Anda di halaman 1dari 2

SOROTAN KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan tentang beberapa rangka teori berkaitan dengan kajian pengurusan
stress dalam kalangan pelajar di universiti sultan zainnk abiding mempengaruhi pencapaian
akademik.

2.1 Faktor tekanan

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Haryati Kamarudin (2013), beliau mengatakan
bahawa faktor tekanan kerja bukanlah berpunca daripada faktor luaran seseorang sahaja tetapi ia
juga dipengaruhi oleh faktor dalaman seseorang. Oleh itu tahap tekanan yang dihadapi oleh
setiap individu adalah berbeza mengikut sejauhmana ia mempersepsikan tekanan itu boleh
mempengaruhi dirinya. Dari segi umur secara umumnya sedikit sebanyak terdapat perbezaan dari
segi tingkahlaku antara para pekerja yang masih muda usianya berbanding dengan para pekerja
yang telah berusia iaitu dari segi prestasi seseorang pekerja dipercayai menurun seiring dengan
peningkatan umur. Ini disebabkan dari setahun ke setahun semakin ramai pekerja akan
meningkat umur dan memerlukan pendekatan pengurusan yang berbeza.

2.2 Pencapaian akademik

Dalam kajian stres dan pencapaian akademik mahasiswa pembangunan manusia di Universiti
Putra Malaysia oleh Harina H. Hamsan, Tan Poh Mar dan Zumali Haji Selamat, mereka telah
membuat kesimpulan bahawa dari segi faktor latar belakang, kajian menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara tahap stres pelajar lelaki dengan tahap stres pelajar perempuan.
Selain itu,jumlah kursus yang diambil dan jumlah kredit yang diambil mempunyai perkaitan
dengan tahap stres pelajar.
2.3 Pegurusan stress

Seperti yang dikatakan oleh Shamsaadal Sholeh Saad, Wan Zaimah Wan Adman, Zahhrul,
Akmal, Damin, Harlian Halim, Hussain Othman, Khairul Azman Mohamad Suhaimy, dalam
kajian mereka,Pegurusan stress dalam kalangan pelajar universiti (2017) faktor akademik telah
menyumbang tahap stres yang tinggi kepada responden. Ini menunjukkan item yang
dikemukakan mendapat persetujuan daripada responden. Faktor akademik dari segi beban
tugas yang besar merupakan item pilihan majoriti responden yang mempersetujui bahawa beban
kerja yang banyak menyebabkan stres dalam kalangan pelajar.

1. Haryati Kamarudin.(2013). Faktor tekanana kerja dalam kakitangan Mains Holding


SDN.BHD: http://library.oum.edu.my/repository/978/1/library-document-978.pdf
2. Harina H. Hamsan, Tan Poh Mar dan Zumali Haji Selamat.(2010). Stress dn Pencapaian
Akademik mahasiswa pembangunan manusia di Universiti Putra Malaysia:
http://www.ukm.my/personalia/wp-content/uploads/2015/06/4-Hanina-H.pdf
3. Shamsaadal Sholeh Saad, Wan Zaimah Wan Adman, Zahhrul, Akmal, Damin, Harlian
Halim, Hussain Othman, Khairul Azman Mohamad Suhaimy.(2017).Pegurusan stress
dalam kalangan pelajar university:
https://www.researchgate.net/publication/322222527_PENGURUSAN_STRES_DALA
M_KALANGAN_PELAJAR_UNIVERSITI
4. MujiGunarto.(2009).pengertian model servqual
http://www.mujigunarto.wordpress.com/2009/01/02/pengertian-servqual-by-muji-
gunarto/

Anda mungkin juga menyukai