Anda di halaman 1dari 2

Point Presentation Han.

(Hedonisme)

1. Hedonisme adalah cara pemikiran yang terpesong dari ajaran Islam


2. Budaya hedonisme adalah budaya yang berpaksikan hiburan
3. Bagaimanakah pengaruh hedonisme mudah dipengaruh?
4. Punca kepada pengaruh hedonisme terbahagi kepada 2
a. Pengaruh dalaman
b. Pengaruh luaran
5. Pengaruh pemikiran hedonisme perlu ditangani bagi menjaga generasi yang akan datang
Hello Assalamualaikum, nama saya Muhd Samhan Bin Sulaiman………….

Saya akan membentangkan kajian literatur berkaitan dengan hedonisme…..

1. Berdasarkan artikel oleh (Mohd Roslan Mohd Nor, 2011), beliau ada
menerangkan bahawa budaya hedonisme adalah pemikiran dan cara hidup
yang jauh terpesong dari ajaran agama Islam. Kerana, budaya hedonisme
adalah budaya yang berpaksikan keseronokan tanpa batas, sedangkan jika
mengikut landasan agama Islam yang betul, Islam mengajar kita untuk
bersederhana dalam kebanyakan perkara.
2. Budaya hedonisme adalah budaya yang berpaksikan hiburan dan
keseronokan. Kerana mereka menganggap bahawa, manusia yang normal
adalah perlu akan keseronokan, tetapi keseronokan yang dicari oleh
pengamal budaya hedonisme adalah berlebihan, yang mana boleh
mendatangkan mudarat kepada pengamal mahupun masyarakat.
3. Hedonisme mudah dipengaruhi oleh masyarakat kita kerana, masyarakat kita
lebih-lebih lagi orang muda, adalah golongan yang sedang mencari dan
mencuba benda baru, atau sedang mengeksplore dunia. Sebab itu lah,
golongan muda ini terdedah dengan pengaruh hedonisme yang mana
mengajak orang untuk berfikiran supaya sentiasa mencari keseronokan.
4. Punca punca yang boleh mempengaruhi minda masyarakat adalah boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu pengaruh dalaman dan pengaruh luaran:

a. Pengaruh dalaman: faktor yang berasal dari dalam diri individu yang
didasarkan pada keyakinan diri sendiri untuk memiliki gaya hidup
sesuai dengan keinginananya)
b. Pengaruh luaran: faktor yang berasal dari luar individu yang
dipengaruhi oleh kelompok referensi, iaitu terdiri daripada ahli
keluarga, pergaulan di sekolah, dan pengaruh dari luar sekolah iaitu
pergaulan dikawasan tempat tinggal.
5. Pengaruh hedonisme perlu ditangani oleh masyarakat kini dengan segera
dan lebih efektif, kerana pengaruh ini boleh menjejaskan pemikiran generasi
yang akan datang bak kata pepatah, generasi kini adalah cerminan kepada
generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai