Anda di halaman 1dari 6

CADANGAN SKRIP KAPSUL MOTIVASI DAKWAH

JHEAIPP

Sumber Utama Rujukan:


Jangan Bersedih: Segala Kesulitan Pasti Ada Kemudahan
Karya Dr ’Aidh Abdullah al-Qarni

Bil. SKRIP
31. Kesedihan bukanlah keharusan dalam islam
‫لبٱَّ ُذوعأ‬ ‫ل ن طن‬
‫طيَٰشل ننمَ ل ل‬ ‫ميَٰج ر ل‬
َ‫لن‬

…َ‫…ناننعنمَ نلا نلإإحننزحنحتَْ نل‬


"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". (At-Taubah :40 )

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi dalam diri, membunuh roh semangat
dan membekukan jiwa. Kesedihan itu juga bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan
pula sesuatu yang diharapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh yang
demikian, Rasulullah S.A.W sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan
dari kesedihan.

Pendengar sekalian, dengan kesedihan keadaan yang baik menjadi buruk dan kehidupan
yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menjadi
penyesalan dan kebinasaan diri.

Oleh itu, tidak perlu berlama-lama memendam kesedihan dalam hatimu. Banyak yang tak
menyadari, ternyata setan suka melihat seorang mukmin bersedih. Ia amat menginginkan
kesedihan itu ada pada orang-orang beriman. Tidak dinafikan kesedihan itu adalah fitrah,
malah kesedihan itu tidak diajar dalam islam, iaitu hanyalah kesedihan disebabkan takut
dengan kekuasaan Allah yang satu.

“kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis
dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? Rupa-rupanya Allah ingin memeberi kita
Pelangi.”

#PesananLaaTahzan dari DakwahJHEAIPP


32.
‫ميَٰجرلل نطنطيَٰشل ننمَ ل ل‬
‫لبٱَّ ُذوعأ‬
َ‫لن‬
‫اًنهلَونوقَْنمَ اًكحا ن‬
َ‫ض منلسنبنتف‬

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu… (An-Naml : 19)

Senyumlah kita kepada suadara-saudara kita apabila bertemu kerana nilainya adalah
sedekah. Ini kerana tertawa merupakan puncak kegembiraan, keceriaan dan keriangan.
Tertawa juga ada hadnya janganlah sampai berlebihan yang berunsurkan ejekan dan
pencemuhan.

Jiwa yang sentiasa tersenyum akan melihat kesulitan itu dengan tenang sambal berusaha
menyelesaikannya. Jika melihat sebuah persoalan,mereka tersenyum. Dengan tersenyum
keadaan yang tegang boleh menjadi ceria. Jangan menunggu bahagia untuk tersenyum
maka senyumlah untuk merepoleh kebahagiaan. Oleh itu, untuk kita mengelak kesedihan
dalam seharian kita, janganlah melihat hari semalam atau kemarin, dan tersenyumlah
melihat masa depan , esok adalah hari baru untuk kita In Sha Allah.. Allah bersama kita.

#PesananLaaTahzan dari DakwahJHEAIPP

33.
Setiap kesengsaraan yang kita hadapi, ingatlah ada hikmahnya.
‫ميَٰجرلل نطنطيَٰشل ننمَ ل ل‬
‫لبٱَّ ُذوعأ‬
َ‫لن‬
ًََ‫ابيَٰنرًقاححنتفَ حمُهبُا نثََنأنو حمه حيَٰنلَْنع نةننيَٰكسلل نلزننننأفَ حمهبُوُُلقُ يفَ انم ملَْنعف‬
َ‫ن‬

… maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan
atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat. (Al-
Fath : 18)

Apabila kita merasakan kesengsaraan dalam perkara yang kita tanggung ingatlah ada
kebaikannya yang akan kita peroleh. Tidak selamanya rasa sakit itu tidak berharga,
sehingga harus dibenci. Kerana kemungkinan sakit itu akan mendatangkan kebaikan buat
kita. Misalnya, seorang pelajar yang melalui pelbagai penderitaan dan bebanan dalam
menuntut ilmu. Pada akhirnya menjadikan pelajar sebagai orang yang berilmu dan jaminan
masa depan. Begitulah dalam apa jua penderitaan yang kita hadapi , kuat dan bersabarlah
dalam menghadapinya. Allah mengetahui pengorbanan yang kita lalui serta berdoalah
meminta petunjuknya.

