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
telefon dari pejabat cuti anda dibatalkan kerana ada tugasan
yang belum diselesaikan.
c. Anda menaiki keretapi untuk menghadiri seminar yang penting,
tiba-tiba di pertengahan perjalanan anda menyedari telah
tersilap naik keretapi.

Given Circumstances
-

Memberi sebab-sebab tertentu tentang fakta dalam skrip yang tidak


diperjelaskan oleh penulis seperti plot, latar sejarah, latar watak dan
perwatakan dan latar masyarakat yang diwakili.

Ringkasnya sebab-sebab tertentu perlu diperjelaskan seperti berikut:


a.

Fakta di dalam plot, zaman, masa dan tempat untuk aksi

b.

Interpretasi pengarah dan pelakon

c.

Penggunaan set, props, kesan bunyi yang digabungkan untuk


menghasilkan perwatakan

d.

Pengaruh persekitaran akan memberikan kesan kepada


psikologi dan fizikal watak

e.

Pelakon perlu dibiasakan dengan persekitaran tersebut

f.

Aksi yang berkesan dan bertenaga adalah bergantung kepada


persekitaran yang dihadapi

g.

Pencarian terhadap kejadian dan persekitaran sedia ada di


dalam drama akan membolehkan pelakon memilih aksi
meletakkan pengalaman dalaman dan emosi

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH

Subtext - Makna disebalik perkataan

Makna tersembunyi yang mendalam bagi pengucapan dialog yang


dilontar yang ada kena mengena dengan sebalik kehidupan watak.

Manusia amat sukar untuk mencari perkataan yang sesuai dengan


ekspresinya

Subtext akan membentuk perkataan dengan menjadi unik

Perkataan yang sama akan membolehkan mempunyai makna yang


berlainan bergantung kepada individu yang mengucapnya

Stanilavski: nilai perkataan tersebut bukan hanya terletak pada perkataan


itu sendiri \ tetapi kandungan subtextnya pada pelakon setiap baris ayat
mesti dipelajari sejak awal lagi

Super Objektive

Merujuk kepada tujuan utama yang hendak dicapai setiap watak bagi
satu-satu babak, satu keistimewaan yang hendak dihasilkan bagi satusatu aksi atau apa yang hendak diperlihatkan oleh pelakon.

Menurut Stanislavski: Tiada penulis skrip yang hebat maka tiada teater
yang hebat.

Super Objektif adalah pati kepada sebuah drama yang perlu dipandu
dengan

teliti oleh pengarah dan diinterpretasikan oleh pelakon dan juga

peristiwa.
-

Pelakon harus mempunyai super objektif

Daripadanya ia akan dipecahkan di dalam beberapa objektif

Daripadanya objektif akan dipecahkan kepada bebrapa unit atau bit.

Contoh: Nak Mencuri Ayam, Nak Memikat.

Motivation

Merupakan

dorongan

untuk

mencungkil

perkara

tersembunyi.

yang ada pada setiap tingkah laku / kelakuan / gelagat watak-watak

Obstacle - Halangan

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
-

Sesuatu yang tidak terbaca oleh watak, sesuatu yang menghalang


pelakon mencapai tujuan lakonnya yang menghalang tujuan dan
pelaksanaan
Concentration - Penumpuan

Keupayaan pelakon memfokuskan perhatiaan yang sempurna.

PERSEDIAAN SEORANG PELAKON


-

Pergi menonton sebanyak-banyaknya

Cari kelas teater atau lakon dimana-mana sekolah/bengkel drama atau


teater

Sertai sekolah/kumpulan improvisasi

Pergi ke ujibakat yang dianjurkan oleh kumpulan teater

Menjadi sukarelawan pekerja belakang pentas dan lihat latihan seboleh


mungkin

Cari kursus-kursus lakonan

Semak web site teater untuk maklumat terkini mengenai lakonan dant
eater

Baca banyak skrip teater

UNSUR-UNSUR TEATER
-

Unsur-unsur teater merupakan perkara yang wajib diketahui dalam


kehidupan berteater selain daripada kemahiran asas lakon.

Unsur-unsur teater terdiri daripada:

Pelaku

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH

Ruang

Mesej

Penonton Kolektif

Naskhah Lakon

Gabungan

PELAKU
-

Pelaku adalah pemain peranan dalam sesuatu pementasan seperti


pelakon, penari, penyanyi dan pemuzik.

Malah sesiapa sahaja boleh menjadi pelaku sama ada yang berlaku
secara terancang (dalam persembahan/pementasan) atau tidak terancang
(dalam kehidupan seharian).

Pelaku terancang sangat penting dalam sesebuah persembahan atau


pementasan.

Dengan kemahiran asas lakon aksi pelaku yang dirancang akan menjadi
natural seperti pelaku yang tidak terancang.

Pelaku terancang terbahagi kepada:

a) Pelaku watak manusia.


-

Meliputi perwatakan manusia yang ada di sekeliling kita.

Contohnya penagih dadah, bapa, emak, nenek, OKU, orang gila,


orang tua dan sebagainya.

b) Pelaku watak bukan manusia

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
-

Diwujudkan melalui imaginasi, fiksyen, khayalan dan sebagainya


mengikut kreativiti seseorang.

