Anda di halaman 1dari 28

lOMoARcPSD|24863891

CTU 152 Group Assignment( Group A)

Values and Civilization (Universiti Teknologi MARA)

Studocu is not sponsored or endorsed by any college or university


Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)
lOMoARcPSD|24863891

TAJUK: FAKTOR
KEMAJUAN TEKNOLOGI MEMPENGARUHI
PEMBINAAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

NAMA NO. PELAJAR

MUHAMMAD SHAH NAQIUDDIEN


SIDDIQ BIN MOHD AZRAI 2021826064
MUHAMMAD AMEER HAIKAL BIN
NORHISYAM 2021839946
MUHAMAR HAFIZ MUBARAQ BIN
AHMAD SENAN 2021828846

WAN MUHAMMAD HAZIQ BIN WAN 2021832538


SHAHRIL

AIMAN SYAHMIN BIN AZMAN 2021825752

RADEN MOHAMMAD DZAFFRIANSYAH 2021825506


BIN R MOHD ANDRIANSYAH

NAMA PENSYARAH : MOHD ASYADI BIN REDZUAN

KUMPULAN: JBA1142F

DEKLARASI PENULIS

“Kami mengakui bahawa kertas kerja ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh
kami sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami
jelaskan akan sumber-sumbernya.”

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

MEI 2022

DEKLARASI PENULIS

NAMA PELAJAR NO. PELAJAR TANDATANGAN


MUHAMMAD SHAH
NAQIUDDIEN SIDDIQ BIN 202186064
MOHD AZRAI
MUHAMMAD AMEER HAIKAL 2021839946
BIN NORHISYAM
MUHAMAR HAFIZ MUBARAQ 2021828846
BIN AHMAD SENAN
WAN MUHAMMAD HAZIQ BIN 2021832538
WAN SHAHRIL
AIMAN SYAHMIN BIN AZMAN 2021825752

RADEN MOHAMMAD 2021825506


DZAFFRIANSYAH BIN R MOHD
ANDRIANSYAH

TARIKH:

ABSTRAK

PENDAHULUAN

Berdasarkan kajian terdahulu yang telah dilakukan, faktor-faktor kemajuan teknologi berlaku
adalah atas sebab reka bentuk,keinginan,idea dan inovasi manusia dalam kehidupan
seharian untuk mempermudah rutin dan pekerjaan harian. Daripada inovasi alatan bercucuk
tanam sejak peradaban kuno,hingga mampu mencapai kemodenan dengan penciptaan
jentera dan mesin. Kehidupan masyarakat di Malaysia juga bergantung harap pada
kepesatan teknologi, daripada tempat kerja hingga pulang ke rumah. Namun begitu,masih
ada beberapa pihak yang menyalahgunakan aliran teknologi ke arah yang membawa
kemudharatan, mahupun bersifat tidak bermoral.

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

FAKTOR KEMAJUAN TEKNOLOGI MEMPENGARUHI PEMBINAAN ETIKA DAN


PERADABAN DI MALAYSIA.

Kemajuan teknologi telah membawa perubahan pada corak dan gaya hidup lapisan
masyarakat di Malaysia. Dengan teknologi terkini,ianya mampu menjadi pemacu kepada
peradaban yang lebih sistematik. Misalnya dalam soal perhubungan dan telekomunikasi,
pada zaman pasca merdeka, reka bentuk alat komunikasi seperti “walkie-talkie” amat
kompleks pada bentuk saiz dan berat. Mereka juga menggunakan telegraf untuk
menyampaikan maklumat,dan sering kali juga saling mengutus surat. Kini,dengan
kewujudan peranti mudah alih,aplikasi sosial media dan telefon awam yang lebih canggih,
maklumat serta informasi amat mudah disampaikan tanpa mengira jarak. Malaysia juga
telah meletakkan fokus pada kemajuan teknologi pengangkutan sama ada di jalan
raya,udara,laut mahupun jarak dalam bandar. Menjejaki masa lampau dimana individu
menggunakan basikal,menaiki kereta api,berjalan kaki dan menaiki sampan. Kenderaan
seperti kereta amat sukar dimiliki oleh lapisan masyarakat dahulu atas faktor ekonomi.
Hampir semua keluarga rakyat Malaysia pada hari ini memiliki kenderaan sendiri,bukan itu
sahaja,namun kerajaan telah melakukan inisiatif untuk menaiktaraf serta membangunkan
sektor pengangkutan. Pembinaan LRT,Monorel,kenderaan awam seperti bas dan lain-lain
telah menjadikan kehidupan rakyat lebih teratur. Jarak dan perhubungan juga telah
dipercepatkan,lantas membina kehidupan yang lebih beretika. Lantaran itu teknologi
seharusnya diletakkan kegunaannya pada sesuatu yang hak dan berguna,kerana ianya juga
mampu membawa keburukan yang tersendiri.

IMPAK KEMAJUAN TEKNOLOGI MEMPENGARUHI PEMBINAAN ETIKA DAN


PERADABAN DI MALAYSIA.

Di samping mengikuti arus pemodenan dalam negara, setiap lapisan rakyat semestinya
menikmati kemudahan yang tersedia ada terhasil daripada evolusi sektor baharu. Namun
disebalik kebaikan dan kesenangan sudah semestinya diiringi dengan keburukan dan
kelemahan, hal ini dapat dibuktikan dengan menjejaki kemajuan dunia digital yang semakin
menghasilkan rentak dalam setiap diri individu khususnya rakyat Malaysia. Dengan
terletaknya seluruh maklumat yang bersifat global di hujung jari, generasi muda pelapis
negara kini telah terdedah dengan anasir fahaman luar misalnya ideologi dan fahaman barat
yang kian menjadi ikutan,dirujuk sebagai “tren”. Selain itu, diri individu juga berpotensi untuk

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

terperangkap di dalam sesuatu bentuk ketagihan bergelar pornografi. Penyebaran video


lucah tersebut yang membelakangi etika dan nilai moral telah pun menjadi sesuatu adat
yang dinormalisasi oleh warga dunia. Kesan daripada penyebaran dan menormalisasikan
ayat serta tabiat kotor juga telah menempatkan keberanian dalam hati masyarakat,
khususnya warga muda untuk memandang senteng hukum agama. Pemakaian menjolok
mata yang tidak berprinsip iaitu menampakkan bentuk dan rupa badan boleh disamakan
seperti peradaban primitif,dimana manusia mempamerkan dirinya tanpa pakaian kecuali
cawat. Lantaran itu,meskipun dengan wujudnya kemajuan dalam bidang teknologi,akhlak
dan peribadi yang membentuk ketamadunan adalah sesuatu yang dipupuk melalui
pendidikan berterusan hingga ke hujung hayat.

PERANAN KERAJAAN MENGATASI KESAN KEMAJUAN TEKNOLOGI YANG


MEMPENGARUHI PEMBINAAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA.

Mengikuti permasalahan di atas,kerajaan boleh menyekat akses dan menghadkan


kandungan laman sesawang bukan sahaja bagi lapisan umur di bawah 18 tahun, tetapi juga
untuk warga dewasa kerana ditakuti gejala tersebut akan berleluasa dan timbulnya isu serta
jenayah penyebaran

kandungan yang lucah. Selain itu kerajaan juga seharusnya menguatkuasakan undang-
undang siber,dimana pihak berkuasa dapat memantau aktiviti penipuan(“scam”), mengambil
tindakan atau mengharamkan laman lucah serta berkuasa memadamkan sesuatu yang
bersifat sensitif,rasis dan memberikan provokasi.