Apa pun yang berlaku adalah bersebab, sesungguhNya Allah mengetahui segalanya yang
terbaik dan Allah sentiasa bersama kita. In Sha Allah..

#PesananLaaTahzan dari DakwahJHEAIPP


34. Tuntutlah ilmu kerana merupakan kewajipan bagi setiap setiap muslim
‫ميَٰجرلل نطنطيَٰشل ننمَ ل ل‬
‫لبٱَّ ُذوعأ‬
َ‫لن‬
. ً‫عو‬ ‫ضفَ نا ننكون نُملَْحنعتَْ حن نُكتَْ حنملنم نك ن‬ ‫…اميَٰظنع نك حيَٰنلَْنع ل‬
‫ا لُ ح ن‬
‫ل‬
‫ملَْ ن ن‬
… dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia
Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar. (An-Nisa’ : 113)

Ilmu itu adalah satu kuasa kepada kita. Kuasa yang mampu memberi cahaya bagi hati
nurani, menghidupkan jiwa dan pemacu semangat dalam meneruskan kehidupan di atas
muka bumi Allah ini. Dan ingatlah kebodohan itu iaitu orang yang malas dalam menuntut
ilmu adalah tanda kematian jiwa, terbunuhnya kehidupan dan hanya mensia-siakan umur.

Janganlah merungut dalam menuntut ilmu Allah yang taburkan di atas muka bumi ini. Ini
kerana barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan
memudahkan baginya jalan ke syurga (HR Muslim). Menuntut ilmu itu niatlah semoga
ilmu tersebut membuat kita semakin kenal dan dekat dengan Allah serta bermanfaat bagi
umat sekalian alam. Jika memperoleh ilmu itu amalkannya kerana ilmu tanpa amal itu
adalah seperti pokok yang tidak berbuah.

#PesananLaaTahzan dari DakwahJHEAIPP


35.
Di antara nikmat yang terbesar adalah kegembiraan, ketenteraman dan ketenangan hati.
‫طيَٰشل ننمَ ل ل‬
‫لبٱَّ ُذوعأ‬ ‫ل ن طن‬ ‫ميَٰجر ل‬
َ‫لن‬
َ‫ل نان حقنلَْنخ حندنقل‬
‫فَ نناسَنن ح ح‬
‫كي إ‬
‫دبن ن‬
َ‫إ‬

Sesungguhnya kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan
dan kesukaran (jasmani dan rohaninya). (Al-Balad : 4)

Tiada manusia yang diciptakan oleh Allah SWT yang tidak pernah ada masalah dalam
kehidupan seharian mereka yang normal. Masalah yang hadir itu anggaplah ia sebagai
ujian dan bertenang. In Sha Allah akan hadir ketenangan dan kebahagian dalam hikmah
masalah tersebut. Temukanlah kebahagiaan kita itu dengan Allah agar kita merasa bahagia
apabila kita saat bersendirian.

Sebagai seorang muslim perlu diingat bahawa kebahagian dan kegembiraan yang sebenar
adalah bukan diatas muka bumi yang sementara ini. Malah kebahagiaan hakiki adalah di
akhirat kelak. Berbahagialah di atas muka bumi ini dengan garis panduan ajaran islam. In
Sha Allah bahagia kedua-duanya.

Rahasia kebahagiaan itu terletak dalam tiga hal iaitu Sabar, Syukur, dan Ikhlas. Selamat
beramal..

#PesananLaaTahzan dari DakwahJHEAIPP


36.
Kenali isi hati kita dan perasaan kita.
َ‫طن‬ َُ
َ‫لن‬
‫ميَٰجرلل نطيَٰشل ننمَ لللبٱَّ ذوعأ‬
ُ‫مكاتآ ن‬
‫اوحرفحَ ن‬
ُ‫تَْ لَو مكتا ن‬
َ‫ف‬ َ‫ت نَ امب ن‬ ‫اوسَأ ن‬ َ‫نَ نَ حَ ام ىنلَْع ن‬
َ‫ح‬ َ‫إن‬ َُ ‫ن‬ َ‫ح ن‬ َ‫ن‬ َ‫حن‬ َ‫لن حيَٰكإل‬
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput
daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang
diberikan kepada kamu. (Al-Hadid : 23)

Emosi dan perasaan seseorang akan bergolak disebabkan dua perkara. Pertama dengan
kegembiraan dan kedua musibah yang berat. Oleh itu, siapa yang dapat menguasai
perasaannya dalam setiap peristiwa, baik yang memilukan dan juga yang menggembirakan,
maka dia berhak mendapat penghargaan berupa hati yang teguh dan stabil serta
memperoleh kebahagiaan yang tenang dan kenikmatan kerana berjaya mengalahkan nafsu.