Ia meliputi pelaku unsur alam semulajadi, haiwan dan alam


khayalan atau fiksyen.

Contohnya pokok, rebut dan ombak

Perlu diingatkan pelaku yang diketengahkan dalam sesebuah pementasan


bersifat hiperbola mengikut kreativiti pembawaannya.

RUANG
-

Ruang ialah kawasan yang disediakan khas untuk pelakon beraksi di


pentas

Pada umumnya ruang di pentas dibahagikan kepada 9 bahagian.

Bahagian-bahagian ini mempunyai keutamaan dan peranannya yang


tersendiri.

Ia juga menjadi panduan kedudukan pelaku di atas pentas atau bloking


kerana perkara ini tidak ditetapkan dalam naskhah lakon.

Ruang dan gerak merupakan perkara yang mementingkan perkara berikut


a) Bahagian kanan lebih utama daripada kiri
b) Bahagian depan lebih utama daripada belakang
c) Yang tinggi lebih utama daripada yang rendah
d) Yang lebar lebih utama daripada yang sempit
e) Yang terang lebih utama daripada yang gelap
f) Menghadap lebih utama daripada membelakangi

Sila masukkan gambarajah ruang

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH

Penggunaan ruang yang baik berkait rapat dengan bloking dan setting yang
mempunyai ciri-ciri berikut:
a) Seimbang
-

Seimbang dari segi kedudukan atau bloking pelaku di atas pentas.

Seimbang dari segi letak duduk set dan props seperti alat muzik dan
pemainnya. Bagi mewujudkan keseimbangan, kedudukan pelaku tidak
sesuai dikelompokkan atau dikumpul di satu bahagian pentas sahaja.

b) Utuh
-

Utuh adalah penghasilan bloking yang bersifat kesatuan dan tidak saling
menutupi.

Walau bagaimanapun keutuhan itu tidaklah sampai bersifat stereotaip


kerana kreativiti masih diambil kira.

c) Bervariasi

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
-

Kedudukan pelaku sebaiknya dipelbagaikan agar tidak hanya di satu-satu


tempat sahaja.

Variasi juga melibatkan kepelbagaian pergerakan atau aksi yang berbeza


dan tingkat atau aras juga dipelbagaikan bagi mengelakkan rasa bosan
penonton.

d) Memiliki titik pusat


-

Titik pusat penting untuk menjadi sempadan dan panduan pelaku.

Ia penting untuk memusatkan perhatian, kosentrasi agar penggunaan


ruang yang ada tidak bercelaru.

e) Wajar
-

Penggunaan ruang mestilah bersifat wajar iaitu penggunaan yang natural


dan tidak dibuat-buat atau stereotaip.

Kedudukan pelaku dan set harus mempunyai alasan tersendiri di samping


boleh memotivasikan pelaku untuk menghidupkan watak.

MESEJ
-

Mesej merupakan hasrat yang hendak disampaikan oleh penulis dan


pengarah.

Tanpa mesej sesebuah pementasan itu diumpamakan seperti tin kosong.

Mesej biasanya berdasarkan pelbagai isu yang ada disekeliling kita


digarap dalam bentuk persembahan untuk disampaikan semula kepada
masyarakat sama ada melalui perlakuan atau perkataan.

Perlakuan adalah melibatkan gerakan pancaindera dari hujung rambut


hingga ke hujung kaki.

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
PENONTON KOLEKTIF
-

Penonton kolektif dalam sesebuah pementasan teater merupakan mereka


yang hadir khusus untuk menyaksikan persembahan secara terus dari
pelaku yang beraksi di pentas.

Secara umumnya penonton yang hadir sama-sama merasai dan


memberikan respons terhadap apa yang disajikan.

Penonton kolektif hanyalah melibatkan sebahagian kecil penonton dan


babak sahaja kerana pada dasarnya pelaku dan penonton masih terpisah.

Penonton kolektif boleh berlaku melalui hubungan mata, bahasa badan,


memek muka dan kata-kata tetapi tidak sampai berlebih-lebihan.

NASKHAH LAKON.
-

Naskhah lakon ialah skrip yang ditulis sebagai panduan dalam sesuatu
pementasan teater.

Ia bukan sahaja panduan kepada pelaku tetapi seluruh tenaga produksi.

Naskah penting untuk dijadikan penduan bagi mengelakkan pelaku dan


tenaga produksi tersasar atau menyimpang daripada kehendak cerita
yang cuba diketengahkan.

Oleh itu naskhah lakon perlu dihayati oleh semua yang terlibat dalam
produksi berkenaan.

Naskhah lakon bukan hanya merujuk kepada dialog semata-mata tetapi


termasuk semua perkara dalam produksi berkenaan.

GABUNGAN
-

Seorang pelaku perlu menguasai kemahiran fizikal, vokal, mental dan


emosi.

Gabungan

kesemua

kemahiran

persembahan yang mantap.

ini

dapat

mewujudkan

suatu

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
-

Selain itu, aspek sinografi juga menjadi satu gabungan penting dalam
sebuah pementasan teater.

Dalam hal yang demikian, seorang pelaku juga perlu menguasai


kemahiran improvisasi bagi mewujudkan kreativiti dan imaginasi yang
tinggi semasa berlakon.

Anda mungkin juga menyukai