KESIMPULAN

Izharnya, telah dipersaksikan bahawa setiap peradaban akan pasti mengecapi kemajuan
teknologi yang terunggul. Persoalannya, pada akhir hari adakah pembangunan sahsiah diri,
akhlak, sifat dan etika turut membangun bersama. Secara umumnya kajian yang telah
dilakukan ini akan menunjukkan bahawa hasil telah mencapai objektif, masyarakat
khususnya Malaysia perlulah memainkan peranan dalam mendidik generasi pelapis negara
sejajar dengan perkembangan teknologi agar mereka tidak melupakan soal etika dan
membentuk komuniti yang bertamadun. Tidak juga lupa akan peranan individu dalam

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

memastikan teknologi tidak disalahgunakan pada sumber yang memudaratkan. Negara juga
memainkan peranan yang penting dalam memastikan rakyatnya tidak mencabuli undang-
undang yang telah dikuatkuasakan agar mereka tidak membentuk tingkah laku yang tidak
bermoral bertentangan dengan peradaban terkini berpaksikan teknologi moden. Oleh itu,
semua pihak harus berganding bahu dalam menerapkan kemajuan teknologi untuk
digunakan sepenuhnya ke arah kebaikan dan manfaat, hal ini akan membina sebuah
negara dan bangsa yang berfikiran jauh dan matang lantas, membina etika dan peradaban
yang agung.

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Illahi atas kurniaan dan peluang untuk berjaya menyiapkan projek
kumpulan ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada guru dan pensyarah kami bagi
subjek CTU152, Encik Mohd Asyadi bin Redzuan atas didikan, bimbingan, nasihat dan
ajaran yang beliau curahkan semasa waktu pembelajaran.

Ucapan terima kasih juga kami hadiahkan pada ahli kumpulan yang terbabit, atas kesediaan
dan pengorbanan yang diberikan dari segi masa tenaga dan keringat.

Seterusnya, kami juga ingin menyatakan bahawa kami berterima kasih atas sokongan para
rakan dan keluarga atas sokongan mereka sepanjang menyiapkan tugasan ini.

ISI KANDUNGAN

Deklarasi Penulis

Permarkahan

Abstrak

Penghargaan

Isi kandungan

Bab 1 Pengenalan

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

1.0 Pengenalan
1.1 Penyataan masalah
1.2 Objektif kajian
1.3 Kesimpulan
Bab 2 Kajian literatur

2.0 Pendahuluan
2.1 Definisi, Kepentingan, Kesan, Cabaran
2.2 Kesimpulan
Bab 3 Metodologi kajian

3.0 Pendahuluan
3.1 Reka bentuk kajian
3.2 Instrumen kajian
3.3 Pensampelan
3.4 Analisa kajian
3.5 Kesimpulan
Bab 4 Dapatan kajian & Perbincangan

4.0 Pendahuluan
4.1 Dapatan Kajian
4.2 Perbincangan
4.3 Kesimpulan
Bab 5 Rumusan dan kesimpulan

5.0 Rumusan
5.1 Cadangan
5.1.1 penyelidik akan datang
5.1.2 Kerajaan
5.1.3 Masyarakat
5.2 Kesimpulan

Rujukan

Lampiran

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

BAB 1:PENGENALAN

PENDAHULUAN

Pada era pemodenan kini,ekoran pembangunan digital berteknologi tinggi yang pesat dan
berleluasa,seringkali dapat kita kaitkan dengan pembentukan etika dan kemajuan
peradabadan didalam sesebuah negera membangun khususnya di Malaysia. Faktor
kemajuan teknologi boleh didefinisikan sebagai arus pergerakan moden,dimana sesuatu
infrastruktur,kemudahan,gajet dan kelengkapan adalah sesuatu yang dipermudahkan serta
sentiasa dinaiktaraf kegunaannya dalam hidup seharian manusia. Walaubagaimanapun,
etika dan peradaban pula adalah satu perkara yang berbeza. Menurut definisi kamus dewan
edisi ke-4 etika beerti ilmu,prinsip-prinsip,akhlak,moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi
pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan(persatuan,pekerjaan,dll), ia juga boleh
ditakrifkan sebagai garis panduan. Peradaban pula bermaksud civilizations dalam bahasa
inggeris,istilah tesebut adalah yang paling luas bagi merujuk maksud peradaban atau
tamadun. Terma civilized juga diguna pakai yang merujuk kepada memperbaiki tingkahlaku
yang kasar atau kurang sopan,menjinakkan(to tame) dan menyelaraskan mengikut
keperluan masyarakat. Ringkasnya, peradaban adalah sesuatu corak kehidupan yang
keluar daripada gaya hidup primitif dan barbaric kepada kehidupan yang mempunyai
kehalusan akal budi dan kesopanan. Izharnya,mengikuti daripada kesuluruhan pengenalan
ini,dapat kita hubung kaitkan kesan pembangunan teknologi boleh menjadi salah satu aspek
yang membina daya intelek dan pemikiran cerdik masyarakat hingga mampu membina
mahligai kehidupan yang aman dan bersatu tanpa mengira status,warna kulit,ideologi serta
pegangan. Teknologi,tanpa ragu menjadi salah satu faktor pembangunan dari segi etika dan
perdadaban. Hal ini dibuktikan,dengan mengikuti sejarah lampau tamadun purba yang
mencipta pelbagai kelengkapan yang menjadi asas pembangunan kemajuan terkini.

Malaysia,yang merupakan negara dunia ke-3 adalah sebuah negara yang bergantung harap
pada kepesatan teknologi. Sebelum mencapai kemerdekaan,masyarakat masih mengikuti
perkaya tahyul yang menjadi benteng penghalang bagi ideologi dan fahaman baharu untuk
berkembang,perkara yang sama berlaku apabila masyarakat terlalu bergantung harap pada
kemajuan dan gaya pemikiran penjajah. Hasilnya, peradaban dan etika kendiri terbantut
begitu juga tahap kemajuan teknologi dan inovasi. Kini,Malaysia berada di ambang pacuan
digital, di mana masyarakat hidup dengan memegang teguh nilai moral dalam kehidupan

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

seharian. Bunga raya,adalah satu bukti yang menjadi pegangan masyarakat Malaysia.
Hidup dalam arus moden menyebabkan pemikiran manusia

menjadi kritis. Tuntasnya dengan kemajuan dalam bidang teknologi, rutin harian manusia
menjadi lebih sistematik,dengan teknologi juga,manusia mampu membentuk pemikiran yang
bersifat luas atas dasar ilmu yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Hal ini menjadikan
kehidupan masyarakat penuh etika dan membuktikan bahawa kemajuan teknologi mampu
mengorak langkah ke arah peradaban yang lebih unggul.

Teknologi,sesuatu yang jelas memberikan manfaat pada seluruh lapisan masyarakat dari
segi kemudahan komunikasi berjarak jauh,maklumat dan informasi semasa,status ekonomi
sama ada dalam atau luar negara,pendidikan yang lebih mudah dan hanya terletak di
hujung jari,perhubungan dan pengangkutan yang menjimatkan masa,kemudahan jentera
dan mesin untuk berkerja dan kelengkapan serta infrastruktur moden dalam kehidupan
seharian. Meskipun ianya mempunyai 1001 kebaikan, kemajuan teknologi juga boleh
membawa kepada faktor yang mudharat. Misalnya, etika berpakaian telah menjadi sebuah
isu umum di Malaysia. Pengaruh dan budaya dari seluruh penjuru dunia telah dapat
menembusi dan menjadi ikutan masyarakat Malaysia, kemajuan dari alatan canggih seperti
komputer,televisyen,radio,telefon pintar dan aplikasi sosial telah menjadi asbab masyarakat
dalam negara ini untuk menerapkan budaya khususnya gaya pemakaian luar dalam
kehidupan seharian mereka. Mengikuti arus pergerakan tren terkini,sesetengah golongan
masyarakat berasa malu apabila ketinggalan dalam apa-apa perkembangan. Teknologi yang
boleh menghasilkan pakaian yang mempunyai ribuan gaya dan warna telah menjadikan
mereka tidak menutup aurat dan memakai pakaian yang menjolok mata. Hukum-hakam
Islam juga dipandang ringan atas dasar anak-anak muda yang hidup dikelilingi perubahan
tren dan sesiapa yang tidak mengikutinya akan digelar “ketinggalan zaman” .