Oleh itu, janganlah mengajar diri dan hati untuk mudah bermusuh dengan seseorang.
Kenali hati diri sendiri terdahulu. Belajar untuk sentiasa lembutkan hati apabila sedang
marah atau sebagainya. Ini kerana syaitan sangat menyukai seseorang yang sedang marah.
Apabila kita sedang marah syaitan telah mencampakkan seketul api kedalam hati kita.
Marah itu tidak dapat menyelesaikan masalah pun dan boleh menambahkan lagi masalah.

Ya Allah, bimbinglah hatiku untuk mencintaimu, lidahku untuk memujimu, kakiku untuk
berjalan di atas agamamu, dan tanganku untuk melayanimu.

#PesananLaaTahzan dari DakwahJHEAIPP


37.
Cintailah Rasulullah, kita akan menemui kebahagiaan
‫لبٱَّ ُذوعأ‬ ‫ل ن طن‬
‫طيَٰشل ننمَ ل ل‬ ‫ميَٰجر ل‬
َ‫لن‬
‫مو‬ ‫ن‬
‫رأا ن ن‬ ‫نيَٰننملنعلَْحه ًلَْةنمححنر لل كا نننلَْحنس ح‬

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya’ :107)

Berdasarkan ayat Al Quran ini Allah telah mengutuskan Rasulullah S.A.W sebagai
petunjuk dan sebagai idola kita untuk meneruskan kehidupan pada akhir zaman ini yang
penuh dengan kemaksiatan dan fitnah. Petunjuk yang dibawa oleh Baginda kepada kita
adalah sangat bermakna untuk kita jadikan pedoman. Apa yang dibawa oleh Rasulullah itu
semuanya terdapat kebaikan dan kebahagiaan serta kebenaran yang akan berlaku mahupun
telah berlaku.

Ingatlah perjuangan Baginda dalam perjuangan islam dan demi menyelamatkan umat-umat
akhir zaman ini yakni kita dalam menempuhinya. Amalkanlah apa yang ditinggalkan oleh
baginda kepada kita yakni Al-Quran dan Sunnah. Kecintaan Rasulullah itu kepada umatnya
tidak pernah goyah sejengkal pun. Baginda sanggup dihina, dimusuhi kaum kerabat
sendiri, disakiti oleh masyarakat dan diboikot ekonominya. Demi mempertahankan islam
dan saying akan umatnya. Bagaimana pula dengan perasaan cinta kita dengan Rasulullah?

Sentiasa berselawatlah ke atas baginda dengan mengingatinya


‫ٍدمح لُمَ ىنلَْنع ىهلَْ ن‬،ٍ ‫ٍدمح لُمَ هل ىنلَْعنون‬
ٍَ‫ص مههللَْنل‬

#PesananLaaTahzan dari DakwahJHEAIPP

38.
Sesungguhnya Allah mencipta didunia ini secara berbagai-bagai
‫لبٱَّ ُذوعأ‬ ‫طيَٰشل ننمَ ل ل‬ ‫ل ن طن‬
‫ميَٰجر ل‬
َ‫لن‬
… َ‫اشَنتُمَ نرحينغ ًنواهبُناشَإنتُم‬
‫…هبُ ن إ‬

...yang serupa (bentuk dan warnanya) tetapi tidak sama (rasanya)… (Al-An’am : 141 )

Janganlah kita merasa bosan dengan kehidupan kita ini kerana Allah telah menciptakan
berbagai bentuk makanan, minuman dan menciptakan makhluk yang beraneka ragam. Jiwa
manusia yang memiliki kecenderungan untuk merasa bosan jika melakukan hal sama
secara berulang kali. Oleh itu Allah menciptakan sesuatu perkara itu secara beraneka. Ada
malam dan siang, tempat tinggi tempat rendah, putih dan hitam, panas dan sejuk dan ada
manis masam. Perkara ini juga disebut didalam Al-Quran agar umat manusia dapat
menikmatinya secara berbagai-bagai.