Memetik ayat Al-Quran Surah al-A’raf: Ayat 26

َ ‫الِ لَ َعلّ ُه ْم يَ ّذ ّك ُر‬


‫ون‬ ّ ‫ات‬ َ ‫ْر ۚ َٰذل‬
ْ ‫ِك م‬
ِ َ‫ِن آي‬ َ ‫اس التّ ْق َو ٰى َٰذل‬
ٌ ‫ِك َخي‬ ً ‫اري َس ْوآتِ ُك ْم َو ِر‬
ُ َ‫يشا ۖ َولِب‬ ِ ‫ُو‬ ً َ‫يَا بَنِي آ َد َم قَ ْد أَ ْن َزلْنَا َعلَ ْي ُك ْم لِب‬
َ ‫اسا ي‬

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup
auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.
Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat.

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

Kesimpulannya,baik dan buruk sesuatu kemajuan teknologi tersebut pada sesebuah negara
dalam memangkin etika dan peradaban,adalah terpulang pada corak penggunaanya.
Teknologi maju telah membangunkan serta membina sebuah peradaban moden,contohnya
pembinaan terowong,bangunan tinggi,landasan,pengangkutan jalan raya,susun atur
sistematik trafik,LRT,Monorel,pelabuhan,hubungan antara negara dan pelbagai lagi.
Teknologi juga telah menjadi manfaat pada kehidupan beretika masyarakat,misalnya dalam
soal pekerjaan,pemakaian dan yang lain. Akhirnya ianya terletak di tangan seseorang
individu,masyarakat,ataupun negara untuk memanfaatkannya ataupun sebaliknya.

Oleh itu,kajian ini dilakukan untuk mengkaji faktor-faktor kemajuan teknologi mempengaruhi
pembinaan etika dan peradaban di Malaysia dan peranan dari segi individu ,masyarakat dan
negara dalam mengadaptasi kehidupan ekoran perkembangan dunia serba canggih.

OBJEKTIF KAJIAN:

Objektif kajian ini bertujuan untuk untuk menganalisis faktor-faktor kemajuan teknologi
mempengaruhi pembinaan etikan dan peradaban di Malaysia.

Selain itu, kajian ini juga adalah untuk menganalisis peranan-peranan individu , masyarakat
dan negara dalam membentuk etika dan peradaban ikutan pembangunan teknologi di
Malaysia.

BAB 2:

KAJIAN LITERATUR TENTANG KEMAJUAN TEKNOLOGI MEMPENGARUHI


PEMBINAAN ETIKA DAN PERADABAN

Penelitian dan analisis ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungkait antara kemajuan
teknologi sama ada ianya mempengaruhi etika dan peradaban di Malaysia. Malaysia pada
hari ini telah pun dianggap sebagai sebuah negara yang memacu laju pembangunan sektor
teknologi yang baharu. Hal ini memberikan impak pada kehidupan yang mempunyai etika
dan peradaban seiring dengan pemikiran yang semakin moden. Malaysia, sebuah negara
yang majmuk kerana mempunyai berbilang kaum, agama dan bangsa kekal kukuh pada
soal perpaduan, corak kehidupan masyarakat pula sentiasa saling menghormati dan
menyantuni satu sama lain. Perkara terbabit telah membuktikan bahawa dengan

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

mempunyai teknologi yang canggih, masyarakat tidak mudah lupa akan kepentingan nilai
moral dalam setiap hari yang dihadapi. Lantaran itu, ianya semakin menjadikan fikiran
mereka berkembang dan pandangan semakin luas. Selain itu, kajian penyelidikan yang
dijalankan ini untuk menganalisis peranan individu, masyarakat dan negara dalam
membentuk etika dan peradaban ikutan pembangunan teknologi di Malaysia serta
pengaruhnya dalam pembinaan etika dan peradaban. Di samping itu, kajian yang dijalankan
ini telah menerapkan beberapa metod bagi menyempurnakan maklumat yang dikaji untuk
mengetahui factor kemajuan teknologi dan peranan individu masyarakat dan negara dalam
membentuk peradaban yang beretika. Justeru itu, kita dapat mengenalpasti kebaikan dan
keburukkan sesuatu kemajuan dan bersama-sama mengambil langkah untuk berkerjasama
dalam membentuk generasi yang menggunakan kemajuan teknologi ke arah membina
peradaban yang lebih beretika.

BAB 3 :

METODOLOGI KAJIAN

Dalam menjalankan kajian,pengkaji telah menggunakan beberapa reka bentuk kajian untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam menjayakan kerja kursus ini ,Metodolgi
kajian merupakan kaedah dan Teknik mereka-bentuk,menganalisis dan mengumpulkan data
bagi dapat megukuhkan bukti yang boleh menyokong kajian ini untuk merumuskan kajian
ini.Metadologi dapat membantu menjelaskan bagaimana sesuatu perkara yang dikaji dan
punca sesuatu kaedah atau Teknik tertentu digunakan.Tujuan penyediaan reka bentuk
kajian adalah untuk menghubungkaitkan persoalan dan objektif kajian dengan hasil
kajian.Jenis reka bentuk yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah menggunakan
kaedah pemerhatian,data sekunder dan analisis data.Tujuan kajian dijalankan adalah untuk
mengenal pasti apakah faktor-faktor kemajuan teknologi dalam mempengaruhi pembinaan
etika dan peradaban di Malaysia dan peranan dari segi individu ,masyarakat dan negara
dalam mengadaptasi kehidupan ekoran perkembangan dunia serba canggih.

KAEDAH PEMERHATIAN

10

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

Dalam usaha menjalankan kajian ini,kaedah pemerhatian telah dipilih untuk mengukur
pembolehubah penyelidikan ini kerana kaedah pemerhatian sesuai digunakan untuk
mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit.Misalnya faktor-faktor kemajuan teknologi
dalam mempengaruhi pembinaan etika dan peradaban di Malaysia.Ini kerana melalui
kaedah ini penyelidik dapat mengamati tingkah laku sesuatu subjek berdasarkan pemboleh
ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.Tanggungjawab penyelidik sebagai pemerhati
adalah merekod setiap perubahan-perubahan yang berlaku sama ada dari jauh atau dekat.

KAEDAH ANALISIS DATA

Kaedah ini telah dipilih sebagai salah satu kaedah yang digunakan dalam menjayakan
kajian.Hali ini adalah kerana pengkaji dapat mengumpulkan maklumat-maklumat yang
dikumpulkan secara teliti dan bersih untuk melakukan analisa untuk mengenal pasti konsep-
konsep yang terdapat berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan tersebut.Di
samping itu pengkaji pengkaji perlu mengikut kesesuaian untuk menggunakan kaedah yang
terbaik bagi memahami rumusan masalah penyelidikan agar kesilapan data tidak berlaku
kemudian.

KAEDAH DATA SEKUNDER

Data sekunder merupakan data yang telah dikumpulkan oleh mana-mana sumber maklumat
yang sedia ada seperti Komersial Televisyen,Akhbar atau mana-mana institute lain yang
telah mengeluarkan data untuk tujuan mereka tersendiri.Dengan menggunakan kaedah ini
ianya dapat membantu pengkaji untuk mengetahui corak perubahan sesuatu perkara
mengikut peredaran zaman dan dapat membantu pengkaji melakukan rumusan dengan
lebih tepat untuk merumuskan kajian.

KESIMPULAN

Kajian yang dijalankan merupakan kajian ke atas faktor-faktor kemajuan teknologi dalam
mempengaruhi etika peradaban dan peradaban di Malaysia dan peranan dari segi

11

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

individu ,masyarakat dan negara dalam mengadaptasi kehidupan ekoran perkembangan


dunia serba canggih.Pelaksanaan kajian ini memainkan sangat dominan dalam melahirkan
sesebuah negara dan masyarakat yang berminda futuristic.Ini kerana dengan menjalankan
kajian-kajian ini kita dapat mengenal pasti atau belajar apa kekurangan negara kita
berbanding negara-negara yang jauh lebih maju dari kita seperti Singapura,Amerika Syarikat
dan United Kingdom.Oleh itu pihak-pihak yang berkenaan sama ada badan kerajaan atau
tidak haruslah Bersama-bersama menggembleng tenaga dengan berusaha Bersama-sama
dalam menjayakan kajian ini.

12

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

PENGENALAN

Etika dan Peradaban adalah dua konsep umum sejagat yang dipilih untuk difahami dalam
kajian ini.Kedua-dua konsep ini penting untuk memahami dan menghayati dinamika
sesebuah masyarakat.Kedua-dua konsep ini satu persatu masing-masing dengan tersendiri
dan kemudiannya melihat kaitannya dalam konteks susur masa prakonial,colonial dan
pascakolonial,Fokus pertama adalah perbincangan tentang pergerakan idea dan amalan
etika dan peradaban dunia . Fokus kedua,adalah terhadap konsep etika khususnya
menghuraikan pengertiannya dalam konteks sejarah pemikiran Eropah,daripada zaman
sebelum,semasa dan selepas Enlightenment .Kemudian dikupas pula impak kefahamn dan
amalan konsep etika Ketika disemaikan semasa zaman colonial dan pascakolonial di luar
Eropah.Fokus ketiga adalah terhadap konsep peradaban berdasarkan susur masa pra
kolonialisme,kolonialisme dan pasca kolonialisme timur dan barat , perspektig agama dan
kepercayaan.Contoh-contoh boleh ditimba daripada pengalaman sejagat dan Alam
Melayu.Pada masa kini,kemajuan teknologi internet dan medium untuk berkomunikasi
seperti telefon pintar dan computer telah berkembang luas di serata dunia,

FAKTOR KEMAJUAN TEKNOLOGI MEMPENGARUHI ETIKA DAN PERADABAN

PERUBAHAN NILAI DALAM MASYARAKAT (Weltanschauung)

Tidak dapat dinafikan bahawa ICT semakin mendapat tempat dan semakin banyak
digunakan bagi membantu manusia dan masyarakatnya bagi menyelesaikan masalah
harian mereka. Perubahan yang dibawa oleh ICT dari sudut kerangka pemikiran masyarakat
ini masih yang tidak banyak dibincangkan secara ilmiah walaupun ianya sedang berlaku.
Perubahan Weltanschauung ini berlaku pada semua jenis masyarakat. Sebagai contoh,
segelintir ilmuan Eropah pada akhir abad ke-19 dan awal abad 3 ke-20 turut berubah
semenjak idea dan konsep Mesin Turing diperkenalkan oleh tokoh ilmiah dan matematik
Inggeris Alan Turing (1912-1954).Mesin Turing yang menjadi asas kepada ilmu ICT tadi
bukan sahaja mengubah Weltanschauung,malah ia juga mengubah budaya pemikiran orang
Inggeris,sehinggakan hamper setiap pelajar dan cendekiawan terpengaruh dengan tradisi
pemikiran tersebut.Hari ini masyarakat di Malaysia khususnya orang Melayu juga terkesan
dengan arus global ICT.Sejarah juga telah membuktikan bahawa bagaimana orang Melayu

13

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

pada zaman dahulu terpengaruh dengan teknologi-teknologi British pada awal abad ke _ 18
sewaktu kedatangan mereka.

INTERNET DAN KEPELBAGAIAN PANDANGAN POLITIK

Dengan adanya teknologi ICT,ia dapat mengubah cara masyarakat melihat dunia,
mengubah perspektif politiknya.Sebuah ulasan sosial yang dijalankan di USA pada tahun
2000 ( General Society Survey-GSS) tentang kepelbagaian pandangan politik bagi
pengguna dan bukan pengguna Internet dijalankan untuk berbagi pikiran, ide, dan
pendapat.Hasil penyelidikan tersebut mendapati bahawa perbezaan antara dua kumpulan
tersebut dimana pengguna Internet dirumuskan lebih menyokong kepada kepelbagaian dan
memiliki pandangan yang bertoleransi,mereka juga didapati mempunyai pandangan yang
lebih optimistic terhadap kehidupan mereka menggambarkan diri mereka sihat dan
mempunyai kehidupan yang lebih menyeronokkan dan mempunyai kewangan lebih purata
pendapatan.Mereka juga memiliki tahap kepercayaan yang tinggi kepada warganegara yang
lain.Di samping itu , didapati bahawa tiada kena-mengena fikiran positif untuk pengguna
Internet bagi tujuan komunikasi personal menerusi email berbanding pengguna yang
menggunakan Internet sebagai tujuan Impersonal.

KESAN-KESAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MEMPENGARUHI ETIKA DAN PERADABAN

MENINGKATKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan ICT dalam pembelajaran bukanlah suatu perkara yang asing dalam bidang
Pendidikan,malahan ia telah lama diaplikasikan di IPT serta kolej-kolej dan sekolah-sekolah
tertentu di Malaysia.Penggunaan ICT akan membuatkan pembelajaran lebih mudah serta
menarik serta pemahaman dan keberkesanan dalam pembelajaran juga dapat
ditingkatkan.Namun,penggunaan teknologi acap kali menimbulkan masalah dari segi
pembiayaan,penjagaan dan kewangan. Masalah kekurangan teknologi boleh memberi
kesan kepada kepada pembangunan kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat.Oleh
itu,pihak berkenaan seperti Kementerian Pendidikan perlulah menyediakan teknologi seperti
tablet,telefon pintar , notebook , komputer kepada golongan-golongan belia yang akan
menggalas tanggungjawab untuk memastikan negara kita maju pada masa hadapan.Selain
daripada itu,rangkaian internet yang baik juga memainkan peranan yang dominan,ini kerana
tanpa rangkaian internet yang baik kaedah penggunaan ICT tidak akan berjalan dengan
efektif.Hal ini kerana kebanyakan infrastruktur-infrastruktur ICT beroperasi dengan

14

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

rangakaian internet yang baik.Oleh itu pihak kerajaan perlulah memperbaik perkara ini
dengan mengadakan rangkaian 5G di seluruh negara.Beberapa negara jiran kita sudah
menggunakan kaedah ini untuk memastikan keamanan masa depan negara terjamin
antaranya seperti Thailand, Jepun dan Cina.Pihak kerajaan perlulah memandang serius
dengan perkara ini agar negara kita tidak ketinggalan jauh dengan negara-negara jiran yang
sudah mula memajukan negara.

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PERNIAGAAN

Penggunaan media sosial dalam sesebuah kaum masyarakat dapat membantu untuk
mewujudkan hubungan di antara peniaga dengan pelanggan untuk menjadi lebih rapat dan
akrab.Hal ini kerana tugas peniaag ialah untuk mewujudkan persekitaran yang dapat
menarik perhatian orang ramai yang merupakan pelanggan berpotensi,bergantung kepada
cara peniaga memanfaatkan kelebihan sosial media ini.Apabila peniaga mengambil
keputusan untuk menceburi rangkaian sosial ini,sekaligus meraka akan dapat berinteraksi
dengan ramai orang lain di platform yang digunakan.Merka akan cuba yang terbaik untuk
memberikan komunikasi yang bagus agar para pengguna atau pembeli akan lebih tertarik
untuk membeli dek kerana bukan hanya sekadar informasi barang yang dijual
disediakan,malahan ia memberi kesan kepada hati oleh itu secara tak langsung,media
sosial ini mejadi satu medium jual beli antara satu sama lain dan penjual akan dapat
menjalinkan hubungan lebih rapat antara satu sama lain.Seterusnya media sosial boleh
dijadikan tempat penyebaran informasi semasa,ini kerana media sosial merupakan tempat
yang terbaik untuk menyebarkan informasi yang penting dengan kadar segera.Ini kerana
media sial beroperasi atas talian dan sesiapa yang mempunyai akses ke atas internet dapat
menerima informasi dengan lebih cepat.