Begitu juga dalam solat, adanya pelbagai posisi yang dilakukan berdiri, ruku’, sujud dan
duduk. Kesemuanya mempunyai manfaat dan kebaikan pada diri kita dengan izin Allah
S.W.T. Apa yang ingin disampaikan didalam ayat ini sesiapa yang menginginkan kepuasan
dan produktif, pelbagaikan dalam pekerjaan kita dan seharian kita. Lakukan perkara yang
boleh memberi keceriaan kepada kita secara positif. Beriadah, menziarah rakan, menerima
tetamu, berekreasi dan beribadah kepada Allah tepat pada waktunya. In Sha Allah jiwa
sentiasa ceria dan segar.

#PesananLaaTahzan dari DakwahJHEAIPP


39. Buanglah rasa kegelisahan dalam hati kita dengan mengingati Allah.
‫لبٱَّ ُذوعأ‬ ‫ل ن طن‬
‫طيَٰشل ننمَ ل ل‬ ‫ميَٰجر ل‬
َ‫لن‬

‫ح‬
‫ص ُاللَْ لنحنر ن‬
…َ‫ش ننمنف‬ ‫اللَْإلإرحكإذنمإه م ُُهبُُولُقُ إةنيسا إقنحلَْهلَْإلَْلحيَٰنونفَ إههبُإلرنمإه رُونُ ىننلَْع نوهُنفَ إملَْنحسحلَْإإُلَْهنرحد ن‬

Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam,
lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang
yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi
orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh
Allah. (Az-Zumar : 22)

Allah lebih mengetahui isi hati setiap hambanya. Maka bersangka baiklah dengan qada dan
qadar Allah agar hati kita tidak menjadi keras seperti batu dalam menerima apa-apa
ketentuan yang telah diberikan oleh-Nya. Janganlah gelisah, banyakkan berdoa kepada
Allah agar dipermudahkan segala urusan kita dan ditempuhi cabaran tersebut dengan
tenang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja, jangan mengingat-ingat masa lalu, dan
jangan pula merasa risau dengan masa yang akan datang.

Jadi usahlah terlalu memikirkan atau merenungi musibah yang telah berlalu. Itu merupakan
perbuatan yang sia-sia dan meroksakkan hati. Pepatah Cina menyebutkan “Janganlah anda
menggambarkan sebuah jambatan sebelum anda melaluinya.” Bermaksud tak perlu kita
nak menggambarkan suatu perkara termasuk keburukan dan bencana yang ada di dalamnya
sehingga kita sendiri yang alaminya sendiri.

#PesananLaaTahzan dari DakwahJHEAIPP


40.
Wahai hati, janganlah bersedih, tuhan maha pengampun dan maha penerima taubat.
‫لبٱَّ ُذوعأ‬ ‫طيَٰشل ننمَ ل ل‬ ‫ل ن طن‬ ‫ميَٰجر ل‬
َ‫لن‬
ُ‫ب نُونهذلَ ُرفإحغنيَٰاللَْنلن لإإاللَْ لإةنمححلرنإمَ او ن‬
‫طنحنقتَْ لَنحمهإإُسفُِننأىننلَْع اوُفنرحسَنأنيَٰنإلذلَيداإبننإع اينحُلَْقُ ميَٰإحرلَل ر ُُونفغ ح‬
‫ل نوهُ ُلهنإًإاعيَٰإمنج‬

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas


terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus
asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya
Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Kesepian itu datang ketika kita lupa bahawa Allah bersama kita. Janganlah kita bersedih
dengan apa yang telah berlaku kerana Allah bersama kita. Kesedihan itu hadir bukanlah
. (Az-Zumar : 53)
sesuatu yang diminta malah hadir kesedihan itu daripada sudut hati yang betul ikhlas
dengan perkara tersebut.

Jika kita bersedih disebabkan masalah yang kita hadapi. Anggaplah ia sebagai satu ujian
kerana dengan ujian itu tanda Allah sayang kita , dan dengan ujian itu Allah sedang
mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketaqwaan kita terhadap-Nya.
Saat kita berada dalam satu sudut sempit, semua terasa sulit menghimpit, percayalah pada
ketentuan Allah itu lebih baik. Jangan bersedih Allah bersama kita.

#PesananLaaTahzan dari DakwahJHEAIPP

Anda mungkin juga menyukai