PERANAN INDIVIDU DALAM PEMBINAAN ETIKA DAN PERADABAN

PERANAN ORANG TUA TERHADAP PENDIDIKAN MORAL ANAK

15

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

Sebagaimana kita ketahui bahwa anak dalam pandangan Islam merupakan amanah
dari Allah Swt. Dengan demikian maka anak harus mendapat perhatian yang
serius dari semua aspek kehidupan yang berasal dari kedua orang tuanya. Oleh
karena itu orang tua harus memberikan pelayanan serta pembinaan moral yang baik
agar anak anak kelak dalam hidupnya sesuai dengan fitrahnya. Sebuah keluarga
terdiri dan terbentuk dengan adanya bapak, ibu yang disebut orang tua dan anak
sebagai buah dari pernikahan. Dari kumpulan keluarga ini terbentuklah sebuah
masyarakat atau bahkan sebuah negara yang besar. Para pakar menyebutnya bahwa
suatu bangsa terbentuk darikumpulan keluarga. Hal ini sesuai dengan yang dikemukakan
olehSyaikh Mahmoud Syalthout bahwa:“Keluarga adalah sebagai sebuah batu daripada
batu-batu bangunan suatu bangsa yang terdiri sekumpulan dari keluarga besar,
diimana satu sama lain mempunyai hubungan yang erat sekali, dan sudah tentulah
bahwa suatu bangunan yang terjadi dari sekian batu-batun akan menjadi kuat dan
lemah sesuai denga kuat dan lemahnya batu-batu itu sendiri”Syaikh Mahmoud
Syalthout, 1968: 102).Dengan memperhatikan pendapat tersebut, kuat dan lemahnya
suatu bangsa tergantung pada kuat dan lemahnya keluarga-keluarga yang
membentuk suatu bangsa tersebut. Keluarga yang kuat adalah keluarga yang terdiri
dari ayah, ibu, dan anak yang memiliki moral yang baik. Kuatnya sebuah keluarga
bukan terletak pada kuatnya otot dan fisik, namun kuat yang dimaksud adalah
kuatnya iman, kuatnya prinsip, kuatnya moral serta keteguhan hati sehingga mampu
menangkal hal-hal yang negatif yang bersumber dari luar dirinya.Orang tua harus
terus menerus mengarahkan anak-anaknya kepada pembinaan moral atau akhlak
yang baik. Cara memupuk kebiasaan dalam rangka menumbuhkan rasa cinta kepada
hal-hal baik serta dapat memiliki kemampuan dan kemahuan untuk mengikutinya.
Dengan demikian orang tua memiliki tugas dan tanggungjawab dalam mewujudkan
keluarga yang sehat, tenteram, sejahtera dan bahagi serta membina anak/generasinya
menjadi anak/generasi yang berkualiti. Untuk itu bagaimana wujudnya anak/generasi
tersebut kedepan sangat ditentukan oleh bagaima pendidikan moral yang akan
dilakukan oleh orang tua hari ini.Keluarga merupakan lingkungan pendidikan yang
pertama bagi anak sebelum ia memasuki lingkungan pendidikan selanjutnya. Disanalah
diletakkan dasar keagamaan iaitu penanaman keimanan yang merupakan landasan
moral dan akhlak bagi anak. Hal ini sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Ahmad
Tafsir bahwa:“Inti agama adalah iman, Inti keberagamaan adalah keberimanan,
Keberimanan tidak dapat diajarkan disekolah, disekolah berasrama ataupun dengan cara
mengundang guru agama ke rumah. Di sekolah dan disekolah berasrama diajarkan

16

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

pengetahuan tentang iman, keimanan dan keberimanan. Pengajaran itu bersifat


kognitif semata”(Ahmad Tafsir, 2002: 4).Dengan penjelasan ahli seperti tersebut di atas
dapat dikatakan bahwa keimanan sebagai landasan moral atau akhlak bagi anak,
tidak dapat diperoleh anak sekolah melainkan ditanamkan dilingkungan keluarga
sebagimana kita ketahui bersama bahwa keluarga adalah tempat atau lingkungan
pendidikan yang pertama dan utama untuk menanamkan moral tersebut.Selanjutnya
Amad Tafsir mengatakan bahwa:“Orang tua adalah pendidik yang pertama dan
utama dalam hal penanaman keimanan bagi anaknya. Disebut pendidik pertama
karena merekalah yang pertama mendidik anaknya dan disebut pendidik yang utama
karena besar sekali pengaruhnya”(Ahmad Tafsir, 2002: 4).Menyimak pendapat tersebut
dapat dikatakan bahwa kemerosotan moral atau akhlak saat ini terjadi pada seluruh
lapisan masyarakat adalah karena anak-anak kita tidak memiliki landasan moral
yang kuat iaitu kurangnya iman yang tertanam dalam dirinya, yang disebabkan oleh
kurangnya penanaman nilai keimanan sejak dulu pada anak, sementara pengaruh dari
luar sebagai wujud dari kemajuan teknologi sangat kuat menerjang kehidupan masyarakat
pada umumnya dan anak pada khususnya, yang terkadang mempengaruhi perilaku
yang bersifat amoral.Untuk itu orang tua harus mampu memenuhi amanah yang
telah di limpahkan Allah SWT., sebagai pendidik dalam lingkungan keluaga. Banyak
orang tua yang tidak dapat memenuhi amanah ini sehingga lahirlah generasi-generasi
yang mengalami dekadensi moral, karena ketidaktahuan orang tua dan kurangnya
kawalan orang tua dalam perkembangan jiwa dan apa yang dilakukan oleh anak
mereka, termasuk kurangnya penanaman nilai-nilai iman sebagai penangkal
pengaruh negatif dari luar.Ahmad Tafsir, menjelaskan bahwa: “Penanaman keimanan
rumah tangga saat ini memiliki dua halangan seperti hal ini iaitu (1)banyak orang tua
yang belum menyadari hal ini,(2)banyak orang tua yang belum mengetahui
caranya”Ahmad Tafsir, 2002: 6).Dalam al-Quran Allah SWT. memerintahkan manusia
agar menjaga dirinya dan keluarganya dari siksaan api neraka.Perintah ini
adalah perintah untuk menjaga keimanan. Perintah ini pada prinsipnya di tujukan
kepada orang tua di rumah pada khususnya dan pada seluruh keluarga yang
berkoponten untuk menjaga keimanan seluruh anggota pada umumnya, bukan guru di
sekolah. Jadi menurut al-Quran, pendidikan keberimanan itu adalah tugas orang
tua di rumah. Dalam hubungannya dengan hal ini,Ahmad Tafsir, menjelaskan
bahwa:“Nabi mengajarkan bahwa pendidikan keimanan itu pada dasarnya di lakukan
oleh orang tuanya, caranya melalui pembiasaan dan peneladanan,.Peneladanan dan
pembiasaan inilah yang tidak mungkin dilakukan disekolah, disekoah berasrama atau

17

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

guru agama yang di undang kerumah. Hanya kedua orang tuanya itulah yang
mungkin dapat melakukan hal itu”(Ahmad Tafsir, 2002: 6) Dengan menyimak penjelasan
tersebut di atas maka dapat dikatakan kedua orang tua adalah penyelamat dan
pembentuk keimanan bagi generasi keluarga dan bangsa sehingga, dalam
lingkungan keluarga, orang tua mempunyai dua fungsi pokok dalam rumah tangga,
iaitu sebagai kepala rumah tangga dan sebagai kepala pendidik terhadap seluruh
anggota rumah tangganya. H. M. Arifin,menyebutkan bahwa: “Orangtua sebagai
pembentuk dan pemimpin keluarga. Kedua kekuasaan tersebut dapar dibezakan
sebagai berikut:(1)Kekuasaan pendidikan.(2)Kekuasaan keluarga.(H. M Arifin, 2000:
91)”.Didikkan dan bimbingan yang diberikan oleh orang tua kepada anaknya dapat
mewujudkan salah satu dari dua alternatif ialah kepada jalan dan ajaran yang
benar, atau kepada jalan yang salah dan menyesatkan bagi anak dan terhadap
semua anggota keluarga.Dari penjelasan di atas dapat penulis simpulkan bahwa peranan
dan tanggungjawab orang tua terhadap pendidikan anak sangatlah besar, sebagai
pendidik yang pertama dan utama bagi anak orang tua harus dapat menanamkan
nilai-nilai iman dalam diri anak, memberikan keteladanan dan mengawasi serta
mengawal setiap perilaku anak baik di dalam maupun di luar rumah. Keadaan ini
sekaligus orang tua dapat menyelamatkan anak dari kemerosotan mental dan moral,
termasuk mengawal terhadap tayangan apa yang mereka tonton dari program-program
yang di tayangkan oleh televisyen, dapat bermanfaat bagi diri anak atau tidak dan
berapa waktu yang di gunakan untuk menonton televisyen sebagai siaran teknologi yang
bersifat moden tidak mengganggu waktu anak untuk beribadah, sehingga keimanan
anak tetap terjaga

KESAN PENGARUH TEKNOLOGI TERHADAP DEKADENSI MORAL ANAK

Perkembangan teknologi saat ini semakin pesat, sehingga merubah masyarakat


tradisional menjadi masyarakat bermaklumat. Perkembangan teknologi maklumat telah
membawa dampak dalam kehidupan masyarakat. Teknologi maklumat dengan komputer
sebagai motor penggeraknya telah mengubah segalanya. Pemprosesan informasi
berbasis komputer mulai di kenal orang dan hingga saat ini sudah banyak software
yang dapat di gunakan sebagai alat pengolah data untuk menghasilkan informasi yang
berguna.Untuk menjangkakan jadinya dekadensi moral sebagai akibat dari perkembangan
teknologi yang semakin pesat tersebut, maka perlu kiranya diadakan

18

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

pendidikan moral yang membawa kepada terbentuknya sikap, watak, karakter dan
kepribadian yang baik, sesuai dengan ukuran-ukuran Islam. Arifin menyebutkan bahwa:
“Anak adalah peribadi yang memilki pengetahuan moral, peranan perasaan moral
dan tindakan atau perilaku moral”(Arifin, 2000:53).Disampingitu
Arifin mengidentifikasi sasaran Pendidikan yang meliputi empat pengembangan fungsi
menusia yaitu:1.“Menyadarkan manusia secara individual pada posisi dan
fungsinya ditengah makhluk lain, 2. Menyadarkan fungsi manusia dalam hubungannya
dengan masarakat;3. Menyadarkan manusia terhadap pencipta alam dan mendorongnya
untuk beribadah kepada AllahSWT.4. Menyadarkan manusia tentangkedudukannya
sebagai makhluk yang mulia diantara makhluk lain (Arifin, 2000:33-3)”.Sebagaimana
pendapat di atas, terjadi dekadensi moral disebabkan antara lain1.“Lemahnya
pendidikan agama dilingkungan keluarga;2.Kemerotan moral dan mental orang
dewasa;3.Pendidikan dalam sekolah yang kurang baik;4.Adanya dampak negatif dari
kemajuan teknologi;5.Tidak stabilnya kondisi sosial, politik, ekonomi (Zakiah Daradjat,
1999: 41)”.Dari pendapat tersebut di atas dapat dikatakan bahwa terdapat lima faktor
sebagai penyebab timbulnya dekadensi moral pada anak. Dari lima faktor di atas,
sesungguhnya lemahnya pendidikan agama dilingkungan keluarga maupun lingkungan
sekolah itulah sebagai penyebab pertama yang menyebabkan timbulnya dekadensi
moral anak. Untuk itu dierlukan peranan yang lebih besar dari para orang tua dan guru
dalam hal pendidikan anak, sehingga dekadensi moral ini dapat dipertanggungjawab
dengan baik.Faktor yang dapat mengurangi tingkat dekadensi moral,antara lain:1.Masih
diakuinya norma-norma agama dan norma-norma sosial;2Masih adanya usaha
kearah penegakkan norma yang berlaku di masyarakat;3.Daya tahan dan sikap menilai
terhadap pengaruh negatif;4.Susunan dan iktan-iktan sosial masyarakat Indonesia
masih memungkinkan adanya kawalan terhadap pelanggaran norma(Zakiah Daradjat,
1999: 50).Sedangkan faktor yang justru memungkinkan terjadinya dekadensi moral,antara
lain:1.Situasi politik yang tidak menguntungkan;2.Keadaan ekonomi yang belum
kuat;3.Suasana sosial psikologi yang belum stabil;4.Kesehatan fisik dan mental
masyarakat yang belum mantap;5.Perkembangan teknologi dan kesediaan mental
masyarakat yang belum seimbang (Zakiah Daradja, 1999: 53).Era globalisasi dan
maklumat dewasa ini menuntut adanya upaya pengembangan dan desain kebijakan
pendidikan sehingga masyarakat suatu bangsa tidak tenggelam dalam arus
globalisasi dan informasi yang demikian derasnya.Tayangan dalam televisyen juga
memberikan pengaruh negatif kepada akhlak anak. Dalam konteks ini peranan
orang tua dalam menemani dan membimbing anak saat menonton tayangan

19

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

televisyen sangatlah menentukan baik dan buruknya akhlak anak. Itulah sebabnya
menurut Marwah Daud Ibrahim mengatakan bahwa:“Orang tua berperan sebagai
pemandu dan penapisan maklumat bagi anak-anaknya. Pemandu dan penapisan
informasitersebut di perlukan pengetahuan, sikap dan tindakan yang tepat oleh orang tua
untuk membuat pilihan-pilihan maklumat terbaik untuk anak, termasuk maklumat
tentang penyalahgunaan ubat-ubatan terlarang dan pergaulan bebas di kalangan anak
remaja”(Marwah Daud Ibrahim, 2000:372-373)Dengan merujuk pada pendapat di atas,
menunjukan bahwa dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang begitu
pesat, dengan tayangan-tayangan yang begitu banyak dan luas maka,memerlukan sikap
dan tindakan dari orang tua di rumah dan guru di sekolah agar selalu memberikan
petunjuk bagi anak-anak secara berterusan dan mengawal serta mengawas anak dalam
menonton siaran-siaran televisyen dan teknologi pada umumnya yang bermanfaat saja
agar tidak dapat menimbulkan terjadinya dekadensi moral, apalagi hasil teknologi tersebut
di terima begitu saja tanpa adanya penapisan.

PERANAN MASYARAKAT DALAM PEMBINAAN ETIKA DAN PERADABAN

Malaysia perlu dikenali bukan hanya makmur dari segi ekonomi dan pembangunan,
malah menjadi negara beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya,
sekali gus dapat bersama dalam suasana aman serta hamoni.Perpaduan nasional
harus menjadi misi penting bagi negara. Ia memerlukan kerangka bersifat
komprehensif yang akan mampu menterjemahkan sebaik mungkin wajah
kerencaman masyarakat majmuk Malaysia. Keadilan, penerimaan dan toleransi
perlu menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini.Nilai itu perlu
digarap dengan menjadikan Islam sebagai kayu ukur utama mendukung agenda
perpaduan nasional dalam konteks Malaysia. Selain melihat sifat Islam sebagai
rahmatan lil alamin atau rahmah seluruh alam, ciri agama bersifat sejagat
sebenarnya amat penting dalam memastikan umat Islam kekal menerajui usaha baik
ini.Sejujurnya, perlu wujud kesedaran dalam masyarakat usaha membina peradaban
dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan
Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, seharusnya bertunjangkan
persefahaman, tolak ansur dan rasa hormat-menghormati.Kesantunan insan dalam
mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu
dititkeberatkan. Ini realiti harus difahami dan diterima semua pihak.Pendekatan

20

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

integrasi menjadi tunjang agenda perpaduan negara membolehkan masyarakat


berbilang bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana harmoni di
samping mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing.Walaupun rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai penganut agama dan mengamalkan budaya
berbeza, sifat kebersamaan serta cintakan keharmonian dan keamanan perlu ada
bagi merealisasikan matlamat perpaduan nasional.Kesepaduan dalam rakyat
sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan rasa hormat tinggi antara
kaum dan agama. Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha membina sikap
penerimaan diiringi nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat.Keharmonian dan
kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan jika
setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan masing-masing
untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian Hubungan baik dalam
masyarakat berbilang bangsa tidak boleh dijadikan taruhan oleh mana-mana pihak
yang mempunyai agenda peribadi atau kelompok tersendiri. Perlu ada belas kasihan
kepada rakyat yang inginkan keamanan dan kestabilan negara agar berpeluang
untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat dan terjamin. Cukuplah
kekacauan dan konflik di negara asing sebagai pengajaran kepada kita. Tuntasnya,
semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menggalas kewajipan ini. Pemimpin
pelbagai peringkat, terutama harus senada dalam merealisasikan agenda
perpaduan negara.Persefahaman dalam kalangan pemimpin juga amat penting
kerana melaluinya, rakyat akan dapat isyarat yang jelas mengharmonikan hubungan
masyarakat berbilang bangsa dan budaya di negara ini adalah tanggungjawab
semua warganegara.

PERANAN NEGARA DALAM PEMBINAAN ETIKA DAN PERADABAN

Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5
pada 23 April 2004. Ia bertujuan melahirkan masyarakat berintegriti tinggi, amanah
dan beretika. Nilai integriti terkandung dalam cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu
membentuk masyarakat yang mempunyai ciri-ciri moral dan etika yang kukuh,
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh serta berbudi pekerti luhur.
Agensi dan jentera pelaksana PIN ialah Institut Integriti Malaysia (IIM) manakala
Y.Bhg. Tan Sri Samsudin Osman, Ketua Setiausaha Negara (KSN) ketika itu telah

21

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

dilantik sebagai pengerusi pertama. Peranan IIM ialah sebagai sebuah institusi
bebas yang berfungsi sebagai agensi pemantau dan penyelaras bagi PIN.
Dalam “Tekad 2008” kerajaan telah mensasarkan usaha-usaha berikut dalam
peningkatan integriti kakitangan awam iaitu:
1. Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara
berkesan.
2. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan
mengatasi kerenah birokrasi.
3. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.
4. Memantapkan institusi keluarga.
5. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Teras etika dalam perkhidmatan awam yang umum merangkumi nilai keazaman
meningkatkan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha
mengikis sikap mementingkan diri, bekerja dengan penuh muhibbah dan
kemesraan, bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan
negara, bekerjasama dalam membenteras kelemahan serta musuh negara dan
berpegang teguh kepada ajaran agama. Nilai dan etika perkhidmatan awam dalam
”Tonggak Dua Belas” pula mencakupi nilai-nilai seperti menghargai masa,
ketekunan, membawa kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan kesederhanaan,
ketinggian peribadi, sifat baik hati, pengaruh teladan, menjalankan tugas,
kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat dan nikmat
mencipta.

Dalam amalan tasauf Islam, terdapat lapan nilai yang boleh diamalkan oleh orang
Islam mencakupi murabatah (siapsiaga), musyaratah (penetapan syarat),
muraqabah (Pengawasan), muhasabah (menghitung dan menilai) setelah beramal,
mu’aqabah (menghukum diri atas segala kekurangan), mujahadah (bersungguh-
sungguh) dan mu’atabah (mencela diri dan membawa kepada sikap memohon
keampunan Ilahi dan bertaubat).Dalam ikrar integriti perkhidmatan awam,
penekanan diberikan kepada aspek ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada
kerajaan dan negara, sifat amanah, cekap dan berkesan dalam menjalankan tugas,
pelaksanaan tugas dan penawaran perkhidmatan yang berkualiti, bersungguh-

22

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

sungguh dalam melakukan kerja, peningkatan prestasi dan produktiviti kerja,


pewujudan dan merealisasikan budaya kerja cemerlang serta keazaman mencapai
matlamat Wawasan 2020. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mempunyai tekad
dan keazaman untuk menghapuskan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna
kuasa secara berkesan, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi, meningkatkan tadbir urus
korporat dan etika perniagaan, memantapkan institusi keluarga, meningkatkan kualiti
hidup dan kesejahteraan masyarakat. Kita perlu mempunyai usaha untuk mengawal
hawa dan nafsu serakah materialistik dan eksplisit, budaya hedonisme, menyucikan
hati agar menjadi bersih daripada sebarang noda dan daki, bertakwa kepada Allah
dengan sebenar-benar takwa yang sejati, mempunyai sifat ihsan dan jatidiri, serta
memantapkan akidah Ilahi dan akhlak terpuji. Etika kerja penjawat awam mencakupi
tatacara kemudahan pegawai seperti elaun-elaun, cuti, kemudahan rumah kerajaan,
pinjaman kerajaan dan rawatan perubatan, tata kelakuan dan tatatertib, keutuhan
peribadi, Tonggak 12 dan pelaksanaan Nilai-nilai dan Etika Perkhidmatan Awam.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan coretan di atas, penulis telah menegaskan bahawa seiring dengan kemajuan
teknologi dunia moden, baharu dan terkini, pembinaan etika dan peradaban adalah sesuatu
yang sudah terang lagi bersuluh berbeza daripada pembangunan lahiriah. Setiap tamadun
mahupun negara abad ini mampu mengecapi taraf teknologi yang canggih, namun begitu
etika dan peradaban khususnya tidak semestinya mampu digapai melalui pembangunan
lahiriah. Kestabilan akhlak dan moral juga menjadi pemangkin kepada keharmonian dan
kemurnian daripada pelbagai aspek khasnya daripada sikap dan sudut permikiran. Tidak

23

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

disangkal bahawa pembangunan teknologi sama ada kemudahan infrastuktur ataupun


digital mampu membwa sesebuah negara kepada sistem yang lebih beretika, profesional,
dan peradaban yang serba moden, walaubagaimanapun dalam memupuk sifat dan daya
fikir yang matang, ia memerlukan masa yang panjang untuk mendidik dan mempelajari serta
mendalami gaya dan cara kehidupan sebenar didunia. Tanpa diragui, dari perspektif
pendidikan tidak semuanya mampu kita gantung harapkan pada teknologi yang semkain
pesat namun terpulang kepaada usaha dan pengorbanan yang kita curahkan.

PERBINCANGAN

Pada masa hadapan manusia akan lebih bersikap individualistik. Jalinan sosial masyarakat
pada masa sekarang mungkin kelihatan erat seperti kunjung mengunjungi, berkomunikasi
dan berinteraksi. Akan tetapi manusia pada masa hadapan mungkin hanya mengenali
dirinya dan keluarganya sendiri kerana manusia secara sosial hanya terhubung melalui
jaringan internet dan terpisah daripada komuniti sekitarnya. Sudah ada penyelidik yang
gusar mengenai tabiat dan kesibukan kerja manusia hinggakan manusia tidak mempunyai
masa yang banyak untuk bersama keluarga hatta untuk bersarapan bersama atau bersantai
bersama. Struktur bilik dalam rumah pada masa hadapan memungkinkan juga sukarnya
sesama ahli keluarga untuk berkomunikasi apatah lagi untuk berinteraksi sosial. Rumah-
rumah mewah seperti banglo dengan gated dan guarded security sudah menjadi semacam
satu halangan dalam usaha mempraktikkan amalan ziarah-menziarahi. Budaya
gotongroyong dalam kenduri-kendara juga sudah semakin terhakis. Tanah-tanah untuk
tujuan pembinaan perumahan akan menjadi semakin berkurangan. Oleh yang demikian,
manusia akan menimbus paya, laut dan tanah gambut untuk membina rumah. Akan wujud
juga kecenderungan untuk tinggal di apartment dan kondominium. Persoalannya, apakah
manusia akan mampu memiliki rumah pada masa yang akan datang dengan kenaikan harga
rumah di antara 15% hingga 25% setahun? Richard Watson (2010) dalam bukunya yang
berjudul “The Next 50 Years” meramalkan akan berlakunya perubahan dalam pola
keanggotaan parti politik dan perubahan dalam kepercayaan kepada parti politik. Beliau
memberi contoh, di England keanggotaan dalam parti politik menurun sebanyak 50% sejak
tahun 1980, dan begitu juga tahap komitmen para pengundi dan kepercayaan masyarakat
terhadap parti politik dan ahli politik. Kelompok pengundi meletakkan harapan yang tinggi
kepada ahli politik untuk menghadapi ancaman terorisme, membawa negara bersaing di
peringkat global dan menyuarakan aspirasi nasional di forum antarabangsa dan kebolehan
mempengaruhi agenda politik global. Apa yang lebih penting ialah kebolehan ahli politik
menyelesaikan masalah sosio-ekonomi rakyat jelata adalah impian rakyat mana-mana

24

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

negara. Watson juga melahirkan kebimbangan mengenai perhatian yang diberikan oleh
setiap warga negara kepada kepentingan-kepentingan nasional dengan lunturnya semangat
negara bangsa terutamanya apabila berlaku penghijrahan pekerja-pekerja mahir dan
profesional ke negara-negara bukan asal. Kebangkitan China dan India dalam sektor
ekonomi juga menunjukkan peningkatan yang ketara dalam konteks globalisasi.
Penguasaan Barat ke atas Timur tidak lagi menjadi selalunya benar. China dan India
sekarang ini sedang menuju ke arah penguasaan pasaran Amerika dan Eropah. Teori
globalisasi ekonomi juga menjadi semakin goyah dengan kebangkitan kuasa ekonomi Asia.
Kekuatan perdagangan regional semakin memuncak dengan meningkatnya lima kali ganda
perjanjian perdagangan regional. Watson juga meramalkan pada tahun 2030 komputer akan
menjadi lebih pintar daripada manusia. Mesin pula akan berfungsi tanpa dikendalikan
manusia. Gabungan teknologi komputer, robotik dan teknologi nano akan memungkinkan
penciptaan “benda” yang meniru diri mereka sendiri. Oleh yang demikian, kita tidak dapat
membayangkan jika penciptaan tersebut menghasilkan sesuatu yang luar biasa di luar
daripada jangkauan akal manusia. Komputer riba Asus sudah boleh mengecam raut wajah
pemiliknya untuk tujuan keselamatan dan mengaktifkannya. Jika ia dicuri, sukar orang untuk
menghidupkannya kerana ia boleh mengecam wajah pemiliknya yang telah disetkan
sebelumnya. Media pula akan semakin mempengaruhi manusia dengan revolusi maklumat.
Lebih banyak inovasi dan kreativiti akan berlaku dalam bidang media. Akhbar The Times
dan The Independent dicetak dalam dua bentuk ukuran agar mudah dibaca. Hegemoni
Barat dalam konteks pengaruh media akan semakin kukuh sebagai faktor dominan
penjajahan pemikiran dan kemajuan budaya kuning. Dalam bidang kewangan, penggunaan
wang tunai akan menjadi semakin tidak perlu. Manusia akan beralih kepada urus niaga
maya dan digital. Sekarang, perkara ini sudah berlaku dengan amat pantas. Kita membayar
bil telefon, kad kredit, Astro, sewa beli dan seumpamanya melalui pembayaran atas talian
tanpa menggunakan wang tunai. Dengan satu klik sahaja segalanya beres. Membeli-belah
secara atas talian juga semakin berleluasa. Agensi penyelidikan komersial AC Nielsen
mengandaikan pada tahun 2020, transaksi yang melibatkan tunai dalam semua urusan
hanya berlaku pada kadar 10% sahaja berbanding keseluruhan transaksi. Ada juga yang
mengandaikan bahawa pada tahun 2050 kita akan memiliki hanya satu matawang global
digital. Semua ramalan dalam filem yang berunsur sains fiksyen boleh berlaku. Jika ramalan
itu digabungkan dengan data dan fakta empirikal, tidak mustahil sesuatu yang diramalkan itu
akan berlaku pada masa hadapan. Setidak-tidaknya kita boleh mengenalpasti trend dan
kecenderungan sains dan teknologi pada masa hadapan. Dunia sedang bergerak dengan
pantas dan transformasi kehidupan akan berlaku secara mendadak.

25

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

KESIMPULAN

Kesimpulannya teknologi yang dilihat sebagai gaya hidup dalam masyarakat pasca moden
ini memberikan impak nilai yang sangat besar dalam masyarakat .Perubahan-perubahan
nilai dari perkara yang paling asas iaitu kerangka pemikiran masyarakat hingga hubungan
antara individu.Menilai perubahan dalam kerangka pemikiran masyarakat,perubahan nilai
akibat dari hadirnya teknologi ini dalam masyarakat tidak kurang hebatnya berlaku .ICT yang
bersifat sejagat ini walaupun teknologi asasnya adalah sama bagi sesebuah masyarakat
dan negara namun disebabkan terdapat perbezaan latar belakang budaya , perbezaan etika
sesebuah masyarakat kepada masyarakat yang lain ,jadi berlakulah perubahan-perubahan
nilai dalam masyarakat.Sebagai contoh, terdapat perubahan nilai yang agak besar dalam
kerangka pemikiran (Waltanschauung) masyarakatnya.Perubahan yang disebabkan oleh
perbezaan fahamn sekularis dan simbolisme sintatik,perubahan yang disebabkan oleh
perbezaan pengertian dannilai maklumat telah dibincangkan dalam kertas kerja ini.Internet
yang mengubah kerangka pemikiran sesebuah masyarakat iyu juga membawa kepada nilai-
nilai baik dalam komuniti .Melalui kajian dan soal selidik yang telah dijalankan dibeberapa
buah negara maju,wujudnya kesan-kesan baik internet dapat dibuktikan .Pengguna-
pengguna Internet didapati terbuka kepada kepelbagaian pihak politik dan menghargai
pandangan mereka yang berlainan.Terdapat juga bukti yang menyatakan Internet tidak
mengubah aktiviti sosial malah mengaktifkan perhubungan diantara ahli komuniti Intenet
yang dianggap telah menggunakan sebahagian masa dari melakukan aktiviti-aktiviti di
rumah Bersama keluarga tercinta.Malah dari kajian yang dijalankan mereka yang aktif di
Internet juga aktif apabila Bersama keluarga dan masyarakat.

RUJUKAN;

(PDF) MASA DEPAN PERADABAN MANUSIA (researchgate.net)

http://www.jurnal-umbuton.ac.id/index.php/syattar/article/view/1685

Berita Harian ditulis oleh Enizahura Abdul Aziz (Januari 31,2020)


https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/harmonikan-hubungan-
masyarakat-pelbagai-kaum

https://www.researchgate.net/publication/344648409_NILAI_DAN_KENEGARAAN

(PDF) NILAI DAN KENEGARAAN (researchgate.net)

26

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)


lOMoARcPSD|24863891

27

Downloaded by hazwani rahim (wanirahim54@gmail.com)

Anda mungkin juga menyukai